Singapore dan F-35

Kita kat sini bersemangat betul dalam isu siapa liwat siapa, dok menjerit harga minyak naik, dok cari macam mana Altantuya boleh diletupkan dengan bom C4, dok rimas tentang Khairy Jamaluddin, dok kumpul salah Tun Mahathir dan lain-lain

pun begitu, ramai yang tidak sedar, tak jauh dari rumah kita ada sebuah negara sedang sibuk memperkuatkan bala tenteranya.

Di Malaysia? Jangan kata nak memperkuatkan tentera, beli peluru lebih sikit pun dah cukup untuk mengundang perdebatan di Parlimen.

Tuan-tuan dan puan-puan, silakan bergaduh di antara sesama kita.

Cuma saya di sini nak bagitahu, sedarkah tuan-tuan dan puan-puan, Amerika Syarikat baru memaklumkan sebentar tadi yang kerajaan Singapura bercadang membeli jet pejuang generasi baru paling kompleks dan terbaik di dunia, F-35 Joint Strike Fighter keluaran Lockheed Martin Corp .

Bukan sebiji, bukan dua biji, bukan juga 20 biji, tetapi….100 biji !!!

Ia sekali gus menyamai pelan pertahanan udara Israel.

“Israel menyatakan mereka mahu membeli sehingga 100 pesawat kalis radar ini.

Singapura juga pada asasnya menyatakan perkara yang sama,” kata Ketua Program Pentagon, Mejar Jeneral Charles Davis.

Hasil daripada research aku, sekarang ni Tentera Udara Singapora sudah pun memiliki berpuluh jet pejuang canggih yang terdiri dari jet F-16, F-5E, Super Skyhawk dan helikopter paling digeruni di dunia, AH-64D Apache, Chinook, Super Puma…ini belum dicampur pesawat pengesan Hawkeye, pesawat mengisi minyak di udara KC135 Stratotanker dan berpuluh pesawat pengangkut serta pesawat  sokongan yang lain

Sayugia diingatkan, itu baru angkatan udara, aku tak cerita darat dan angkatan laut lagi. Perlu juga aku beri amaran, mereka adalah ’sekutu’ Amerika di wilayah ini.

Askar dan anggota komando Singapura sering dilihat mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit tentera AS dan pasukan komando Israel yang sangat digeruni itu.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, teruskan bergaduh dan berbalah, sekurang-kurangnya kita memberi lebih masa dan kesempatan kepada Singapura untuk merancang dan terus memperkuatkan lagi armada pertahanan dan perisikan mereka.

Dulu mungkin kita ada Hang Nadim yang idea dan kepintarannya boleh digunakan untuk menghalang Singapura dari diserang todak, persoalannya wujud lagikah insan seperti Hang Nadim yang boleh mempertahankan Malaysia dari serangan peluru berpandu, bom dan misil canggih daripada musuh kita di luar sana?

Err…takpelah, toksah bebankan fikiran. Teruskanlah berbalah pasal petrol, Altantuya, liwat, Anwar, Pak Lah, Carburator Dung bla, bla, bla, bla, bla….

SAK: Minat kopi Hang Tuah

7 Respons

  1. Hang agak2…Pak Lah kenai dak F-35 tu? aku rasa boing 747 pun dia tak kenai….hehhehe…

  2. alamak, orang UMNO pun kutuk Presiden sendiri ke, rileksla sheikh, jangan emosi..

  3. Assalamualaikum wbt,

    Bagus entri ini, boleh saya salin dan e-mel pada kawan2?

  4. hehehe…aku bukan UMNO bodo….letak “kayu” pun aku “sokong”…aku jenih kalau letak “kayu”, aku “bakaq” jadi abu…bila dah dapat presiden yang jenih tak sedaq diri ni…elok pakat runtun dia turun ramai2…

  5. scary nye. kita ada berapa je ha? sampai seratus tak bang?

  6. ini bukan provokasi ainur cuma kita jgn terlampau bergaduh sesama sendiri, ada benda yang kita perlu lihat

    kita tak mahu terus ketinggalan dari semua aspek, apatah lagi keselamatan negara

    dalam apa cara sekali pun, saya pasti tidak akan ada peperangan di rantau ASEAN ini, insyaallah

Tinggalkan jawapan