Sebaik saja menatap gambar-gambar terbaru di Banda Aceh kiriman pembaca setia blog ini, Syahrul, aku tiba-tiba merasa hiba yang amat sangat
segala puji bagi Tuhan kerana setelah ditimpakan musibah di wilayah itu, dikurniakan pula ‘nikmat’ yang sungguh indah buat para penghuninya
lihat saja gambar di bawah. Inilah keadaan Masjid Baiturrahman, masjid kebanggaan masyarakat Aceh sewaktu tsunami dahulu

ketika aku sampai beratus mayat berada di sekitar masjid itu, semuanya dalam keadaan yang sangat menyedihkan
semuanya disumbat ke dalam plastik mayat yang pelbagai warna, tetapi maha suci Allah telah mengurniakan satu keistimewaan yang sangat menakjubkan bagi semua yang berada di kawasan masjid berkenaan
walaupun cuma dibersihkan dengan air paip, namun tidak ada langsung bau mayat yang menerjah ke hidung setiap orang yang bersolat di situ
malah ketika solat Jumaat pertama selepas kejadian tsunami, aku sempat bersolat dengan wakil Presiden Indonesia, Jusuf Kalla di masjid tersebut, memang mengkagumkan, langsung tiada bau busuk sedangkan ketika itu masih banyak tulang-tulang manusia di kawasan masjid berkenaan, subhanallah!
Dan di bawah ini adalah imej terbaru Masjid Baiturrahman. Sekali pandang nampak seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa pada masjid itu sedangkan hakikatnya, masjid itulah saksi di mana ribuan manusia terbujur kaku di sekelilingnya

di bawah ini juga aku sertakan imej kawasan di mana ribuan mayat mangsa tsunami dikebumikan di sebuah lubang yang digelar ‘perkuburan massal’ oleh orang tempatan

di sinilah rutin tempat aku berdiri setiap hari melihat bagaimana mayat-mayat yang sudah membusuk dan reput dicampakkan sebelum dikambus dengan menggunakan jengkaut
tiada talkin, tiada doa, tiada istilah kafan…semuanya dicampakkan begitu saja dek kerana jumlah mayat yang terlalu banyak
sekarang ini pihak berkuasa di sana telah mendirikan semacam tugu untuk memperingati mereka yang terkorban

kepada pembaca setia blog ini, korang bolehlah ke laman
http://flickr.com/photos/roel_en_roel
untuk menyaksikan proses pembangunan semula Aceh yang menakjubkan itu
terima kasih sekali lagi syahrul.

bro, tq atas panggilan telefon tadi mengenai rancangan kita untuk melawat acheh selepas 4 tahun.
kenangan semasa kita dalam misi bantuan, menyelamat dan membuat laporan dari sana, masih segar dalam ingatan.
nanti ada kesempatan, aku email foto2 kat sana masa 4 tahun lalu itu