Mengenali Zaini Hassan

NAMA Zaini Hassan, wartawan kanan Utusan Malaysia sebenarnya bukanlah asing di kalangan orang media di negara ini. Beliau yang kini menjawat jawatan Pengarang Utusan Malaysia merupakan di antara wartawan yang agak cepat naik ke jawatan sekarang berbanding rakan-rakan senior yang lain di Utusan Melayu.

Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan tulisan-tulisannya sarat dengan analisis yang tajam dan konstruktif, isu-isu yang diketengahkannya padat dengan nilai kemanusiaan dan melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Beliau juga mempunyai hubungan yang rapat dengan ramai pemimpin politik kerajaan dan pembangkang sehingga membuatkan tulisan beliau sangat komprehensif dan sukar untuk ‘dinafikan’ oleh mana-mana pihak.

Daripada segi akademik pula, Zaini merupakan salah seorang wartawan di Utusan Malaysia yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dan pernah beberapa tahun menuntut di luar negara. Bahkan ketokohannya dalam bidang akademik dan non-akademik menyebabkan beliau sehingga sekarang masih dijemput untuk menjadi pensyarah sambilan di salah sebuah IPTA.

Secara peribadi, Zaini aku anggap salah seorang ‘mentor’ aku semasa di Utusan Malaysia. Walaupun adakalanya aku ‘pening’ melayan karenahnya ketika ‘mengolah’ serta mengedit berita-berita yang kutulis, namun aku tetap ‘respect’ dengan cara dia mengendalikan Jabatan Editorial kami.

Zaini juga aku lihat sebagai seorang editor yang agak berani dan tidak takut-takut untuk ‘pangkah’ sesiapa saja termasuk Ketua Pengarang sendiri sekiranya dia rasa dia berada di pihak yang benar. Sebab itu aku tak hairan bila dia memenangi anugerah prestij kewartawanan, Hadiah Kajai beberapa tahun lalu setelah dengan selambanya dia ‘tibai’ Khir Toyo mengenai isu pembangunan Bukit Cerakah

Hari ini Zaini Hassan berhadapan dengan saman daripada Teresa Kok. Semuanya gara-gara tulisannya yang mengaitkan seorang wakil rakyat wanita kononnya mengarahkan laungan azan diperlahankan di sebuah masjid di Puchong.

Teresa Kok menafikan yang wakil rakyat itu adalah dirinya dan mengarahkan Utusan dan Zaini memohon maaf beserta dengan saman malu sebanyak RM30 juta!

Tetiba aku teringat dialog Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok,

” Mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaaaaaa”

2 Komen

Filed under Uncategorized

2 Responses to Mengenali Zaini Hassan

  1. Pingback: Fakta Yang Menakutkan at Ummuhani.com

  2. Ibrahim Pendek

    Sekarang Zaini Hassan buat kecoh dengan kaum India dengan isu KELINGnya pula.

    Sayang sekali seorang yang khabarnya ‘berpendidikan’ kini sengaja dan gemar menonjolkan imej sebagai seorang Melayu yang RACIST, agaknya kerana mahu selari dengan imej akhbar jamban yang membayar gajinya.

    Siapa yang melindung beliau dan memberinya lesen untuk mengeluarkan artikel berbau perkauman?

    Kalau orang lain yang tulis, semestinya serta-mertia dihumban ke Kamunting. Kalau Zaini Hassan yang tulis, bukan saja beliau dilindungi… bahkan ia terus menjadi kebanggaan wartawan Melayu dan contoh intelek orang Melayu yang tiada tolok bandingan.

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s