
Hari ini aku nak cerita pengalaman aku menemubual Pak Din (off course bukan nama sebenarlah kan), seorang banduan yang umurnya kira-kira 50 tahun di Penjara Kajang tiga tahun lepas. Masa itu aku ingat lagi dalam bulan Oktober tak salah temubual itu berlangsung.
Sekali imbas dia macam banduan biasa yang lain, tetapi ramai tak tahu termasuk warga Jabatan Penjara sendiri yang Pak Din mencatat rekod sebagai banduan paling banyak terima hukuman sebat…84 kali!
Aku sebelum ini pernah menulis pengalaman aku melihat hukuman sebat dijalankan, boleh click kat sini http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/11/20/pengalaman-sebenar-melihat-hukuman-sebat-18sg/
Pertemuan itu diaturkan sendiri oleh pengarah penjara. Nak tahu apa kesalahan Pak Din? Tak banyak…cuma 39 kes rompakan bersenjata dan edar dadah, termasuk satu kes melepaskan tembakan ke arah seorang anggota polis yang cuba menahannya, ok tak? Hahahaha
Pak Din ni kecil saja orangnya…kalau kau nak tahu, muka dan bentuk badannya sebiji macam Pak Abu yang asyik gelakkan P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapuk, kurus melidi, tapi perangai MasyaAllah, Tuhan saja yang tahu.
Korang sendiri tahulah, kena satu sebatan pun sakitnya dah macam nak mampus, apalagi 84 sebatan. Hah, mari kita dengar apa Pak Din kata;
‘‘Orang lain baru kena satu sebatan pun dah meraung inikan saya 84 sebatan, akibat hukuman tersebut daging punggung saya menipis sebanyak 2.54 sentimeter, luka berbulan tak sembuh-sembuh, jangkitannya merebak hingga ke buah pinggang dan bermacam-macam lagi.
‘‘Sehingga kini badan saya dari paras pinggang ke bawah sentiasa terasa perit, sakit dan kebas-kebas, entahlah, rasanya sampai mati saya akan tanggung seksa ini,’’ katanya.
kalau nak tahu lebih lanjut cerita dia, korang boleh click kat sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive
mungkin korang nak tahu apa dah jadi kat Pak Din sekarang kan? Beginilah, tahun lepas aku jumpa salah seorang banduan yang pernah aku interview dulu. Kini banduan tu dah dibebaskan.
Katanya, dia terserempak dengan Pak Din kat area Masjid India, KL. Dia bagitahu aku yang Pak Din pun dah dibebaskan.
“Untuk pengetahuan abang, perangai Pak Din macam tu jugak. Dia sekarang duduk serumah dengan seorang mak janda, kerja dia pun macam dulu gak, duk jual ganja lagi,” katanya.
Aduh. Aku dah tak boleh nak kata apa dah, Pak Din, Pak Din.

Aduh Ya Allah terasa2 ngeri dan peritnye, tu baru hukuman dunia.. Tapi nampaknya hukuman dunia tak berjaya memalingkan hatinya ke jalan yang betul. Namun Tuhan masih membiarkannya menghirup udara ini agar suatu masa dan ketika nanti dia akan kembali ke lorong yang benar…. Apapun kita termasuk aku belum tentu lagi bagaimana nasib ketika menemui DIA…
pak din2…xinsaf2 lagi…smoga tuhan bagi petunjuk untuk pak din…amin..
mungkin dia nak 100 sebatan kot…..
manusia ni kalo hati dia dah tertutup utk bertaubat, memang susah……..dia tak jumpa jalan pulang tu…
nak buat mcm mana..hidayah ni hak tuhan..kita cuma boleh mohon..kalau Dia tak nak bagi, tak leh kata apa gak..
Pernah dan banyak kali kena rotan…tiap-tiap bulan abah tukar rotan baru…tapi tak la sampai yang macam ni. heheheh…Apa yang aku tahu, rotan abah mengajar aku erti kehidupan.Rotan abah menjadikan aku adalah aku sekarang. Bukan setakat rotan aku rasa, paip getah, batang ubi, ranting kayu…hehehehe nakal yang amat aku ni dulu-dulu. Yang baru kenal aku mesti tak percaya, tapi realitinya rotan abah paling memberi kesan positif dalam hidup aku. Terima kasih abah….
Rindu nak borak-borak dengan abah..
Aku rasa aku paling banyak kena sebat berbanding Pak Din… hahahahahah…
Betul lah SEBALIKTABIR…aku pun penah kena rotan dgn arwah bapak aku dgn batang ubi. Seumur hidup aku tak penah kena rotan, tiba2 kena rotan dgn batang ubi dan aku ingat sampai skrg. Disebabkan insiden tu, ia cukup meresap ke dalam jiwa aku dan menjadikan aku manusia yg tak perlu dirotan lagi… Dan yg paling penting, menyebabkan aku suka makan apa2 makanan berasaskan ubi… Terimbau kenangan dgn arwah abah..ALFATEHAH..
kite pernah kena rotan ngan wayar getah..kalu nk tahu wayar getah yang mane wayar getah yg slalu kat bilik air tu..degil…
asal hukuman sebat ni dibuat kat India oleh penjajah british.. diperluaskan ditanah jajahan british.. org british menganggap org india spt lembu oleh itu harus dihukum sebat sedangkan org british tak sebat org dia sendiri.. kita pun tahu dlm islam kita tak seksa org sampai begitu..kesan hukuman tersebut mmg menjejejaskan kesihatan tubuh badan manusia…apa jua alasan yg kita berikan utk menegakkan hukuman tersebut tetap salah.. besok diakhirat kelak tanggung le dosa tersebut kpd sesiapa yg meluluskan undang2 sebat,yg menjatuhkan hukum dan tukang sebat
sebenar i bekas banduan dan i pernah terima hukuman sebat sebanyak 20 kali sebatan. hukuman sebat tu memang sangat sangat sakit. seperti banduan video tu, masa tu i pun disebat oleh tuan 20 kali sebatan sekali gus. tu sakit tak boleh bayangkan. masa tu i diikat di rak kayu, setiap sebat yg tuan sebat sangat kuat, makin lama makin sakit punggung i, baru saja terima 5 sebat, masih tinggal 15 sebatan, punggung i sudah koyak. jerit atau minta tolong tuan pun tak guna, tetap terpaksa i terima hukuman sebat i sampai 20 sebatan kali tu. seluruh kulit punggung i koyak dan bengkak lepas habis disebat.
manusia cepat lupa….
hai apa khabar