Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang,Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam [...]
Entries from Oktober 2008
Oktober 30, 2008
bila ‘polis’ ditangkap polis…pelakon Gerak Khas ditahan khalwat
Oktober 29, 2008
alamak, gambar KJ kat nite club? Betul ke nih…
rembau ponuh sawah lebar
sawah lebar depan muaro
Ada citor den nak khobar
tentang wakil rakyat kito
masuk lomak termasuk duri
sakit perut terberak-berak
semalam tersebar gambar Khairi
sebelah awek dopannya arak
mari beraya rumah khir toyo
khir toyo yang banyak harto
jangan kita cepat percayo
sekarang boleh buek banyak bondo
biar kurus biar gemok
kerano cinto semua den tolan
kalau betol eden mengamuk
kalau salah den kan pertahan
semalam termimpi [...]
Oktober 28, 2008
Surat terbuka burung Nuri kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
MALAYSIA
SURAT TERBUKA BURUNG NURI KEPADA PERDANA MENTERI
Terlebih saya bagi pihak ribuan burung Nuri di negara ini ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana sekali lagi bertindak menerajui sebuah kementerian yang mempunyai peranan paling penting dalam memartabatkan kedaulatan [...]
Oktober 27, 2008
seronok bila tengok berbagai kaum sambut Deepavali
aku betul-betul bangga lihat semua kaum sambut Deepavali hari ni, tak kira Melayu ke, India ke, Cina ke, kelabu ke, hitam ke, semua satu hati
ini yang kita nak..justeru bila wujudnya Al-Maunah, Dong Jia Zhong, HINDRAF, aku betul-betul rasa sakit hati
aku tak nampak sapa-sapa kat Malaysia ni perlu rasa takut, patut rasa hebat, patut rasa gengster [...]
Oktober 27, 2008
setelah setahun…
aku mula menulis blog kira-kira dua tahun lalu, tetapi ketika itu aku masih menggunakan blogspot sehinggalah ‘tragedi’ menimpa blog aku tu
kerana tangan asyik nak bereksperimen nak masuk lagu, nak masuk grafik dan berbagai lagi, blogspot aku tiba-tiba dah jadi haru biru, lebih parah lagi aku boleh lupa pasword yang aku guna!
masa tu aku frust giler, [...]
Oktober 26, 2008
Broadband yang macam lahanat!
Hari ini aku bukan pergi Bario di Sarawak atau pun Betong di sempadan Thailand
Aku cuma pergi ke Jasin, Melaka. Dan aku tak hingin nak usung laptop dan broadband yang aku bayar beratus sebulan hanya kerana nak tunjuk kat orang kampung yang aku ni celik IT dan mampu mempunyai gajet yang mahal-mahal ni
AKu cuma kena buat [...]
Oktober 25, 2008
Bisnis dangdut merudum waktu pemilihan UMNO?
Oleh Denyut Malam
Orang UMNO bukanlah kaki dangdut walaupun dangdut dan orang UMNO sering disamakan.
Inilah bahayanya orang kita, kalau yang pergi dangdut tu orang ‘Datuk Y’, maka ‘Datuk Y’ pun dianggap kaki dangdut juga
Kalau orang ‘Datuk J’ kaki betina, maka ‘Datuk J’ pun diangap kaki betina juga
Walhal Datuk Y dan Datuk J masa tu mungkin tengah [...]
Oktober 24, 2008
Laa…tak habis-habis lagi rupanya kes Haslinda Merican ni, lamanya!
Mungkin ramai yang dah lupa kes yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu di mana empat artis dikatakan terlibat dalam skandal pelacuran yang dipercayai diaturkan oleh Pengurus produksi sebuah syarikat penerbitan filem, Haslinda Merican dan bekas perunding kewangan Mohamed Amin Jamdi.
Kalau ikut kertas pertuduhan, Haslinda Merican, 43, dan Mohamed Amin, 40, dituduh menjadi pengantara bagi [...]
Oktober 23, 2008
difitnah dalam Friendster bila cinta tidak dibalas
Seorang pelajar kejururawatan mendakwa tertekan kerana terpaksa menanggung malu apabila identitinya disalahgunakan di laman rangkaian sosial di internet oleh individu tidak bertanggungjawab.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shant, 27, dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara berkata, identiti dirinya telah digunakan di laman rangkaian sosial popular iaitu Friendster sejak pertengahan bulan lalu tanpa pengetahuannya.
“Dalam [...]
Oktober 23, 2008
Samad Lefthanded meninggal dunia
Salah seorang gitaris yang dianggap terbaik yang pernah dilahirkan di negara ini selain dari Man Kidal (yang juga bekas gitaris kumpulan Lefthanded), Abdul Samad Mian 45,yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 1:30 petang tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
Jenazah akan dibawa ke beliau di Ulu Kelang, Selangor [...]


