ada pembaca blog ni complain yang dah lama aku tak tulis pasal food review, lately ni depa kata agak ‘stress’ baca entry aku sebab asyik tulis pasal komunis, bakar gereja, masalah negara dan berbagai lagi
OKlah, untuk mereka yang ‘hantu makan’ ni, hari ni aku nak tulis mengenai bestnya melahap di kota Hatyai yang aku kunjungi baru-baru ini
menariknya mengenai Hatyai adalah, tidak begitu sukar untuk mencari makanan halal di sini…berbeza dengan Bangkok dan Phuket yang aku pergi dulu
di Hatyai bukan saja senang untuk mencari masakan halal, malah warganya yang beragama Islam rata-rata boleh berbahasa Melayu telo Siam
untuk ke mana-mana di bandar ini, pengangkutan utamanya adalah Tuktuk iaitu van kecil yang diubah suai untuk dijadikan teksi
tambang pun murah iaitu sekitar RM2 seorang…memang seronok kalau naik Tuktuk, kena pulak driver yang perasan dirinya itu Micheal Schumacher, dia nanti bawa Tuktuk macam pelesit!
masa aku singgah di sebuah perkampungan masyarakat Islam dekat Sadao, aku sempat pergi ke sebuah pasar malam
kat sana kuih-muihnya pelbagai rupa, sedap-sedap sheikhhhhhhh…..kebetulan aku ternampak kuih kegemaran aku iaitu pulut pisang
mak oiiiiiiii sedapnyeeeeeee, rasa macam nak beli kuih tu dengan si penjualnya sekali, ops!
di pusat bandar Hatyai pula, terkenal dengan makanan berasaskan pulut seperti pulut mangga dan pulut durian, walaupun aku tak makan pulut mangga ngan durian ni tetapi tengok saja pun dah cukup untuk membuatkan aku terliurrr
kalau korang order pulut mangga/ durian, si penjualnya akan mencampurkan isi mangga/ durian yang tebal-tebal itu ke dalam pulut sebelum dicurahkan pula kuah santan yang pekat ke atasnnya, pergh, meleleh wa cakap lu
kat area tu juga, ada dijual banyak makanan laut yang fresh-fresh seperti udang, ketam, sotong dan sebagainya
udangnya pula besar-besar, makan dua ekor pun dah kenyang
oh yea, pada yang hantu teh tarik tu, kat sini pun ada jual teh tarik cuma ‘rupanya’ nampak macam pelik sikit
ini kerana diaorang akan buat seolah-olah teh tarik itu ada tiga warna yang berlainan
dan semestinya, tak lengkap pergi Thailand kalau tak pekena tomyamnya, kebetulan member aku si Syarul tu hantu tomyam, apalagi!
actually banyak lagi aku nak cerita tapi cukuplah buat takat ni dulu, kang Maria Tunku Sabri tak leh cari makan beb, heheheh
” Koh Hai Cha-Roen ar-Harn! ”








bro.. u nampak kurus sket. penat berjalan ke or diet? hehehe
Teh tarik 3 layer tuuu.. And, pulut mangga durian tu mmmg my favouritee!!! Kolesterol and lemak tepu letak tepiii….
If only blog ko punya entry pasal food ni mcm cerita Charlie and The Chocolate Factory (makanan tu boleh jadi real) ….pergghhhhhh…
hisk chemm, u kena pakai spek mata kanta cembung ni…kurus amendanya, camera trick tu heheheh
orang melayu siam disebelah atas tu memang makan pulut dia orang tak makan nasi.
pernah tgk orang melayu bangkok makan pulut dengan bawah merah.bagi nasi dia taknak.sebab bukan makanan asasi dia.
Bro…pasar yang bro g tu kat area mana..ingt tak nama jalan….
aku dah x sabar ni nak kesana , rasa mcam nak cari ayam yg berkasut la.. kat sana… agak2 korang ada x>?