
semua orang tahu bukan mudah nak jumpa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin
selain diakui sebagai salah seorang Menteri Kewangan terbaik Malaysia, Daim juga juga seorang ahli perniagaan yang kaya raya
ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)
ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.
Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.
ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia!
aku sendiri secara kebetulan pernah mengunjungi salah sebuah cawangan banknya sewaktu dihantar bertugas di Tanzania, baca di sini
berbalik pada pertemuan petang tadi, segalanya bermula apabila bekas majikan aku, FM Prod-ASTRO diminta menghasilkan sebuah dokumentari mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim adalah salah seorang yang ditemuramah untuk program berkenaan
kami tiba di pejabatnya kira-kira pukul 3.30 petang, tak perlulah aku bagitahu lokasinya cuma cukuplah aku katakan ia ibarat sebuah galeri lukisan yang dilengkapi dengan CCTV dan kawalan keselamatan yang cukup ketat
memandangkan interview itu bermula pukul 4 petang, kami mengambil keputusan untuk sampai lebih awal, ini kerana semua orang tahu yang Daim sangat benci dengan mereka yang lambat, sifat tipikal seorang usahawan yang berjaya
mungkin kerana mahu memberi kami peluang untuk menyiapkan kelengkapan, beliau hanya muncul kira-kira 10 minit daripada waktu yang ditetapkan
percaya atau tidak, manusia yang kaya raya itu hanya mengenakan kemeja nipis, seluar panjang yang agak ‘faded’ dan berselipar, so simple!
tutur katanya agak perlahan dan tidak banyak bercakap, adakalanya soalan yang dikemukakan lebih panjang daripada jawapan yang beliau berikan
namun semuanya berubah apabila rakaman tamat, Daim ternyata semakin selesa berbual dengan kami
masa tu kami rasa ia bagaikan perbualan seorang cucu dengan atuknya, sangat mesra dan santai
peluang tersebut kami gunakan sebaik-baiknya untuk menanyakan pelbagai persoalan, daripada ekonomi, politik, isu semasa, mengenai Anwar Ibrahim hinggalah kepada lifenya sekarang
aku tak berhajat untuk ulas lanjut, lagipun ini program TV, nak tahu tunggulah bila ia disiarkan nanti
cuma ada satu dua perkara mengenai Daim yang aku rasa kita boleh kongsi bersama. Berikut adalah beberapa petikan menarik dari perbualan tersebut;
- Saya suka membaca, belajar dan bekerja kuat. Lepas saya bersara, selain daripada berniaga, saya sebenarnya sambung belajar di England. Masih lagi berusaha nak tambah ilmu
- Saya suka bercampur dengan orang yang pandai kerana ia akan membuatkan saya berusaha untuk menjadi pandai atau lebih pandai daripada dia. Saya tak suka buang masa dan bercakap benda yang tak perlu.
- Orang sekarang masuk politik sebab nak jawatan, dari wakil rakyat nak jadi menteri, dari menteri nak jadi Perdana Menteri…tapi saya masuk politik kerana Tun Dr. Mahathir dan kerana saya rasa saya boleh memberi pandangan serta bekerja untuk negara saya walaupun di luar kerajaan saya boleh dapat lebih daripada apa yang saya dapat ketika menjadi seorang menteri
- Masa saya jadi Menteri Kewangan, saya berani berkata tidak kepada Dr. Mahathir jika saya merasakan kita tidak mempunyai duit yang cukup untuk satu-satu projek, ini duit rakyat dan kita kena jaga amanah itu, Alhamdulillah Dr. Mahathir memang suka dengar pandangan dan ikut cakap kita kalau kita mampu berhujah dan memberikan alasan yang baik dan profesional
Akhirnya temubual yang sepatutnya cuma sejam itu berlanjutan hingga satu jam setengah
actually banyak perkara sensitif yang turut kami bualkan tapi cukuplah setakat itu
yang pasti, pertemuan dengan Daim memang menjadi sejarah dalam hidup aku
kami menamatkan perbualan kami setelah setiausaha Tun mengingatkan appointment lain yang perlu dihadirnya
itulah dia…insan kecil berjiwa besar yang bernama, Daim Zainuddin.
SAK: Terkejut tgk CNN subuh tadi pasal Micheal Jackson mati. Anyway suka tengok blogger KuihManis semangat tanya soalan kat Tun Daim

- Saya suka bercampur dengan orang yang pandai kerana ia akan membuatkan saya berusaha untuk menjadi pandai atau lebih pandai daripada dia. Saya tak suka buang masa dan bercakap benda yang tak perlu.
yang part ni saya suka sangat bro,
sebab nak cari orang yang bercakap perkara tak perlu tu memang ramai…ramai sangat, kadang tu…buang masa betul, tapi kesian jugak kat mereka2 tu sebab tak nak berusaha untuk jadi pandai dengan berkawan dengan org yang pandai mungkin sebab takut diri diperbodohkan…..
bro, daim n tun M lah dua insan yg benar2 saya nak jumpa….
Nasib baik kat tempat ni ada ramai org pandai utk aku bercampur. Dpt jugak aku jd pandai sikit.
Aku paling bersemangat bila baba makan. Mai bab Q&A semangat dah ilang sikit.
Henck SAK! Better ayatnya begini…
-SAK: Terkejut tgk CNN subuh tadi pasal Micheal Jackson meninggal dunia. Anyway suka tengok blogger KuihManis semangat tanya soalan kat Tun Daim-
Patut pun aku call pun tak angkat…jumpa orang kecik yang “besaq” rupanya…hehehhe…wehhh..ni yg aku jeles ni wehhhh…
Mumula mcm was2 gak..nak sedekah fatihah ke tak kat MJ… Since Allah knows better, al-Fatihah utk MJ…
Tun Daim ada nak bujang lagi tak?
Mumula mcm was2 gak..nak sedekah fatihah ke tak kat MJ… Since Allah knows better, al-Fatihah utk MJ…
Tun Daim ada ANAK bujang lagi tak?
nape tak nak balas msg..sibuk sangat ke org kat sana tu…sedih lah pulak…
kalau saya…. sy naj jumpe tuan guru nik aziz…. sebab rasa cemburu artis pun dapat jumpe die…
salam dr baginda untuk semua,
Khemah Polis giat dibina di Manek Urai, Masjid Rakyat pula diroboh Terengganu
Sedih btol… MJ meninggal… Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Yang bestnye, seluruh dunia doakan dia.. Moga dia bahagia di sana…
Tun Daim nie, semua kata2 dia bleh disimpan dalam hati n diproses dlm otak n diamalkan dalam hidup kite seharian… Sama2 kite jadikan contoh.. Bro, doakanlah, ya… Sama-samalah kite semua jadi manusia yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.. InsyaAllah…!~
salam bro, deman lagi ka…Bro nanti arrange jumpa daim pekena teh tarik dgn dia bole
bro, next time klu ada nk interview somebody yg superduper- xtraordinary nie aku nk join gak la woi..
to Otai: Apasai x nyembang ngan tun..?
bro,
ni first time aku usha blog ni sbb aku betul2 berminat dgn cerita ttg daim, sebb his one of my idol. hehe. emm bila nk ditayangkan kat tv tu?
test
aKU TAU KAT MANA PEJABAT DAIM, wISMA yPR JALAN SYED PUTRA, tINGKAT 9
Selut betul dengan TDZ ni….kalau nak jumpa mau getar bibir nak bergerak,mau kelu lidah nak berlunak dan mau suara bergelora nak berbicara…..TM & TDZ memang 2 tokoh paling dasat…..agak bila la aku nak jumpa dia nih……
hemm..susah nak jumpa orang macam Tun nih..
Hope my dream comes true one day soonest….nak meet 2Tun (Cek Det & Daim)….Cek Det orhang kampong cek dok kat Lorong Kilang ais nu…..Tun Daim orhang kampong gak…..boleh jadi geng ni…..orhang Kedah ni hebat2 la bro….Tun Abdul Rahman, Tun Mahathir, Tun Daim…orhang Kedah mai ni…plus Tan Sri Syed Mokhtar….sapa lagi?….tak lama lagi cek la pulak….hehe…syabas dude for your posting…..very nice dude…