Julai 18, 2009...12:06 am

Aku Dapat Lepak Ngan Manchester United, jangan marah…

Terus ke Komen

Image030

Ya, tajuk di atas memang betul dan tak salah pun…tak perlu nak betulkan spek mata atau pakai contact lens

segalanya bermula apabila aku diajak lepak oleh seorang kawan lama aku di Concorde Hotel Shah Alam semalam

bila masuk saja lobi hotel itu, aku tengok dah ramai orang pakai baju MU, masing-masing dengan kamera digital di tangan…semuanya tersenyum sengih dan excited

tiba-tiba aku terpandang satu sudut di coffee house tempat kami minum, ada backdrop logo MU yang besar dan cantik

“Alamak Ril, tak sangka kita dapat tengok player MU secara live beb, nanti kejap aku nak lari pergi ke kereta ambil kamera digital aku, bukan senang nak dapat peluang ni,” kata dia.

Aku pun tetiba rasa excited. Terus aku delete gambar-gambar yang tak penting dalam handphone aku, maklumlah confirm aku akan snap ’sesedap rasa’ nanti kan, peluang macam ni mana boleh dilepaskan macam tu je

tunggu punya tunggu, lebih kurang sejam macam tu, sampailah sebuah bas VVIP di depan hotel tu

pada mulanya aku hairan juga, pasal apa macam takde orang je sambut je player-player ni…paling kurang pun takkan takde red carpert or at least kompang/ bunga manggar?

“Kau ingat ni kenduri kahwin anak Kak Kiah ke kena kompang dan bunga manggar segala…ini taktik biasalah beb, depa nak elak public tahu player-player ni stay kat sini, kalau tak confirm kena panggil FRU sebab orang datang serbu,” kata member aku ni. Logik juga.

Tapi sebaik saja pintu bas dibuka, aku punyalah nak tergelak gila-gila babi! Aku rasa babi pun tak gelak macam mana aku gelak

Rupa-rupanya yang sampai tu kelab peminat MU dari Singapore, bukan player MU, hahahahahahaha

actually peminat MU dari Singapore dah booking banyak bilik kat situ, kira ibarat hotel rasmi depalah

aku tak dapat bayangkan betapa merah padamnya muka member aku tu bila yang keluar dari bas tu bukannya Rio Ferdinand atau Micheal Owen, tapi apek-apek tua ngan mak-mak orang yang pakai jersi MU

dalam pada aku tergelak macam nak mampus tu, actually aku pun termalu jugak kerana tertipu dek insiden itu

korang nak tahu apa jadi pada member aku tadi, dia terus bayar minuman kami sebelum minta diri dengan alasan nak pergi meeting

sebelum blah, aku sempat sound kat dia…”Berapa keping gambar kau snap tadi…dapat tak gambor Alex Ferguson?,” tanya aku sambil ketawa tak hengat

Alahai MU!

7 komen

  • punya la gempak tajuk tu segempak cerita di sebaliknya!!!

    kan dah tulis….jangan marah….

  • bukan Les Ferdinand tapi Rio Ferdinand yang main Man U.

    Les tue sepupu Rio dan dah lama pencen..heheh

    thanks bro, dah dibetulkan

  • Cheeiisssss!! Aku da nk pengsan ingatkn ko betul2 dpt jumpa depa..Ropa2nya… Cheeeiisss!!!
    Gloory, Gloory Man United! :P

    propah je tu das…

  • peh..bang memang lawak giler babi tahap gaban…tergelak je ni..kelakar giler…

    tuan punya diri lagi nak tergelak muhahahahah

  • Walaupun dah ada org tegur tapi aku nak jugak tegur sekali lagi. Bukan Les Ferdinand tapi RIO Ferdinand.

    Hati hati bro. MU fans marah fakta silap

    tq Tuan, dah dibetulkan

  • Haha… Tak kesah laa.,.. janji sejiwa.. janji sumer yang kat situ meminati dan mencintai satu team yang sama… Good luck anyway… haha..

    Apa apa pon, memang kelako.. :p~~~~~~

  • abih ler man u kena sebat taun ni…ngan mesia pun takleh cari makan hahahaha…nasib baik gua minat NS cempaka…hahahhaha


Tinggalkan jawapan