Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu, Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja,
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang…
Setelah ia [...]
Entries from Disember 2007
Disember 27, 2007
kata orang lagi…(iklan jap)
Disember 27, 2007
eksklusif bersama Ustaz Abu Bakar Basyir
Tragedi gempa bumi yang menimpa bumi Yogyakarta
terus terang, bagi aku inilah di antara tugasan yang paling sukses pernah aku buat sepanjang aku berkhidmat sebagai wartawan Utusan Malaysia dulu
pada mulanya kami hanya diberi masa dua minggu, kemudian disambung lagi, dan disambung lagi hinggalah kami berada di sana hampir sebulan lamanya
mula-mula kami cuma buat cerita gempa [...]
Disember 26, 2007
Aku, Tsunami dan Aceh (sempena genap tiga tahun tsunami)
Hari ini dah lebih 3 tahun peristiwa tsunami melanda Banda Aceh, Aceh.
Aku masih ingat bagaimana aku, Zulkifli Bakar dan Halim Khalid telah diarahkan Ketua Pengarang, Datuk Khalid Mohd. untuk membuat liputan bencana alam yang dikategorikan antara yang paling teruk dalam sejarah ketamadunan manusia.
Kami tiba di sana pada 5 Januari 2005
Sukar hendak digambarkan.
Hati kami begitu sayu, [...]
Disember 26, 2007
susah senang jadi wartawan jenayah
sebenarnya untuk menjadi wartawan jenayah merupakan benda mudah, tetapi untuk menjadi wartawan jenayah yang BAIK itu lebih sukar
tiada guna menjadi wartawan jenayah kalau tidak mempunyai CONTACT yang baik, CONTACT yang bukan saja boleh dibuat kawan tetapi juga CONTACT yang boleh memberi maklumat jika ia diperlukan
dalam hal ni, aku sebenarnya kagum dengan kehebatan beberapa orang [...]
Disember 26, 2007
pengalaman membuat liputan kes Norita Samsuddin (Part 1)
Model dirogol, dibunuh — Ditemui dalam keadaan bogel dengan leher dijerut, tangan, kaki diikat
Oleh: SYAHRIL A. KADIR dan ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR 5 Dis. – Seorang peragawati fesyen sambilan, Norritta Samsudin, 22, ditemui mati dalam keadaan bogel dengan leher dijerut sarung bantal manakala tangan serta kaki diikat dengan wayar seterika di rumah sewanya di Kondominium [...]
Disember 21, 2007
Puisi Kasih Buat Ammar Amsyar
Ammar Amsyar,
kau mungkin tidak mengerti apa yang papa katakan
tetapi kau pasti tahu apa yang papa rasakan
sesungguhnya papa tidak sempurna dalam pencarian
tetapi papa tetap berusaha menyusuri perjalanan
Ammar Amsyar,
kau masih mentah untuk mengenal hidup
tapi kau cukup masak untuk mengenal kasih sayang
sesungguhnya papa ingin siramkan kau dengan kemuliaan
walau tubuh ini bersalut dengan lumpur kepayahan
Ammar Amsyar,
tiada apa yang papa [...]
Disember 19, 2007
3 statement ‘terbaik’ yang aku pilih sepanjang tahun 2007!
# 1 Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 bernilai RM48,000 yang dibida pihaknya bukan untuk kegunaan peribadi beliau tetapi kenderaan tetamu kenamaan kerajaan negeri.
Beliau berkata, pihaknya akan tetap membeli nombor CCC 9 itu walaupun melibatkan kos yang tinggi kerana ia telah dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Exco [...]
Disember 19, 2007
Selamat Hari Raya Aidil Adha
SAK: semalam aku bermimpi ke Mekah, entah apa maknanya…moga tiba jua ku ke sana suatu hari nanti, Insya Allah.
Disember 15, 2007
tersentap!
ini kata-kata seniman terkenal, Allahyarham Mustafa Nor kepada salah seorang wartawan The Star lebih 20 tahun lalu…bila terkenangkan kembali, ia cukup membuatkan ku tersentap!
“There is a thin line between your profession and prostitution, so be very careful….”
terjemahannya…
Ada garis halus yang memisahkan profesion anda dengan pelacuran, jadi berhati-hati…
Disember 14, 2007
kata orang…
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari [...]


