Bergajah di Kuala Gandah

0721Aku diperkenalkan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang oleh ex-staff aku, saudara Razlan Razak

Tempat ini adalah pusat untuk melatih atau menjinakkan kembali gajah- gajah liar yang ditangkap di seluruh pelusuk negara ini

Dipendekkan cerita, tadi aku pun mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke sana untuk melihat sejauh mana ‘hebatnya’ pusat konservasi itu

Terus terang, aku tidak menyimpan begitu besar harapan kerana aku sering kecewa dengan ‘tourism spot’ di negara kita

Aku ingat lagi betapa aku sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk bawa keluarga aku melawat Underwater World di Langkawi, last-last yang kami dapat tengok cuma ikan sebesar ikan bilis saja, cheh!

Actually taklah susah sangat nak cari Pusat Konservasi Gajah ni, dari KL aku masuk ke Lebuh Raya Karak dan keluar di Tol Lanchang.

Dari Tol Lanchang, aku ikut jalan kampung. Jangan risau, signboard semua lengkap. So, kira-kira dua jam dari KL, sampailah aku di Kuala Gandah

Mula-mula frust jugak. Walaupun aku sampai awal (kira-kira jam 12.30 tengah hari) sedangkan aktiviti hanya bermula jam 2 petang, namun kuota untuk naik dan mandi dengan gajah-gajah tu dah penuh.

Oh ye, lupa aku nak terangkan prosedur masuk ke kawasan ini, sampai di sana korang kena register dulu sebelum diberi dua sticker yang berbeza.

0251Sticker kuning maknanya korang bebas untuk menaiki gajah berkenaan dan mandi bersama-sama haiwan mamalia tersebut. Masalahnya sticker ini terhad.

Kalau kuotanya dah cukup, korang hanya akan diberikan sticker merah. Sticker merah ni pun dah ok, cuma part naik dan mandi dengan gajah ni korang tak boleh joinler.

Kebetulan aku dah berhubung dengan orang kuat pusat konservasi ini terlebih dahulu, jadi dapatlah aku merasa sticker kuning yang dimaksudkan tu

048Tepat pukul 2 petang, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Tiba-tiba muncul tak kurang dari 10 ekor gajah besar gila babi dari satu sudut. Gajah-gajah ini kemudiannya dibawa untuk dimandikan di sebatang sungai di pusat tersebut sebelum dinaikkan semula untuk diberi makan

Selepas diberi makan, maka pengunjung yang memakai sticker kuning pun diberi peluang untuk menaiki gajah-gajah ini

Selepas itu tibalah masa yang paling best, mandi dengan gajah. Inilah saat-saat yang ditunggu oleh semua pengunjung di sini, termasuklah aku, hehehe

Mula-mula kami dibawa menaiki salah seekor gajah hingga ke tengah sungai, then tak semena-mena gajah ni terus tunduk dan menggolekkan badannya hingga menyebabkan kesemua kami terhumban ke dalam air. Rupa-rupanya nilah trick yang disediakan kepada pengunjung, bestttt siioooottttt!!! 

0691Bila dah dalam sungai apa lagi yang korang expectkan, maka berendamlah semua pengunjung dengan si gajah-gajah tu sekali. Kami juga diberi peluang gosok badan gajah tu, bergambar, bergurau dan apa saja yang korang rasa nak buat dengan gajah-gajah tu.

Lepas sejam berendam dengan binatang-binatang tu, gajah-gajah ini pun pulang ke kandang masing-masing

Para pengunjung kemudiannya disediakan tandas untuk membersihkan diri. Ini pun aku tak boleh lupa, air kat tandas tu air bukit, mak oiii bestnya mandi, sejuk beb. Macam tak nak keluar je dari toilet tu. Tandasnya pun bersih ya amat.

elephant1Dan untuk pengetahuan korang, semua aktiviti, dari menaiki gajah, mandi dengan gajah sehinggalah ke tandas, semuanya adalah …PERCUMA!!! 

walaupun kat sini takde theme park macam kat Genting Highland, walaupun kat sini takde dewan konsert besar-besar dan cinema 3D, tapi aku berani katakan inilah tourism spot kat negara ini yang paling best pernah aku pergi

dan bagi korang yang tak pernah datang ke Kuala Gandah ini, aku nasihatkan korang jangan tunggu lagi, memang berbaloi datang dari jauh, satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila

dah datang baru tahu…orang putih kata,  seeing is believing…

045

Kuala Gandah..I Luv U Lah!

About these ads

8 Comments

Filed under Uncategorized

8 Responses to Bergajah di Kuala Gandah

  1. 001beautifulcrazy

    Pastinya gajah-gajah disitu ingat Nazhi sbb dia aja tak mau nak gajah tu :)

  2. uuu..gajah..besar..best..

  3. Wah ! bestnyer..nak pegi..nak pegi! Tapi saya musykil sket,betul ker abg naik atas gajah tu?cam tak cayaerla.. x nampk pun ! hehe ..

  4. beautifulcrazy, nazhi gelak kuat sgt, takut gajah tu

    manlukeman, mehla turun!

    fieha, kasar nampak bunyi komen tu, huhuhu

  5. razlan

    nasib baik la kt situ ada gajah yang sangat besar..kalau tak mesti en saril kita kecewa tak dapat naik gajah..

  6. ” Pelancongan di Malaysia diibaratkan macam dah datang, tak mau pi dah..cukup hanya sekadar sekali, kalau tak pi lagi bagus. Tapi kalau di negara2 lain, diibaratkan mcm dah pi..nak pi lagi …” razifembi

    sorry lama tak menjenguk SAK blog…bz kenduri n ke sana ke sini ….

    yang sticker tu ..mcm mana nak dapat..kena booking dulu ke SAK?

  7. akma

    mmang best tmpt ni…..6bln wat praktkal xbosan lnsg….

  8. bella

    mmg best pn………
    kta pernah bt praktikal kat situ la…..
    my luvly gajah kita namanya Lasah…….

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s