menjadi manusia yang tergolong dalam kategori ‘heavyweight’ bukanlah sesuatu yang mudah
hanya mereka yang cekal dan sentiasa berfikiran positif serta ‘kalis kutuk’ saja yang mampu hidup dalam dunia yang penuh prejudis ini
namun semua itulah yang membuatkan aku bersemangat untuk menguruskan badan, aku berlari hampir setiap hari, aku ambil segala jenis jamu termasuk Mustika Ratu (walaupun untuk kecutkan rahim kaum wanita), aku tak kisah, semata-mata bagi memastikan impianku tercapai
setiap hari juga aku melakukan yoga (sambil disulami dengan minuman yoghurt), sit-up, tekan tubi, berenang (termasuk berendam), lari dalam guni, isi air dalam botol, bawa bola ping-pong dalam sudu (eh, macam sukan sekolah pulak!) dan pelbagai lagi aktiviti sukan demi untuk mencapai bentuk badan idaman persis Rosyam Nor itu
Kini aku berjaya. Bukan satu atau dua kg, tapi berpuluh kg…mungkin korang tak perasan pada perubahan bentuk badan aku, aku tak kisah, aku memang ‘cover line’ dengan pakai baju yang besar dan gelebeh, tapi ini dilakukan sebagai salah satu cara untuk ‘surprise’kan korang semua.
Akhir kata, pada mereka yang terasa semakin gemuk itu aku nasihatkan korang semoga menanamkan tekad dan semangat. Ingat, usaha tangga kejayaan. Fikirkan boleh…tujuan aku buat entry ni bukan untuk riak dan takbur, tapi aku just mahu korang ambil contoh yang aku buat sehingga berat aku turun dengan begitu mendadak tanpa perlu menyeksa diri.
Tak percaya? Ini rahsianya…
.
.
.
.
.
(tq abang beruang madu atas petua anda)
SAK: Teknik ini memang mujarab, cubalah, cubalah, cubalah!


wakakaka..!! tak tahan gelak ah…
hampeh betul..!
wah…tahniah…tahniah…turun berat badan ha?
hehehhe..biaq betoi hang dah jadi kuruih..???!!!
hehehheh…teringin nak tengok hang pakai baju bodyhugging!!!…muahahahahaha….
Assaamualaikum adik,
Tahniah dapat kurus kan badan.
Pengalaman mami..
Mami pun dalam golongan badan besar.So mami cuba kurangkan berat badan mami dan berjaya…
Tapi…… masallahnya bila berjumpa dengan kawan kawan lama dan orang sekelilig mami lain pulak tanggapan diaorang…..semuanya yang negetif thingking….maklumlah orang perempuan ..
Gemok salah kurus salah..
Macam adik jugak, mami happyyyyy dengan kejayaan mami.
P/s-dik, teruskan perjuangan…
mami, terima kasih kerana setia memberi komen-komen dalam entry saya.
Sebenarnya ia cuma satu satira, hakikatnya badan saya tak pernah susut, hahahaha, ada sekali turun sekilo, pastu naik tiga kilo, pergh!
tulah pasal syahril..
putu pun sama.. naik berat senangggg jek..
turun berat kemain payah sekali..
siot..wat suspen jer..
betul ke dah kurus nih..??
nak sangat amik petua…
saya dah bagai dipam2 nih…
Ravi…!!!…kasi roti canai 3 keping…kasi kuah banjir aaaa……teh o suam satu…ayaq kosong satu…!!!…muahahahhahahha….
Aku pun terkeno jugak bro….
Memang susah nak turun berat badan. Tapi aku perasan satu benda je bagimana nak kuruskan badan, especially lepas kawin.
Bagi bini mengandung kemudian dia akan bersalin. Confirm masa pantang tu berat badan aku akan turun. Dalam tak buat eksesais yang kau cakap tu eg. masuk air dalam botol la, lari dalam guni la , boleh turun lebih sikit 10 kg.
Kalau amalkan sukan yang ko cakap tu mesti mau turun sampai 20 kg.
Tapi persoalannya, tak kan nak buat anak je??????
Kesian juga kat bini, kan??????
Kesimpulannya.. Lu pikir la sendiri
Tuan SAC 11, hakikatnya memang susah nak kurangkan berat badan, apatah lagi kerja kita ni menuntut kita pulang lewat, pastu singgah mamak, pastu megi goreng, pastu teh tarik, pastu rokok blablablabla
ala..kalau ko slim pun, ilang la identity as Syahril Kadir tu…cuba bayangkan,mazidul akmar sidek yg glamer,tetiba slim,ko ingat org seronok kalau dia slim?haram org x akan kenal dia…imej penting,asalkan sihat..lagipun,wife ko suka jugak ko dlm keadaan mcm yg aku memula kenal kan? hahahahah…
-mi kic-
aduh sakit pundi kencing aku ketawa…. aduh aduh ujung ujung aku yg kena…hahahahahah tak tahan gelak bab makan jamu kecut rahim Mustika Ratu tu… aduh semput..hinfff hinff ketawa guling guling aku baca
ahaks..
nak naik senang tp nak turun mmg susah..puas dah berdiet tp sikit jer turun..At least turun la jugak dtp x turun2 langsung..
Kerja la punca put on weight..dok ngadap pc jer..skrg needa dah join GYM. Ontime balik gi gym la..balik awal pun buat per..baik lepak kat GYM..
Aku tengok dah berpuluh tahun tak ubah pun berat badan syahril ni……