semalam sewaktu pulang daripada mengambil kawan di perhentian bas Puduraya, aku saja memandu melalui Jalan Bukit Bintang dan Jalan P Ramlee untuk melihat suasana Kuala Lumpur di malam minggu
macam biasalah, bila sebut nama dua batang jalan itu, dah tentu malam minggunya meriah dengan warga kota yang memilih kelab malam dan disko untuk berhibur hingga awal [...]
Entries from Oktober 2009
Oktober 31, 2009
Halloween…bila Melayu lebih ‘hantu’ daripada hantu!
Oktober 31, 2009
Adik dah takde…
‘Adik’ selalu ikut bapanya mengambil air ‘reverse ormosis’ atau air tapisan daripada mesin vending yang terletak berhampiran restoran tempat aku selalu lepak dengan kawan-kawan
kekadang aku tersenyum sendiri melihat gelagat ‘adik’ yang sering bergurau senda dengan bapanya ketika di mesin vending itu
namun sejak akhir-akhir ini aku lihat hanya kelibat bapanya membeli air di situ, entah kemana [...]
Oktober 30, 2009
Bisnes solat jenazah!
(gambar hiasan)
orang Melayu kita ni adakalanya menjadi bangsa yang cukup pelik bila berhadapan dengan kematian
bila mayat mukanya hitam, confirm dianggap si polan itu banyak dosa ketika hidupnya
kalau mayat itu dalam keadaan tersenyum, confirm dianggap si polan itu penghuni syurga
kalau liang lahat penuh air, confirm dianggap roh si polan akan berdepan dengan ‘masalah’, adoyyyyyyyyy
berbalik kepada tajuk [...]
Oktober 29, 2009
anak muda dan cita-cita…
aku mengenali ketiga-tiga anak muda ini kerana mereka sering singgah di kedai mamak berhampiran rumah aku bila pulang dari kerja
kesemuanya hanya berusia belasan tahun, datang dari kampung ke kota raya untuk mencari sesuap nasi, dengan harapan dapat juga membantu keluarga di desa
tanpa kelulusan dan saudara mara terdekat di Kuala Lumpur, ketiga-tiganya nekad datang ke sini [...]
Oktober 29, 2009
mahligai siapakah ini?
ketika aku sedang melayari blog Kulupsakah, aku tersengih-sengih melihat gambar ‘mahligai’ di atas
sekali imbas, bercakap juga dalam hati, apa giler ke sewel owner rumah ni sampai tulis macam-macam kat dinding rumah dia
mungkin nak masuk program Decor, Decor, Decooooorrrrr kat TV3 kot
tapi last-last aku terfikir semula, itulah manusia, seperti kau dan aku, hanya suka melihat yang [...]
Oktober 28, 2009
Apa sudah jadi dengan Ahadiat Akashah?
siapa tidak kenal Ahadiat Akashah, penulis novel remaja yang bagi aku antara paling berjaya dan popular setakat ini
kalau korang nak tahu, dia menulis novel pada awalnya disebabkan dia ni penganggur
lepas dapat diploma, dia takde kerja sehingga dia diminta membantu buat marketing untuk syarikat penerbitan seorang saudaranya
dari situlah Ahadiat mula minat menulis novel
lupakan soal seni dan artistika [...]
Oktober 28, 2009
Persidangan Dewan Undangan Perak jadi bahan lawak lagi…
Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak bagi meluluskan Bajet 2010 hari ini bermula tanpa kehadiran Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang memboikotnya sebelum bertindak mengadakan “sidang” sendiri semasa waktu rehat
sidang bermula pada kira-kira 10 pagi dengan bacaan doa dan Speaker Datuk R.Ganesan kemudian meminta kesemua ADUN dan hadirin di dewan bangun untuk bertafakur selama seminit [...]
Oktober 28, 2009
Jenayah Perang
kelmarin pegawai khas Tun Dr. Mahathir, Sufi Yusuf berulang kali mengingatkan aku supaya mewarwarkan Persidangan dan Pameran Antarabangsa mengenai Jenayah Perang selama empat hari di PWTC yang akan bermula hari ini
yea, nampaknya Sufi dan bos besarnya itu tidak pernah jemu berusaha untuk menyedarkan masyarakat dunia mengenai erti peperangan serta pentingnya menanamkan sifat sukakan keamanan, kasih [...]
Oktober 25, 2009
Cuci The Musical
baru-baru ini aku berkesempatan menyaksikan persembahan teater Cuci The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya (IB)
apa yang boleh aku katakan, teater ini sangat hebat, menarik dan WAJIB UNTUK DITONTON
walaupun jalan ceritanya mudah dan tidak seberat naskhah Puteri Gunung Ledang yang pernah dipentaskan di IB tempoh hari, namun percayalah cakap aku, setiap ringgit dan sen yang [...]
Oktober 24, 2009
BANGSAT!
kakak dan abang ipar aku yang pulang bercuti raya dari Mozambique punyalah excited nak buat open house di rumah mereka minggu lalu
banyak duit dihabiskan semata-mata bagi memastikan tetamu yang datang mendapat layanan dan makanan yang lazat-lazat
laksa Penang ada, nasi briyani ada, lemang ketupat ada, kuih jangan ceritalah
makan berduyunlah yang hadir terutama di kalangan sanak-saudara dan [...]


