SEBENARNYA lama sebelum Loloq, dalam industri hiburan tanah air telah wujud dua orang penulis lirik kelahiran Singapura yang cukup prolifik dan telah menghasilkan puluhan malah ratusan mungkin senikata lagu-lagu syahdu yang masih digemari hingga ke hari ini.
Jika sekitar tahun 80-an kita sering dibuai dengan lirik tulisan S. Amin Shahab, tahukah korang sebenarnya penulis lirik paling terkenal era lewat 70-an dan awal 80-an ialah seorang lelaki yang bernama Haron Abdulmajid.
Kalau nak tahu, kebanyakan lagu popular nyanyian Black Dog Bone, Broery Marantika, Sharifah Aini, Sudirman Hj Arshad, Jamal Abdillah dan ramai lagi menggunakan khidmat Haron sebagai penulis lirik.
Mana mungkin kita lupa lagu raya Sudirman seperti Dari jauh Ku Pohon Maaf, Joget Tulis Nama atas Batu (aku lupa tajuk sebenar) dan Apa Khabar Orang Kampung…itu semua adalah lirik ciptaan Haron.
Haron yang sentiasa ceria bila berbual menghidap penyakit barah usus dan ketumbuhan otak yang dikatakan bersaiz sebesar telur ayam 38.9 mm. Sudah seminggu dia terlantar di hospital.
Haron kini koma selepas menjalani pembedahan lebih empat jam bagi mengeluarkan tumor di kepalanya itu.
SAK: Pernah tertanya siapakah Haron Abdulmajid kerana sering melihat namanya dalam kebanyakan lirik lagu-lagu terkenal zaman ‘dolu-dolu’. Marilah kita doakan kesejahteraannya…
Difailkan dalam: Uncategorized






tulis nama ats batu tu tajuk dia joget kenangan manis…lagu jamal yg dia tulus lirik lagu apa eh? mcm jarang tgk je nama dia dlm lagu2 jamal…
Salam Tuan..
Saya pinjam gambar Bro Ronn utk blog saya.
Memang sedih baca berita ni.. harap2 dia sembuh dan terus berkarya..
[...] HARON ABDULMAJID August 13th, 2008 Kredit gambar : Syahrilkadir [...]