Peminat-peminat Raja Pop, Michael Jackson kini berdebat sama ada satu bayang seperti lembaga hantu yang muncul ketika satu siaran stesen televisyen CNN disiarkan secara langsung itu merupakan roh penyanyi berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu lembaga dilihat bergerak di koridor rumah Michael iaitu Neverland Ranch di Santa Barbara di sini tetapi ketika itu ia tidak disedari oleh jurukamera dan pengacara siaran CNN.
Lembaga itu kemudian hilang ketika stesen televisyen CNN membuat liputan berhubung rumah Michael itu.
Liputan itu berjudul Inside Neverland yang menyiarkan temu ramah dengan abang Michael, Jermaine Jackson.
Peminat-peminat Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup berdebat di laman web sama ada hantu Raja Pop itu yang berjalan menuju dalam rumah itu atau ia cuma merupakan bayang-bayang.
Salah seorang peminat Jacko berkata dalam satu laman web: “Ia pastinya bukan satu bayang-bayang, Tidak ada sesiapa pun di sana (rumah Jacko) yang membuat bayang-bayang.”
Seorang lagi peminat memberitahu: “Kemungkinan ia (lembaga itu) ialah Michael bagi memberitahu kita bahawa dia masih lagi bersama kita tetapi dalam bentuk roh.”
Bagaimanapun, terdapat peminat yang tidak mempercayai kewujudan hantu Jacko.
Menurut seorang lagi peminat, lembaga itu terlalu tinggi untuk kelihatan seperti Jacko.
Imej itu turut disiarkan di laman web YouTube sekali gus tersebar dengan cepat di Internet.



8 komen
Julai 7, 2009 at 12:28 pm
kalau ikut Islam pun, roh arwah akan berkeliaran di kediaman selama 40hari (kot?), kemudian perlahan2 meningalkan kita… Wallahu a’lam…
Julai 7, 2009 at 9:52 pm
ermmm…
Julai 8, 2009 at 12:24 am
Islam mane plak yang kate roh berkeliaran 40 hari ni. hadoi
Julai 8, 2009 at 6:10 am
takde ek?..he..he.. Buah cempedak di luar pagar…
Julai 7, 2009 at 2:04 pm
erhMmmm… segalanya berkemungkinan…
lama sangat nak di kebumikan
Julai 7, 2009 at 2:48 pm
Hang cukup “phobia” dengan hantu nooo…heheheh…
Julai 7, 2009 at 9:53 pm
tapi aku lebih fobia ngan orang yang jadi ‘hantu’
Julai 8, 2009 at 5:37 am
Mungkin dia gi lawat rumah dia… anak2 dia… kucing2 dia… mak ayah dia… semuanya laa…
Allah saja yang tahu, kan.. Berbaliklah padaNya… Amin…