Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2007

pantun dari kejauhan..

                                                                                                              

Peluh mercik penat bertempuran
Hang Jebat duduk beradu
Minta bekal dari puan
Hendak mengubat hati yang rindu

Pungguk terbang diawan-awanan
Hampir tak terlihat dek mata
Kalau hati rindu-rinduan
Rindu dihati meronta-ronta.

Dicelah tudung bunga terselit
Lembut gebu bunga seroja
Kasih puan kasih dikulit
Tanamkah tebu dibibir sahaja?

Hendak kusukat air madu
Dari guri kedalam loyang
Semakin dekat semakin rindu
Saban hari semakin sayang

Bunga saya bunga Melati
Bunga-bungaan harum baunya
Kasih saya sepenuh hati
Kasih puan mana hinggapnya?

Read Full Post »

Gua Musang yang mendamaikan…

                                                     

                                                    

                                                                                     

sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku cukup tertarik dengan scenary Gua Musang, Kelantan

kalau yang selalu ke Kelantan ikut Bentong (laluan famous anak Kelantan di perantauan), bila sampai Gua Musang kira dah sampai Kelatantanlah (walaupun beratus kilometer lagi before nak sampai Kota Bharu, hehehe)

Baru-baru ni aku ke sana dengan bos aku, Zul Bakar. Tapi lepas tiga jam memandu, dia letih dan mintak aku gantikan dia untuk drive sampai KB.

Cuak gak sebab jalan ni agak scary dengan bas dan lori nalla punya besar bersimpang-siur, tambah pulak lalu time malam (nasib baik Ramadan, katanya hantu kena ikat rantai, gua konfident la sikit)

Dulu arwah abah selalu bgtau Gua Musang kawasan yang menakutkan bagi anggota tentera sepertinya kerana ramai pengganas komunis bersembunyi di kawasan ni

Apapun aku cukup suka bila sampai Gua Musang, lanskapnya yang dipenuhi bukit-bukit yang tinggi nampak unik sangat, jarang jumpa scenary macam ni dan ia macam trademark daerah ini.

Kami sampai Gua Musang kira-kira jam tujuh pagi, tapi aku punya risau, kabus punyalah tebal, orang kampung pula naik motor yang takde lampu, tak pakai helmet dan pelbagai untuk gi kait kelapa sawit.

Puaslah aku beliakkan biji mata takut terlanggar pokcik dan mokcik ni, nauzubillah.

Apapun, ia adalah asam garam kehidupan daerah yang dikatakan mempunyai kadar kemiskinan yang agak tinggi di Kelantan ini.

Anyway, Gua Musang, aku tak tahu kenapa, tapi aku telah cair dan jatuh cinta dengan ko!

Read Full Post »

kembali ke asalku

kembali ke dunia persuratkhabaran

 lama benar aku tidak menitip sebarang entry baru di blog usang ini, blog yang semakin merewang dan bersawang
sebenarnya selama itu jugalah aku melalui pelbagai pahit dan getir dalam dunia penyiaran yang sangat asing pada mulanya itu
namun semuanya satu memori indah yang tak mungkin dapat kulupakan hingga ke akhirnya
aku mendapat staf yang sangat komited, bos yang sangat prihatin hingga bagiku merekalah sebahagian daripada keluargaku
lebih-lebih lagi bila terpaksa menghabiskan hampir 15 jam sehari di pejabat menguruskan kerja yang tak pernah sudah itu
namun sebagai manusia kita hanya merancang, akhirnya Allah juga yang menentukan
tepat 31 ogos sewaktu negara menyambut kemerdekaan yang ke-50, aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Unit Kandungan dan Pembangunan Idea di syarikat ini, sekali gus melepaskan segala tanggung jawab terhadap program eXPOSE yang kini semakin tinggi ratingnya di Astro Prima.
Alhamdulilah, seperti mana Tunku Abd Rahman mendapatkan kemerdekaan dengan tanpa tumpah walau setitik pun darah, aku juga begitu
aku dilepaskan secara baik oleh syarikat seperti mana aku secara baik menyertai mereka kira-kira enam bulan lalu

Terus terang aku sangat menyintai kerjaya ini tapi aku juga mempunyai impian dalam bidang kewartawanan cetak, bidang yang telah aku ceburi hampir lapan tahun dulu
Aku akan menyertai akhbar baru, Sinar Harian terbitan Karangkraf.
Terlalu awal untuk aku bercerita mengenai akhbar ini, tapi cukuplah aku katakan yang aku sangat teruja mengenainya.
Pada teman dan taulan di FM Production, doakan kejayaan aku seperti mana aku sentiasa mendoakan kejayaan kalian.
Ingatlah, di mana kaki memijak, di situlah langit akan kita junjung!
Selamat tinggal FM, Sinar Harian..i’m on my way!

Read Full Post »

FM Production- Astro Prima

Sekali lagi penonton televisyen di Malaysia akan dihidangkan dengan program investigative reporting yang cukup popular dan mendapat tempat di hati masyarakat sejak kebelakangan ini.

FM Productions dengan kerjasama Astro Entertainment Sdn Bhd berganding bahu mempersembahkan tiga program berbentuk investigative reporting berjudul Expose (cara sebutannya X-Po-Sze), Expose Mistik dan Expose Satu Masa.

Namun dalam pertambahan program yang mempunyai format yang hampir sama, para penonton mungkin akan membuat perbandingan terutamanya dengan kemunculan rancangan seperti Edisi Siasat dan 360.

“Kami tidak mempunyai niat untuk bersaing dengan sesiapa. Semuanya adalah kebetulan sahaja.

“Malah, kami sudah memulakan penggambaran Expose sejak bukan Oktober lagi.” kata penerbit Expose, Syahril A Kadir ketika ditemui di majlis pelancaran Expose di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ini.

Selain daripada itu, tenaga kerja di sebalik produksi Expose adalah mereka yang terlibat dalam pembikinan program Edisi Siasat juga.

Mereka adalah Zainal Rashid Ahmad dan Firdaus Mohammad Zainal yang kebetulan merupakan nadi utama Edisi Siasat, rancangan berupa siasatan di ntv7 suatu ketika dahulu.

“Kami menyedari bahawa terdapat banyak program yang serupa dengan Expose yang sudah lama bersiaran di kaca televisyen.

“Walaupun hidangannya sama tetapi cara kami guna untuk meyampaikan maklumat berbeza sama sekali,” ujar Syahril.

“Gaya kami berbeza. Wartawan kami turun padang dan mencari sumber. Mereka mendekati masyarakat yang menghadapi masalah sosial di sekeliling mereka.

“Masyarakat inilah merupakan sumber yang terbaik kerana mereka terbabit dalam masalah sosial yang wujud,” ujarnya lagi mengenai format yang dikatakan berbeza dengan program 360, Bongkar dan Edisi Siasat.

Menurutnya lagi, semakin dekat perhubungan pihak produksi dengan golongan sasaran, informasi yang bakal diterima akan menjadi semakin terperinci dan ini akan memudahkan lagi pemahaman dan penyampaian krew Expose.

Malah, krew produksi Expose turut menggunakan bimbingan pakar serta bantuan pihak berkuasa dalam membongkar mana-mana gejala sosial.

“Ketika membuat liputan, kami tidak bersikap mengadili serta menuduh mana-mana pihak sebagai pesalah.

“Contohnya, menerusi isu remaja hisap gam, kami tidak akan menuding jari terhadap mereka malah kami akan merungkai kisah di sebalik ketagihan mereka.

“Sejurus selepas itu, kami akan mendapat nasihat pakar serta meminta bantuan pihak berkuasa untuk memberi informasi berkenaan bantuan yang dapat diambil oleh penagih-penagih yang terlibat,” jelas Syahril lagi yang tidak mahu mengambil pendekatan ‘touch and go’ di mana ada sesetengah program yang hanya membongkar masalah sosial tetapi tidak memberi sebarang alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.

Rancangan ini yang bakal disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula 16 April ini bakal memaparkan 208 episod yang menarik.

Selain daripada Expose, FM Production turut menerbitkan Expose Mistik yang memaparkan isu-isu berkaitan dengan dunia mistik serta kepercayaan tahyul yang diamalkan oleh masyarakat setempat.

Setiap kepercayaan akan dibidas dan dikaji daripada sudut agama dan sains.

Rancangan yang mengandungi 52 episod ini akan bersiaran pada setiap Jumaat pada jam 8.30 malam.

Manakala Expose Suatu Masa pula bakal menyentuh salasilah tokoh-tokoh, insiden dan tempat-tempat yang bersejarah di Malaysia. Rancangan ini akan disiarkan pada setiap hari Ahad pada jam 8.30 malam.

Ketiga-ketiga program yang bersiaran selama masa 30 minit ini akan disiarkan menerusi rangkaian televisyen berbayar Astro Prima.

Ketika ditanya mengenai relevan di sebalik pengambilan tiga rancangan terbitan FM Productions selain daripada alasan Astro yang menjadi pemegang saham sebanyak 50% dalam syarikat produksi tersebut, Khairul Anwar Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata, “Ini adalah merupakan salah satu langkah untuk menarik penonton kepada saluran Prima

“Selain daripada itu, ketiga-tiga rancangan ini merupakan salah satu langkah untuk kami melakukan rebranding terhadap saluran ini.”

Muka baru peneraju Expose, Expose Mistik dan Expose Suatu Masa

Malah, FM Produstions tururt memaparkan wajah-wajah baru dunia penyiaran sebagai tunggak utama rancangan tersebut.

Mereka adalah Hairi Shahrizal, Ziffa Zubir, Harliza Ahmad dan Shahkira Ahmad.

Golongan wartawan muda ini pula akan dibantu oleh bekas pembaca berita pengacara, Dang Suria Zainuddin menerusi paparan eksklusif Expose nanti.

“Kami mementingkan isi kandungan rancangan kami berbanding dengan personaliti yang mengacara program kami.

“Bagi kami, ini merupakan satu pendekatan baru kerana program-program lain menggunakan muka-muka yang sudah dikenali sebagi pengacara program mereka,” jelas Syahril mengenai penggunaan empat pengacara baru untuk mengendalikan Expose, Expose Mistik dan Expose Pada Suatu.

“Malah, dengan menggunakan tenga kerja baru, kami mendapat idea-idea baru /fresh jika dibandingkan dengan program yang lain.

Mereka berupaya memberi idea yang baru. Tambahan pula, pengacara-pengacara kami sudahpun membuktikan kemampuan mereka sebagai wartawan disamping bertindak sebagai penolong penerbit untuk ketiga-tiga program tersebut,” ujar Syahril lagi.

Yang lebih membanggakan, kesemua pengacara yang terlibat dalam ketiga-tiga program Expose ini juga turut menjadi penulis, wartawan serta krew produksi selain daripada tugas mengacara.

Read Full Post »

aduh…


                                                                                           POPIAH BASAH

                                                                                                  MILO O AIS

                                                                                                 NASI BERIANI BUKHARA

                                                                                              KUIH LOPIS

                                                       LAST BUT NOT LEAST…DUNHILL SEBATANG SHEIKH…

so, pada sesiapa yang hendak buka poser dengan aku, elakkan hidang benda2 ni atas meja, bukan apa, aku takut azan belum berkumandang, alih-alih aku dah belasah dulu, tak haru!

Read Full Post »

Universiti Utusan Malaysia

746729361l.jpg

aku memulakan ‘pengajianku’ di University of Utusan Malaysia (UUM) kira-kira enam tahun lalu. Semangat, keazaman dan cita-cita telah membawa aku ke UM walaupun ketika itu aku sudah pun mempunyai pekerjaan tetap yang memberikan pendapatan yang agak lumayan.

Aku tinggalkan teman-teman, aku tinggalkan kenangan, aku korbankan lebih 80 peratus waktu dalam kehidupan harianku dalam mengejar ‘ijazah’ di universitu tersohor tersebut. Dalam tempoh berkenaan, pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa aku tempuh.

Bersesuaian dengan ‘jurusan’ Kriminologi yang kusertai, duniaku hanya dipenuhi dengan hanyir darah dan nanah, api yang mengganas dan putaran air yang melemaskan serta ribut taufan yang menakutkan!

Di universiti itu juga aku berkesempatan menjelajah ke banyak negara di dunia seperti Afrika Selatan, Tanzania, Zambia, Indonesia, Singapura, Filipina etc.

Di universiti ini juga aku pernah dihenyak, dimaki, ditekan…pada masa yang sama di sini juga aku pernah dipuji, disanjung dan dihormati. Di universiti ini juga aku mengenali manusia-manusia yang hipokrit, penakut, gampang dan sial tetapi di sini juga aku berjumpa dengan insan2 yang baik budi, jujur, penyayang dan terpuji.

Tidak lama lagi ‘pengajianku’ akan menuju titik noktah, berapa agaknya CGPA yang aku dapat, aku pun tak tahu. Aku tak mungkin gagal cuma bezanya adakah aku lulus dengan Kelas Pertama (siap dengan Anugerah Dekan) atau Kelas Kedua atau sekadar General Degree (amik syarat).

Yang pasti aku rasa aku tak pernah mengecewakan para ‘pensyarah’ dalam setiap tugasan yang mereka berikan, cuma biasalah, aku tak mungkin dapat memuaskan hati semua ‘pensyarahku’.

Universiti Utusan Malaysia…terima kasih kerana memberi peluang untuk aku menggali ilmu di lembah citramu, aku mungkin bodoh, aku mungkin dungu, aku mungkin bebal…tapi aku tak mungkin lupa akan jasamu, aku mungkin tak akan lupa pada budimu.

Dalam tempoh tersebut juga kalau kalian menganiayaku, aku redha, kalau kalian membohongiku, aku terima, kalau kalian berprasangka buruk padaku, aku pasrah.

Aku akan tinggalkan lembah citra ini dengan satu kepuasan…aku berjaya melepasi kelayakan, aku berjaya melampaui harapan, aku berjaya merentasi kesulitan.

Malahan dalam apa keadaan sekalipun, sekurang-kurangnya ‘biasiswa’ yang aku terima selama ini….semuanya telah ku lunaskan!

Wassalam.

Read Full Post »

159709692_1d11bbe22c.jpg

“Orang boleh pandai setinggi langit

tapi selama ia tidak menulis,

ia akan hilang di dalam masyarakat

 dan dari sejarah.

 Menulis adalah bekerja

untuk keabadian…”

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,208 other followers

%d bloggers like this: