Julai 10, 2009...3:58 am

Penghidap HIV Melayu Berlindung Di Dalam Gereja

Terus ke Komen
inilah gereja yang dimaksudkan

inilah gereja yang dimaksudkan

lelaki yang menyambut mereka di gereja itu juga Melayu!

lelaki yang menyambut Ustaz Amin di gereja itu juga Melayu!

IMG_7658

hanya mampu terbaring di katil, gambar Jesus menghiasi pintu

hanya mampu terbaring di katil, gambar Jesus menghiasi pintu

Ustaz Amin sempat memberi tazkirah kepada anak2 Melayu HIV+ yang tinggal di gereja tersebut

Ustaz Amin sempat memberi tazkirah kepada anak2 Melayu HIV+ yang tinggal di gereja tersebut

salah seorang anak Melayu yang dibawa keluar dari gereja itu

salah seorang anak Melayu yang dibawa keluar dari gereja itu

aku hanya mampu mengucap panjang bila mendapat komen dalam salah sebuah entry yang aku tulis subuh tadi

pengirimnya mengirimkan artikel mengenai sebuah blog yang ditulis oleh Ustaz Amin

dalam blognya, Ustaz Amin menceritakan pengalamannya masuk ke sebuah gereja di sini dalam usahanya untuk mengeluarkan beberapa orang anak Melayu yang dijangkiti HIV

disebabkan diskriminasi terhadap mereka yang dijangkiti kuman tersebut, maka tidak ada siapa yang mahu mengambil berat terhadap golongan ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri

namun pihak gereja berkenaan telah mengambil anak-anak Melayu ini untuk dirawat, diberi makan dan diberi perlindungan yang sewajarnya

bimbang dengan akidah anak-anak Melayu ini, Ustaz Amin dan rakan-rakannya telah pergi ke gereja berkenaan untuk mengeluarkan mereka dari gereja tersebut

kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari www.ustazamin.com

aku tak tahu nak kata apa lagi….korang fikirlah sendiri!

SAK: Jabatan agama patut malu melihat perkara sebegini, nasib baik ada individu seperti Ustaz Amin, MasyaAllah….

9 komen

  • terima kasih bang sbb publish besar2
    risau saya orang tu meninggal macamana.

  • itulah org melayu yg beragama islam…..tau berpolitik saja….mana dia org2 PAS? mana dia org2 UMNO? masing-masing jaga periuk nasik sendiri saja….
    saya seorg pengamal perubatan dan telah lama menjaga pesakit HIV ni…..kebanyakkan pesakit HIV bangsa lain yg disisihkan keluarga akan mencari perlindungan di tokong-tokong,gereja atau half way homes tajaan NGO yg kebanyakkan nya bukan Islam. jadi bukan hairan la pesakit-pesakit HIV melayu ni terdampar merata-rata sebab tak ada satu pun organisasi islam yg nak ambil tahu bab mereka ni. mungkin boleh tinjau tokong-tokong siam di utara dan timur tanah air kerana saya jamin ada org-org melayu melarat kat sana….

    • Berbicara hanya dengan emosi. Adakah partai-partai politik itu didalangi oleh tuhan yang tiada terbatas pemerhatian dan pengetahuannya. Sudah tentu tidak. Usah bicara seolah semua orang itu ideal lagi sempurna. Dan lagi bicara guna akal dan kebijaksanaan. Dari situ ada himah dan pengertian. Wajar bersyukur kerana kes ini berjaya ditemukan. Kalau tidak , siapa lagi mau disalahkan. Raja atau tukang sapu?

  • aku harap jabatan agama Islam semua negeri ambil berat hal cam ni..keluarkan peruntukan khas yg tetap untuk tujuan selamatkan akidah & kebajikan masyarakat…jgn depa tau kutip duit orang zakat saja & melabur untuk untung saja…

    hal orang-2 politik pun aku setuju gak kata ‘keliru’ tu…depa patut ambil agenda ni untuk manfaat kita semua…

  • AlhamduliLlah,terima kasih memaparkan kisah ini dengan bergambar sekali.selama ini saya sudah dengar cerita, sejak dari 80-90an lagi (bab tempat penginapan khas untuk golongan pengemis,kutu rayau,penagih.. dan terbaru penghidap HIV) cuma tiada bukti.Negara kita gah dengan title Negara Islam dan hub halal,tetapi perkara begini pun tak settle. Harap posting ni dapat diforwardkan terus ke pihak yang berkuasa dan berduit.. janganlah nak salahkan NGO Islam yang kerdil dan kekurangan dana dan tenaga.WALlahu’alam.

  • Saya telah menjangkakan ini berlaku, bila saya sendiri terkejut melihat ada orang melayu ulang alik kegereja ini. Bagi saya walau pun kita umat Islam seharusnya perhatin dengan perkara-perkara sebegini, tetapi kita orang melayu yang Islam ini terikat dan tidak bebas. Sikap pimpinan dan suasana politik orang melayu Islam itu sendiri yang leka dan lalai. PAS tidak dilihat kesungguhan dalam mendaulatkan Islam, selalu sangat kompromi demi survival politik. UMNO lagilah payah dan boleh dikatakan tak ambil peduli.
    Inilah bila Islam di kawal dan di institiusikan, bila hak khalifah pada setiap muslim ditekan.
    Paling sedih adalah jabatan2 agama negeri. Tiada pun satu usaha yang sungguh dalam menangani kekurangan ini. Kemana perginya wang batu mal, zakat dan sebagainya. Lebih kepada melabur dan mencari untung dari harta wakaf. Bantuan dari wang zakat hanya secara ” tutup lubang- untuk dihabiskan” bukan untuk kesejahteraan umah yang berpanjangan.
    Malas nak komen lebih….tengok pengawai agama ngalah pegawai koporat….

  • Saya melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang tidak mencurigakan. Pihak gereja telah melakukan terbaik untuk mereka yang dianggap ’sampah masyarakat’…setiap manusia perlukan kasih sayang yang sebenar-benarnya. Walau apa pun keadaan mereka. Lihat sahaja kerja-kerja amal yang di lakukan oleh Mother Teresa di India… tidak terlintas untuk beliau menukar agama pesakit-pesakit yang dijaganya…malah pesakit-pesakit yang hampir meninggal dunia ramai yang berterima kasih kepada beliau kerana mereka akan meninggal dalam keadaan yang ‘dikasihi’ dan hormat…apakah mampu umat muhammad berbuat demikian? tepuk dada tanya selera…jangan bergantung kepada kerajaan…usaha sendiri….

  • Bukankah ini balasan terhadap umat Muhammad akhir zaman yg memandang ringan terhadap mendidik jenerasi baru.
    Anak2 kecil seusia 10~12 tahun dibiarkan bermain2 ditaman2 permainan sehingga lewat tengahmalam, yg belasan tahun berkumpul menghisap rokok dibawah2 pokok, sementara bapa2 bersama kawan2 bersantai di kedai2 mamak hingga kedinihari melayan English Premier League.
    Mereka semuanya adalah orang2 melayu yg bakal melahirkan jenerasi rempit, dadah, peragut dan segala gejala maksiat.
    Semoga ada orang semulia Ustaz Amin untuk mentarbiah mereka2 ini kerana kawan atau jiran yg menegur selalu dianggap sebagai musuh!


Tinggalkan jawapan