Sekarang ini kontroversi paling hebat yang melanda Datuk Seri Najib adalah pembelian helikopter EC-725 Eurocopter bagi menggantikan helikopter Nuri
aku tak berhasrat nak ulas lebih panjang kerana siapalah aku, pilot pun bukan, pegawai pemasaran Eurocopter pun bukan, orang kementerian pun bukan
cuma yang aku nak katakan di sini ialah perbualan aku dengan seorang juruterbang TUDM di sebuah hotel semalam.
Dia bukanlah Jeneral empat bintang tapi cuma berpangkat Mejar saja. Namun pengalaman memandu helikopter hampir 13 tahun lamanya membuatkan aku rasa cakap-cakap dia tu boleh pakai jugalah.
Mejar ni kata, nak beli helikopter ni ibarat kita beli Proton Wira lah, ada orang cuma nak beli kereta semata-mata dan taknak aksesori tambahan (lebih murah beb), ada orang nak tambah sport rim, ada orang nak tambah enjin turbo, ada orang nak pasang skirting dan macam-macam lagilah
Sudah tentu kalau beli kereta tanpa aksesori lain harganya, dan kalau nak pasang stereo pulak, dah tentu kalau pakai Sony mahallah sikit harganya berbanding CD player cap Ah Fook!
Dalam hal ini kata Mejar itu, memang betul, Brazil beli helikopter ni lebih murah berbanding harga yang kita beli. Tapi Brazil nak guna helikopter tu untuk nak angkut orang saja sedangkan kita nak beli untuk pelbagai tujuan.
Kita nak beli helikopter ini bukan saja sebagai pesawat pengangkut, tetapi kita beli untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat (dah tentu kena pakai radar canggih), kita beli untuk pertahananan (dah tentu kena pakai sistem persenjataan hebat), kita beli sebab nak pakai lama (dah tentu kena banyak modified dan alat yang digunakan berkualiti tinggi)
Jadi secara tidak langsung dah tentu harganya akan jadi berbeza dan lebih tinggi.
Betul juga kalau difikirkan balik. Kereta aku sendiri sebagai contoh, jenis, tahun dan harganya sama je dengan kereta jiran sebelah rumah aku, tapi bila kami berdua baru-baru ni saja pergi used car, cina salesmen tu nak beli kereta jiran aku double daripada harga kereta aku
” Kawan lu punya sport rim ada kilat ma, tapi lu punya sport rim ada kalat, harga confirm talak sama!,” kata apek tongsan tu. Ciss!
Actually berbalik pada cerita asal kita, aku sebenarnya dah naik helikopter ni tiga tahun lepas, hehehe, jangan marah
Masa tu aku ditugaskan membuat liputan dalam kapal induk berkuasa nuklear FNS Charles de Gaulle yang belayar di Selat Melaka.
Memandangkan ia kapal nuklear, maka kapal pengangkut pesawat itu tidak dibenarkan berlabuh, sekadar nak lalu kat Malaysia bolehlah.
Jadi aku dan beberapa orang VVIP termasuk Panglima TLDM dan Tengku Budriz (ex-husband Fauziah Latiff) diambil dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke kapal tersebut dengan menaiki helikopter EC-725 milik Tentera Udara Perancis.
Mula-mula aku ingat ia Super Puma, rupa-rupanya baru aku tahu yang EC-725 ni actually adik beradik Super Puma juga.
Apa yang aku boleh bgtau kat sini, heli ni memang best giler compared dengan Nuri yang aku juga pernah naik dulu.
Orang Perak kata, berdesup perginyeeeee!
Bagi aku yang tak tahu apa-apa pasal terknikal helikopter ni, boleh aku katakan yang ia memang powerrrr.
So tak salahlah pilihan kerajaan nak ganti Nuri dengan EC-725 tu
Tapi bab-bab harga ni gua surrender dulu, bab ni gua langsung tak tahu apa-apa
Chow!






Jangan lupa turun driving range
hehehe..tak tahan gelak baca…
saya setuju dengan anda. tahniah kerana telah menaiki helikopter EC-725. selain dari EC-725 Eurocopter diaturgerak dengan pelbagai fungsi, pihak Kementerian Pertahanan perlu mencari altenatif lain agar kita mempunyai satu angkatan yang disegani rakan dan lawan.
Aku teringat beberapa tahun sudah aku ternampak Chinook SAF lalu kat sini. Banyak pulak tu. Bila agaknya nak beli Attack Helicopter. Jeles aku bila tengok iklan tentera negara jiran. Hebatnya iklan tu sampai membuatkan aku nak masuk tentera. Tapi akhirnya aku terjebak ke dalam Tentera Merah Jepun.
Satu jenis heli, malaysia pelbagaikan kegunaannya…
Macam,
1 kereta dipelbagaikan kegunaannya . . .
Alangkah bestnya,
kalau ada heli tempur, heli mengangkut dan heli penyelamat …
Duit??aritu announced ECER beratus billion boleh…kan…
lagipun heli ni baru 1.8 B jerrrr….murahkan…
Malaysia Boleh-boleh land
betul apa yg saudara beri tahu di artikel atas, tetapi pilihan tudm sebenarnya adalah EH101 tetapi disebabkan harga jauh lebih mahal dari eurocopter jadi kerajaan telah bersetuju dengan tawaran eurocopter.sebenarnya pintu tanjakan belakang adalah ciri utama yang perlu bagi pihak TUDM.