Shah Alam merupakan ‘rumah kedua’ aku, tempat di mana dulunya aku tinggal, belajar dan bekerja.Bandar ini boleh dikatakan bandar ilmu kerana didiami beribu-ribu student IPT seperti bebudak UITM, Unisel, MSU, Politeknik dan berbagai lagi
namun ada satu perkara yang sering meresahkanku, iaitu tabiat para student kita yang sering keluar pada waktu larut malam, sama ada belajar bersama rakan-rakan di restoran Mamak atau sekadar berbual-bual kosong di kopitiam yang bercambah di bandar itu
aku faham, sekarang ni banyak restoran yang menyediakan WiFi, aku faham hampir majoriti pelajar IPT dah ada laptop, tapi sampai sekarang aku tak faham macam mana student-student kita boleh belajar di tempat yang bising dan ramai orang seperti di kedai-kedai Mamak ini
kalau korang tak percaya, korang turunlah Shah Alam
aku mungkin kolot dan ketinggalan zaman, otak aku mungkin tak secerdik student zaman sekarang, tapi aku percaya kalau nak belajar, mahu tak mahu kita perlukan satu suasana yang tenang dan kondusif, kalau aku salah aku minta maaf
aku bercakap soal ini kerana dah terlalu banyak kemalangan maut berlaku di Shah Alam yang melibatkan student IPT kita, terutama dari UITM
dan yang lebih menghairankan, selalunya kemalangan maut itu terjadi pada pukul 12 malam dan ke atas
depan mata aku, pernah berlaku satu kemalangan yang mengorbankan tiga student UNISEL di bulatan depan UITM, pun di waktu larut malam
terbaru dua tiga hari lepas, seorang pelajar jurusan perniagaan juga dari UITM, Syarifah Nabilla Alhady terbunuh dalam kemalangan juga di Shah Alam…waktu kemalangan sekitar pukul 3.45 pagi
terus terang, aku tidak pernah bersangka buruk, aku tahu sebagai seorang student IPT, banyak tugasan yang perlu disiapkan dan selalunya ia akan mengambil masa hingga ke subuh
tetapi bukankah lebih elok sekiranya semua tugasan itu dibereskan di rumah daripada di tempat lain
dalam kes Syarifah Nabilla, aku percaya arwah juga seperti rakannya yang lain sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Korang sendiri boleh tengok bagaimana kertas-kertas soalan peperiksaannya bertaburan di atas jalan sewaktu kemalangan
aku harap biarlah kes Syarifah Nabilla merupakan kes terakhir dan tiada lagi kejadian seumpamanya berlaku selepas ini
nasihat aku kepada pelajar kita, kurangkanlah keluar pada waktu larut malam biarpun kerana sibuk hendak menyiapkan tugasan atau study anda, kecuali jika keadaan menjadi begitu memaksa
keluar malam hanya akan mendedahkan kita kepada risiko jenayah dan kemalangan tragis seperti mana yang banyak berlaku di bandar ini dan tempat-tempat lain juga
kepada keluarga Syarifah Nabilla, banyakkan bersabar di atas dugaan berat ini, ternyata Allah lebih menyayanginya
pada semua yang membaca blog ini sekarang, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada allahyarham.
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh-soleh.
Al-Fatihah
SAK: Baru aku sedar arwah berkongsi hari kelahiran yang sama denganku…5 November.
Aku dulu student UiTM gak (dulu ITM je..), ambik course yang kena mengira sampai kadang2 tak cukup jari kaki & tangan nak kira, kena buat assigment bertimbun2 gak dengan ditambah tak de laptop, tapi seingat aku la tak pernah pulak aku tido sampai pukul 3-4 pagi. Assignment aku siap gak..tak pernah delay.
Aku pun setuju dgn SAK, aku mungkin kolot gak dan ketinggalan zaman sbb tak reti nak enjoy student life (belajar + enjoy) tapi aku setuju kalau nak belajar, kita perlukan satu suasana yang tenang dan kondusif.
Aku rasa student sekarang ni lebih nak hang out dengan member2 sampai subuh pagi. Adalah lebih baik pi tido merehatkan minda untuk prepare minda terima lecture esok pagi. Lu Pikir La Sendiri…
AJAL MAUT DITANGAN TUHAN SIAPA KITA NAK MENGHUKUM ATAU MENGATA SESAPA.. AJAL KITA BELUM TENTU LAGI DALAM KEADAAN BAIK KALAU DALAM KEADAAN SUJUD ALHMDULILLAH TP KALAU KEADAAN MABUK KER,BERZINA KER ATAUPUN KENA LANGGAR TRELLER HANCUR LEBUR LAGI TERUK KAN…SO KITA SEBAGAI UMAT MANUSIA BERDOA UNTUK ARWAH BUKAN UNTUK MENGATA SESAPA.. LU MAU FIKIR..AJAL KITA BELUM TENTU DALAM KEADAAN BAIK…MUNGKIN SATU HR TU TERINGIN NK MASUK DISCO TIBA2 AJAL SAMPAI LG TERUK MATI DALAM DISCO…SAPA PATUT FIKIR SEBENARNYA…
memang tak dapt disangkat yang ajal maut di tangan tuhan, tapi kita sebagai hambaNya, ada akal untuk menilai sesuatu kejadian yang terjadi.