Kita Dapat Timbalan Perdana Menteri Baru…Tan Sri Muhyiddin Yassin

mu

Sehari suntuk aku di PWTC hari ini menyaksikan pemilihan bersejarah UMNO yang bukan saja mencorakkan peralihan kepimpinan parti berkenaan tetapi yang lebih penting perubahan tampuk kepimpinan negara

maka malam tadi rasmilah Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO sekaligus 99 peratus akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kita yang baru

untuk rekod, kebiasaannya mereka yang duduk di kerusi no 2 dalam UMNO adalah orang yang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan inilah tradisi yang berlaku selama ini

berdasarkan hubungan rapat beliau dengan Najib, maka sejarah sekali lagi dilihat akan meneruskan tradisi pemilihan jawatan nombor dua tertinggi negara ini

sememangnya Muhyiddin adalah di antara pemimpin  paling berpengalaman kerana dah jadi menteri lebih 20 tahun dan pernah menjadi Menteri Besar Johor suatu ketika dulu.

Beliau lulusan Ekonomi dari Universiti Malaya

oh ya, sebelum aku terlupa, dua menteri kalah dalam pemilihan semalam iaitu Datuk Shahrir Samad dan Datuk Azalina Said. Turut tewas empat Menteri Besar.

Nampaknya masa depan kesemua mereka ini sudah semakin kabur dan mungkin juga akan kehilangan jawatan kerana selalunya mereka yang tewas dalam Majlis Tertinggi, akan mula ‘kemas’ barang kat pejabat masing-masing, bahasa mudahnya, sendiri mau ingatlah…nasib, nasib.

Datuk Shahrir sendiri malam tadi pun dah umum akan letak jawatan sebagai menteri.

So kepada korang semua, tak payah bising-bising atau nak ngamuk sana sini. Inilah hakikat yang berlaku dalam iklim politik tempatan dan mahu tak mahu, inilah senarionya.

Hanya satu saja dapat mengubah semua keadaan ini iaitu melalui pilihan raya. So gunakanlah hak yang ada pada korang untuk memilih mana satu pemimpin yang korang suka

kutuk sana sini tak guna, ia takkan mengubah keadaan. Demonstrasi sana sini juga tak guna, buat sakit badan je.

masa kita kena pukul dengan FRU atau kena tembak gas, bukannya pemimpin yang kita sanjung tu datang melawat kita pun, duit ubat pun tak pernah hulur…kitalah terkontang kanting lari sana lari sini, yang depa awal-awal lagi dah chow ngan Mercedes, pergh!

so ingat, jangan lupa daftar sebagai pengundi, keputusan terletak di tangan korang!

About these ads

1 Comment

Filed under Uncategorized

One Response to Kita Dapat Timbalan Perdana Menteri Baru…Tan Sri Muhyiddin Yassin

  1. Afidah

    Apa la umno ni.. kalah je terus kemas kain baju, tak peduli dgn parti yg sendiri sanjung2 slama ni. Tapi kalau menang, terus kipas punggung ketua pemimpin ..bodek.. Macam ni ka budaya org umno, tak setia mudah berpaling, pentingkan diri. Mana semangat ‘setiakawan’ yg khairy jamaludin dok canang tu? Aku nak register jd ahli umno seumur hidup yg setia, terus x jadi..cancelllll..

    Apa2 pun Menteri aku menang..yahooo!!! Hidup Tan Sri Muhyiddin

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s