Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya
aku merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau
aku sendiri tidak terkecuali.
aku rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian
dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya
kisah sedih perceraian mereka ada diceritakan oleh Norkumalasari di sini http://miraks.multiply.com/journal/item/13/SUDIRMAN_-_ROBOHNYA_MAHLIGAI_CINTA
di mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya aku dan ribuan peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut
namun kira-kira dua mingga lalu, aku terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan
hati aku tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu???
aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini
akhirnya aku menemui sebuah blog yang berjudul www.loveingratitude.com
penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana
aku sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing
tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang
persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu?
Wallahualam…

kalau tgk betul2……wajahnya memang mirip Kay, bekas isteri arwah sb akak pun masih ingat wajah Kay dulu2. mmg cantik orgnya (org kalo cantik, siapa boleh lupa kan?)
akak pun nk tau jugak kisah dia, lama menghilang sejak bercerai…..kalo dpt korek kisah2 lama dr dia, lg best…..tp…dia dah ada kehidupan baru, tak elok pulak…..
masih cun lagi..
bagus ah ko ni.. minat punya pasal..sanggup google segala…
anyway ..brovo bro. finally dpt gak tgk rupa kay skang.
Assalam mu alaikum wr wbt
Sdra Syahril!,
Saya adalah rakan sekolah Puan Kay dan Classmate Allahyarham Sudirman. Saya pasti bahawa apa yang saudara tulis di atas adalah benar.
Daripada apa yang saya ingat sejarah persekolahan Puan Kay itu betul, dan bila saya bandingkan gambar yang ada dalam blog dengan gambar yang ada dalam majalah sekolah rasanya dialah orang yang dimaksudkan
gambar-gambar kay masih muda, mungkin pemberian Allahyarham masih ada di Arkib Negara Malaysia.
pernah tgk album2 tersebut. tapi orang awam mungkin susah skit nk tgk.
salam. sayapon peminat seperti awak. setelah dicari saya terjumpa facebooknya.
http://www.facebook.com/photo.php?id=1344439201&pid=31909798#!/profile.php?id=1172731649&sk=info
Assalamualaikum
Saya tertanya-tanya mengapa Kay mengambil keputusan untuk menghilangkan diri atau lebih tepat”bersembunyi”? Saya faham mungkin beliau masih bersedih namun mengapa beliau tidak mahu sekalipun muncul untuk memberikan pendapat tentang Sudirman….Pada saya ini amat menyedihkan…Dan saya rasa gambar yang terpapar pada link tersbut sememangnya Kay..
cantik nya orang dia , wajahnya terpancar hatinya yang lembut
raut wajahnya seperti bekas isteri arwah sudir yang kita kasihi. Masih cantik, ayu dan lembut sebagaimana di kala usia mudanya. saya rasa memang dia lah orangnya……….
saya baca blogs yg cerita daripada Noorkumalasari tu sambil dengar lagu Pelangi Petang. Rasa sayu sangat baca kisah mereka…teringin nak tau apakah punca penceraian mereka yang sebenarnya..
terbaekkk lah.. aku rasa kalau Puan Kay ni dengar lagu-lagu Sudirman ataupun tengok kat TV mungkin ada rasa-rasa sedih jugak..
mmg benar itu bekas isterinyer….
Wauu… Salam Saudara syahril a. kadir. U sememangnya unik jugak menghargai arwah Sudi. I actually minat kat Noorkumalasari time sekolah dulu-dulu. Bila minat kat dia secara langsung admire jugak kat Sudi. Coz Sudi adalah seorang penghibur n bukan sekadar penyanyi biasa. Dia sungguh luar biasa. Saya masih ingat lagi apabila beliau menerima anugerah Penghibur Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa. Antara kata-kata beliau yang diucapkan ialah “Bukan Bakat Yang Jadi Ukuran Tapi Bakti Yang Disumbangkan” so simple but heavy pengertian kepada sesiapa yang faham akan perjuangan.
salam. memang dialah bekas isteri arwah abang sudir, saya memang peminatnya dan begitu yakin dialah kay yg dicari selama ini, semuanya dah jadi sejarah, tak perlu kita bertanya sebab perkara tersebut terlalu sensitif utk ditanya, kita tunggu saja masa yg sesuai, insyallah akan ada penjelasannya satu hari nanti…
kalu msuk majalah confirm sold out..
Alfatihah buat arwah Sudirman
Entah kenapa hari ini terasa ingin mendengar lagu2 Sudir….Jua membelek kehidupan beliau bersama Kay….Kenapalah mereka berpisah….kerna bila dilihat keserasian mereka dan cocoknya mereka berdua……terasa ingin tahu….dulu sya masih kecil lgi kini….sya tetap meminati kemerduan dendangan beliau……moga Beliau ditempatkan bersama org2 beriman…..Amin
Kadang-kala adalah lebih baik kiranya rahsia itu kekal rahsia. Lagipun, Sudirman sudah tiada, apa yang mahu dicari lagi? Ya, barangkali ada sesetengah daripada kita tersentuh dengan kehidupan Sudirman selepas bercerai, tapi Sudirman barangkali telah membawa kesedihannya sehingga ke akhir hayat. Lagipun, kalau benar sekalipun perempuan itu bekas isterinya, belum tentu segala-galanya diketahui begitu saja.