Monthly Archives: December 2009

tahun baru di bumi asing…

minah ni asyik ushar aku je...ke aku yang perasan nih hahahaha

malam ni first time aku sambut tahun baru aku di tempat orang

tak tahu macam mana situasinya, actually kat KL pun macamlah aku sambut sangat

kalau tidak kerana tugasan masa jadi wartawan dulu, tak kuasa tengah-tengah malam aku tercanguk dekat Dataran Merdeka atau Bukit Bintang melihat gelagat warga kota yang cukup memeningkan kepala

bercakap pasal pengalaman, aku cukup tension kalau kena bertugas waktu malam tahun baru

sudahlah terpaksa menempuh kesesakan lalulintas ke Dataran untuk buat liputan, kemudian terpaksa siapkan tugasan dengan pantas kerana akhbar nak cetak cepat, yang lebih memeningkan kepala function pula lambat habis, jalan pula sini tutup sana tutup, letih bangat deh!

anyway tak tahulah happening atau tidak new year kat sini tapi tak beri sebarang perbezaan pun

aku bukanlah jenis yang suka celebrate new year, aku lebih senang duduk depan TV sambil makan kuaci hehehehe

tapi nak keluar jugalah malam ini, kata orang lain padang, lain belalang, lain tempat lainlah ragam

agaknya bagaimana Phnom Penh on new year eve ya?

SAK: Pada yang nak keluar malam ni…buat apa pun, ingat pada orang yang tersayang…dun drink n drive!

5 Comments

Filed under Uncategorized

suor sdei Phnom Penh!

kereta pinjam uncle Truanh

guest house je yang mampu...bajet! bajet!

SAK: Nak jumpa orang kanan Pol Pot jap lagi…minta autograph!

3 Comments

Filed under Uncategorized

bertahun baru di Sungai Mekong…

Sungai Mekong

kupilih namamu

kerana aku begitu sepi

kan kubenamkan dadaku

ke dasarmu

kaki kananku ke bulan

kaki kiriku ke matari

kan kuhanyutkan hatiku

ke kalimu

namaku ke muara

suaraku ke gunung

 

Sungai Mekong

nafasmu begitu tenang

lenggangmu begitu lapang

di tebingmu

ada ibu bersuara sayu

mencari suara puteranya yang hilang

waktu ia merebahkan wajahnya

ke wajahmu

kau masih bisa senyum senang

 

Sungai Mekong

akhirilah tarisiang riakmu

kulihat di dasarmu

kuntum-kuntum berdarah

batu-batu luka

malam ini

ribut dari utara akan tiba

tebingmu akan pecah

airmu akan merah

dan arusmu akan lebih keras

dari Niagara

(A. Latiff Mohidin)

SAK: Mungkinkah di muara yang aku sedang berdiri sekarang pernah mengalir darah insan yang tidak berdosa? Argh, rokok Dunhill ku menyala lagi…

3 Comments

Filed under Uncategorized

zaman sekolah

malam tadi lama juga aku berbual dengan teman rapat aku mengenai zaman persekolahan kami

bila bercakap pasal sekolah, aku percaya majoriti orang akan cakap….’rindunya zaman itu, bestnya masa sekolah, seronoknyeeee…’ dan macam-macam lagilah

tetapi percayalah, aku tidak pernah merasa enjoy di waktu persekolahan aku, aku sendiri tidak tahu mengapa, bahkan kalau waktu  itu dapat diputarkan kembali, aku tidak ingin kembali semula ke zaman tersebut

the only things yang membuatkan aku suka hanyalah bila aku mendapat ilmu dan dapat kenal dengan guru serta rakan-rakan

nak kata aku kena buli, tak juga..nak kata aku budak jahat dan selalu kena denda ngan cikgu, tak jugak..

nak kata aku tak pandai pun..tak jugak…at least lepas jugalah masuk universiti

sampai sekarang aku tertanya-tanya mengapa aku tak excited langsung bila cakap pasal zaman sekolah

tapi jangan salah sangka…not because aku tak suka dengan ilmu tetapi aku tak dapat nak menikmati ‘keindahan’ waktu sekolah seperti yang sering diperkatakan itu

entah, jangan tanya aku, sampai sekarang aku tak dapat jawapannya!

SAK: Tetap kenang jasa guru yang mendidik aku menjadi manusia…sekurang-kurangnya sehingga ke hari ini!

5 Comments

Filed under Uncategorized

Awal Ashaari dan ujian air kencing

aku nak tergelak sebenarnya bila baca statement pengacara TV terkenal Awal Ashaari yang mendakwa air kencingnya tak boleh keluar sewaktu anggota polis menyuruhnya berbuat demikian dalam ujian air kencing atau ‘urine test’ di sebuah disko awal pagi kelmarin

ini menyebabkan dia terpaksa di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur

lepas diberi minum tiga botol air oleh pihak polis, barulah Awal dapat mengeluarkan air kencingnya…nasib baik negatif dan dia pun dibebaskan

sebenarnya kes air kencing tak keluar ni bukalah satu benda baru, bunyinya mungkin senang tetapi bukan semua daripada kita dapat melakukannya terutama bila sedang stress atau gabra

sepanjang aku bertugas sebagai wartawan jenayah dulu, dah berpuluh kali aku menyertai operasi ujian air kencing oleh pihak polis bagi mengesan pengunjung pusat hiburan yang berada di bawah pengaruh dadah

terus-terang aku katakan, kes sebegini memang kerap berlaku..adakalanya pihak polis terpaksa tunggu berjam-jam hanya kerana nak tunggu suspek buang air kecil

namun aku akui, ada juga yang guna alasan tak boleh kencing itu untuk mengelak daripada menjalani ujian tersebut, tetapi sorrylah, jangan harap polis akan terpedaya dengan taktik basi macam tu

tidak lama dulu aku pernah menyertai operasi narkotik di sebuah bilik hotel,  ada seorang personaliti TV ni sampai kesudah bagi tahu dia tak boleh kencing…last-last pegawai polis bertugas bagi dia lima botol mineral untuk diminum

” Kalau minum lima botol air ni pun kau tak boleh kencing, aku nak bagi pili bomba pulak kat kau,” katanya pada personaliti berkenaan hingga membuatkan aku terkekeh-kekeh ketawa

last-last memang betul, air kencing personaliti ini ternyata positif dadah jenis syabu, hah, amik kau!

dalam kes Awal ni mungkin betul dia tidak boleh kencing malam tu, yang pasti ujian ka atasnya negatif,  itu yang lebih penting

inilah harga yang perlu dibayar kalau nak jadi artis, kalau Awal tu driver bas RapidKL aku ingat saper pun tak peduli

macam-macam hal….dunia, dunia…

6 Comments

Filed under Uncategorized

Selamat Pengantin Baru Fiha

aku sangat bertuah kerana selalu dikurniakan staff yang rajin dan tak banyak kerenah walaupun adakalanya degil mereka boleh membuatkan aku kena heart attack hahahaha

salah seorang daripada mereka adalah Noor Fiha Kassa, gadis kelahiran Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang

dia yang bertugas sebagai penerbit rancangan TV  ‘Penglipurlara ‘ di Astro Prima sebelum ini adalah pengacara sebuah program di Astro Awani

Fiha bukan sekadar seorang staff, malah kami banyak bercerita dan berborak, sekali gus banyak kisah yang kami kongsi bersama, baik suka mahupun duka

kebetulan tunang dia pun aku kenal jugak, semuanya dulu dibawah satu bumbung

hari ini Fiha akhirnya bergelar ratu sehari setelah hampir 10 tahun menjalinkan rasa cinta dengan kekasihnya, Hishamuddin yang kini mengajar di Terengganu

ketika menghadiri majlis perkahwinan mereka di Kuantan hari ini, perasaan aku bercampur-baur di antara gembira dan sebak sebenarnya 

gembira kerana sudah tentu kehidupan Fiha kini lebih bererti dan lengkap dengan kehadiran seorang suami, sebak kerana mengenangkan betapa dia sekarang perlu menghadapi satu lagi episod dalam hidupnya yang menuntut satu pengorbanan dan tanggung jawab yang cukup tinggi sifatnya

maklumlah, kehidupan berkeluarga ini bukan mudah, sedangkan lidah lagikan tergigit apatah lagi suami isteri

tetapi aku percaya, Hisham dan Fiha mampu mengharungi apa juga yang melanda, berkat doa daripada kita semua

Selamat Pengantin Baru Fiha, Selamat Berkekalan Hingga Ke Hujung Nyawa, aku akhiri entry ini dengan sekalung doa,

” Ya Allah…
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka
Dengan menjadikan perkawinannya sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan mereka kepada sunnah Rasul-Mu.”

Amin.

5 Comments

Filed under Uncategorized

Pada 26 Disember…

26 Disember 1996 Keningau,  Sabah

Pada malam itu, satu tragedi yang paling dahsyat direkodkan berlaku di negara ini, tidak pernah tragedi seteruk itu sebelum malam berkenaan.

Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil.

Bencana alam itu dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi.

Di Keningau, kemusnahan dua kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang dan Limbawan ibarat ‘padang jarak padang tekukur’ manakala sebuah kampung dikenali Batu Satu atau Kandang Ayam yang didiami kebanyakan warga Indonesia keturunan Tator, musnah sama sekali.

Sungai Pampang, Bayayo, Liawan dan Sinagang melimpah dan hujan berterusan menyebabkan sembilan kampung ditenggelami banjir kilat sekali gus merosak dan menghanyutkan sejumlah 500 rumah penduduk di tebing sungai. Kira-kira 3,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

26 Disember 2003

satu kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skali richter telah berlaku di wilayah Bam, Iran

ia menyebabkan 45,000 orang penduduk telah terbunuh

26 Disember 2004 Banda Aceh, Sumatera, Indonesia

Pada pagi yang hening, 26 Disember lalu secara tiba-tiba ruang udara Banda Aceh dikejutkan suasana kicauan berpuluh ribu bangau putih berterbang rendah. Penduduk setempat tergamam dengan kehadiran luar biasa kumpulan bangau putih yang entah dari mana datangnya pada jam 7.30 hingga 7.45 pagi.

kehadiran bangau putih itu cuba memberitahu sesuatu kepada manusia tetapi penduduk sekitar tidak memahaminya. Malah ada yang cuba bermain-main dan membaling batu ke arah kumpulan bangau putih itu.

Bagaimanapun akibat leka dengan kehadiran kumpulan bangau putih berkenaan, secara tiba-tiba kira-kira 15 hingga 30 minit kemudian, berlaku gegaran gempa bumi pertama setengah jam kemudian menyebabkan penduduk Banda Aceh bertempiaran lari.

Gegaran kedua menyusul beberapa minit selepas itu hingga meranapkan bangunan termasuk pusat beli-belah, kedai, sekolah dan rumah di sekitar bandar terbabit. Ini diikuti ombak besar atau tsunami setinggi 30 hingga 40 meter. Cukup dahsyat untuk digambarkan menerusi kata-kata.

seramai 230,000 orang warga Aceh meninggal dunia

 26 Disember 2009

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

 

SAK: Suratan Atau Kebetulan?

7 Comments

Filed under Uncategorized

Aku dan ulangtahun ke-5 bencana tsunami Aceh

esok genap lima tahun tragedi berlakunya peristiwa paling dahsyat di kurun ini iaitu tsunami di bumi Aceh

aku tiba bersama rakan setugas, Zulkiflee Bakar dan jurugambar Halim Khalid tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Indonesia Blang Bintang, Aceh kira-kira empat hari selepas kejadian

ketika itu suasana di bandar Aceh ibarat padang jarak padang terkukur

ribuan mayat mula kembung dan membusuk, terbiar  tanpa perhatian

bekalan elektrik terputus, bekalan air bersih jauh sekali, jalan raya hancur, lapangan terbang tidak mampu lagi menampung kemasukan pesawat bantuan, bekalan makanan semakin terhad

jeritan kesakitan mereka yang luka parah terdengar di sana sini, jeritan mereka yang kehilangan orang tersayang apatah lagi

walaupun kedudukan Blang Bintang agak jauh sedikit dari bandar Aceh, namun bau busuk mayat sudah tidak mampu tertanggung lagi

terus terang sewaktu pertama kali menjejak kaki di bandar Aceh ketika itu, aku tak tahu apa yang harus aku tulis untuk dihantar ke Kuala Lumpur

seumur hidup aku, aku tak pernah melihat sebegitu banyak mayat di sekeliling aku

di depan aku ada mayat, di belakang aku ada mayat, begitu juga di kiri dan kanan aku

mula-mula sampai kami berkhemah di lapangan terbang saja, tapi disebabkan bau yang menusuk, kami berpindah dan menyewa sebuah rumah kosong di Lambaro, tak jauh dari bandar Aceh

rupa-rupanya ia tidak menyelesaikan masalah, malah ia lebih menambah masalah

apa tidaknya, rupanya di sebuah padang tidak jauh dari rumah sewa kami, pihak berkuasa Indonesia memilih untuk menjadikannya tanah perkuburan beramai-ramai mangsa tsunami

sekali lagi kami dikelilingi mayat, depan mayat, kiri mayat, kanan mayat, belakang pun mayat

akhirnya selama sebulan lebih di Aceh, rutinku sehari-hari selain daripada menulis berita, adalah melihat mayat dan mencium bau mayat

semalam genap empat tahun peristiwa itu berlaku, namun rasanya baru semalam aku berada di bumi serambi Mekah itu

korang mungkin hanya melihatnya di kaca televisyen, tetapi aku berada di sana dan telah menyaksikan dengan mata kepala aku sendiri mengenai apa yang berlaku

apalagi yang mampu aku coretkan…

4 Comments

Filed under Uncategorized

Lagu cinta sepanjang zaman…

antara kegemaran aku sama ada waktu lapang atau waktu senggang adalah mendengar lagu di radio, jadi bilik masuk je dalam kereta, aku akan on my radio dulu then baru aku akan switch on aircond
kekadang belum start engine kereta lagi aku dah on radio dulu, jahanam bateri kereta aku hehehe
sekarang stesen radio tetap aku adalah SinarFM dan KLFM….nostalgia betul lagu-lagu yang diorang mainkan
kebetulan pula aku ni lebih suka lagu-lagu awal 80-an…maklumlah aku membesar pun dengan lagu-lagu tu
tetapi dalam beribu lagu yang pernah aku dengar, ada tiga lagu yang aku tak pernah jemu mendengarnya..daripada kecil sampailah sekarang
bukan saja aku sangat suka dengan tiga lagu tersebut, tetapi hati aku boleh jadi sedih dan sayu tak tentu pasal bila ia berkumandang
actually semua lagu tu memang ada sejarah dalam hidup aku
tak perlulah aku cerita lebih lanjut kerana lirik lagu tu sendiri telah MENCERITAKAN segalanya…

HELLO

walaupun aku suka dengan penyanyi asal lagu ini, Lionel Rithchie, tetapi bagi aku Hello versi mendiang Luther Vandross lebih syahdu dan memukau
lagu ni memang akan jadi top list aku sampai bila-bila
lirik yang paling aku suka bila sampai part chorus…” tell me how to win your heart, coz i havent got a clue”
aduh, touching siot….

SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

walaupun Elton John ni gay, tetapi bila dia main piano dan nyanyi lagu ni, aku boleh terlupa yang mamat poyo dan macam Lim Kok Wing ini adalah penyanyi lagu tersebut
lirik yang buat aku ‘terbang’ bila dia sebut di rangkap pertama iaitu ” what i got to do to make you love me”
huarghhhhhhhhhhhh, sedihhhhhhhhhhhhhhhhhh

SELINGKAR KASIH

okay, lagu ni memang adalah sejarah yang dahsyat yang pernah berlaku dalam hidup aku
untuk pertama kalinya aku membuat pendedahan terbuka betapa dialah orang pertama yang pernah mencintai dan mencuri hati aku
tetapi tu cerita dulu-dululah…dah jadi sejarah pun, sejarah yang tak mungkin tertulis di arkib atau muzium negara
inilah lagu terakhir yang kami berdua dengar sebelum kami dengan rasminya memacakkan ‘batu nisan’ ke atas hubungan yang terjalin itu
noktah.

5 Comments

Filed under Uncategorized

Pyanhabib dan sajak Seluar Dalam

kali pertama aku mendengar Pyanhabib mendeklamasikan sajak Seluar Dalam ini adalah di Kelab Darul Ehsan, Ampang beberapa tahun lalu di majlis dinner Malam Jalan Lima

Malam Jalan Lima adalah dinner tahunan yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia bagi meraikan petugas medianya

aku walaupun tidaklah rapat sangat dengan Pyanhabib, tetapi kami agak mesra kerana meja kerja aku dengan dia boleh dikatakan sebelah menyebelah

Pyanhabib ketika itu bertugas sebagai Penyunting Utusan Malaysia…masalah kami hanyalah dari segi komunikasi kerana beliau dari azali lagi mengalami masalah pertuturan

selalunya aku dengan Pyanhabib akan guna isyarat tangan kerana ia lebih memudahkan kami berdua bekerja

namun di sebalik kecacatannya itu, semua orang tahu Pyanhabib adalah penyair yang cukup hebat dan prolifik

dia tidak pernah ada protokol, kalau perlu dia puji, dia puji

kalau perlu dia kritik, dia kritik

sajak Seluar Dalam karyanya itu sebenarnya adalah satu sajak berbentuk kritikan dalam masyarakat

tetapi itulah Pyanhabib, kekadang karyanya tak terfikir dek akal, namun ia penuh dengan makna yang tersurat….apatah lagi tersirat!

Leave a Comment

Filed under Uncategorized