KOTA DAMANSARA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa nafsu buas seorang lelaki yang sebaya dengan bapanya dalam satu kejadian cubaan merogol di flat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Seksyen 8, di sini semalam.
Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki lingkungan 40an memperdaya kanak-kanak terbabit keluar dari lif sebelum memasuki rumah kosong di tingkat sembilan disedari dua penduduk yang kebetulan melalui tingkat tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, lelaki durjana berkenaan memaksa kanak-kanak malang itu membuka pakaian bagi melampiaskan nafsu binatangnya.
Bagaimanapun suara tangisannya berjaya menyelamatkan dia daripada diperkosa manusia bertopengkan syaitan.
Ketika kejadian mangsa lengkap berpakaian sekolah dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga di tingkat 17 lalu disapa lelaki berkenaan di tingkat sembilan.
Menurut sumber, suspek yang mempunyai isteri membawa mangsa ke rumah kosong yang dipenuhi longgokan sampah bagi mengelak disedari orang ramai.
”Bagaimanapun tindakan jahatnya itu disedari penduduk dan melaporkan kepada orang ramai.
”Menyedari perbuatannya diketahui penduduk, suspek cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di rumahnya di tingkat lapan serta sempat mencukur janggut dan misai dengan harapan tidak dapat dikesan penghuni,” katanya.
Tambah seorang penduduk dikenali Irwandi Zulkifli Rosli memberitahu, setelah rumah suspek dikenal pasti, penduduk bertindak memanggil suspek keluar.
”Pada mulanya dia tidak mengaku perbuatannya itu, bagaimanapun perkara tersebut terbongkar apabila kanak-kanak dapat mengecamnya.
“Sedikit kekecohan berlaku antara penduduk dengannya setelah dia cuba melarikan diri tetapi penduduk dapat menggagalkan tindakannya itu,” jelasnya.
Akibat daripada perasaan marah penduduk yang membuak-buak kepada suspek yang melakukan perbuatan itu, dia mendapat sedikit kecederaan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).
Semasa kejadian, suspek yang baru pulang daripada kerja sebagai tukang kebun di kawasan berhampiran dipercayai berada dalam keadaan mabuk/ FAZLI DAN ANUAR




33 komen
April 8, 2008 at 4:23 am
Terbaring mandi darah camtu pun nak kata cedera sikit ke……cannot…cannot…..
Julai 22, 2009 at 4:33 am
padan la NGAN MUKA SYAITAN TU!!!
April 8, 2008 at 7:06 am
hahaha, itulah media arus perdana, ops!
Julai 24, 2008 at 7:15 pm
dimanakah profesonalisme wartawan melaporkan perihal cerita sebenar? sebab tu la masyarakat naik loya baca berita kat surat khabar..ni bukan aku yg cakap…ramai yg cakap…tapi kat blog pun,x kurang jugak ‘nasi tambahnya’….hahahahaha…
p/s
kesian kat org2 kampung…selalu disogokkan dgn benda2 ngarut..dulu x mcm ni pun media..sejak 1998 kot..
Ogos 20, 2009 at 7:13 pm
kalau katpuchong ade mcm ni…
perogol 2 ade name baru…
aruah raseny..
Ogos 23, 2008 at 1:10 pm
Ish! Apa nak jadi la zaman sekarang ni. . .
September 22, 2008 at 2:24 am
pengajaran kepada yang berniat nak jadi perogol…
September 25, 2008 at 8:58 am
kalau press citer betul2 yg beruk tu tinggal suku nyawa kena bedal dgn penduduk flat dah tentu la lps tu ada pulak hero2 tak diundang nk jadi champion human rights paksa polis ambik tindakan ke atas penduduk yang bertindak ”kejam” ke atas si bakal perogol tu.. nnt lepas ni sapa pun x mau ambik tau pasal budak nak kena rogol ker..kena liwat ke.. nk kena samun ke pasal malas nak ada hal dgn polis..
Oktober 6, 2008 at 4:00 am
alah….. wartawan2 kat m’sia 2 sengaja wat cite mcm 2 coz nak tarik minat orang baca ruangan dorang…..
Oktober 9, 2008 at 7:16 am
is.is…. napa tak potong je k******* nya…..
Oktober 14, 2008 at 6:28 am
macam letak mayat atas plastik mayat je rupanya..
Oktober 27, 2008 at 11:50 am
cedera sedikit? tengok gamba tu macam dah mati je, siap plastik hitam pulak tu.
Oktober 30, 2008 at 2:41 pm
lah, mati2 aku ingat mampos, alih2 “mendapat sedikit kecederaan”?? aku rase dah mampos la… mane ader org cedera letak atas plastik itam?!
tapi kalu aku bapak budak tu… huh! lapan belas kerat je kot tinggal!!! sib baik jiran2 aku je yang menghalang! Geraaaammnyerr!!!
November 15, 2008 at 9:26 am
ngeri. tuh baju die merah ke atau dah diseliputi darah….isk, isk, isk…
November 18, 2008 at 1:20 am
perkara biasa bg aku…sbb kat kampung aku pun biasa jadi mcm tu kalau org yg tak dikenali buat hal..mencuri ke,merompak ke,merogol ke,xcident ke…pengajaran utk yg masih hidup..pkr sndiri la..masuk balai,masuk mahkamah,masuk jail tak sampai 10 pastu keluar buat lg…. mcm mana???
November 18, 2008 at 3:36 pm
padan muke!sape suruh jd binatang
Disember 11, 2008 at 3:05 pm
ala..cedera sikit je tu.. sok2 sembuh la..
Januari 14, 2009 at 9:48 am
orang mcm nie patutnye mampus jek
Januari 24, 2009 at 6:55 pm
alah,itu baru sikit je.len kali ikat kat karier motor heret je,bawa pusing-pusing dalam kampung 2,baru betul.pastu bagi anugerah perogol cemerlang kasi tatu guna besi panas letak dekat dahi,baru dia tau langit 2 tinggi ke rendah..dah siap proses 2 panggil orang kampung ramai2 kencing kat muka baru betul.kalo ikutkan hati nak je aku kasi taik anjing bagi dia makan……………………..
Februari 13, 2009 at 4:42 pm
manusia mana yang tidak pernah melakukan kasalahan. adakah agama islam mengajar umat nya memukul orang sehingga mati kalau terjadi perkara seperti ini. sebenarnya dia juga tidak menginginkan perkara rogol tu berlaku tetapi itu adalah pencobaan bagi dia. cuba kamu fikirkan sekiranya kamu juga di perlakukan seperti itu nanti. adakah kamu sanggup? pada ajaran yang saya anuti sekarang, tidak ada seorang pun yang dapat menghakimi seseorang dengan cara seperti itu. coba kamu fikirkan . adakah ajaran agama kamu mulia jika hati umatnya tidak berperi kemanusiaan…???
April 26, 2009 at 8:00 am
betul saya sokong
Februari 27, 2009 at 12:45 pm
merapu la lu gombur tak kene dkt diri sendiri boleh la cakap
April 9, 2009 at 7:32 am
Apa kata KiTa ramai-ramai buat macam dia nak buat kat budak tu?!Agak-agak dia sanggup tak?!Rasa-rasa mau dia lari tak cukup tanah…
April 13, 2009 at 6:31 am
Cam Xreal Jerk Gmbo Nie,
Cam Kne Langgo Lori La,
Hmmmm
Mei 14, 2009 at 3:14 am
benci betul dengar kes rogol ni… memang tak berhati perut. pelacur2 n gro byk kat lua sane apesal yang tak taw apepe ni gak yang diidam… risau masa akan datang… mcm mana la life bakal anak2 kita nanti…
Mei 30, 2009 at 3:03 pm
emm….agak2 arrrrr…! tenson aku…
Jun 4, 2009 at 7:49 am
nasib baik aku xde kat situ…kalu x…aku joint sama belasah mamat perogol tu..orng mcm tu…. tu jer hukuman dia.ni bkn soal ugama ka apa…ni soal…pengajaran manusia kepada manusia.hang buat salah…hang tanggung akibatnye.terima lah resikonya…bila hang pandai…cipta resiko.
Jun 7, 2009 at 4:30 am
ni bukan la salah die..aku rasa 89% kes rogol berpunca dari perempuan yg suka berpakaian yg “xcukup Kain”..so lu fikir la sendiri..
Jun 8, 2009 at 5:07 am
adam ke patut kata cdera sikit.tu dlm gambar dh nampk bmandi darah dah ke mandi sirap…nak jdi wartawan kene bijak tulis..
Jun 8, 2009 at 5:10 am
korang ada baca tak kisah aishah(bkn nama sebenar)..kesian di kene rogol 4jam ..sengsara habis.sekarang lelaki baik pun susah nak cari ar…takut farhana….
Julai 8, 2009 at 6:37 pm
aku klu bab nilahkan..mmg pantang sgt..wtpe la nk dirogol wanita/gadis/kanak2/nenek yg tk berdosa tu?? ngundang padah tul..baik g je umah jalang..pastu bayar la klu dah puas..
tk perlu la nk rogol2..bunuh2.. selalu2 lah beringat jgn kerna sedap 5 minit tu..kita tanggung derita seumur hidup..tp..klu laki tu btul2 mati pon tk kisah..mmg dia yg nk mcm tu..dia manusia tp berhati binatang..nk serang budak2 bwh umur ibarat `anjing` serang org la…
so…penduduk apa lg..
hentam dia mcm anjing la gak..
September 8, 2009 at 8:32 am
ape la nak jadi dgn dunia skrg.yang sementara tu la yang dicari yang abadi dilupai..bawak2 la bertaubat..ingat la skit kat family sendiri..kalau nak buat kat orang tu fikir dulu kalau orang buat camni kat anak ppuan ko,bini ko,mak ko n kaum kerabat ko..aku mmg dah sakit hati sangat dengan kisah rogol ni..cam binatang buas..binatang pun pandai sayang anak sendiri..ape la salah budak 10 tahun tu berbanding ko yang dah tua bangka.mujur tak mati dibelasah orang ramai,klo tak tak sempat bertaubat la ko..takut la skit pada azab Allah.
September 18, 2009 at 6:39 pm
father memandang berat kejadian ini,,,, ini jenayah