Lompat ke isi kandungan

tanda-tanda Pak Lah takkan letak jawatan?

Januari 20, 2009

1) Pak Lah masih belum melawat negara-negara ASEAN seperti yang umum dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum berundur.

2) Pak Lah sepatutnya sudah membuat lawatan persahabatan dan perpisahan ke negara-negara rakan seperti China, India, Britain atau Amerika Syarikat.

3) Pihak beliau belum lagi memaklum atau menetapkan sebarang tarikh rasmi kepada Istana Negara akan bila Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru.

4) Pak Lah belum menetapkan bila mesyuarat jemaah Menteri yang terakhir.(Perkara ini perlu dimaklum awal bagi memastikan tidak ada Menteri yang membuat lawatan rasmi ke luar negara atau bercuti pada tarikh atau tempoh peralihan kepimpinan Perdana Menteri berlaku)

5) Pak Lah belum memulakan kunjungan sembah hormat dan terima kasih kepada Sultan-sultan di negeri-negeri seluruh negara (ini adalah sesuatu yang amat penting)

6) Di peringkat Kementerian Pertahanan, Lebah Kota dimaklumkan Pak Lah masih belum menetapkan tarikh perpisahan.

Secara umum, rekod di Putrajaya memperlihatkan Pak Lah masih belum menetapkan apa-apa tarikh untuk perkara-perkara penting itu.

Bagi faktor nombor 6, adalah menjadi amalan bahawa bagi seorang Menteri Pertahanan, beliau perlu melalui majlis perpisahan yang mengikut istiadat kententeraan dan juga awam.

Namun, sebelum melalui istiadat itu, adalah normal bagi seorang Menteri Pertahanan untuk melawat sekurang-kurangnya sebuah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang biasanya adalah di Lumut.

Selepas melawat semua pengkalan-pengkalan itu, barulah akan diadakan majlis perpisahan rasmi di Kementerian Pertahanan.

Semasa Najib bertukar ke Kemeterian Kewangan, beliau tidak dapat melawat pengkalan-pengkalan berkenaan kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Namun, beliau tetap melakukan perpisahan rasmi peringkat Kementerian Pertahanan.

Rekod memperlihatkan Pak Lah belum menetapkan tarikh lawatan-lawatan berkenaan.

Dengan tempoh peralihan hanya dalam 2 bulan sahaja lagi yakni semasa atau sehari dua selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini, kegagalan Pak Lah dan pegawai-pegawainya menetapkan tarikh untuk perkara-perkara penting di atas amat jelas memperlihatkan niat beliau untuk tidak berundur daripada jawatan Perdana Menteri.

Beliau pasti tidak akan berkesempatan untuk melakukan semua perkara-perkara penting di atas jika bermula dari sekarang untuk berbuat demikian.

Kebimbangan untuk Pak Lah tidak berundur pernah disuarakan banyak pihak termasuk oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


(sumber www.malaysia-instinct.com)

p/s : Semua orang tahu yang Pak Lah akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kira-kira dua bulan lagi bagi membolehkan Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan tersebut

tetapi apabila membaca artikel di atas, aku tertanya-tanya, mungkinkah ini semua cuma sandiwara Pak Lah untuk mengaburi mata rakyat Malaysia?

dan sekiranya ini benar-benar terjadi, adakah Najib akan berdiam diri?

Adakah Najib akan melawan Pak Lah?

Mungkinkah Malaysia sekali lagi akan berhadapan dengan krisis kepimpinan terbesar antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti mana konflik Mahathir-Anwar tempoh hari?

wow! ini sudah panas!

13 Komen leave one →
  1. Januari 21, 2009 12:55 am

    Wow!!! Ini sudah semestinya sesuatu yang cukup panas! Apapun aku cintakan kedamaian. Tidak kira di mana sekalipun.
    “Allah yang beri seseorang itu kuasa, dan Allah boleh menariknya bila-bila masa sahaja”
    Jangan sesekali isu ini menjadi modal pihak lain untuk melakukan sesuatu di luar batasan!!!

  2. Afidah permalink
    Januari 21, 2009 1:07 am

    Sandiwara…oh sandiwara…
    Aku tak pernah tgk teater tapi kalau dipentaskan mesti meletop ‘kebaboo’ kalah kehebatan PGL. Aku lah org 1st beli tiket tapi pastikan pelakon2nya Pak Lah, Najib dan geng2 depa, klu tak aku boikot depa mcm aku boikot starbuck…hehehe

  3. mejakayu permalink
    Januari 21, 2009 7:32 am

    keenakan hidup ialah menikmati yang panas panas.mengapa tidak menghargainya.he he he

  4. Januari 21, 2009 1:59 pm

    Ala Bro…Pak Lah memang terkenal slow kan…masa Israel serang Gaza, Pak Lah ambik masa 9 hari untuk berkata-kata…

    Pelan-pelan dia susun la jadual perpisahan tu…silap-silap makan sampai hujung tahun tu punya slow…haha…

  5. Januari 21, 2009 3:06 pm

    pak lah masih belum puas melombong,
    najib angan-angannya dah melambung,
    seperti biasa, rakyatlah yang melopong…

  6. Januari 21, 2009 4:55 pm

    wow…macam husin lempoyang daaa…

    semoga pak lah meneruskan rancangannya serta strategi yang telah beliau aturkan.

    hah nampak dia suka tidoooo…tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya.flip dan flop.

    pendapat peribadi lebih baik pak lah jadi PM.

  7. Januari 21, 2009 6:50 pm

    Kalau Pak Lah tak turun jugak…Aku declare war…kepala perang is DS Najib!..hehehheh…itu pun kalau dia berani laaa…

  8. Januari 21, 2009 10:15 pm

    Teruskanlah Pak Lah jadi pee emm. Bagi kat najib dua pilihanraya kecil pun kalah. Kalah dua per dua. Kalau ada sepuluh PRK agaknya. 9 per 10 kalah. Akhirnya BN kalah sebelum ada PRU 13.
    Orang berada ditampuk kuasa dan ada pula penasihat 25% mana nak letak jawatan. Selagi tak digadai semua selagi itulah tak berganjak.

  9. Januari 21, 2009 11:44 pm

    Aku setuju dengan Azhar.
    Pak Lah suka slow motion.

  10. Januari 22, 2009 1:19 am

    Saya setuju. Pak Lah jenis yang perlahan-lahan…

  11. Januari 22, 2009 4:05 am

    Pak Lah masih sayangkan kuasanya…. dan sedang susun strategi untuk selamatkan kroninya…. hehehehe

  12. Januari 22, 2009 9:50 am

    Salam bro..

    aku tak berapa setuju dgn albrangque…DS Najib memang mengetuai PRK Permatang Pauh & PRK Kuala T’ganu..itu pun sebab arahan Pak Lah…actually dua2 tempat tu memang takdak harapan nak menang..Permatang Pauh tempat Al-Juburi (gelaran mat sabu bagi aaa..), org2 kat situ kalau potong 18 pun dok sebut sokong bung Anwar jugak, jenih sokong buta tuli memang lagu tu…Kuala T’ganu kalah sebab faktor calon (faktor terbesar), calon tak dapat tandingi kharisma yg ada pada Allahyarham Razali walaupun dia ketua bahagian kat situ, Wan Farid hanya kuat di dalam UMNO, tapi kat mata rakyat K.T’ganu..he’s nothing to compare to Allahyarham Razali. Kedua2 PRK tu BN kalah bukan faktor Najib! Hatta kalau letak Pak Lah sekali pun utk ketuai kedua2 PRK tu, nescaya kalah lagi terukkk!!! Kalau tak caya try laaa….hang tengok camana majority Pak Lah kat Kepala Bataih jatuh masa PRU12 hari tu??? Hang ada akaiii…pikiaq la bro..

  13. Januari 28, 2009 2:07 pm

    paklah akan letak jawatan gak, die tak peduli kebiasaan2 n protokol nih. bulan 3 die letak lah. cuti esok trus lepak umah je.. tak perlu la majlis ape2 pun.. aku rase die pun tak kisah sgt..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers