DEBAT ANWAR vs SHABERY : Malam ini maka terciptalah satu sejarah

(pic Agendadaily.com)

Maka malam ini akan terciptalah sejarah dalam proses pendemokrasian negara apabila Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek akan berdebat untuk julung-julung kalinya di dalam kaca tv dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ramai orang kata ini debat berat sebelah, masakan Shabery yang setahun jagung ini dan baru beberapa bulan jadi menteri boleh ‘menewaskan’ pemidato handalan yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia ibarat Osman Kering diajak bertumbuk dengan Mike Tyson

terlebih dahulu aku ingin ingatkan yang kita bukan cari orang yang petah berkata-kata, kita nak cari orang mampu menyampaikan pandangan mereka dengan penuh tanggungjawab, penuh penyelidikan, penuh fakta dan akhir sekali penuh keyakinan untuk meyakinkan 26 juta rakyat Malaysia yang debat ini bukan retorik atau omong kosong belaka

Aku sebenarnya sangat kagum dengan kesanggupan Shabery dalam hal ini, bukan dia saja, aku akan kagum dengan sesiapa saja wakil rakyat Barisan Nasional yang sanggup tampil kehadapan untuk berdebat dengan wakil rakyat pembangkang. Ini kerana BN terlalu ketandusan pemimpin sebegini, yang BN ada sekarang kebanyakannya pemimpin yang hanya berani cakap di depan akhbar dan tv semata-mata.

Kalau ada pun yang vokal, kita hanya boleh tengok di Parlimen. Itupun bagi aku mereka ini lebih kepada jerit pekik, kutuk mengutuk dan sindir menyindir saja. Bila diminta berdebat di forum terbuka, semua senyap seribu bahasa.

Aku masih ingat di mana Datuk Nazri Aziz pernah menyahut cabaran Lim Kit Siang untuk berdebat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur mengenai ISA beberapa tahun dulu. Aku hadir dalam debat tersebut.

Walaupun aku ada sikit menyampah dengan Datuk Nazri ni, tetapi keberanian beliau berhujah dengan ‘taiko’ DAP itu, di dalam dewan yang penuh dengan ribuan ahli parti berkenaan, ternyata begitu mengagumkan.

Terus terang aku katakan, kalau aku juri pada malam itu, confirm aku akan isytiharkan Nazri menang dalam debat berkenaan. Mana tidaknya, tanpa menepuk meja, tanpa menjerit, tanpa emosi, beliau berjaya mematahkan hujah Kit Siang satu demi satu. Argh, lupakan perkara itu. Mungkin aku bias.

Kini sekali lagi seorang wakil Barisan Nasional akan muncul menyahut cabaran dan lawannya bukan calang-calang orang.

Tetapi kita jangan lupa, Shabery pernah mengetuai pergerakan pemuda Parti Semangat 46. Ramai pemerhati politi masih ingat kelantangannya berpidato dan berhujah sewaktu dalam parti pembangkang itu suatu ketika dulu. Mungkin orang dah lupa atau mungkin ramai yang tak tahu

Jika Anwar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera, jangan lupa Shabery pula lulusan Sarjana Muda Ekonomi.

Tak kisahlah, apapun sejarah pasti akan terukir di Dewan Bahasa dan Pustaka malam ini, itupun kalau tiada pihak yang menarik dirilah (tak mustahil benda ni berlaku)

Akhir kata aku ingin mengimbas kembali dialog Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, katanya: MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA!!!!

SAK: Nak berdebat guna bahasa isyarat

3 Respons

  1. aku sokong apa yang ko tulis..ini lah baru cara betulllll

  2. biar sepetah mana sekalipun..sesiapa yang memiliki kekuatan FAKTA dan bukan AUTA pasti akan menang..sama2 kita tungguuuu

  3. jelas sekali siapa yang ‘menang’ dalam debat ini. apa pun, memang sejarah. saya bukan penyokong anwar, apa pun saya masih beranggapan kerajaan masih boleh diselamatkan jika dilakukan sesuatu terhadapnya. dan sesuatu itu haruslah drastik. dan sekarang!. put all things aside, anwar memang sangat credible. dan itu antara kualitinya yang sampai sekarang sangat saya admire. good debater. point taken, a smile lit up at the corner of my lips, sarjana sastera dengan kata kata ekonomi membenam seorang sarjana ekonomi yang cuba berkata kata. berat sebelah, sudah pasti, tapi kerajaan sepatutnya sudah sedar meletak kan shabeery ertinya meletakkan leher sendiri untuk disembelih. sayang, anwar sepatutnya mendapat tentangan yang lebih bagus – siapa? ;) tekalah sendiri.

Tinggalkan jawapan