
aku rasa ramai di antara kita yang kecewa dengan apa yang terjadi pada hari raya tempoh hari apabila perkhidmatan talian telefon mudah alih Celcom mengalami gangguan selama hampir 12 jam iaitu dari pagi hingga membawa ke malam
aku sendiri, terlepas untuk beraya di tiga buah rumah sahabat aku termasuk tersesat hampir sejam dekat Melaka gara-gara kegagalan syarikat berkenaan memberikan khidmat yang terbaik untuk para pelanggannya
yang hairan tu Maxis dan Digi juga mempunyai pelanggan yang ramai, tetapi tidak pula mengalami masalah seteruk itu
menurut CEO Celcom, Datuk Shazally Ramly, Celcom mencatatkan antara 750,000 hingga 150 juta panggilan tetapi hari tersebut, ia meningkat sehingga 750 juta panggilan
katanya, peningkatan itu berpunca daripada pengguna Celcom yang telah mula kembali ke ibu kota dan melakukan panggilan hampir serentak sehingga menyebabkan Stesen Penerima (Node) berkapasiti tinggi milik Celcom di Kepong mengalami kesesakan yang teruk
jelasnya lagi, gangguan panggilan itu hanya melibatkan syarikat telekomunikasi tersebut kerana majoriti pelanggan Celcom adalah masyarakat Melayu yang mana penggunaan mereka untuk panggilan dan SMS meningkat setiap kali Hari Raya Aidilfitri
well bagi aku, sepatutnya ia bukanlah satu alasan kerana Celcom sudah tentu dapat mengagak kesesakan talian yang dijangka berlaku dan mereka sepatutnya sudah mempunyai plan A, plan B atau plan C untuk mengatasi masalah berkenaan
malangnya bila bab nak cari pelanggan, Celcom pandai pula menyediakan pelbagai plan tetapi bila tiba masalah, mereka gagal untuk menyediakan plan yang sepatutnya kepada pelanggan mereka
Celcom boleh bagi seribu satu macam alasan, hakikatnya mereka telah gagal berbanding pesaing terdekatnya iaitu Maxis dan Digi
dan sebagai pelanggan setia Celcom sejak tujuh tahun dulu, aku sangat kecewa dengan apa yang berlaku
semoga Shazally dan anak-anak buahnya mengambil iktibar daripada kejadian ini, itupun kalau mereka nak la….
SAK: Teringat iklan Celcom kat radio….’Celcom, berbaloi-baloiiiiiiiiiii’
Salam,
aku maafkan Celcom kali nie..dh jadi pengguna setia sejak 6 tahun yg lepas…sbb aper??..tk dpt dinafikan hanya celcom yg meluas liputannya..aku penah masuk hutan Gerik , dlm byk2 org hanya aku yg ade line walaupon 2 bar jer …kawan2 lain tkde..
apa lagi. MNP la ke DiGi, nombor tak tukar!
alasan yg tak logik. peningkatan pengguna hp di Malaysia dah hampir ke tahap tepu. Dengan peningkatan 400% berbanding hari2 lain, depa tak belajar dr tahun lepas kot? Tahun lepas pun ada peningkatan jugak, masa tu lah nak ucap selamat hari raya, call nak cari jln pi beraya rumah marka, nak telefon katerer utk open house bla bla bla…. sudah diamalkan sejak azali lagi.
BTW, 750 juta panggilan pada hari tu saja……kalau satu panggilan diorg charge sekupang. Fuyoh! Pokcik kaya….
maxis pn ade mslh, cume xteruk mane..heran gak..penyakit bermusim benda nih..
Macamana tak congest. Saya sendiri “mark” senarai kawan2 dlm contactlist, dekat seratus orang. Sekali tekan butang sahaja, hantar sms ke seratus orang bertalu2. hehe. maunya tak congest talian…
ye betul tu ril..aku lagi tensyen dahlah tersesat ntah apa2 entah nak cari umah member..habis kawasan gunung kinabalu tu aku redah..sepatutnya dia dah buat plan awal2 lg tp last minute itu pulak jawapanyer…tak munasabah langsung..
iklan celcom masa tarik pelanggan……”berbaloi-baloiiiii”
iklan pelanggan masa gangguan celcom…..”berbangang-bangangggg”
p/s ambe yang tersangkut line
lu dah sepuluh tahun gua sejak dikenali sebagai emartel dan ditukar kepada tmtouch.
setiap soklan mesti ada jawapan dr celcom.jawapan hampeh.
Saya setuju!saya turut mengalami masalah yang sama…heh
huhhh!!! bye bye celcom…. Digi the smarter choice
Shazali mesti bukak mata la!
da KAYA patut upgrade lama dah.
MAXIS dulu masa majoriti pakai xjadi ceni pon!
Ingat mtk maap ja ada guna?customer maapkan??
kalo korg bagi discount 80% or tambah kredit 200 ringgit pon kami tetap xmaafkan.
24hb rumah ada majlis, ada yg balek ja xtau jalan, xley cal.
memang kecewa dgn celcom.
dala salu line putus-putus.
malu ja.
aku convert 017 ak p celcom, n tambah lagi 1 line celcom, ingat nk tolong company melayu tapi ceni plak balas kat kami.
harap iklan ja bagus.
CEO kena cerdik lagi, mtk maap ja buat orang lagi meluat.
kalo jadi lagi ramai yang nak tukar line.
harap CELCOM belajar.
buat apa yang patut skg.
kami pengguna celcom kecewa.
harap CELCOM jadi lebih baik.
kalo jadi lagi tiada maaf bagimu.
Aku: hanya mampu tersenyum. Kalau la perkara ini terjadi sebelum Tm berpisah dengan Celcom berbaloi baloi Tm kena kutuk hahahaha…
Tu macam berak kat tengah jalan … canang satu kampung… sah kerja ngan celcom tak pom vads… anak syarikat bodoh dia tu
kedeng, ko ni mcm pernah keja dgn VADS jer.hahaha..tibe sakit hati.kesian..
ujang anda memang bijak.
dah frust nak maki2,just tukar lah ke line yg lebih elok.
mcm putus cinta la kan,feeling nyer!mesti nak gaduh2 dulu..kalo bertukar kpd yg lain ok lah,kalo yg still setia tu apa nak panggil yer?? tak ke BERBANGANGGGG,BANGGANG jugak!!haha