Julai 15, 2009...11:44 pm

Bila aku ‘bertekak’ dengan Khir Toyo

Terus ke Komen

Image019

beberapa jam selepas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo digantung selama setahun daripada menghadiri sesi di Dewan Undangan Negeri (DUN), aku dan beberapa orang rakan pergi menemui beliau di sebuah warung di Kuala Selangor malam tadi

sebenarnya ia cuma kunjungan biasa bagi membincangkan masalah penempatan pesakit Melayu di gereja tempoh hari, namun entah macam mana kami berdua boleh bertekak ‘kow-kow’ terutama bila menyentuh mengenai masalah politik dan kepimpinannya sewaktu memegang tampuk kuasa di negeri Selangor dulu

pelbagai isu yang aku bangkitkan, antaranya dah tentu isu ‘mahligai’ yang dibinanya di Shah Alam, isu rasuah, isu pemberian tanah, isu setinggan, isu Bukit Cherakah, isu hubungannya dengan syarikat hartanah Lebar Daun, isu pemberian penyapu kepada PBT hinggalah kepada isu penggantungannya dari DUN

tetapi aku cakap betul dengan korang, Dr. Khir ternyata tenang dan menjawab semua soalan yang aku kemukakan dengan baik dan tenang walhal nada suara aku punyalah kuat sampai orang yang tengah pancing udang kat situ pun ‘jeling-jeling’ di meja makan kami

actually aku dah lama menunggu saat ini kerana aku dah terlalu letih mendengar kritikan demi kritikan terhadap beliau dan malam tadi aku nekad, aku nak dengar sendiri apa kata bekas Menteri Besar itu terhadap semua tuduhan tersebut

turut bersama aku pengasas Yayasan Al-Ijabah, Mohd. Nor Azizi, penceramah agama Ustaz Mohamad, jurutera kanan Westport, Mohd. Nor Jamili dan ahli perniagaan, Mohd. Nazir. 

untuk pengetahuan korang, dekat dua jam aku dan rakan-rakan menghujani beliau dengan soalan-soalan yang cukup panas dan berbisa, aku rasa Dr. Agus yang jadi pengerusi rancangan Hujah kat TV9 pun tak sekejam kami, hahahahaha

tapi di akhir perbualan kami, terus terang aku katakan, aku harus tabik spring dan bagi standing ovation kepada beliau

Dr. Khir ternyata tidak mudah melatah, walaupun kami ni hanya orang-orang marhaen, senang citer bukan ’standard’ dia, namun dia berjaya menjawab semua kritikan kami dengan berhemah dan penuh sopan, satu persatu, lengkap dan terperinci

dia langsung tidak melenting atau emosional tak tentu pasal walaupun aku sampai peringkat mengeluarkan kenyataan…”Saya susah nak terima Datuk boleh kaya raya masa jadi MB sedangkan semua orang tahu Datuk adalah budak miskin dari Tanjung Karang!”

aku rasa kalau dengan orang lain, confirm aku dah kena penyepak dengan soalan provokasi tu

kami cuma berhenti berborak kira-kira jam 2 pagi, itupun selepas pegawai beliau mengingatkan kami yang hari semakin larut

sebelum menaiki kereta Harriernya, aku sempat memohon maaf kalau terkasar bahasa dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa dengan kami

“Saya yang patut terima kasih kerana kamu sanggup datang,” katanya.

Aku terus berpandangan sama sendiri dengan rakan-rakan aku.

Ternyata, malam tadi aku bukan melihat Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo….tetapi seorang insan yang cukup merendah diri dari sebuah kampung yang bernama Tanjung Karang.

13 komen

  • wakakakaka…kasar benor bahasa kamu syahril oii…

  • Ceritalah jawapan2 yg DS Dr.Khir beri kpd soalan2 ‘panas’ dan ‘tegang’ saudara tu. Nak tahu juga dari empunya badan dan mulut sendiri. Asyik baca dari media saja. Entah betul, entah tidak.

    actually jawapan dia leh diterima akal lah…bagi aku yang tu nombor dua, tapi sikap dia merendah diri dan sanggup untuk menerangkan kepada kami yang bukan saper-saper ni adalah satu perkara yang sangat aku puji, salute!

  • salam,
    aku nampak hampa malam tadi, aku yang dok jeling kt hampa dgn group aku tu.
    walaupun dr wak khir orang kampung aku, aku kurang minat cara pentadbiran dia dulu. Tapi aku simpati dgn Peristiwa dia di halau dan digantung dewan. Cilaka lu DAPig.
    Teruskan penulisan hang, aku follow.

    la ye ke…aku bukan emosi malam tadi, just volume terkuat je…

  • Bro….ko bagitahu la kami apa jawapan Datuk Seri Dr. Khir Toyo tentang isu dan persoalan yang telah ditimbulkan.

    alamak, kalau nak tulis dah leh wat novel ni…panjang sangat…

  • syahri, hang tanya tak transformasi ala michael jackson dia? mana tau boleh ikut petua menjadi cerah. lihat kulit ku cantik kan…

    hahahahah, bab personel cam mana muka leh hensem tu malas nak tanya, paham2 sendiri jelah…makan tempe kot?

  • Takleh nak tengok lama-lama laa gambar banner kat atas tu… Tajam dan bisa pandangannya!~ Ei.. gerun!~

    Dr. Khir nie saya tak follow sgt perkembangannya. Cuma baca-baca sikit2 dalam n.paper… Dulu minat politik.. Tapi bila skrg nie nmpk itu ini begitu begini.. Takmo laa join.. Biar saja sebagai rakyat, jadi tulang belakang kepada negara.. InsyaAllah…

    Mostly dalam paper, news pasal dia nie tak dikorek sangat, bagaimana dengan pemikirannya dan sebagainya, kan? Soal pentadbiran, jika dibuat mengikut psikologi rakyat, rasanya pasti rakyat tak bantah, kan…? Segalanya yang terbaik.. InsyaAllah…

  • tanya dia beli tempe kat ne… :P

  • Amboi tajamnya jwpan, belum aku yang komen pasal anak jawa ni….orang kg , sama sekolah lg. beb…!!!!!!!

    kalau setakat nak kutuk-mengutuk, gi tulis kat blog sendiri!

  • Ermmm…dulu kami 10 worang bantai sama dia kat Penang…relax je dia jawab…sama la macam hang kena….frankly…DSKT memang baguih….tapi reputation dia dah di “damage”kan oleh “somebody” hang paham2 la sapa…Pemuda UMNO jugak tu….alaaa…yg gitu2 tu….pertikaiannya apabila DSKT tolak bila nak di”ikat” oleh “mamat” tu…kira nak suruh DSKT tu jadi “yes boss” la kat dia….terus melompat “silat jawa” dia…tu yg bertanding KP tu…kalau tidak, dia bertanding MT jer…hehehheh…sejak tu aku respect kat dia….tapi tu laaa…ramai yg pandang “serong” kat dia…ermmm…biasa la….melayu oh melayu ku…bila la nak hilang sikap PHD tu….

    p/s: awat hang kasaq sangat dgn maryam tu..? kesian kat dia…lain kali kasi dia makan tapak kasut saiz 11 hang tu….muahahahhahhahaha…!!!

  • nak suruh kutuk u ker khir toyo.

    blog gua buat ni bukan nak suruh saper2 kutuk saper2…jangan buang masa tulis komen yang tak sepatutnya

  • alhamdulillah….
    aku dapat saksikan sendiri dgn mata kepala aku sape DSKT tu….ada karisma, penjelasannya terang dan ringkas…. walaupun ada yg tak berapa aku puas hati….
    UMNO wajib ada pemimpin spt beliau….insyaallah kita akan turut membantu untuk kebaikan agama dan bangsa….
    (takde manusia yg sempurna di dunia ni)

  • salam en syahril…
    kalau nak terima komen yg indah2 je…jgn la sebarkan link tuan merata2 suruh orang ramai baca,,,
    bagi je link pada kroni2 tuan yg sealiran…

    tak pro langsung w/pun kerjaya cam bagoss…

    :)

    cik maryam, pembetulan…saya tak pernah sebarkan link saya kat merata-rata tempat, pada masa yang sama saya tak pernah halang atau galak kalau ada yang nak linkkan saya dengan mana-mana blog

    apa yang saya tulis adalah apa yang saya fikirkan, mungkin ia selari dengan pemikiran cik maryam dan mungkin juga ada yang tidak selari, tapi percayalah…maruah kita tidak boleh dibeli dengan sepinggan nasi ataupun dengan hanya mengatakan si polan itu ‘rendah diri’

    apa yang saya tulis cuma berdasarkan pemerhatian dan tidak menggambarkan apa yang saya fikir dan apa yang saya rasa terhadap individu berkenaan

    terima kasih kerana komen cik. Salam


Tinggalkan jawapan