masih ingatkah korang dengan Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM yang mendapat 17A1 pada tahun 2005?
selepas mendapat keputusan cemerlang itu, Amalina berangkat ke UK untuk buat A-Level sebelum memasuki University Of Edinburgh, Scotland untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan
lepas tu cerita Amalina terus takde…rupa-rupanya di internet dah tersebar cerita dia gagal dalam peperiksaan dan dah pun pulang ‘senyap-senyap’ ke Johor Bahru
walaupun aku terkejut, tapi aku tetap berdoa agar perkara ini tidak benar, aku sudah rasa peritnya gagal dan aku tak mampu untuk melihat anak kebanggaan bangsa aku ini juga melalui perkara yang serupa
walaupun dia takde kena mengena ngan aku, tetapi sebagai orang Melayu, Islam dan orang Malaysia, aku cukup bangga dengan Amalina, dalam erti kata lain cubit peha kiri peha kanan pun terasa beb
last-last aku punyalah lega bila masa aku dok google cari maklumat mengenai Amalina, aku terjumpa blog seorang student Cina dari Malaysia yang satu kolej dengan dia
dalam postingnya, mamat Cina tu menafikan khabar angin tersebut…bahkan katanya Amelina bukan saja sedang belajar bidang perubatan, sekarang ni Amalina ambil pula Ijazah kedua dalam jurusan sains farmakologi, baca kat SINI
maknanya, kalau dia berjaya, Amalina akan pulang ke Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Farmakologi , dua ijazah atau double degree serentak! baca kat SINI
dan untuk pengetahuan korang, hanya mereka yang cemerlang saja dibenarkan oleh pihak universiti tersebut untuk berbuat demikian
aku betul-betul bangga dengan Amalina, cuma aku betul-betul kesal dengan orang kita yang tak habis-habis dengan perasaan hasad dengki
apalah dosa Amalina hingga dia difitnah sampai begitu teruk sekali
takpelah, aku berdoa agar kecemerlangan terus menjadi milik Amalina, gua tabekkkkkk sama lu!

Assalamualaikumtuan ..tumpang lalu.Semoga Amalina terus sukses…dan tiada lagi kes seperti aisyah.
saya ingin memberi semangat kepada kakak amalina supaya terus cekal dan tabah. Semoga impian dan cita- cita akan tercapai
ha ha ha. patutla blog aku dapat byk click.
ada blog ni link to my blog.
Memang nampak sangat ramai yang super respek amalina, bagus bagus. Dia dapat 17A1, patut direspek.
But just to betulkan sedikit salah faham, so that other 1000 lebih pelajar malaysia yang under JPA/Mara/Petronas, pelajar medik, supaya diapa semua dapat respek yang lebih kurang sama level. kekeke
Ini benda BSc, extra degree, JPA/Mara/Petronas tak bagi pelajar diapa angkat. Diapa cakap buang duit dan masa, tak perlu buat, pasal nak pelajar cepat cepat grad and balik kampung berkhidmat.
Amalina i think, dia under bank negara, so nasib kat dia la.
tapi tahukah anda? jeng jeng jeng, pelajar tajaan jpa dan mara kat cambridge and oxford dibenarkan buat Bsc. So diapa ambik 6 tahun utk grad, macam amalina. Sponsor kasi buat, semua ambik la.
and betul idea tuan punya blog- hanya pelajar cemerlang saja dapat buat Bsc, tapi terus terang i cakap,
semua scholar kat sini kebanyakan cemerlang.
kalau jpa/mara kasi buat, semua orang balik dengan double degrees.
Bottom line i nak cakap, ada ramai pelajar yang i rasa kita patut bagi lebih respek. mcm mereka mereka yang dapat cambridge dan oxford buat medik.
i tak tau la amalina reject cambridge ke, atau tak dapat. tapi, susah nak percaya dia dapat and reject cambridge.
and benda ni, siapa lagi power, susah nak compare la.
amalina bagus, cemerlang, tapi janganla kita lupakan mereka yang duduk kat cambridge tu. power jugak dow.
yang beza, diapa ni tarak wikipedia page.
-ang-
terima kasih kerana kita sentiasa berdoa tuk melihat bangsa kita terus cemerlang. generasi kitalah yang patut mencorakkan masa depan generasi kini dan akan datang untuk mencapai tahap tertinggi. kita mampu lakukan… lahirkan 2 3 4 5 6 dan ramai lagi amalina yang cemerlang dlm peperiksaan juga setelah melanjutkan pelajaran dan seterusnya dalam kehidupan. saya pernah merasa kegagalan dan tak mahu anak bangsa yang lain merasakan keadaan itu.tapi INGAT, setelah berjaya meletakkan diri di atas nnt,jgn dilupa nasib anak bangsa yang lain yang tertinggal di bawah…. jgn terlalu tajsub dan bangga diri, bersama2 kita sokong anak bangsa kita yang sedang berjuang dalam pelajaran…. teruskan bersemangat dan perkemaskan diri wahai NUR amalina
salam… saya berasa amat hairan mengapa di malaysia seolah2 mereka yang mengambil jurusan kedoktoran sahaja yang hebat….yang terbaik…sedangkan pembangunan negara ini saling bergantung dengan pelbagai bidang yang lain. hingga ada ibu bapa yang memaksa anak2 mengambil bidang perubatan….sedangkan anak2 mereka lebih cenderung ke bidang yang lain. ada juga pelajar yang begitu berminat utk menjadi doktor tetapi tidak berpeluang untuk berbuat demikian kerana bilangan tempat di universiti terhad…untuk menggunakan duit sendiri tak mampu…..pelajr inilah yang patut kita bantu agar lahirlah doktor2 yang bekerja dengan penuh minat dan keiklasan
ak pon bangga ngan amalina.. well maybe sbb sama name ngan ak kowt.. haha.. x seme org nsb baik cam amalina.. dia mmg pndai and dia berhak dpt ape y sptt nyer.. tp ade segilintir student y x berapa bernasib baek.. pandai mmg pandai, result gempak, tp x dpt nk teruskan study kat oversea.. hurm.. tp apa pon, kat ana pon kita blaja asalkan ada usaha berjaya la akhirnya.. insyaAllah..
salam,hai,sawadikap,kak amalina.tak ada berita baru ke kak ina.?Skrg kak ina blajar kt oversea lg ke?dengar citeeee…kak ina open tudung and free hair.kitaorang mcm tak percaya.kak ina mesti jujur..kita bukan bawe fitnah ,tapi kitaorang dengar jeee….jgn salah bace.ingat allah tahu.betul ke kat ‘u’ sane(oversea) kene bukak tudung?x leh pakai 2dung.harap bace and balas.wasalam,gudbye,kankupkrap…..
Assalamualaikum.. kak how are u?? i hope akak bek2 jak la.. actually sya nk tahu teknik belajar akak selama ni sehinggakn akak dpt keputusan yg MELETUP.. huhuhu… okey dada… kak you the best!! love you
SABAR JE LA NGAN FITNAH2 YG DILEMPARKAN.
hmm….regarding about this matter, amalina mmg excellent student tapi bagus sgt kah die sampai mendapat liputan yg luar biasa? kalo usha2 univ yg dier blaja, x lah top maner. dak yg pat 101a pon ag up kot univ yg diorg pat.
so the point is, amalina just an ordinary student. so dont burden her!!! nie bukti yg x yah nk gatal2 ambek byk2 subj. 10 pon cukup. last2 kalo gagal, sndri yg malu.
usaha baru kerajaan limitkn subj mmg bgs!!!
ang, sangat setuju!!! ada banyak lagi pelajar perubatan yang lagi hebat di universiti-universiti lain.. saya ada kawan belajar perubatan di cambridge dan dia bukan sahaja dapat result yang respectable, tetapi juga ahli jawatankuasa cuuna, isoc dan sebagainya.
tetapi sebab dia tak dapat 17 a1 (macam budak-budak sekolah asrama yang lain) dia tak dapat masuk tv. tapi, dia masih hebat, kan??
tapi, saya rasa penting untuk kita orang ingat yang bukan sahaja medic yang hebat, tapi ada banyak pelajar lain dari kursus lain yang hebat2!! saya ada kenal seorang pelajar melayu di cambridge (dah grad) yang mendapat tempat top ten untuk kursus kejuruteraan di cambridge!! dia kemudian buat phd di cambridge, dan dapat menyelesaikan phd tersebut dalam masa 3 1/2 tahun – pelajar lain di department dia kebanyakan mengambil masa minimum 4 tahun untuk mendapat phd!!! kemudian dia bekerja dengan syarikat yang hanya mengambil top students dari ivy leagues dan oxbridge!!!
pada pendapat saya, pelajar pelajar ini pun tak kurang hebatnya
nana, saya rasa hal tudung itu agak personal dan kalau fikirkan balik, ada certain negeri yang diwajibkan pakai tudung di sekolah, dan ramai aje budak budak dari negeri tu yang lepas sekolah terus bukak tudung..
muke amalina sebijik muke mak die
slam n hai?ape kba kak? smga kak trus success dlam hdup………..akn sy doakan..
haha. sapalah yg sebarkan benda2 fitnah kat internet ni? atas dasar dengki? biasala meleis. kadang2, bukan org ‘bodoh2′ taraf pendidikan yg buat bnda2 tarak faedah ni.
memang orang kita ramai yang ada PHD…(perasaan Hasad Dengki) kepada sesama bangsa sendiri…sebermula zaman Kesultanan Melayu Melaka..yg menyebabkan Melaka hancur, bukan orang luar, tapi kerana dengki dan khianat dalam kalangan bangsa sendiri..dengan sesama bangsa dan agama, tak mahu bersatu, sebaliknya minta bantuan orang asing….yang tersembunyi agenda mereka…dulu, kini…sama saja…
fitnah .. she’s now pursuing her study in Edinburgh scott..
so, dont assume the negative..
salam…
saya tk sangka khabar angin yang mengatakan amalina gagal di university rupanya tidak benar. kenapa manusia sanggup fitnah memfitnah? tidakkah mereka tahu fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. Princess doakan amalina terus cemerlang dan balik ke Malaysia untuk berbakti kepada negara. Semoga Allah sentiasa memelihara orang yg teraniaya…
betul ker saya dengar amalina kene saman tpi saya x thu la
sbab ape
.setuju sangat…jgn diangkat bnda yang nampak saje…bnda yang x nampak 2 kdg2 lg baik,cemerlang,gemilang dan terbilang…1 more thing…puji org biar berpada..kelak dia tak lupe diri..sama2 la kite doakan kecemerlangan smua anak bangsa kita..bukan amalina shja…x kire la samada bljr kat msia or overseas..~hati kering~
.semua orang ade kelebihan dan kelemahan yang tersendiri…sebaiknye doakan yang terbaik untuk SEMUA anak bangsa kita..xde yang terkecuali…jangan lah ade jurang perbezaan antara kita… Ya..betu amalina berjaya dengan jayanya… tapi selepas kejayaan amalina..ramai lg bangsa kita jauh lg hebat dr dia…bangsa MELAYU ok…knp mereka tak diangkat begitu tinggi sebagaimana amalina diangkat…i lupe student thn bile…tp dia budak kelantan n dapat da best result..straight A1…dia bljr atas usaha sdri xde bntuan mne2 klas tuisyen…at least amalina mampu utk ke kelas2 tambahan..yes..she so lucky…tp yg i heran sgt2…knp mesti dia sorg jd tumpuan…ramai lg student2 msia or anak2 MELAYU yg dah berjaya n jauh lebih hebat dr amalina…ni bkn perasaan hasad dengki…tapi pndagn ikhlas sy..pernahke kalian terpikir knp boleynye timbul mcm2 fitnah ttg amalina???berkemungkinan mereka2 ni da jelak dgn sanjungan yang diberikan kat amalina sdgkan ade lg yg lebih baik dr dia…pkr dr byk sudut bkn satu sudt saja…GOOD LUCK TO US as a malaysian!!
jatuh bangun tu adab kehidupan.. yang penting dia tak putus asa…
http://www.facebook.com/?ref=home#!/amalina.bakri?sk=wall
kalau komen lebih2, org cakap hasad dengki..em, tgk sendiri la..nilai sendiri
hmmm sy pon da tau psl ni. tu la. bila ckp org xpercya. tgk sndri la fb die. http://www.facebook.com/?ref=home#!/amalina.bakri?sk=wall
saya cuma mahu betulkan fakta yang mengatakan bahawa hanya pelajar cemerlang yang boleh buat double degree. asalkan gpa >2.5 (c ave), anda boleh buat double degree asalkan anda mampu bayar.
http://www.facebook.com/amalina.bakri
itu adalah facebook amalina..lihat lah bagaimana dia sekarang
kepada admin,tabek sama dia lagikah?
Btol ke saye dgr cite, die dh buak tudung? melalui fb die…
she’s free hair . ohmaii Allah . kte pun cuma boleh mengate dy je ,kan ? astaghfirullah. doakan je the best utk dy. biar masuk iman .i saw her pictures in her fb. wallahu’alam . ana hanya manusia biasa
) hope it’s not gonna happen to me , amin~~
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=338789436149765&set=a.176033105758733.44586.100000561342284&type=1&ref=notif¬if_t=photo_reply&theater
aku pon ade bace gak dkat satu blog lain psl amalina ni. mmg byk khabar angin psl dia ni. tp dia still excellent lah dlm study skang.
http://zul4kulim.blogspot.com/2009/12/nur-amalina-che-bakri.html
tp yg psl cara dia bergaul tuh kite tak boleh na komen lebih2 kan.
just doakan dia jumpa balik diri dia yg sebenar.
sbb kebanyakan org pernah admire amalina ni kn.
tak elok la sebelum ni admire admire tp bila dia wat salah sikit, semua nak kutuk.
komen ni tak ditujukan kt sape2.
so, jalan terbaik, doakan jela
kte jz bg pe org post kt fb..jgn mrh2..huhu…jauhkn sume 2 pd sy..n spe2 yg xnk jdik cmni…amin~..kpd spe2 yg tetp myokong…go baby go!
Setuju ngn komen atas!!!
wow double degree?
she is really briliant…
well done amalina..
sorry tapi ayat yg u tulis nie cm ade yg tak puas ati je.mmg ade yg lebih baek n msk u yg lebih gempak.tapi kitorg nie tao ke sape.so..kitorg just boley sokong n suport siape yg diberi liputan lah..
pasal tudung tu i agree ngan u.its quite personal darling..
agree..
FB dia dh tutup…ada gambar lain ke??? nak gak tengok …
benda baik pun org dengki apetah lagi benda buruk….manusia memang sikap camni…. apa2 semoga dia terus sukses
Entri Terkini | Best Entry On 2011 !!
TAHNIAH AMALINA… TERUS KAN USAHA N BERKHIDMAT DI MALAYSIA NANTI…. YOU SO SMART….. SYUKUR PADA ALLAH S.W.T AMIN.
Apa yang diperkatakan senang dibaca, tapi hakikatnya empunya diri dan keluarga terdekat sahaja yang tahu. Yang lebih utama, Allah maha mengetahui segalanya… tak perlu kita pertikaikan hal ini kerana sebagai manusia kita tak pernah lepas dari ujian dan cobaan dariNya, terpulang kita memilih haluan samada kegagalan, kebenaran ataupun kegelapan…
Cuma ini semuanya hal peribadi beliau, biarlah beliau lalui dengan bijak, mungkin keadaan di sana memaksa, mungkin juga keinginan bermusim, Allah jer maha mengetahui kebenarannya… Sebagai saudara semakhluk, kita doakan yang terbaik kepada semuanya…
Kepada Amalina, terpulang kepada awak untuk bertindak atau berdiam diri, kebijaksanaan yang ada jangan dipersiakan, kerna ia adalah amanah dan besar tanggungjawabnya atas apa yang kita pegang. Wallahualam..
Selamat Tahun Baru kepada semua.. Beringatlah, kiamat semakin dekat, banyakkan amalan dan elakkan kemungkaran/dosa. (di bawah rujukan blog seorang penulis tentang gambar Amalina, if tak perlu, tutup jer la gambar beliau agar tiada fitnah lagi, tapi atas niat positif, tak salah if Amalina boleh buat penjelasan peribadi sikit sebagai suatu pembelaan peribadi, if not tak ada salahnya juga. My own opinion, gambar2 ni kehidupan peribadinya, xperlu kita persoalkan, dosa pahala sendiri tanggung, kita boleh nasihat tapi jangan sampai memfitnah, selamat memperbanyakkan pahala saudara2ku semuanya…)
http://busuk.org/ping/view/72118
skrg ni makin teruk aku tgk dalam internet skrg adeii.. sedih ni..
n latest tgk dalam facebook.. huhu sah mmg culture shokk
tahniah amalina moga jadi contoh buat pelajar lain ….
mana ada personal bila cakap bab tudung dik yuyu.. tu hukum allah, wajib ikut.. kalau tak nak ikut, menjawab la nanti.. jgn ambil ringan bab aurat dik yuyu ye..
sallam utk semua bagi bangsa melayu cukup sudah dijajah maka kira benar perkara ni jangan kita dijajah lagi terutama cerdik pandai org islam. apa org lain akan benarkan kita mengatasi kuasanya sudah pastinya maka ini adalah penjajah baru kepada org islam sama -samalah kita sedar.
Walau pun sebesar zarah kita berbuat baik ALLAH akan membalasnya nanti.
http://msrbhi.wordpress.com/2012/01/05/manusia-lagi-diuji/
dkt fb sye ade org antar gmbr amalina minum arak la kissing ngan org mat saleh la n gambar mejolokkan mata betul ker?sye x percaya
hak dia nak pakai macam mana pun, mak dia pun x marah. kita siapa nak kritik atau larang dia berpakaian atau membuat aktiviti dia kat sana. biar lah dia bawa diri dia.
bidang perubatan tidak bersandarkan pada minat semata2..ia perlu juga kemampuan pelajar tu untuk bawa bidang ni atau dalam erti kata lain,harus ada sesuatu pada pelajar tu utk melayakkan dia memasuki bidang ni..jika hanya minat tapi tidak mampu drpd segi akademik dan emosi (sbb doktor kerjanya teruk,stress dan sebagainya)belum tentu pelajar itu boleh lulus sebagai seorg doktor.sya setuju kita x seharusnya memaksa pelajar2 yg x minat medik tuk masuk medik sbb ia memerlukan begitu banyak pengorbanan dan daya tahan.tpi sya kurang bersetuju yang kita harus mengutamakan pelajar yg minat medik semata2 atau tidak mampu dari segi kewangan tanpa melihat kepada kemampuan akademik dan emosinya.