hari (ni lah koc Argogede- tq SFARI.COM)
hari ni aku ambil keputusan naik keretapi untuk ke Bandung. Bila lagi ye tak? Walaupun risau gak dengan gambaran yang diberikan mengenai keretapi kat Indonesia ni tapi aku degil gak nak naik.
Sampai saja di Stasiun Gambar (bukan salah eja, memang spelling ‘stasiun’ tu betul) aku terus beli tiket Ekspres Prahingan untuk ke Bandung. Katanya, koc ni eksklusif sikit, takyah berebut, harga pun Rp50,000 je (sekitar RM15).
Ikut jadual pukul 8.30 pagi, tapi kul 9 baru gerak. Ala, aku tak kisah sangat sebab aku pernah tunggu komuter nak gi Sungai Buloh sampai sejam tak sampai2 beb. So, dimaafkan.
Tapi aku kecewa nak campur tergelak pun ada bila masuk dalam koc. Sebiji macam naik bas sekolah. Kerusi rosak dan berbau hancing. Nasib baik ada air-cond, tapi jangan marah, ada pramugara beb. Dapatlah air mineral ngan roti kelapa sebiji.
Yang tak tahan tu, pemeriksa tiket dia dressing ngalahkan pilot kapal terbang, siap pakai kot ngan tie siot!
Lebih kurang tiga jam aku pun sampai di Bandung.
Masa nak balik Jakarta aku try pula naik kereta api Agrogede. Fuh, yang ni keles. Memang terasa macam naik kapal terbang. Kerusi cantik, air-cond power, ada bantal. Pramugari pun elok gitu. Tambang Rp50,000 gak.
Kali ini pemeriksa tiket dia lagi hebat. Ada dua orang lagi. Sorang kerja dia periksa tiket, sorang lagi tukang tulis, apa yang dia tulis aku pun tak tahu.
Masa aku nak hisap rokok, aku gi kat pintu belakang. Baru aku tahu rupanya keretapi ini dipandu punyalah lajuuuuuuu. Meremang tengkok aku!
Setengah jam sebelum sampai, keretapi ni berhenti sekejap kat satu ‘stasiun’. Masa nilah aku nampak punya ramai warga Jawa naik satu keretapi kelas tiga. Mak datuk, sampai atas bumbung kaedahnya.
Yang sedihnya, sebaik saja berhenti, ada beberapa kanak-kanak tiba -tiba menyerbu masuk ke dalam koc. Rupanya mereka mencari sisa-sisa roti dan air yang dimakan/diminum oleh penumpang.
Salah seorang daripada kanak-kanak ini sempat ‘mencuri’ roti aku yang tinggal separuh itu. Alamak sayu la pulak.
Aku sampai di kondo Pak Sopha kira-kira kul 12 malam.
Indahnya pengalaman..

nak tanya sikitlah…kitaorg nak pergi ke Bandung dr Jakarta naik train, tiket kena beli awalkan? Agrogede ada ke dr Jakarta? 2 trip jerkan kalau ke Bandung daily? Tahu tak pukul berapa? bawa anak2 pulak tu..ingat nak jalan2 sambil tengok pemandangan. ..ok ker kalau bawa budak2?Tandas ada tak?yelah …manalah tahu budak2 nmcm2 hal..
For Lin and anyone else…
There are two trains to go to Bandung daily:
ARGOGEDE (Argo=Mount;Gede=Big)departs from Gambir station (jakarta) at 6.30;10; 11.15;13.40; 17.50 and 19.30. While from Bandung to Jakarta at 6.30;7.35;10.25;14.35;16.25 and 18.05
Ticket : Rp.75.000 (app.30 RM).
Bilik tandas ader lah…it’s cukup selesa I guess.
PARAHYANGAN (means Kahyangan) leaves Jakarta at 5.10;7.40;8.25;12.20;14.35;16.50;17.15 and 20.35. Back to Jakarta from Bandung at 4;5;6;8.30;11.15;13.30;17 and 19
Ticket Rp.45.000 (18 RM).
Check updates at : http://www.bandungtotal.com/jadwal-kereta-api.php
WILUJENG SUMPING,SELAMAT DATANG
nak tnya la..
next jan09me my ma fwen will be goin to jakarta.
act nk g bandung..tp gatal beli tiket ke bandung..
so boley la naik train h?
apa? agrogede?
Bro,
Kondo pak sopha yang u mentioned tu boleh sewa tak.I and family nak gi jakarta – bandung julai ni.Kalau ada tel no bagi sama no….
tq
naffri
Helo Brader,
aku dan rakan2 (6 org) akan pegi ke Jakarta (12 Mac 2010) hingga 14 Mac then dari jakarta 14 mac terus ke Bandung.Lepas tuh dari bandung terus ke KL.
Nak tanya, kalau di jakarta, ada tak budget hotel atau apartment yg murah2 yg leh masuk 6 orang.
begitu juga di bandung..ada tak? any suggestions.thanks a lot.
p/s- baru balik dari medan. stay kat budget hotel, blue angel, jalan masjid raye..cantik dan murah (sekitar Rupiah 60K semalam)
Assalammualaikum…..
Sedara….boleh call saya tak?
saya nak experience dari Jakarta ke Bandung naik keretapi.
mintak tolong citer sikit.
0196755567
Terimakasih kepada saudara Syaril yang telah memberi maklumat tentang keretapi bandung > Jakarta.
Untuk dikongsi bersama, pengalaman menaiki keretapi dari Bandung ke Jakarta memang menyeronokkan. Lebih – lebih lagi apabila melalaui kawasan pergunungan, permandangan yang begitu asli dengan padi bukit tersusun indah serta beberapa air terjun di kawasan perkampungan bukit. Koc yang selesa denga layanan yang baik menjadi tarikan yang begitu unik. Dengan tambang hanya 65,000IDR seorang/sehala, bagi saya itu amat berbaloi. Oleh kerana tidak puas walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 4jam, keesokkan harinya dari Jakarta ke Bandung pun saya menaiki keretapi yang sama ( Agro Parahyangan ) ke Bandung.Stesen keretapi Gambir, Jakarta juga tidak kurang hebatnya. Semua fasiliti ada, dari restoran hingga ke tandas yang bersih.
Manakala suasana di Bandung semsa kunjungan saya , cuaca amat sejuk kerana ada hujan sekali sekali dan tidak lupa kepada mereka yang akan ke Bandung, jangan lupa untuk beristirehat sambil mejamu selera di Kampung Daun.,sungguh menyamankan.
Sebagai maklumat tambahan ( bukan bermaksud mempromosi – maaf en syaril ), teman rapat saya sedang membangunkan sebuah restoran makan melayu melaka di Sukajadi, Bandung.Tujuan kunjungan saya kali ini pun kerana ingin memberi sokongan kepada beliau.
Insyaallah jika sudah siap saya akan berkongsi maklumat dengan semua lebih-lebih lagi yang ingin ke sana dan tidak sesuai dengan menu di sana.
Sekian Wasallam.
Assalammualaikum,
Thanks for ur info…mmg tgh mencr info psl jakarta n bandung.
Actually my family plan to go to jakarta on May 2011 (wpun lambt lg…). Nak ty, tau tak exactly how much the train ticket cost from Jakarta to Bandung (if possible nak tau the latest fare – Agrogede or Parahnyangan which one is better? Perlu tempah tiket train awal ke?
Coz kami ni budget traveler, so nak kna buat bajet dl. Ade x tau mana2 hotel bajet tp selesa yg kami leh stay di Bandung and Jakarta nanti.
Saya sekeluarga 7 orang semuanya bercadang ke jakarta dan ke bandung kemudian balik ke Malaysia pada 22 – 29 Disember 2010. Cadang naik train dari Jakarta ke bandung. Harap dapat syorkan apartment atau hotel yang selesa di jakarta dan bandung, rasanya servis apartment dengan 2 atau tiga bilik lebih murah dan selesa. ada kontek sewa kereta mpv dengan driver untuk lihat sekitar Jakarta dan bandung dan samping candangan tempat dekat dengan kawasan beli belah. Harap dapat maklum balas. Terima kasih
lin..saya pun ke sana around that time….look fwd to try the train jugak la he he
Ye kew…mai ramai2 g jakarta & bandung….mn tau de rezki terjumpe kt sn ke kn…yang sy dgr not bad gak train dorg, juz jgn naik train yg local sn naik ramai2 tu je…hehe
assalammualaiku..
bapa saya nak tahu berapa kena bayar airport tax di jakarta … dengan kat 350,000.00 RP ..untuk seorang kah atau macam mana..
Salam ….bro,
Nak dapat maklumat tentang naik kerata api dari Jakarta Ka Bandung Jakarta.
Jadual perjalanan,cara nak beli tiket.
Apa nama keratapi yang lebih selesa.
Bole kan email…ka…..
Terima Kasih.
Very informative. Language used is humorous to desribe the situation.’Terima kasaih.
Pillay
Hai tq for the info is very informative as im planning to go for trip jakarta- bandung- jogjakara- surabaya-bali end of this year