Kes Gambar Lucah Edison Chen: Hati-Hati Bila Hantar Repair/ Jual Hand Phone…

2009 Februari 24
by syahrilkadir

69003

Untuk pengetahuan korang, sebarang rakaman klip video atau gambar yang disimpan dalam memori telefon bimbit jangan disangka terpadam sepenuhnya setelah korang menekan butang ‘padam.’

kita mungkin tidak sedar bahawa hampir 95 peratus data memori dalam telefon bimbit yang sudah dipadam itu boleh diperoleh semula menggunakan perisian tertentu.

Ia bukan saja boleh dilakukan oleh mereka yang profesional, malah sesiapa saja mampu melakukannya dengan memuat turun perisian menerusi laman web Internet.

Perkembangan itu bermakna data-data peribadi pemilik telefon bimbit adalah terdedah dan privasi mereka berisiko diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Te lekomunikasi Selangor dan Wilayah Persekutuan, Ivan Er berkata, perbuatan seumpama itu akan mengundang masalah sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan perisian terbabit dengan niat untuk menceroboh ruang peribadi seseorang itu.

Kata Ivan,  masalah lebih serius sekiranya ia melibatkan data-data seperti rakaman klip video atau gambar berunsur seks membabitkan pemilik telefon bimbit itu.

“Masalah itu boleh berlaku apabila telefon bimbit bertukar hak milik, misalnya ketika seseorang pemilik itu menjualnya kepada pihak lain. Ia juga boleh berlaku ketika telefon bimbit dihantar ke kedai untuk dibaiki atau ia dipinjamkan kepada kenalan.

“Apa yang berlaku kemudian ialah pihak yang berniat jahat akan mengambil kesempatan melakukan ugutan terhadap mangsa atau lebih teruk ia didedahkan kepada umum,” katanya dalam Utusan Malaysia

Untuk pengatahuan korang, data tersimpan dalam cakera keras komputer yang sudah terpadam juga tidak terkecuali daripada risiko itu kerana pihak yang tidak bertanggungjawab tetap boleh menggunakan kaedah sama untuk mendapatkan semula data terbabit.

Contoh seperti yang berlaku ke atas artis Hong Kong terkenal, Edison Chen yang pada tahun lalu menggemparkan seluruh dunia dengan penyebaran gambar dan klip video seks membabitkan dirinya dengan beberapa artis wanita terkenal yang lain. Ia berlaku selepas beliau hantar komputernya untuk dibaiki

bobo-chan-edison-chen-pics

Sehubungan itu, kalau boleh korang elakkanlah merakam perkara tidak bermoral tidak kira menggunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik lain.

Sekarang ini dah ada sekurang-kurangnya 13 kes melibatkan aduan mangsa diugut bekas pasangan yang mendakwa memiliki rakaman video hubungan seks ketika hubungan terdahulu, so jangan cari nahas!

12 Respons leave one →
  1. 2009 Februari 25

    Memang dah lama software tu ada bro… secara logiknya setiap kad memori akan ada ruang khas untuk sampah(tidak kelihatan) sebab itu kalau kita perhatikan 160GB Hard Disk bila kita klik pada properties ia tidak akan terpampang 160, mungkin 157 atau kurang daripada itu.Takkan bila kita padam(delete) data dia hilang terkeluar dari kad memori.Mustahil bukan? Jadi jangan cari nahas, tak perlu pun rakam semua tu….perlu ke???

  2. 2009 Februari 25
    rozilan permalink

    * Sehubungan itu, kalau boleh korang elakkanlah merakam perkara tidak bermoral tidak kira menggunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik lain.

    Aku rasa yang sepatutnya – JANGAN BUAT PERKARA TAK BERMORAL

  3. 2009 Februari 27
    Afidah permalink

    Aku cuba untuk menjadi seperti cik siti nurhaliza kita tu..siap2 buat statement kat akhbar tak nak pegang tangan lelaki..
    Aku takut kena superimpose je gambar aku tu. Almaklum la..ramai yg hati busuk..

  4. 2009 Mei 19
    Kaklong permalink

    moral dari kejadian ini sebenarnya ialah jangan pernah menyimpan gambar lucah apatah lagi kepunyaan diri sendiri

  5. 2009 Jun 4
    kedai dobi permalink

    Sesekali aku bertanya pada diriku tidak cukup kah kenangan peribadi di cetak dalam komputer kecik (otak) ciptaan tuhan. Oh baru aku teringat lirik lagu Ebiet G. Ade. Manusia selalu bangga dengan dosa dosa.

  6. 2009 Jun 12
    PENDEKAR MUSTAR permalink

    betul… betul.. betul… :p

  7. 2009 Jun 24
    Mado permalink

    Ada cara utk hilangkan mende tu. Tp leceh sket la. Caranye kene penuhkan harddisk ngan fail2 lain lpas tu format. Ulang step tu dlm 3 kali. Kebnykn tracing software camtu cuma leh baca last written data on cluster je…

  8. 2009 Julai 23

    Patutlah…

  9. 2009 September 3
    gemini permalink

    X PANDAI…

  10. 2009 September 8
    taurus permalink

    sabo je la..dunia skrg ni mmg ade macam2 benda yang tak elok..jadi moralnye jangan la buat benda2 yang tak senonoh tu..islam pun melarangnye..insaf la…sekarang dah akhir zaman

  11. 2009 November 14
    thirdfrom9 permalink

    Org amatur pon bleh buat x payah pro. Sesapa yang pakai sistem operasi Linux mungkin tahu tentang perisian Photorec

  12. 2009 November 15
    Ladybird permalink

    betul betul betul, moral of the story xyah la nak simpan n buat mende yg x bermoral tu…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS