Salah seorang gitaris yang dianggap terbaik yang pernah dilahirkan di negara ini selain dari Man Kidal (yang juga bekas gitaris kumpulan Lefthanded), Abdul Samad Mian 45,yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 1:30 petang tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
Jenazah akan dibawa ke beliau di Ulu Kelang, Selangor untuk dimandi dan dikafankan.
Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi.
Klip di bawah adalah sesi latihan bermain gitar yang pernah dikendalikan beliau
Sejak tidak aktif bermain muzik bersama Lefthanded, Samad lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaannya sendiri.
Pada masa yang sama, anak kelahiran Johor Bahru ini juga mengisi kerjayanya sebagai pensyarah sambilan dalam bidang petikan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.
Sepanjang beliau menjadi anak seni, Samad pernah memenangi Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.
Al-Fatihah.
SAK: Aku mengenalinya sebagai tokoh muzik yang low profil dan sentiasa tersenyum…Kenangan Bersamamu akan terus dalam ingatan.


Al-Fatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Takziah kepada familinya.
Sekarang ramai meninggal dunia umur 40an …
Di sebalik kegemilangannya sebagai pemuzik rock, Allahyarham Abdul Samad bin Mian juga adalah penggiat seni membuat dan bermain Wau Tradisi Malaysia. Beliau merupakan Ahli Seumor Hidup Persatuan Layang-Layang Negeri Johor (Pelayang Johor) dan sangat disegani di kalangan pelayang-pelayang Malaysia. Kejayaan beliau memuncak apabila beliau dinobatkan sebagai Johan Wau Bulan Naik Peringkat Kebangsaan dan Tempat Ketiga Grand Prix Ke 3 di Festival layang-Layang Antarabangsa Bintulu dari 18-26 Ogos 2008.
Rindu kami dari Pelayang-Pelayang Negeri Johor dan Pelayang-Pelayang Malaysia kepada Allahyarham Abdul Samad bin Mian. Alfatihah.
Al-fatihah buat arwah..
semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman…
Al-Fatihah
Al-Fatihah buat Allahyarham..
moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya,
teringat zaman kegemilangan beliau bersama kumpulan Lefthanded dulu.
Al-Fatihah… Sempat gua melawat kat Hospital… Tapi masa tu tengah postmortem lagi.
Teringat masa dia ajak gua tengok Takraw sama-sama, naik kereta kebal FIAT dia tu.
Dia juga kaki pancing… dapat la juga gua rasa ikan siakap hasil pancingan beliau…
Al-Fatihah.semoga Allah tempatkan ia dikalangan org2 yg beriman..rindu masa zaman aku skolah kat damansara dlu..selalu lepak umah budak2 lefthanded join depa main takraw.isteri beliau merupakan jiran kami gak..perkenalan arwah abg samad dgn kak liza mgkin semasa kami berjiran…kak liza,tabah yer hadapi dugaan..
salah seorang mentor aku dlm main gitar..abg samad memang best la goreng..
al-fatihah
arwah juga salah seorang gitaris yang mendorong aku untuk bermain gitar laju speedpicking setelah membeli album solo yang pertama dulu.
kEHILANGAN BESAR DALAM iNDUSTRI mUZIK…aku sebagai seorang gitaris jugak amat dapat merasakan kehilangan apabila tiada lagi nama dan petikan unik yang amat ber seni dari Allahyarham….
Al-Fatihah