Entries from Disember 2008

Disember 31, 2008

Palestin di awal Muharram

Saudaraku Rakyat Palestin
Tiba-tiba airmata jadi bara
Tiba-tiba anak-anak jadi dewasa
Tiba-tiba bilik kuliah jadi api

Senjata musuh sekadar dapat mematikan
Tetapi tidak berhasil membunuh semangat kepahlawanan
Penjara musuh sekadar memagari insan
Tetapi tidak dapat menahan gema menjerit keberanian
(petikan puisi Thaurah Palestine oleh Allahyarham Usman Awang) 

Disember 29, 2008

Tuanku Muhriz menamatkan spekulasi siapa paling berhak jadi Yang Dipertuan Besar Negri Sembilan

ramai rakyat Malaysia terutama warga Negeri Sembilan pasti ‘terkejut’ kerana yang dilantik menggantikan almarhum Tuanku Ja’afar adalah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bukannya anakanda almarhum, Tunku Naquiyuddin seperti yang dijangka sebelum ini
namun inilah keunikan Negri Sembilan, kuasa perlatikan adalah di tangan empat orang Undang iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan [...]

Disember 29, 2008

Aceh selepas empat tahun…

Sebaik saja menatap gambar-gambar terbaru di Banda Aceh kiriman pembaca setia blog ini, Syahrul, aku tiba-tiba merasa hiba yang amat sangat
segala puji bagi Tuhan kerana setelah ditimpakan musibah di wilayah itu, dikurniakan pula ‘nikmat’ yang sungguh indah buat para penghuninya
lihat saja gambar di bawah. Inilah keadaan Masjid Baiturrahman, masjid kebanggaan masyarakat Aceh sewaktu tsunami dahulu

ketika [...]

Disember 28, 2008

Selamat Berhijrah

 

Disember 28, 2008

mencari ikan patin Temerloh!

kalau di Kajang, tak sah kalau tak pekena satey, di Penang tak sah kalau tak pekena nasi kandaq, di Melaka tak sah kalau tak pekena masak asam pedas
baik, kalau korang sampai di Temerloh, Pahang apa pulak specialitynya?
Betul, confirm ikan patinlah beb
So bila aku ke Temerloh semalam, benda pertama yang aku cari dah tentulah ikan patin masak [...]

Disember 27, 2008

Bergajah di Kuala Gandah

Aku diperkenalkan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang oleh ex-staff aku, saudara Razlan Razak
Tempat ini adalah pusat untuk melatih atau menjinakkan kembali gajah- gajah liar yang ditangkap di seluruh pelusuk negara ini
Dipendekkan cerita, tadi aku pun mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke sana untuk melihat sejauh mana ‘hebatnya’ pusat konservasi itu
Terus terang, aku tidak [...]

Disember 26, 2008

aku dan tsunami di bumi Aceh

semalam genap empat tahun tragedi berlakunya peristiwa paling dahsyat di kurun ini iaitu tsunami di bumi Aceh
aku tiba bersama rakan setugas, Zulkiflee Bakar dan jurugambar Halim Khalid tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Indonesia Blang Bintang, Aceh kira-kira empat hari selepas kejadian
ketika itu suasana di bandar Aceh ibarat padang jarak padang terkukur
ribuan mayat mula kembung [...]

Disember 26, 2008

tension? makannnnnnnn!!!!!!!!

aku bila tension, confirm aku makan tak hengat dunia
tadi aku pergi Pavillion kat Bukit Bintang, target aku bukan nak beli baju Salvatore Ferragamo atau perfume Bvlgari, tapi nak cari burger Carls Junior, mengapa Carls Junior?
actually aku dari dulu mengiktiraf burger Carls Junior sebagai burger paling sedap dalam dunia
aku mula makan burger ni masa sekolah lagi, [...]

Disember 25, 2008

Antara Alexander The Great dan Iskandar Zulkarnain

Orang Barat selama ini menganggap bahawa Alexander The Great merupakan pahlawan mereka yang agung dan termasyhur kerana berjaya menakhluki dunia dengan bala tenteranya.
Namun di dalam Islam tidak ada langsung menyebut nama Alexander, yang ada hanyalah cerita mengenai kehebatan Nabi Zulkarnain yang juga berjaya menguasai dunia seperti mana tercatit di dalam Al-Quran menerusi  Surah Al-Kahfi ayat  [...]

Disember 24, 2008

mulianya wanita di sisi Islam

dulu aku selalu berasa bangga kerana dijadikan sebagai lelaki
tetapi semakin lama bernafas di bumi ini, aku semakin menyedari betapa bertuahnya jika seseorang itu dilahirkan sebagai wanita
ini kerana kaum Hawa sangat mulia di sisi Islam, tapi itu bukan bermakna aku nak jadi nyah pulak, tak sesuwwweeeeiiiii
mungkin ramai di antara kita, termasuk yang bergelar perempuan sendiri, tak [...]