
entry aku semalam mengenai kisah saudara seIslam kita yang terpaksa mengharap simpati pihak gereja setelah disisihkan oleh masyarakat akibat HIV nampaknya menjadi bualan hangat
lebih 2,500 pengunjung mengunjungi blog ini semalam, syukur Alhamdulilah

cuma ingin aku tegaskan di sini, aku tidak sama-sekali menyalahkan pihak gereja atau menaruh prasangka yang bukan-bukan terhadap usaha murni mereka membantu saudara-saudara kita itu, terima kasih aku ucapkan di atas pertolongan yang mereka hulurkan
namun sebagai umat Islam, kami dituntut untuk membantu di antara sesama manusia, apatah lagi mereka yang seagama dengan kami
justeru aku memohon jasa baik pihak pentadbir gereja berkenaan terutamanya paderi-paderi yang ada di situ supaya memudahkan tugas Ustaz Amin untuk membawa keluar saudara-saudara kami dari sana

antara pesakit HIV keturunan Melayu yang ditemui Ustaz Amin di gereja tersebut
dalam pada itu, aku menyeru sangat kepada mereka yang membaca blog ini supaya membantu Ustaz Amin terutama dari segi kewangan agar saudara-saudara kita yang menghidap HIV itu dapat menerima rawatan seperti mana yang telah mereka nikmati di gereja dulu
Ustaz Amin bukan orang senang…menurut perkiraan beliau, jika beliau mahu menguruskan kesemua pesakit ini, belanja yang diperlukan tidak kurang dari RM30,000 sebulan
pun begitu, Ustaz Amin dan rakan-rakannya telah mengambil langkah awal dengan menyewa sebuah rumah Semi-D bagi menempatkan saudara-saudara kita yang malang itu dengan kadar sewa RM2,300 sebulan

Ustaz Amin melihat rumah yang disewanya untuk pesakit HIV
malah mereka juga sedang berusaha mendapatkan katil-katil daripada PUSRAWI
namun itu pun belum tentu berhasil, jadi marilah sama-sama kita membantu beliau
bagaimana caranya?
InsyaAllah, dalam waktu dekat ini, Ustaz Amin akan memaparkan nombor akaun Yayasan al-Ijabah.
Beliau akan paparkan di blognya, www.ustazamin.com jumlah terkumpul di dalam akaun setiap minggu. Dan beliau akan tuliskan juga ke mana wang ini dibelanjakan. Agar seluruh dunia tahu secara telus.
Yang mungkin mahu poskan cek, boleh berbuat demikian di atas nama “Yayasan al-Ijabah”. Nanti beliau akan beritahu, alamat untuk diposkan.
Ustaz Amin juga memerlukan sukarelawan bagi progam anak-anak Yatim al-Ijabah dan juga sukarelawan bagi program tempat perlindungan HIV ini.
Bantulah Ustaz Amin bagi membantu saudara-saudara kita yang malang ini, besar pahalanya kalau kita dapat berbuat demikian, apatah lagi jika usaha murni kita itu berjaya menyelamatkan akidah penghidap HIV ini daripada ‘beralih kiblatnya’, Nauzubillah.



5 komen
Julai 11, 2009 at 6:30 am
Bro…aku rasa…elok perkara ni diforwardkan kepada Dato’ Jamil Khir…dia boleh bantu rasanya…sensitif isu ni…mintak dia kerjasam dgn kemeterian kesihatan dan sebagainya…insyaAllah…perkara ini akan dapat pembelaan…asalkan kita ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan…
Julai 11, 2009 at 6:50 am
Salam,
Mohon untuk linkkan blog bro dlm bloh kecil saya….
Julai 11, 2009 at 11:42 am
We are very busy polticking, merebut kuasa, berpecah belah dan sebagainya… Benda asas seperti ini kita abaikan…
agak susah nak mengubah persepsi masyarakat tentang pesakit HIV.. Kudos to Ustaz Amin dan rakan2 nya… Harap2, sama2 lah kita menyumbang apa yang termampu..
Julai 12, 2009 at 11:28 am
a’kum! saya berpendapat masaalah ini perlu diwar2kan kpd menteri agama kita,supaya perkara semacam ini bolih diselesaikan.
Julai 13, 2009 at 3:45 am
Salam.tentang rumah tu,bagaimana dengan masyarakat sekeliling? Jiran terdekat? nanti takut timbul isu2 di kemudian hari.