Sekadar perbandingan, mana senang nak cari kawan…pergi ke qiamulail atau pergi ke pub?
aku rasa tak payah pening nak fikir, dah tentu jawapannya pergi ke pub, apatah lagi kalau semuanya ditanggung beres
dah tentuĀ ramai kawan yang nak ikut
sedangkan pahala dan ganjaran dah tentu melimpah ruah kalau pergi ke qiamulail tapi hehehe, aku berani kerat jari, kalau sepuluh yang diajak, sorang belum tentu mau follow
aku buat entry ni bukan nak tunjuk baik, jauh sekali nak tunjuk alim, tetapi aku menulisnya bagi mengenangkan kesusahan dan kegetiran yang terpaksa kami laluiĀ bila hendak membawa keluar anak-anak Melayu HIV+ yang mendapatkan perlindungan dari gereja,
terus terang cakap, banyak betul halangannya
yang ‘menarik’ tu, halangan tersebut bukan datang dari pihak gereja, tetapi dari masyarakat Islam sendiri
jangan kata nak minta dana, baru cakap pasal HIV pun masing-masing dah mencebik
betul lah kata orang, bila nak buat baik ni ada saja ‘pancarobanya’

apapun kami berterima kasih kepada Hospital KPJ Selangor (dulu Shah Alam Medical Centre) kerana secara dasarnya, bersetuju menyumbangkan tak silap aku 10 katil hospital yang berharga RM2,000 sebuah
begitu juga seorang hamba Allah yang bersetuju menyewakan rumah berkembarnya untuk dijadikan rumah penjagaan buat saudara-saudara kita yang HIV+ ini
untuk pengetahuan korang, punyalah seksa nak cari rumah sewa untuk tujuan ini, tak kata merekalah, mana ada orang nak berjiran dengan pesakit HIV, apatah lagi nak menyewakan rumah mereka untuk golongan tersebut
syabas kepada Yayasan Al-Ijabah dan Ustaz Mohamad
namun dalam dunia yang serba serbi memerlukan duit ini, yayasan masih kekurangan dana…nak upah nurse kena pakai duit, nak beli ubat kena pakai duit, nak beli beras kena pakai duit, bil api, bil air, bil Indah Water, yang itu, yang ini, aduuuuhhhh
pun begitu, aku percaya, pasti akan ada SINAR di hujung episod ini, InsyaAllah
oh sebelum terlupa, waktu sedang memandu tadi, aku terdengar lagu Rhoma Irama kat radio, tajuknya Terserah Kita
apakata kita layan jap, sekejap pun takpelah…jap aku paste kan dari Youtube
kalau tengok video klipnya memang macam nak gelak, tapi lirik lagu ni sarat ngan mesej beb, layannnnnnnnnnnnn
Kalau mau melacur, harus pakai uwang
Kalau mau berjudi, harus pakai uwang
Mau mabuk-mabukan, harus pakai uwang
Mau haram-haraman, harus pakai uwang
Ternyata jalan ke neraka mahal harganya
Walaupun mahal anehnya banyak yang suka
Melaksanakan zakat , hanya bagi yang mampu
Melaksanakan haji hanya bagi yang mampu
Mengerjakan sembahyang (he), tidak usah membayar
Mengerjakan puasa tidak usah membayar
Ternyata jalan yang ke surga murah harganya
Walaupun murah anehnya banyak yang ogah
Kalau nanti ada yang masuk ke surga
Itu karena dia memang berusaha
Kalau nanti ada yang masuk neraka
Bukan karena Tuhan tak sayang hamba-Nya
Semua terserah kita



6 komen
Julai 17, 2009 at 5:13 am
Hospital KPJ Selangor nampaknya prihatin dengan kebajikan pesakit hiv nih…
yayasan aids kebangsaan yg dinaungi dato’ marina tun mahathir sudah dimaklumkan ker… mana tau depa mau membantu saudara2 kita nih…
Julai 17, 2009 at 7:53 am
bro bukankah bro dari media dahulunya.. mengapa tidak cari rakan disana agar dibuat artikel mengenai mangsa HIV ini? hanya cadangan…
Julai 17, 2009 at 8:21 am
salam saudara… maafkan saya kerana copy entry anda tanpa izin. tapi tujuan saya adalah untuk bahan tatapan umum. mana tahu ada yang ingin membantu. sekiranya saudara tidak keberatan, boleh tak berikan no. akaun / cara untuk kemudahan kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan. saya ingin memaparkan saluran tersebut di blog saya. terima kasih…
sekadar sedikit usaha…manalah tahu dapat membantu…
Julai 17, 2009 at 9:38 am
pilihan di tgn kita..
samada jalan ke syurga atau ke neraka..
buatlah pilihan dgn bijak.
(Ya Allah, jauhkanlah kami dr nerakaMu dan masukkanlah kami ke dlm syurgaMu…)
Julai 17, 2009 at 2:48 pm
Dana tk cukup nak tampug ke?? tanya lah kat gereja tu g mana dorang urus dana, kan negara kita negara Islam, tentu byk sumbangan…. Tapi kalu kita ni ada kasih sesama isan tak mustahil dana tu cukup. yang buat tak cukup tu cara kita mengerti apa itu AGAMA……
Julai 18, 2009 at 8:43 am
Saudara,
Nak buat baik tak susah dan nak buat jahat pun tak susah. Yang baik susah sikit saja sbb syaitan dok hasut jgn buat, alasan itu ini. Tapi ganjaran pahala amat besar disisi Allah berlipat ganda. Buat jahat senang banyak sbb syaitan lagi suruh. Dosa buat jahat hanya satu tapi pahala Allah bagi berlipat ganda. Paling penting ialah konsep islam ikhlas mencari keredhaan Allah swt dlm setiap perkara baik yg dibuat. Mungkin itu semua ujian Allah dan sbg muslim kita kena redha dgn ujian Allah ini agar menjadikan kita lebih berusaha, sabar, tekun dan istiqamah. Ingatlah sentiasa janji-janji Allah. Teruskan buat kebajikan. Jangan mengeluh.