Kisah Yasmin Ahmad…Surat Terbuka Kepada Editor Kosmo!

19826956

Tuan, saya harap Tuan gembira kerana misi Tuan untuk mendedahkan siapa allahyarham Yasmin Ahmad kepada dunia sudah tercapai dengan terhasilnya berita seperti di atas

Tuan, sebagai bekas wartawan marhaen, saya tidak terkejut jika cerita ‘jantina’ itu datang dari mahkamah kerana umum tahu bahawa perbicaraan di mahkmah adalah perbicaraan terbuka di mana semua pihak perlu tahu luar dan dalam agar sesuatu kebenaran itu dapat dikupas hingga ke akar umbi

namun dalam kes Yasmin ni Tuan, apa salah dan dosanya pada kita sehingga Tuan hendak membicarakannya di mahkamah yang bernama Kosmo ? Apa jahat dan nistanya Yasmin hingga Tuan hendak ‘melondehkan’ kainnya di depan khalayak yang bernama pembaca?

Yasmin bukan merogol sesiapa untuk kita kumpul bukti bagi menuduhnya di mahkamah, Yasmin juga bukan mangsa rogol hingga kita perlu ceritakan tentang ‘anunya’ agar si penjenayah boleh dihukum!

Yasmin adalah orang seperti saya dan Tuan, yang punya sudut hitam dan putih, yang punya dosa dan pahala…cuma bezanya dia ada layar untuk dizahirkan perasaan dan nalurinya manakala saya dan Tuan ada pena untuk dititipkan apa yang kita rasa…itu saja!

Tuan, Yasmin ada hakim yang bernama Allah Subhanawata’alla yang akan menghakimi perbuatannya di muka bumi ini, begitu juga kita

Akhir kalam, saya bersyukur kerana tidak ada lipan dan ular di liang lahat Yasmin tempoh hari, kalau tidak sudah tentu kisah lipan dan ular itu yang akan menghiasi akhbar Tuan atas nama ‘untuk dijadikan iktibar dan renungan’

Doa saya hanya satu, janganlah nanti bila tiba giliran orang lain termasuk saya dan Tuan menemui Tuhan, kita pula akan diaibkan seperti mana satu artikel yang tersiar dalam akhbar Kosmo! bertarikh 27 Julai 2009.

Nauzubillah.

SAK: Bangga dengan ramai wartawan-wartawan Kosmo! yang ‘tidak sehaluan’ dengan editor mereka dalam isu ini.

About these ads

38 Comments

Filed under Uncategorized

38 Responses to Kisah Yasmin Ahmad…Surat Terbuka Kepada Editor Kosmo!

  1. Hanya ALlah Yang lebih Mengetahui.. Dan dosa pahala kita hanya Allah yang akan menentukkan.
    AL-Fatihah!

  2. takde angle lain ke nak cerita tentang yasmin. orang sudah tiada

  3. Bro,
    Aku tak pernah beli sok kabar, sebab aku baca online.Tapi semalam tu sebab aku kat KL menunggu sesuatu, adik aku beli dan aku tumpang baca.
    Serius beb, aku terkejut baca muka depan Kosmo tu.Tak sangka aku semua tu tertulis kat muka depan.Tak cukup dengan tu kat dalam ada pulak cerita silam dikeluarkan.

    Aku setuju dengan surat ko ni, dan aku mendoakan supaya mereka yang terlibat membuka cerita ini diberi hidayah oleh Allah dan berterusan berdoa supaya aib yang mereka berikan akan dapat diselesaikan masa mereka nak meniti Siratul Mustaqim nanti.

  4. Noor Azam Shairi

    “SAK: Bangga dengan ramai wartawan-wartawan Kosmo! yang ‘tidak sehaluan’ dengan editor mereka dalam isu ini.”

    Saya sudah memaklumkan kepada mana-mana reporter Kosmo yang tak puas hati dengan report muka depan Takdir Yasmin — kalau ada rasa nak berhenti kerana malu kerja dengan Kosmo — Awani ada kosong. Jemput hantar resume. Sekurang-kurangnya satu kriteria penilaian interview sudah mereka penuhi: Ada otak.

    Atau ringkasan karangannya: Saya cabar berhenti; ada banyak tempat lain boleh kerja dan ada banyak media lain nak pakai orang. Rezeki bukan Kosmo yang tentukan.

    Itupun kalau masih ada orang berprinsip di negara ini.

    Kalau tak nak berhenti sekarang pun tak apa, sekurang-kurangnya sejak 27 Julai 2009, mula menyimpan cita-cita nak berhenti.

  5. Yos

    Siapa anda yang mahu menentukan apa berita yang patut disiarkan atau tidak. Kenapa ada sensorship, sedangkan rakyat Malaysia berhak tahu. Nampaknya tak habis-habis orang yang berlagak seperti tuhan nak menentukan apa yang patut disebarkan atau apa yang patut ditutup. Syabas kepada Kosmo yang mendedahkan berita benar dan malu kepada yang cuba menutup kebenaran.

    Kosmo tidak mencipta berita, cuma melaporkannya. Kalau malu, jangan buat. Berani buat, berani tanggung. Berani ambil rasuah, berani tanggung, berani merogol, berani tanggung. Berani buat hal itu, ……

  6. nazir nordin

    itu antara perangai editor suratkhabar yg nak rating surat khabar dan namanya naik….
    naik tu naik juga tapi tak lamalah…. jatuh tersembam baru tahu…
    kalau nak keluar berita muka depan tu banyak lagi cerita hangat dipasaran ni….
    moral: selalu2lah keluarkan cerita aib macam tu, pastu tuhan aibkan ko plak..

  7. watie

    aku nk cakap satu je bang..kosmo ni mmg bangsat! wartawan dgn editor ni mmg patut kita sumpah ramai2 bila kena bala kat derang..arwah yasmin dah sah2 ngadap Allah..ninggal pun dlm tenang..yg tukang karang citer ni lum tau lg derang mati camana kan..kalau mak bapak arwah leh terima arwah seadanya yg org lain tu sapa nk mengata dia tu?? warga kosmo kena mintak maaf in public! busuk punya orang!

  8. anak malaysia

    KALAU DIA DILAHIRKAN KHUNSA DAN NALURI DIA LEBIH KEPADA PEREMPUAN, MAKA JADILAH DIA SEORANG PEREMPUAN.

  9. sham Trg

    apa perlunya dibuka perihal cerita orang lain yang dah pergi,dia tidak akan bangun untuk menjawab atau menafikannya
    janganlah kerana kepentingan diri yang sedikit,kita mengadaikan maruah nama kita yang baik

  10. selepas matinya anak Adam, segala urusan dosa pahala bukan atas kita.

    biarlah Allah yang menentukannya.

  11. hmm

    yah, mmg hari bila beli ksmo tu terkejut jugak sbb apsal kosmo keluarkan crita pasal tu.orang tu dah pergi, mcm mengaibkan org yg dah takde (wlaupun benda tu btol).

    saya rasa kalau tahu pun ambillah sbg pedoman takpayahlah nk dihebohkan2. sbb saya pun tau jgk soal yasmin ni dr mulut ke mulut sblum kisah ni terkeluar kt kosmo.

    tunggu jgk kt blog nih klu ada kluar crita soal tu aritu, ingttka wartawan leh terima tentang tu..

    apa punya turrrr punya editor.

  12. relax …melatah sangat nihhh!!!

  13. Betul juga dari segi siaran laporan yang double standard. Yang selalu dilaporkan kisah golongan rakyat marhein.

    Tapi bab mendedahkan aib dan rahsia seseorang, harus dijauhkan sebenarnya.

  14. Joooom relaxjom … bertenang!!!

  15. Recalling You

    Masa masih hidup dulu mengapa tak nak cerita mengenai kisah dirinya dalam KOSMO. Mesti laku!

    Tapi bila dia dah meninggal bukan main berani lagi macam lepas minum kopi jantan atau kopi pahlwan. Pekena sekali terus melawan.

  16. In my humble opinion la… Kalu nak cover cerita pasal arwah pun, cerita la habis2… It will do justice for her.. Ni, cerita tu tergantung…dan pastinya menimbulkan SPEKULASI, FITNAH, ANDAIAN, etc, etc… Etika kewartawanan konon…. Ker,kosmo nak buat second coverage? Adooyaiii…

  17. watie

    kepada penulis YOS yg kat atas tu..ko tulis pakai otak ke pakai kepala lutut ko?? ko blajar agama ke tak? kepala hotak ko la! ko tali barut kosmo ke apa? cekgu agama ko x ajar ek kalau org dah ninggal ni kita elok citer yg baik2 aje.

  18. watie

    since ada mangkuk yg tulis siapa kita nk tentukan apa berita yg keluar dan tak..aku pulak nk cakap..siapa pulak derang ni nk judge arwah? kenal ke? pernah tido sebantal ke? pernah duk serumah ke? ke derang yg sambut masa arwah lahir dulu? cerita macam la tau seme psl arwah..get a life laaa!

  19. kedai kopi

    akal di beri tuhan untuk berfikir…perasaan ( hati ) untuk menentukan naluri… adakah pembaca pembaca ini buta hati dan tolol semuanya… tidak boleh berfikir yang mana satu baik dan buruknya… didalam kisah yasmin ini sudah lama diketahui oleh umum….mengapa ler belum kering lagi air bunga di tanah kubur….emph tuhan dah tunjuk pembalasanya terhadap dosa dosa yang dilakukan…di atas nama kesedaran dan teladan aib orang di buka… emph dunia dunia…aku pun heran kenapa masa hidup dirinya tiada yang berani mendedahkanya… setelah dia meninggal emph berlumba lumba di atas nama hot scoop nie…ku doakan semoga mereka yang terlibat renung kan kembali apa yang berlaku… hidup kita sentiasa di dalam kitaran… manis dan pahit itu kita kena tempuhi jua…

  20. Tengku Intan Sofiya

    Saya setuju!!..kenapa sekarang baru kita nak petikaikannya sedangkan rasanya dari kaum seni dan para wartawan semangnya dah tahu siapa allahyarham semasa hidupnya.
    Kenapa tidak dari dulu kita dedahkan identitnya. Kita perlu ingat setiap manusia dicaptakan Allah dengan siaft baik dan buruknya.
    Sebagi hamba Allah yang masih bernafas di muka bumi Allah, patutnya kita mendoakan agar dia moga rohnya di cucuri rahmat dan setiap kesalhannya diberi keampunan Allah, suapya rohnya tenang di sana.

    Salam.
    TISDRK

  21. teja

    Nabi Muhammad SAW ada bersabda ‘barang siapa yang menutup keaiban seseorang maka Allah akan menutup keaiban dirinya”.

    walau siapa pun dia…tetap hamba Allah…macam kita, bezanya cuma amalan saja….biarlah dia pergi dengan tenang……..

  22. one

    bila manusia lupa ada yang Esa darinya, apa untung bercerita dan membuka kisah lama, rating dan tampil unggul sebagai akhbar no 1?

    simpan saja cita-cita mat jenin itu, tidak ke mana kosmo bila tiada identiti dalam penulisan, terlalu mahu menjadi Harian Metro, tetapi selalu gagal.

    Mungkin fikir mereka menyiarkan berita mengaibkan yasmin, rating naik sebaliknya terima kenyataan kosmo semakin ditinggalkan bukan sahaja Harian Metro tetapi juga Sinar Harian.

    Maaf saya semakin setuju dengan kata-kata kosmo tak lebih dari tabloid tempelan yang semakin menjadi picisan!

  23. su

    akum..
    apa kabar?

  24. watie

    i hv nothing more to say. i rest my case. semoga arwah tenang di sana..byk2 kita sedekahkan fatihah pada arwah. biarlah dia pergi dgn aman. amin.

  25. Salam.. Banyak pertikaian ya, di sini?
    Bro.., kita cuma manusia kat dalam dunia nie. Tiap satu yang berlaku ada qada dan qadarnya. Tiap yang berlaku tertulis di loh mahfuz. Tiap yang berlaku, adalah ujian. Dan kita adalah manusia yang sentiasa teruji..
    Arwah adalah salah seorang manusia yang terpilih oleh Allah untuk menjalani hidup dengan cara beliau. Dan dia redha sebagai makhluk, menerima kekurangan dan kelebihan sejak lahir beliau. Namun itu semua menjadi pertikaian ramai pihak. Dia bukan insan yang berdosa untuk memilih apa yang sesuai untuk dirinya, malah dia telah diberi peluang untuk memilih! Tidak semua kita diberi peluang seperti ini…
    Kita di sini bezanya telah ditentukan sebagai apa kita dilahirkan, dan ada sesetengah umat Islam itu pula, sanggup menukarnya, berhabis ribuan ringgit kerana tidak mampu hidup seperti yang telah diaturkan. Jadi seperti umat Nabi Lut. Itulah manusia yang tidak bersyukur dengan pemberianNya. Jadi, kenapa harus ada pertikaian di sini? Jangan pula kita tersilap perhitungan, dihitung-hitung, kerugian.. Jangan tersilap judge orang, hingga kebenaran sebenar menutupi minda sendiri.. Letakkan keredhaan dalam hati, pasti tenang untuk menghakimi dengan cara yang terbaik..

  26. Salam..

    Pada pendapat sy,mmg x elok kita bukak aib org yg sdah tiada..siapa kita untuk menilai?Kita hanya manusia biasa,sama mcm arwah gak..sme2 la kita sdekahkn Al-Fatihah buat arwah..

  27. cikgu

    Saya ada tanya sorang ketua Biro Utusan tentang hal ni…dia kata “Kenapalah orang nak agung-agungkan manusia seperti Yasmin yang memang dr azalinya dah lahir sebg lelaki”…saya lak kata “knplah company kau lak asyik suka tgk buruk org je…mula2 michael jackson..now yasmin lak, knp yek?

  28. doc holliday

    didalam surat khabar yang boleh percaye cume tarikh dan no ekor. yang lain tu was was nak percaya. selalu banyak tambah dan tokoknya. nak bagi laku la katakan. ketuk dulang paku serpih.

  29. Achik1176

    Saya bersetuju dengan pendapat awak…Kenapa mesti nak sebut org yang dah tak ada…Kenapa dari dulu tak der sapa nak ungkit kisah nie…Buka cerita org yang dah tak der..nak buat apa…dari dulu tak nak buar kenapa…Takut kena saman….
    Orang dah tak ada…semua orng boleh cakap…yalah…tak der tuan badan nak jawab….sebelum nak buka atau nak cita kisah orang lain….kita cermin diri kita dulu….adakah kita sudah cukup sempurna….mungkin kita sempurna di mata manusia…tapi adakah kita juga cukup sempurna di sisi ALLAH…
    Bersama-sama kita berdoa agar Allah merncucuri Rahamat ke atas Yasmin Ahmad…..

  30. cj7

    lagi setingkat dah nak sama level dgn metro.tajuk gempak..isi??nan ado..

  31. muhamad

    Saya nak tanya tapi jawab sendiri sahaja, mengapa kebanyakkan rakyat malaysia tapi bukan semua suka kepada cerita dan berita negatif, seperti kes Yasmin, konon takut rakyat malaysia tertipu dengan siapa Yasmin sebenarnya .Sebenarnya memang dan kena tipu bila surat khabar bukan tinggi sangat taraf profesionalnya menjadi laris jualannya hanya dengan bermodalkan menjaja maruah silam orang yang seakan sudah sah ahli neraka macam dah tertutup pintu rahman dan rahim Allah untuk terima taubatnya.

  32. Anggrek Desa

    Kita perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku ni, sebenarnya ALLAH telah memperingati hambaNYA agar berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu bab sekecil2 perbuatan akan ALLAH tunjukkan jua dalam bentuk yang berbeza agar menjadi ingatan semua. Semua yg sdng kita perdebatkan ni pun adalah ketentuanNYA kepada hambaNYA…..so kita jadikan ni semua sbg iktibar utk muhasabah diri kita sendiri.

  33. Salam Saudara,

    Saya sokong ulasan saudara. Buat apa bercakap pasal halal haram, dosa pahal kalau ayat yang dihamburkan seperti orang yang tak ingat Allah. Niat tak mengahalalkan cara. Kosmo akan tanggung kesilapannya dan kenapa kita disini seolah-olah mengamuk macam orang hilang pedoman. Renung2kan.

  34. Linn

    Bukan ketuk doc… Kata dulang paku serpih…
    Sama2 la kita belajar.. :P

  35. rah

    Minta maaf lah sebab tumpang berbicara d blogg tuan. Tapi bila lihat; baca dan faham..betapa zalimnya manusia. Tak tahu apa arah tujuan buat semua gossip2 begini. Macam Ilmu agama tak der langsung di dada. Kosong. Husna diberi kelebihan untuk memilih; itu lah kebesaran Allah. Contoh; kes Yasmin Ahmah-orang dah meninggal dunia; baru nak tulis tentang jantina. Masa hidup nya tak berani pulak. Ada personal issue ker?

  36. bagaimana kita mengaibkan org, satu haari nanti aib kita pula yg akan terbuka.. wallahualam…

  37. faizal

    jgn belakang kan agama semata-mata yasmin seorang artis atau orang dikenali.penukaran jantina adalah satu dosa besar.pengebumian nya adalah satu perkara yang mencabar agama islam.malah dia telah bersuami. bermaksud lelaki kahwin lelaki.saya sokong wartawan kosmo yang mendedahkan perkara ini. kalau tidak saya tidak akan tahu.pak cik saya pun seorang yan lembut tetapi mempunyai 3 orang anak. apakah alasan anda semua.gay, lesbian, pengkid. adalah masalah mental yang tidak dipeduli oleh masyarakat.aku bukan la baik, tapi sejahat aku , aku takkan membelakangkan agama.

  38. Liyana

    “Syabas kepada Kosmo yang mendedahkan berita benar dan malu kepada yang cuba menutup kebenaran.”

    “Kenapa ada sensorship, sedangkan rakyat Malaysia berhak tahu. ”

    Rakyat Malaysia berhak tahu pasal her personal life?

    So, EVERYBODY should know what an IGNORANT,SHALLOW, CRASS low-life you are. It would seem that you are the kind of person that enjoys seeing other people in misery. That indicates what you are as a human. Which you are clearly not.

    You are not even a man.

    Yes. I agree. Everybody should know what a colourful person you are.

    I doubt you know her personally, or have worked with her.
    I have.
    You have no right to say anything about what anyone does,is, or even say.

    You are JUST you. You are not the King, and hell you are not the law or the bloody newspaper.

    So shut it.

    If you don’t understand my very simple feedback to you, it also indicates how backwards you really you.

    I don’t feel sorry for people like you.

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s