Amaran!
Tidak lama lagi seseorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik kerana mahu memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi jika pindaan dibuat terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Perancangan untuk meminda akta tersebut kini sedang dirangka dengan memasukkan fasal berhubung keganasan emosi terhadap wanita.
Ketika ini, golongan itu hanya dilindungi daripada penderaan fizikal di bawah akta tersebut, kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.
Katanya, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fizikal dan emosi.
Dr Noorul berkata, keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri.
“Ia boleh menjadi kes apabila seorang suami memberitahu isterinya yang dia hodoh atau memalukannya sehingga membawa kepada tekanan emosi,” katanya tadi.
Wow, ini cadangan yang sangat bagus. Bagi aku tidak ada istilah isteri hodoh, perangai hodoh tu banyakle
Aku akui, menghina seseorang apatah lagi isteri adalah satu perbuatan yang cukup terkutuk
Isteri adalah amanah Allah, kalau dah tak boleh pergi sangat dalam perhubungan itu, lepaskanlah dengan cara baik dan terhormat
dalam pada itu, aku juga berharap kerajaan ambil kira juga perasaan lelaki yang sering dihina oleh isterinya
kita tidak boleh menafikan perkara ini memang banyak berlaku dalam rumah tangga sekarang ini….so persoalannya, adakah si suami juga akan mendapat faedah dalam peruntukan undang-undang yang disebutkan tadi?
SAK: Ada kawan aku mengadu isterinya tak senduk nasi masa makan, uweeekkkkkkkkkkkkk!!!!

Kepada kaum lelaki wajib berfikir dalam2 jika nak dirikan rumah tangga.. Jgn pilih krn rupa paras, sebab kecantikan dalaman yg paling utama.. Adios amigos.
saya wanita. tapi saya tak setuju kalau akta ni tubuh.
boleh ke macam tu..?? hehehehehe..
nanti depan kita asik puji melangit sbb takut kena tangkap!! belakang kutuk kaw2 punya…
lor….
jadi mulai hari ini, kaum lelaki kalau nak nikah kena pilih yg cun2 je lah.. sbb sure x tersasul nak mengutuk isteri dia x cun!!
bagus gak ek akta ni…
Lepas ni terpaksala pulak suami ada budget lebih nak pastikan isteri dia cantik…..sebab kalau pandai cakap tapi culas nak keluar duit, tu tekanan jugak pada isteri sebab terpaksa keluarkan duit sendiri nak cantik…..Betul tak Bro….
Uikkk??? Isunya “GANGGUAN EMOSI”? Macamana dengan “gangguan emosi” yang diterima oleh para “suami” pulak? Buleh buat akta jugak ke? atau pun para suami ni semua “immune” against “emotional harrasment” ni??? Confuse aku….macam ni pun ada ka? macam2 dunia ni….hehehhe..
wahhhhhh
ini semua gara-gara membela nasib kaum wanita.
apa yang penting, kedua-dua pasangan perlu faham kenapa mereka mendirikan rumahtangga. dah faham dasar, barulah aman kehidupan
kena fikir-fikirkan