kisah wartawan, polis dan pocho-pocho, ops!

wartawan jenayah dengan polis ibarat pistol dengan peluru

masing-masing memerlukan antara satu sama lain

kelentong ler kalau ada wartawan jenayah yang mengaku tak memerlukan polis, polis lagilah kelentong kalau mengaku tak perlukan wartawan jenayah

tak banyak sikit kejayaan pihak polis dalam membanteras jenayah adalah hasil maklumat daripada orang ramai

dan bila cakap pasal orang ramai, dah tentulah MEDIA adalah jambatan penting yang menghubungkan antara kedua-dua pihak

sepanjang menjadi wartawan jenayah, aku akui hubungan kami dengan pihak polis memang akrab, malah sampai ada yang ke jinjang pelamin!

namun seperti laut, ia sentiasa ada pasang surutnya, acapkali juga berlaku salah faham dan ‘bermasam muka’ antara kami dan pihak polis

biasalah, wartawan sentiasa mahukan informasi untuk pembaca atau penonton mereka, pihak polis pula terikat dengan pelbagai ‘red tape’ dan strategi siasatan

seringkali berlaku keadaan di mana di saat wartawan memburu satu-satu maklumat, pihak polis pula mengambil pendekatan ‘kunci mulut’, adoyyyyyy memang seksa bila berlaku situasi sebegini

ada juga keadaan di mana pihak polis hanya mengutamakan organisasi media yang ‘ngam’ dengan mereka, sebagai contoh, Ketua Polis ni hanya akan bercakap dengan wartawan tertentu saja, yang lain dia tak layan, ini pun biasa terjadi

ada juga wartawan yang ‘main hentam’ saja bila nak menulis tanpa merujuk pihak polis hingga menyebabkan berlaku percanggahan fakta, keadaan ini membuatkan siasatan sesuatu kes jenayah itu menjadi bertambah ‘haru-biru’, lebih kacau bila ia disebut dalam mahkamah

nak buat macam mana, yang akhbar pentingkan jualan, yang TV pentingkan ‘rating’, yang polis pula asyik nak cepatkan siasatan, semuanya ada ‘kepentingan’ dan keutamaan masing-masing

namun secara keseluruhannya boleh aku katakan, hubungan wartawan jenayah dengan polis ibarat ‘love n hate relationship’


yang bestnya, semua tu masa kerja saja, di luar waktu tugas, kami masih boleh lepak bersama-sama, borak tak hengat dunia, gi karaoke dan macam-macam lagilah

ada satu peristiwa tu, benda ni memang terjadi pada aku, ada seorang pegawai polis ni cukup ANTI dengan aku, semuanya hanya kerana aku menulis satu artikel yang menyentuh ‘kredibiliti’ anggota dia

sejak itu, dia tidak pernah nak menjawab panggilan/SMS aku, dia siap pesan pada wartawan lain yang dia tak mahu aku hadir dalam setiap sidang akhbar yang dia berikan

entah macam mana, suatu hari dia call dan ajak aku sembang kat kedai kopi, dalam hati aku berkata, siaplah nanti aku kena ‘bancuh’

rupa-rupanya dia minta tolong aku ‘pujuk’ bos dia untuk ‘recommend’ dia balik bertugas di negeri kelahirannya, ini kerana dia terpaksa menjaga ibunya yang uzur

aku nak gelak pun ada juga, masa tu rasa SAHAM aku giler tinggi, actually dia bagitahu aku ada wartawan bagitahu yang aku cukup rapat dengan bos dia

then dipendekkan cerita, aku pun lakukanlah ‘apa yang termampu’, hasilnya dapatlah dia balik ke negeri kelahirannya itu- sejak itu aku jadi kamceng ngan dia sampailah dia pencen hehehehe

itu adalah serba sedikit rencah kehidupan yang pernah aku lalui waktu bertugas sebagai wartawan jenayah ni

dan semalam aku diberitahu telah dilangsungkan majlis makan malam Polis Kuala Lumpur bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia / Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) dan Media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

amboi bukan main lagi abang2 wartawan jenayah kita berpoco-poco

‘sporting’ habis (Ketua CID Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah)

seronok juga bila tengok keakraban yang wujud antara kedua-dua pihak iaitu media dan polis

maklumlah semenjak dua menjak ni kecoh bila dilaporkan ramai wartawan dan jurugambar yang kena ‘balun’ masa Bersih 3.0 hari tu

actually aku tak rasa majlis makan malam tu proses nak ‘memujuk’ hati pihak media, untuk pengetahuan korang, sebelum munculnya Bersih ni pun selalu juga pihak polis anjurkan program macam ni

malah kami juga sering dijemput jika ada pertandingan menembak, Hari Polis dan sebagainya

aku waktu menyertai pertandingan menembak PDRM dulu

sedih sikit kerana aku tak dapat hadir, namun hati ini sejuk bila melihat wajah rakan-rakan yang dulu sama-sama pernah bersusah-payah berjuang dalam karier yang kami pilih ini

bayangkan, aku ni boleh dikira takdelah lama sangat dalam dunia kewartawanan jenayah, tetapi ramai kawan-kawan aku yang dah nak pencen pun masih dalam dunia ni, tabik spring aku kat diaorang

Datuk Lourdes Charles (STAR), antara wartawan jenayah paling ‘legend’

ni reporter dari Sin Chew, aku sekolah lagi dia dah jadi reporter jenayah!

akhir sekali yang paling penting, bukanlah wartawan, bukan juga polis, yang paling penting kita semua dapat hidup dengan aman dan selesa

lebih pada itu, yang penting kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini tidak tergadai disebabkan tangan-tangan politikus yang rakus dan gelojoh, yang hanya berjuang demi tenggolok dan usus perut mereka semata-mata, pergh!

Tinggalkan Komen

Filed under Uncategorized

Aku Sebatang Pensil

aku memulakan zaman belajar di tadika Cina

entah apa yang dia ajar dan entah apa yang aku faham, sampai sekarang yang aku tahu hanyalah e, erk, sang, sek (satu dua tiga empat), lebih pada tu HARAM

then aku mula masuk Sekolah Kebangsaan Seri Permai di Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Kerteh di Terengganu dan seterusnya Sekolah Rantau Petronas juga di Terengganu

zaman menengah aku di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur

kalau nak citer bab cikgu-cikgu ni, rasanya dah berdozen mengajar aku, maklumlah asyik pindah randah je

dan daripada kecil lagi, aku cukup minat subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris terutama bila masuk bab buat karangan

aku masih ingat lagi, kalau tiba time buat karangan, akulah orang yang paling beriya-iya dalam kelas

masa tu cikgu hanya ajar tiga perenggan je…pembuka, tengah dan penutup, tapi kengkadang sebab teruja punya pasal aku leh terlajak sampai lima enam perenggan

sampai ada sorang cikgu ni pernah ‘sound’ aku…kau ni nak kerja wartawan ke?

masa tu apa kejadahnya kerja WARTAWAN pun aku tak tahu

cuma yang buat ‘slack’ sikit ialah tulisan aku, bab ni memang aku fail la, tulisan aku memang buruk giler dari dulu sampai sekarang (matilah buat pengakuan terbuka)

seingat-ingat aku karangan pertama yang aku buat adalah AKU SEBATANG PENSIL, masa tu Cikgu Zainab (cewah ingat lagi) bagi aku satu bintang, dia kata kalau tulisan aku cantik, mungkin dia bagi dua bintang (nasib baik dia tak cakap Tiga Bintang, aku dah terbayang komunis)

dan dari karangan Aku Sebatang Pensil itulah yang menjadikan aku seperti mana sekarang…siang menulis, malam menulis, nak tidur pun aku menulis

aku akan menulis tentang apa saja yang ada depan mata aku

tak sangka pula daripada hanya sekadar minat, rupa-rupanya aku betul-betul jadi wartawan, masin mulut cikgu aku tu

disebabkan itu jugalah, di kala budak lain minta hadiah yang grand-grand masa birthday, akulak minta arwah abah belikan aku typewriter, masa tu aku sekolah rendah lagi

masa Form 2. dah ada gaya nak jadi wartawan hehehe

bila masuk sekolah menengah, aku minta arwah belikan typewriter eletrik pulak, masa tu manalah ada laptop

actually entry ni bukan nak cerita apa, it just nak bagitahu betapa aku cukup terhutang budi kepada cikgu-cikgu aku yang telah mengajar aku apa itu penulisan dalam erti kata yang sebenarnya

daripada hanya sebuah tajuk klasik AKU SEBATANG PENSIL, aku mendapat peluang untuk menulis pelbagai perkara, dan dengan tulisan jugalah, aku berpeluang mengembara ke banyak negara, mengenali ramai personaliti terkenal, menyelami perasaan golongan marhaen dan gelandangan, membuat liputan kes jenayah yang menggegarkan dan pelbagai perkara lagi yang tak pernah aku gambarkan sebelumnya

Tun Daim Zainuddin

Tun Dr. Mahathir

bersama Chin Peng di Hatyai, Thailand

dan dengan penulisan itu jugalah, lahirnya blog ini, blog yang penuh dengan cerita merapu dan gembira, sedih dan tawa, rindu dan airmata

 

aku mungkin terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru, tapi aku tak mungkin lupa jasa dan pengorbanan mereka, dulu, kini dan selamanya

SAK: Buat Cikgu Sham yang telah kembali ke rahmatullah…abang, blog ini menemukan kita dan blog ini juga menyaksikan abang pergi buat selama-lamanya, jasa abang pada saya dan anak bangsa kita tak mungkin dapat dibalas sampai bila-bila. Semoga abang bahagia ‘di sana’, saya doakan. Al-Fatihah.

4 Komen

Filed under Uncategorized

mawar putih untuk mama…

KISAH PERTAMA

baru-baru ini terjadi satu gempa bumi yang kuat di China

banyak rumah dan bangunan yang runtuh menyembah bumi, termasuk rumah seorang ibu muda ini

ketika pasukan bomba sedang mengalihkan objek runtuhan, mereka telah menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.

jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anak kecil itu

apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya

budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemui mereka berdua


KISAH KEDUA

sebagai seorang anak, tiada apa yang lebih menyedihkan lagi dari melihat ibu yang tersayang meninggal di pangkuan riba

gambar ini adalah salah satu bukti kekejaman Israel kepada rakyat Palestin

aku tidak dapat bayangkan bagaimanakah perasaan si anak lelaki ini, tentunya perasaan sedih dan geram ada di dalam hatinya bukan?

bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir

KISAH KETIGA

tadi seorang wanita berketurunan India hancur kepalanya setelah terjatuh daripada motorsikal yang ditunggangnya sebelum digilis sebuah lori yang tak dapat mengelak di Jalan Kepong

menurut rakan blogger Ondscene, mangsa, seorang tukang cuci, dalam perjalanan ke kedai bagi membeli sepasang kasut untuk anaknya yang berusia 16 tahun

kasut itu dibelinya semalam namun tidak muat lalu dia segera menghidupkan enjin motor untuk menukarnya di kedai berhampiran, malangnya kemalangan ngeri yang berlaku telah menyebabkan ibu berusia 39 tahun ini pergi untuk selama-lamanya

 

DAN KISAH KEEMPAT,

pada 6 Mei lalu, sepasang suami isteri dan bayi mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur

namun sewaktu sedang memandu di Lebuh Raya Pantai Timur, si suami gagal mengawal kenderaan sebelum terlibat dalam kemalangan

bayi itu tercampak ke tengah jalan namun lukanya tidak begitu parah

namun Allah telah menentukan, bapa dan ibunya meninggal dunia di tempat kejadian….


kenapa aku menulis entry ini, bukan kerana Hari Ibu, bukan kerana apa-apa, cuma sekadar ingin mengingatkan aku dan kita semua betapa besar pengorbanan dan jasa ibu terhadap diri kita

andainya ditakdirkan ibu kita itu seorang pelacur sekalipun, ingatlah, sekurang-kurangnya dia telah mengharungi sakit dan perit selama sembilan bulan kerana mengandungkan kita yang bernama anak ini

bersyukurlah jika kita masih mampu melihatnya hingga ke hari ini, jangan selepas hanya tinggal pusara, baru keinsafan itu menjelma

kerana jika itu terjadi, ia tidak memberi apa-apa erti lagi

noktah.

Tinggalkan Komen

Filed under Uncategorized

filem Korea paling ‘brutal’, My Way…gua bagi 5 star!

aku ni dah lama nak tengok filem yang antara paling mahal pernah dihasilkan oleh karyawan Asia  iaitu My Way

filem dari Korea Selatan ini menelan belanja RM77.3 juta, gila aper?

tetapi baru beberapa bulan ditayangkan di seluruh dunia, filem tersebut dah kaut RM108.5, dah pulang modal pun dek non

sebelum kita pergi pada jalan ceritanya, ada beberapa fakta menarik mengenai filem berkenaan;

- filem ini diinspirasikan dari sekeping gambar ‘misteri’ yang disimpan Arkib Negara Amerika Syarikat, ia memaparkan imej seorang pemuda Asia yang berdiri dikalangan tawanan tentera Jerman semasa penaklukan tentera bersekutu di Normandy masa perang dunia kedua dulu

- skrip dia saja ambil masa tiga tahun untuk disiapkan

- pra produksi pula mengambil masa selama 8 bulan sebelum mereka memulakan penggambaran pada Oktober 2010 yang memakan masa sebanyak 156 hari termasuk lokasi di Latvia

- pembinaan set di atas tapak Saemangeum yang seluas 401 kilometer persegi untuk insiden Nomonhan, peperangan Soviet-Jerman dan pengkalan kem tawanan perang

- dua kereta kebal turut ditempah khas dari England bagi mengikut kriteria jenis kereta kebal zaman dulu selain lori trak dan kereta jip tentera Jepun, motorsikal tentera Jerman serta kereta perisai

- seramai 16,668 pelakon tambahan terlibat

- 2,000 unit pakaian seragam ditempah

- 57,500 butir peluru telah digunakan semasa babak peperangan

- bintang opera, Andrea Bocelli telah meminjamkan suaranya untuk lagu tema filem ini, ‘To Find My Way’

- durasi filem ini 2 jam 23 minit

SINOPSIS

filem My Way ni menceritakan kisah dua pelari maraton – Kim Jun-shik (Jang) seorang pemegang pingat Emas Korea dan Hasegawa Tatsuo (Odagiri), pelari terpantas Jepun

mereka bertemu sebagai musuh semasa zaman kecil dan saling menyaingi antara satu sama lain hinggalah ke zaman dewasa mereka

setahun kemudiannya, Jun-shik telah dikerah untuk menjadi tentera militan Jepun setelah dipersalahkan sewaktu pemilihan Olimpik Jepun

takdir mereka tetap bersama apabila Tatsuo menjadi Kolonel dalam tentera Jepun

mereka bersama-sama bertempur dalam perang dunia kedua dari mengenakan seragam Jepun kepada Kesatuan Soviet dan Jerman sebelum akhirnya sampai di Normandy, Perancis

walaupun masih bermusuh namun peperangan demi peperangan yang ditempuhi telah secara perlahan merobohkan tembok pemisah antara dua pemuda berlainanan negara ini

so, dari hari ke hari aku bertangguh nak tengok filem ni kerana kesuntukan masa

lagi pun perkara yang aku paling malas ialah beratur nak beli tiket walaupun skrg dah boleh beli online, kalau boleh bila sampai pawagam aku nak terus masuk dan duduk je terlupa pulak panggung tu bukan pakcik aku yang punya

ditambah lagi dengan kesesakan jalan raya kat KL ni, parking yg mahal membuatkan mood aku nak tgk wayang selalu terbantut

so the only option yg aku ada adalah order kat Astro First (kenalah caj RM15)

tapi bila dikira balik masih berbaloi, takyah kuar duit minyak, takyah kuar duit parking, just sit n relax atas sofa kat rumah

‘panggung wayang’ paling best

namun sebab nak bagi mood wayang punya pasal, aircond kat ruang tamu aku tu aku buka full blast, lampu aku offkan, volume kasih lebih sikit, chewah

smoking pun boleh, pakai kain pelikat pun boleh, baring ngan meniarap apatah lagi…kalau korang buat camtu kat TGV sah kena halau awal-awal hahahaha

bukan taknak beli vcd tapi harga confirm mahal, yg piratelak gambar tak cantik, memang stylo sungguhlah tgk Astro First ni, pastu dia bg tgk selama 48 jam, hah layanlah sampai muntah!

berbalik pada filem My Way, kalau tanya aku yg bukan pakar filem ni, aku boleh bagi rating 5 star, memang DA BOMB!

boleh dikatakan lebih 70 peratus kisahnya melibatkan perang sesaja, meletup sana, meletup sini, bertembak sana, bertembak sini, berdarah sana, berdarah sini

elemen friendship ada, elemen sedih ada, elemen ganas jangan citerlah…tapi kalau nak cari elemen cinta dan sewaktu dengannya baik lupakan jelah, termasuk elemen awek pakai bikini tepi swimming pool macam dalam Mangga tu

dan bagi aku byk pengajaran daripada filem ini…sampai aku terfikir, macam ni lah agaknya akan jadi kat Malaysia kalau kita tak habis-habis bertelagah sama sendiri

* mode sedih.

3 Komen

Filed under Uncategorized

polis Malaysia pakai bomoh ke?

ASP Nazir (kanan sekali)

tadi aku tengok foto ASP Nazir Max menerima surat penghargaan daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar

aku tidak pasti kenapa beliau menerima anugerah itu tetapi untuk pengetahuan korang, beliaulah pegawai penyiasat yang berjaya menyelesaikan kes pembunuhan sepasang anak beranak Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah di Puchong hari tu, kes itu juga selesai dengan tertangkapnya enam suspek termasuk boyfriend si mati

dengan tertangkapnya suspek-suspek, polis akhirnya menemui banyak barang bukti termasuk kereta, duit, barang kemas milik mangsa yang nilainya hampir RM100,000

menariknya, kecekapan ASP Nazir dan anak-anak buahnya membuatkan kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa hari saja, hebat, memang hebat, aku cukup yakin yang anugerah yang diterimanya pasti ada kaitan dengan kes berkenaan

kejayaan ASP Nazir cuma sekelumit daripada kejayaan pegawai-pegawai penyiasat (I.0) PDRM tetapi macam biasalah, mereka bukan jenis masuk bakul angkat sendiri

namun tak ramai yang menghargai tugas berat dan bebanan yang dipikul oleh mereka, yang caci maki tu jangan ceritalah, berdozen-dozen

aku pernah menulis mengenai tugasan pegawai penyiasat ni dalam entry ini;

http://syahrilkadir.wordpress.com/2011/08/02/kisah-pegawai-penyiasat-i-o/

mungkin kita selalu tertanya-tanya, bagaimana mereka menjalankan tugas sehingga kes yang besar dan rumit pun boleh diselesaikan?

diaorang pakai bomoh ke?


sepanjang pengalaman aku menjadi wartawan jenayah, selalunya seseorang pegawai penyiasat akan ada tim mereka sendiri (ini bukan macam filem Hollywood ye, sorang-sorang pun boleh handle)

mereka akan dibantu oleh penolong dan detektif masing-masing

malah aku diberitahu yang PDRM kini sedang merancang satu konsep penyiasatan di mana di dalam sesebuah kumpulan akan ada 13 orang pegawai penyiasat iaitu satu Pegawai Penyiasat Kanan, tiga Pegawai Penyiasat dan sembilan Penolong Pegawai Penyiasat

setiap kumpulan juga akan dibantu oleh anggota sokongan melibatkan dua detektif, dua anggota CSI, satu pemandu dan satu pegawai awam

dengan cara ini proses siasatan akan dapat dipercepatkan dan lebih berkesan

bagi melicinkan tugas siasatan, mereka diberi sebuah kereta dan laptop setiap seorang

ada orang tanya aku, kenapa ada kes cepat benor polis dapat selesaikan, ada pulak yang langsung tak settle-settle?


well aku rasa tak layaklah kot nak jawab soalan tu, aku bukannya pegawai polis tetapi berdasarkan pengalaman aku sebagai wartawan jenayah, tempoh siasatan bergantung kepada jumlah saksi-saksi berkaitan keupayaan mengesan saksi-saksi serta perolehan laporan-laporan, barang kes dan dokumen seperti laporan perubatan / laporan kimia

ini termasuk keterangan-keterangan yang perlu disahkan

in other words, lebih banyak keterangan diperlukan, lebih lama tempoh siasatan akan diambil

apabila mana-mana saksi belum dapat dikesan, siasatan akan berterusan sehingga mendapat arahan bagi siasatan dihentikan

tempoh siasatan adakalanya boleh menjangkau sehingga melebihi 20 tahun wa cakap lu…


tapi aku difahamkan, sekiranya saksi-saksi yang diperlukan tersedia dan tidak ada keperluan untuk apa-apa laporan dan barang kes, maka tempoh siasatan boleh menjadi sangat singkat sehingga hanya memerlukan tempoh beberapa hari sahaja

pernah seorang pembaca tanya aku, berapa ramai pegawai penyiasat jenayah kat Malaysia ni?

kalau aku cakap mungkin korang tak percaya, dalam beribu-ribu kes yang dilaporkan, kekuatan pegawai penyiasat yang sedia ada hanya 119 Pegawai Penyiasat Kanan (SIO), 361 Pegawai Penyiasat (IO), dan 965 Penolong Pegawai Penyiasat (AIO) di seluruh negara

itu statistik dua tahun lepas

congak punya congak, PDRM memerlukan tambahan seramai 132 (SIO), 408 (IO), dan 1,224 (AIO)

dan yang ni soalan cepu mas, banyak ke gaji diaorang ni?

secara tepat aku tak tahu, mungkin siapa yang ada maklumat boleh komen

kalau tak silap gaji Inspektor polis telah dinaikkan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda kepujian dengan gaji permulaan RM 2060.28, manakala lantikan terus ke pangkat Sarjan pula adalah menggunakan kelayakan Diploma atau STPM dengan gaji permulaan RM1513.62

imbuhan tetap Khidmat Polis yang baru bagi pangkat Inspektor hingga Supt yang mengalami perubahan Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) iaitu Inspektor dari RM 160 kepada RM 300, ASP dari RM 300 ke RM 350, DSP dari RM 300 kepada RM 400 dan Supt dari RM 300 kepada RM 450.

bayaran insentif penerbangan bagi pangkat Inspektor telah dinaikkan iaitu semasa latihan diberi elaun latihan sebanyak RM 600, untuk kursus peralihan pesawat – RM 1,300, pembantu juruterbang – RM 2,000 juruterbang ­ RM 3,000 dan jurulatih ­ RM 3,500

yang lain korang check sendirilah, yang ini pun aku dapat daripada rekod akhbar

apapun sebagai rakyat Malaysia, aku harap kita kena adil pada abang-abang polis kita, tak kisahlah cawangan apa pun, betul kesalahan pasti ada di mana-mana, nama pun manusia


tetapi itu tidak bermakna kita kena menidakkan sumbangan yang telah mereka beri selama ini

fitrah manusia memang tak mahu dimarah atau dipukul – lebih-lebih lagi kena sumbat dalam jel atau kena tembak, tetapi kita pun kena tanya diri kita juga…kalau kita duduk elok-elok, tak langgar undang-undang, takde siapa waima Ketua Polis Negara yang boleh jentik kita!

dan andai kata kita rasa dianiaya, sistem perundangan kita memberikan kita hak untuk membela diri di mahkamah, jadi apa yang susah dan apa yang payahnya di sini?

entahlah cakap lebih-lebih pun pasti ada yang rasa diri dia lebih hebat dan hujah dia lebih power

tak mengapalah, kalau rasa polis kita teruk sangat, pergi je lah duduk di zoo, takde siapa pun yang kacau…paling kuat pun kena baham dek rimau je, amacam, ada berani?

yang ni ‘polis pencen’ hehehe

 

7 Komen

Filed under Uncategorized

dua gol ‘last minute’…game paling gila, Manchester City memang gila!

malam tadi aku dan kengkawan berhimpun di restoran makan member kami di Damansara, tujuannya cuma satu -nak tengok tim mana yang akan menjulang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini!

menariknya di restoran itu malam tadi, boleh dikatakan ada empat grup yang dok tercangak depan TV besor menyaksikan perlawanan yang menemukan Manchester City dengan Queens Park Rangers (QPR) itu

grup pertama, dah tentu penyokong City yang tak sabor nak tengok tim diaorang menang EPL setelah 44 tahun berusaha dan tak pernah menang

grup kedua adalah penyokong Manchester United (MU), bukan nak tengok siapa menang pun tapi dok berharap City kalah dengan QPR, ini kerana kalau City kalah harapan diaorang rampas EPL memang cerahler malam ni

grup ketiga adalah penyokong QPR, sejak Tony Fernandes beli QPR dan nama Air Asia/ MAS terpampang kat jersey diaorang, aku tengok rakyat Malaysia yang sokong QPR pun dah bertambah, kira macam tim kita jugalah kiranya hehehe

dan keempat grup yang takde kepentingan, macam akulah kan, siapa menang siapa kalah pun bukan ada hal, janji dapat enjoy the game kata omputih

apa yang boleh aku katakan, game malam tadi memang gempak habis, walaupun City boleh dikatakan menguasai perlawanan, namun QPR tak bagi chance langsung

walaupun kaptennya, Joey Barton kena buang sebab dapat kad merah dan tinggal 10 orang, tapi setengah mati City nak kejar QPR ni

dan tinggal beberapa minit lagi game nak habis, QPR pun dah mendahuli dengan 2-1, kamera tv pun dok suluh kat muka penyokong City yang menangis, gigit kuku, ngamuk dan sebagainya, tiba-tiba dalam masa tambahan itu, menantu Maradona, Sergio Aguero sudah buat gila!

dahla Dzeko sumbat gol penyamaan buat City, tak lama lepas tu Aguero score lagi sebijik, semuanya dalam masa dua minit menjadikan City menang 3-2 sekaligus membolehkan mereka juara EPL musim ini, memang gila!

suasana kat kedai mamak member aku tu macam nak runtuh dengan sorakan

inilah ‘misteri’ bolasepak, sukan yang menjanjikan suasana yang cukup LAIN MACAM

di saat dah nak kalah, tetiba boleh menang…di saat nak menang, tetiba boleh kalah

dan untuk pengetahuan korang yang tak minat bola ni, City juga adalah pasukan paling gila dalam EPL apabila pemiliknya, jutawan UAE bernama Sheikh Mansour telah mengeluarkan duit poket lebih RM2 billion untuk membeli pemain-pemain ternama untuk kelabnya

takyah citer pemain lainlah, jurulatihnya saja, Roberto Mancini bergaji RM108 juta, itu belum kira gaji pemain terutama striker-strikernya

dan nampaknya memang berbaloi pak sheikh kita ni kuar duit banyak tu, setelah 44 tahun tak pernah menang, akhirnya pada perlawanan yang cukup dramatik dan cukup gila ini, Manchester City akhirnya dinobatkan Juara EPL untuk sekian kalinya, wallawehhhh!!!!

1 Komen

Filed under Uncategorized

Jenazah Noritta yang paling cantik yang pernah saya lihat – Pakar Porensik

betul, aku antara wartawan yang terlibat secara langsung dalam membuat liputan mengenai kes pembunuhan yang menggemparkan negara tidak lama dulu iaitu kes Noritta Samsuddin

tadi ketika ‘menziarahi’ kisah dari blog ke blog, aku singgah di blog Uncleseekers, dia menceritakan satu pengalaman menemuramah kakitangan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)

mari kita baca dulu entrynya…

Jenazah yang paling cantik yang pernah saya lihat – Pakar Porensik

Siapalah kita untuk menentukan syurga dan neraka seseorang…

Tidak kira bangsa, agama dan jantina semua bau mayat adalah sama -Pakar forensik

Pada 12 Julai 2006, pukul 2.30 petang, Uncle menghubungi rakan lama, Encik Azmi bin Zahari yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Perkenalan kami bermula pada tahun 1990 apabila Uncle menjadi guru kawad skuadnya semasa Encik Azmi menyertai Sukarelawan Polis Kuala Lumpur (klik). Beliau menjemput Uncle bertemu dengan Dr

Mohd Shah Bin Muhammad bagi mendapatkan kelulusan membuat kajian aktiviti paranormal di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur. Uncle bersama Adeek tiba di Wad kecemasan sekitar pukul 4.00 petang dan disambut mesra oleh Encik Azmi. Tanpa membuang masa, beliau terus membawa kami ke Jabatan Forensik. Pengalaman Encik Azmi bertugas di Hospital Kuala Lumpur selama 18 tahun memang tidak boleh dinafikan kerana boleh dikatakan semua petugas mengenalinya. Kami dikenalkan dengan Encik Abdul Latif Bin Abdul Malik yang sudah bertugas hampir 26 tahun dalam bidang ini. Sifatnya yang ramah dan sedia memberi kerjasama membuatkan kami berasa terharu.

Selepas 10 minit beramah mesra, Encik Latif membawa kami berjumpa dengan Encik Mohd Rashid Wahab bagi mendapatkan keizinan untuk masuk ke dalam bilik menyimpan mayat. Sifat beliau yang profesional membuatkan Uncle kagum dengan anak muda ini. Uncle doakan, Encik Rashid Wahab berjaya dalam bidangnya. Selepas mendapatkan keizinan daripadanya, Uncle dibawa oleh Encik Azmi dan Encik Latif ke bilik penyimpanan mayat. Encik latif

membuka pintu ‘peti sejuk mayat kanak-kanak’ dan kelihatan beberapa bungkusan jenazah bayi. Bau yang keluar dari peti sejuk itu sungguh meloyakan tekak. Apabila Encik Latif ternampak kelakuan Uncle, beliau hanya tersenyum. Beliau membuka sebuah lagi ‘peti sejuk mayat orang dewasa’.

Alangkah terkejutnya Uncle apabila semua mayat dibungkus dengan kain putih. Selama ini Uncle memikirkan mayat yang disimpan di dalam ‘peti sejuk mayat’ berada dalam keadaan bogel seperti yang selalu digambarkan di dalam filem, tetapi rupa-rupa-nya jangkaan Uncle meleset.

Kami dibawa ke bilik menguruskan jenazah beragama Islam dan bukan Islam. Kedua-dua bilik itu tersusun rapi peralatannya dan persekitarannya sungguh bersih. Selepas itu kami dibawa ke ‘bilik bedah siasat mayat’ dan ‘bilik bedah siasat mayat reput’. Selepas 20 minit kami dibawa melawat keadaan sekitar, kami memohon keizinan untuk keluar kerana tidak mampu menahan bau persekitaran.

Uncle memaklumkan kepada Encik Latif bahawa tujuan Uncle ke sana adalah bagi mengkaji lebih mendalam tentang kewujudan Hantu Orang Mati Dibunuh. Sambil tersenyum,

Encik Latif menerangkan sepanjang beliau bertugas, beliau sudah berhadapan dengan ribuan mayat yang mati akibat lemas, terbakar atau dibunuh, tetapi beliau belum pernah diganggu oleh hantu seperti yang sering diperkatakan. Encik Latif juga menjelaskan, semua manusia selepas mati menghasilkan bau yang sama berdasarkan ribuan mayat yang pernah beliau uruskan sebelum ini.

Satu perkara yang memeranjatkan kami berdua adalah apabila beliau menyatakan kecantikan jenazah Noritta Samsuddin tetap terserlah walaupun sudah menjadi mayat.

Perkara ini diakui oleh pembantu-pembantu perubatan yang berada di dalam bilik tetamu.

Pada pukul 5.05 petang, kami diperkenalkan pula dengan Tuan Haji Abu Bakar, iaitu penyelia di jabatan itu. Walaupun umurnya sudah menjangkau 48 tahun, namun tubuhnya masih tegap dan beliau banyak membantu kami memberi info berkenaan jabatan itu. Kami bertukar maklumat sehingga pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar kerana sikap anda yang terbuka dan profesional. Kami bertemu dengan Dr. Mohd Shah Bin Muhammad selaku Ketua Jabatan Forensik pada pukul 6.20 petang. Beliau menjelaskan sekiranya…

—————————————————————

baik, aku sendiri pernah menceritakan pengalaman aku dengan kes ini dalam entry bertajuk pengalaman membuat liputan kes Norita Samsuddin (Part 3) pada 23 Julai 2008

memang aku boleh MENGESAHKAN cerita yang ditulis oleh Uncleseekers itu

jenazah Noritta memang sempurna, seperti orang tidur saja gayanya, seperti dalam keadaan tersenyum pun ada juga

tidak ada tanda langsung yang dia rupanya menjadi mangsa bunuh dan sebagainya

sebab itu, biar dalam apa juga keadaan, kita sebagai manusia yang lemah tidak layak mengadili seseorang kerana akhirnya hanya Allah yang tahu…segala-galanya, ya, segala-galanya.

TARIKH       : 5 Disember 2003

WAKTU       : Sekitar 10 pagi

LOKASI       : Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)

HARI itu genap sebulan aku menyambut hari jadiku yang ke-27

Aku tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi. Tidak ada seorang pun wartawan lain yang kelihatan. Bersama aku adalah jurugambar wanita ‘macho’, Aby Baizura Harun.

Yang kelihatan di luar bilik mayat adalah rakan-rakan sepejabat arwah termasuk kenalan rapatnya. Yang wanita pula menangis teresak-esak. Berdasarkan wajah dan pakaian teman-temannya, aku dapat agak yang si mati mungkin seorang artis atau paling kurang pun model.

Aku jadi makin tak tentu arah. Dalam benakku, kalau betullah si mati ini seorang artis atau seorang model, sudah tentu berita pembunuhan ini akan ‘meletup’. Maksud aku ’meletup’ tu bukannya sensasi, tetapi sudah barang pasti aku kena kumpul sebanyak mungkin maklumat agar laporan aku kelak tepat dan terperinci, aduh, ini semua akan memeningkan lagi otak aku.

Masalahnya, ketika itu, tak seorang pun di bilik mayat HKL mahu memberikan maklumat mengenai pembunuhan itu, jangan kata maklumat, aku tanya nama si mati pun tak de siapa yang nak beritahu.

Aku jadi makin tak keruan. Tidak lama kemudian, rakan setugas, Angelina Sinyang, menelefon aku melalui telefon bimbit.

” Syahril, ini cerita besar, yang kena bunuh tu katanya seorang model, itu maklumat tak rasmi yang aku terima, kau kena check, editor kita dah bising…dia tanya bila nak tulis story?,” desak Angelina.

Aku mula bengang. Aku mula maki hamun editor aku (tapi dalam hatila). Ye lah, bukan senang nak cari maklumat. Polis sendiri pun setengah mati nak menyiasat, apatah lagi aku wartawan cabuk ni, bisik hati aku.

Tidak lama kemudian ada seorang wanita pertengahan umur keluar dari bilik mayat. Tak silap aku dia adalah pembantu perubatan di situ.

”Sesiapa sahabat handai atau waris si mati yang hendak melihat arwah bolehlah berbuat demikian, tapi jangan lama-lama kerana mayat nak dikafankan sekejap lagi,” kata pembantu perubatan itu.

Serentak dengan itu juga masuklah teman-teman arwah ke bilik mayat untuk melihat wajahnya buat kali terakhir. Aku juga tidak melepaskan peluang ini.

Masuk saja ke dalam, aku melihat arwah terbaring di atas pengusung dan ditutup dengan sehelai kain. Kain tersebut kemudian disingkapkan hingga ke paras leher bagi membolehkan rakan-rakannya menatap wajah arwah.

Sebaik saja aku menatap wajahnya, aku tiba-tiba menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Walhal ini bukanlah kali pertama sebenarnya aku melihat mayat mangsa bunuh. Bertahun aku menjadi wartawan jenayah, mayat adalah ‘mainan’ aku, tetapi kali ini aku rasa semacam. Pilu sungguh. Mana taknya, mangsa masih muda dan seagama, tak banyak sikit pun perasaan simpati tetap wujud.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah ketika itu? Alhamdulilah, terus terang aku katakan. Wajahnya seperti seorang gadis yang sedang tidur saja. Tidak ada imej ‘ngeri’ seperti mana wajah mangsa bunuh yang lain.

Rambutnya ikal mayang. Kulitnya sawo matang. Si mati juga seolah-olah ‘redha’ dengan kematiannya. Pendek kata, kalau dilihat dari riak wajahnya, kita seolah-olah sukar menerima kenyataan yang arwah menemui ajal di tangan seorang pembunuh.

Selepas semua orang yang ada di situ menatap wajah si mati, pembantu perubatan tadi meminta bantuan beberapa orang lelaki termasuk aku untuk mengangkat mayat arwah dari atas pengusung ke pangkin khas untuk dimandikan.

Aku masih ingat bagaimana aku dan dua orang pemuda yang ada di situ kemudiannya menurut saja permintaan beliau. Mayat arwah kemudiannya kami letakkan di tempat yang dimaksudkan.

Sebaik saja selesai, aku terus keluar dan mula kembali mencari maklumat penting untuk dijadikan bahan berita. Aku kemudiannya menegur seorang pemuda yang aku perhatikan telah berada di bilik mayat sejak awal tadi.Aku bernasib baik. Dia rupanya teman sepejabat arwah.

Daripada beliaulah baru aku tahu nama si mati, Norita Samsuddin. Katanya Norita bertugas sebagai seorang eksekutif di syarikat tempat mereka bekerja. Secara peribadi dia agak terkejut dengan berita pembunuhan tersebut kerana Norita, katanya, seorang pekerja yang rajin dan tidak banyak ‘songeh’.

Apapun selesai masalah. Nama aku dah dapat, jawatan aku dah dapat, alamat kampung pun aku dah dapat, cuma satu saja belum…gambar mangsa. Takkan aku nak suruh Aby masuk ke dalam bilik mayat dan ambil gambar mayatnya yang tengah terbaring itu. Bagi aku ini dah menyalahi etika. Arwah juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

AKu bernasib baik kerana Aby memberitahu yang salah seorang kawan mangsa ada menyimpan gambar arwah di rumahnya. Tanpa berlengah masa, Aby terus berkejar ke sana tanpa diarah. Dalam hati, nasib baik aku dapat jurugambar yang tahu tanggungjawabnya, boleh bertindak pantas tanpa perlu disuruh-suruh.

Menjelang tengah hari, bilik mayat mula dipenuhi wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media. Namun jumlahnya kembali berkurangan apabila masuk waktu solat Jumaat.

Aku hanya pulang ke pejabat setelah jenazah di bawa keluar dari HKL untuk dikebumikan di tanah kelahirannya di Perlis.

Cukuplah cerita aku mengenai pengalaman membuat liputan kes Norita dan aku tidak bercadang untuk menulis lagi mengenainya. Semuanya sudah selesai dan tidak perlu diungkap semula apa yang berlaku.

Aku berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Nasihat aku janganlah kita membuat sebarang andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pembunuhnya mungkin terlepas di dunia, tetapi tidak akan terlepas di akhirat.

Ingatlah, kita tidak mungkin ‘terasa’ kerana kita bukan darah dagingnya tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan Tuhan- arwah rupanya adalah adik, kakak atau anak kita sendiri, bagaimana?

Al-Fatihah buat Norita Samsuddin. Takziah buat keluarganya. Jauh di benakku aku berharap tiada lagi kes sedemikian rupa terjadi lagi. Namun kezaliman tidak terhenti di situ.

Tidak lama kemudian menyusul kes pembunuhan kejam Canny Ong, pensyarah UITM Bakaruddin Busu, kes pembunuhan isteri Raja Dihilir dan banyak lagi.

Kesimpulannya cuma satu…manusia makin gila. Aku makin buntu. – SYAHRIL A. KADIR

4 Komen

Filed under Uncategorized

wajah-wajah pramugari Indonesia sebelum kesemuanya terbunuh dalam nahas Sukhoi Superjet 100



Inilah wajah-wajah riang 11 pramugari rakyat Indonesia yang terpilih dalam penerbangan sulong pesawat Sukhoi Superjet 100 sebelum pesawat milik Rusia itu terhempas di kaki Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat beberapa hari lepas.

Mereka bergambar riang berlatarbelakangkan pesawat Sukhoi tersebut beberapa jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kesuma, Jakarta kerana merasakan merekalah yang paling bertuah kerana terpilih sebagai pembantu dalam penerbangan tersebut tanpa menyedari bahawa itulah juga penerbangan terakhir mereka.

Kesemua 11 pramugari tersebut dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut. Mereka ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.

Bagi yang beragama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan kepada yang bukan Islam, semoga bersemadi dengan aman.

sumber: mesintaipburuk.blogspot.com

2 Komen

Filed under Uncategorized

rupanya setiap kisah pasti ada noktah

kehidupan aku sehari-hari biasa saja, pergi kerja waktu cerah, balik kerja waktu gelap

bila sampai di rumah, mata ni pulak selalunya degil, jari ini pula selalunya nakal…minta juga diketuk sesuatu di keyboard sebelum tidur

dan dalam sela-sela waktu itu, adakalanya fikiran ini dibawa satu perasaan yang sukar ditafsirkan makna dan dimengertikan

kadang-kadang aku tertanya mana perginya perasaan halus dan kompleks yang dulunya cukup sebati dengan jiwa dan perasaan aku

kadang aku tertanya-tanya mana hilangnya kesyahduan dan kegemersikan rasa serta rona yang melingkar dalam mimpi-mimpiku

makin hari aku terasa ada ruang kosong yang dulunya terisi dengan sejuta pengertian yang cukup mendalam

kini ruang lompong itu makin membesar dan melebar sehingga aku tertanya…aku sekarang ini sebenarnya di mana?

malam tadi aku tiba-tiba memutar kembali lagu-lagu yang pernah mengiringi perasaan dan perjalanan dalam hidup aku selama ini

jiwang…kalau ya kenapa, bukankah perasaan itu satu anugerah?

sedih…kalau ya kenapa, bukankah kesedihan itu juga satu kurniaan?

hiba…kalau ya kenapa, bukankah hiba itu satu fitrah?

yang pasti masa dan hari akan terus berjalan, terus berlari dalam erti kata sebenarnya

namun seperti mana aku putarkan lagu-lagu itu, begitu juga adakalanya ia akan berputar dalam bentuk kenangan dan nostalgia

sayangnya ia tidak mungkin akan kembali, namun sekurang-kurangnya ia pernah kulalui

pada dia, engkau dan mereka yang pernah bersama denganku…percayalah ingatan ini tidak mungkin mati

cuma takdir telah menentukan…setiap kisah, pasti ada noktah!

 

 

6 Komen

Filed under Uncategorized

VIDEO: Tangisan Ustaz Don Sebelum Berangkat Menjadi Tetamu Allah…

Kira-kira pukul 11.50 pagi, pendakwah muda terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don berlepas dengan sekumpulan jemaah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi syahdu sebaik sahaja Ustaz Don membaca doa sejurus sebelum berlepas.

Difahamkan, inilah kali pertama Ustaz Don menjejakkan kaki ke sana hingga membuatkan beliau begitu sebak dan terharu kerana menjadi tetamu Allah.

Turut menemani beliau ke sana ialah ibu dan bapanya sendiri.

Bersama ke sana ialah seorang penerbit TV Al Hijrah, Ayie Azhari.

Azhari dan Ustaz Don juga akan membuat kerja-kerja pra-produksi untuk program ‘Umrah Bersama Ustaz Don’ yang kini dalam proses perbincangan untuk diterbitkan di stesen televisyen berkenaan.

Sebelum ini program interaktif agama, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al Hijrah semakin mendapat sambutan hangat di hati para penonton.

Program 30 Minit Ustaz Don yang ke udara di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu adalah kesinambungan program yang mula-mula diterajui oleh beliauiaitu Program Ihya Ramadan

Program ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.

Ustaz Don berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan kini berkhidmat sebagai pensyarah Fakulti AL-Quran & Al-Qirat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor . (Mynewshub.my)

1 Komen

Filed under Uncategorized