Persandingan Tam Spider dan Aida

2009 November 8
by syahrilkadir
Image008

pelamin Tam yang vazzz...

aku ni ramai gak kenal artis-artis ni waktu kerja wartawan dulu, tapi setakat ‘hai hai, bye bye’ jelah…maklumlah kita ni wartawan jenayah, mana layak kawan ngan orang-orang glamour ni

lagi pun kekadang nampak sangat hipokritnya golongan ni, kalau depan wartawan hiburan bukan main lagi, pijak semut pun tak mati tapi depan wartawan yang takde kaitan macam aku ni, haram nak senyum pun macam nak tak nak je, argh aku pun tak kisah sangat, member-member aku yang duduk di meja hiburan masak sangat perangai artis-artis kita, plastik!

tapi bukan semualah, aku ambil contoh Tam Spider, terus terang mamat ni memang sempoi dan very down to earth punya manusia, dia bukan jenis artis yang dok tayang muka kat disko-disko yang macam dok ada sekarang, kalau takde kerja dia lebih suka lepak ngan kengkawan kat kedai mamak atau lepak studio dia

actually Tam ni adalah jiran aku, dah 11 tahun dah mamat ni menduda…nak dijadikan cerita dia leh sangkut ngan Aida, yang juga tinggal tidak jauh dari taman perumahan kami

pagi tadi diaorang bersanding di Pekan Nanas, Pontian…tak pergi tak kena sangat sebab berjiran, masalahnya aku tak pernah pergi pun Pontian apatah lagi Pekan Nanas tu

tapi redah jugalah kawan punya pasal, disebabkan nak kejar waktu bersanding aku pun pecut dari KL takut lambat…entah kat mana silapnya, aku boleh terbabas sampai ke Kukup, kira-kira 15 kilometer dari Pontian, adoyyyyyy

dalam pada tu pula tetiba perut memulas gila babi, hujan pulak turun punyalah lebat, nak dijadikan cerita dalam perjalanan ke sana ada dekat tiga empat kenduri kahwin berlangsung serentak, haru betul

nasib baiklah bila sampai Pekan Nanas, aku ternampak kereta Lancer milik Tam parking betul-betul sebelah BMW Sport yang ada riben, sah sinilah tempatnya!

nasib baik nampak kereta Tam parking depan dewan

tetapi orang punyalah ramai, maklumlah artis kahwin kan..aku rasa tak kurang dari 3,000 orang datang kenduri Tam ni, apatah lagi ramai geng artis pun turun seperti M. Nasir, Pretty Ugly, Yazer …apalagi, BERDOYONLAH tiba

nak makan satu hal, nak bergambar pun punyalah seksa…berpuluh orang serbu pelamin nak bergambor ngan pengantin

P1000239

MUKA PENAT..aku ngan bro Nasir tengah tunggu turn nak bergambor ngan pengantin, ramai sangat!

then bila pengacara majlis Khairil SinarFM announce Tam nak bergambar ngan kengkawan rapat dia, aku, Nasir ngan bebudak Spider apalagi, terus serbu kat pelamin, dalam kecoh-kecoh tu gambar aku nampak bahagian kaki je, gambar Nasir bahagian dahi, gambar bebudak Spider lain ada yang nampak bahagian telinga dan ada bahagian hidung, muhahahahhaha

apapun selamat berbahagialah sahabat aku yang sorang ni, moga cepat-cepat dapat anak, maklumlah, kahwin musim hujanlah katakan kekekekekeke……

Image011

dah pun kahwin...

7 Respons leave one →
  1. 2009 November 9

    Selamat Datang ke kampungku… Hang kena pasang GPS dlm keta..maklumlah..ada unreliable source…sowieee byk2!!! nanti aku belanja hang otak2 Gelang Patah or Nasi Baryani BENUT.. Janji! :)

  2. 2009 November 9
    naz permalink

    ala bang.. rumah makcik saya kat pekan nanas.. klu la abg ajak saya, selamba kodok je saya tunjukkan jalan.. siap jalan paling short cut saya tau.. muahaha.. tahniah tam.. gua mmg respek kat lu, sbb lu suara maintain :)

  3. 2009 November 9

    SEMOGA KEKAL BUAT SELAMANYA…JGN LUPA SOLAT..MUDAH2AN…

  4. 2009 November 9

    wah…best!!

  5. 2009 November 9

    wah! lepas ni boleh le akak nmpk muka Tam kat Pontian ye? akak org Pontian…….rindu pula nak jln tepi laut tu….

    selamat pengantin baru Tam dan Aida….
    ‘org’ yg sibuk2 nk gmbr dgn Tam tu, bila lagi?

  6. 2009 November 9
    man permalink

    Salam…

    aku dah lama folo hang punya catatan ni…
    menarik.
    aku sekapai dgn hang punya x co (csl)

    bila hang nak ulas pasai pesta bunga api dan mercun oleh malaun kek bukit jalil sabtu lopeh.

    ato wartawan jenayah tak minat bola?

  7. 2009 November 11

    wah..glamer lah pulak pekan nenas yer…
    ape2 pun tahniah buat tam spider n aida…
    selamat menjadi warga pekan nenas…=)

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS