Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2010

Bertunang

Waris lelaki
Ribu-ribu batang terpanggung
Akan duduk batang rumbia
Walau berat dugaan ku tanggung
Tetap kupinang idaman dara

Waris perempuan
Sapu tangan jatuh ke laut
Jatuh dengan kalas-kalasnya
Panjang tangan sahaya menyambut
Satu tidak dengan balasnya

Lokasi : Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang.

Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil dari keluarganya untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang.

Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.

Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa. Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat.

Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.

Inilah yang aku baca dalam internet

Walaupun aku sibuk semenjak dua menjak ni, namun hajat perlu diteruskan…maka tepat pukul 4 petang tadi, rombongan pihak lelaki pun tibalah di rumah si dara

setelah mukadimah dihulur, salam pun disahut

selesai acara, si ibu pun menyarungkanlah cincin pada bakal menantunya

maka termeterailah adat, indahnya budaya Melayu…janji pun diikat, doa pun diangkat

semoga Allah memberkati majlis, semoga semuanya berakhir di jinjang pelamin, tanda kasih mengikat asmara

panjang umur bertemulah kita, di pentas lain yang bernama perkahwinan, Insya Allah.

SAK: Selamat bertunang buat along, Erda Jaslin dan pasangan, Mahathir Datuk Bahrin…nak kahwin jangan lupa jemput saya!

Read Full Post »

bila G. Manimaran marah….

siapa G. Manimaran? mungkin ramai di luar sana tidak tahu siapakah dia

anyway, Manimaran atau Mani merupakan penolong editor berita Utusan Malaysia yang pertama dari kaum India

beliau kemudian berhenti sebelum menyertai Mstar dan kini editor di portal web kontroversi, The Malaysian Insider

Mani ni memang mahir bukan saja bertutur dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam tatabahasa Melayu

untuk pengetahuan korang, Mani juga salah seorang penulis yang menulis buku mengenai ‘grammar’ bahasa Melayu untuk panduan wartawan-wartawan baru di Utusan dulu

namun ada satu perkara mengenai Mani, dia cukup tidak digemari kerana sifatnya yang cerewet dengan wartawan yang bekerja di bawahnya tetapi sebagai seorang yang pernah bekerjanya dengannya, aku tak pula pernah merasa begitu

walaupun tidak serapat mana, namun kami cukup mesra kalau bertemu di mana-mana function

semalam rakan wartawan dari Sinar Harian, Fazli ada memaklumkan pada aku yang Mani telah ‘dihalau’ dalam satu majlis yang dianjurkan oleh NGO, PERKASA semalam

ikutilah luahan hati Mani;

Saya wartawan bangsa Malaysia, mengapa bezakan saya? — G. Manimaran
27 FEB — Buat pertama kali penulis melangkah ke Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di tengah-tengah ibu negara. Ketika melangkah ke pekarangan premis, penulis dapat merasai udara semangat perjuangan orang-orang Melayu, lebih-lebih ia terletak dalam lingkungan Kampung Baru, penempatan milik kaum Melayu.

Kelab Sultan Sulaiman memikul detik-detik bersejarah yang membawa kepada penubuhan Umno, menguburkan usaha menubuhkan Malayan Union dan kemudian kemerdekaan negara.

Walaupun hari ini merupakan cuti mingguan, penulis memutuskan untuk membuat liputan pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang ditubuhkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Program ini menarik perhatian penulis lebih-lebih ekoran perubahan landskap politik yang disaksikan dua tahun lalu.

(more…)

Read Full Post »

minggu depan akan berlangsung Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Putrajaya

so sebagai salah seorang penasihat media yang dilantik oleh sekretariat pertandingan, tugas aku kini menjadi semakin berat apabila para peserta daripada lebih 50 negara mula tiba di KLIA sejak semalam

untuk pengetahuan korang, kesemua mereka ini fasih berbahasa Melayu dan bakal berentap untuk merebut Piala Perdana Menteri dan wang tunai sebanyak USD5,000 jika terpilih sebagai juara

nanti aku akan cerita lebih lanjut mengenai pertandingan tersebut

apa yang aku nak cerita hari ini adalah mengenai peserta-peserta yang terlibat

kebanyakannya adalah wanita dan rata-rata daripada mereka adalah pelajar Master dan Phd dari universiti di negara mereka

so aku bajet masing-masing tentu macam Cikgu Bedah…pakai spek tebal, ‘nerd’ dan dressing ala-ala skima

tadi sekumpulan tukang jahit dah berkampung di hotel kami menginap kerana mereka ditugaskan menjahit baju batik untuk para peserta pertandingan (semua peserta diberi pakaian kebangsaan sewaktu bertanding)

bila para peserta ni turun, aku punyalah teruja….mengalahkan ratu cantik masing-masing cakap kau!

terus aku confused, ni pertandingan Miss Universe ke pertandingan pidato?

makk ooi, tingginya!

tarik nafassssssssss........

tunggu giliran....

antara peserta yang terlibat, cantik tak?

tetapi seperti biasa, aku akan cover macho walaupun dalam hati dub dab dub dab hahahahahha

anyway, siapalah aku kan huk huk huk

aku sempat jugalah bersembang ngan sorang dua peserta…memang depa ni bukan saja cantik, tetapi juga brilliant

ada satu awek Rusia ni, dahlah cantik, sekarang tengah buat Phd dalam Syariah lagi walaupun beragama Kristian

dahla pandai bahasa Melayu ngan Arab, sekarang dok buat Phd Syariah lagi, pergh!

aku rasa bila dia tamat belajar nanti, confirm CIA dengan Mossad berebut nak ambil dia jadi spy, bukan saja fasih bahasa Melayu, cakap Arab pun dia rembat selamba je!

OKlah aku stop dulu, banyak kerja menanti aku sekarang ni…chow!

SAK: teringat lagu Lefthanded…’biarpun cantik mengalah bidadari, namun hatiku tidak mungkin kau dapat menguasai’….chewah!

Read Full Post »

dalam banyak-banyak pelakon baru yang ada sekarang ni, aku memang minat abis kat Liyana Jasmay

nak kata budak ni lawa, rasanya biasa-biasa saja tetapi lakonan dia aku tetap iktiraf sebagai yang terbaik dari ladang lah buat setakat ni

memandangkan dah lama aku tak cerita pasal jalan-jalan cari makan dalam blog ni, hari ni aku nak story kat korang mengenai Restoran Ikan Sungai milik Chef Kamarul dan keluarga Liyana kat Desa Melawati Hulu Klang (senang je cari, tepi jalan besar  MRR2 berhampiran  susur keluar ke Setapak)

actually kalau takde Liyana pun, aku memang nak cari restoran macam ni kerana aku ni hantu ikan sungai (walaupun ramai yang tak begitu gemar dengan ikan sungai)

cuma yang tak bestnya, ramai dok bercerita yang restoran ni harganya mahal melampau…tapi bagi aku kalau betul-betul sedap, sekali-sekala apa salahnya…makan kat McDonalds pun baru melahap sebiji dua burger, confirm dah lebih RM20, tapi takdelak aku dengar orang bising

dipendekkan cerita bila sampai di sana, aku disambut sendiri oleh salah seorang chef yang juga adik taukeh

Chef Kamarul (tengah)

buka saja menu, berpinar gakla mata aku kerana rata-rata ikan sungai di situ dijual dengan harga antara RM15 – RM48 untuk 100 gram, adoyyyyyyy

paham jelah kan, setakat 100 gram tu besar manalah sangat ikannya…aku rasa setakat besar tapak tangan je beb….

selain toman, ada ikan patin, baung, temoleh, tapah dan jelawat

malas nak argue bab harga, aku pun order ikan Toman masak lemak cili padi, kangkung goreng, ayam goreng, sedikit sambal dan air soda bandung

soda bandung

part ni aku nak puji sikit, sebelum ikan tu dimasak, chef tadi bawa dulu ikan yang dipesan dan tunjuk kepada kita beserta harganya sekali

bila kita setuju then baru dia bawa ke dapur untuk dimasak

walaupun customer tak ramai masa tu, tapi dekat 20 minit gak aku tunggu before makanan being served

dari segi presentation biasa-biasa saja tetapi bila makan, mak ooiiiiiiiii, sedapnyeeeeeeeeeeeeeeee!

yummmmyyyy!!!

memang rasa macam makan kat kampung beb, cukup pedasnya, cukup masinnya, cukup lemaknya, gerekkkk sehhhh

pendek kata, kalau nak rasa masakan kampung yang piaw (pure), memang ni lah tempatnya

then tibalah waktu yang mendebarkan, BAYAR TIME!

lepas kira semua, bil aku adalah RM65….ermmmm, memang quit mahal lah tapi bila mengenangkan jamuan tadi sungguh menyelerakan (bagi lidah akulah) so for me its ok meh, tapi sekala-sekala je lah boleh datang, kalau tak Robert Kuok pun bangkrap nih

aku difahamkan yang boleh jadi mahal tu sebab ikan sungai di sini adalah ikan sungai liar yang diambil dari merata tempat kat semenanjung ni

ikan sungai liar berusaha mencari makan sendiri, ia kurang lemak dan rasanya lebih manis berbanding ikan yang dibela dalam sangkar

lagipun bukan senang nak dapat stok ikan sungai, lainlah macam ikan laut seperti ikan kembung tu, yang tu senang nak cari, berlambak

anyway kalau korang nak cuba makan di restoran ni, alamatnya di No. 9, Jalan 2/4 C Desa Melawati

BON APETIT!

Read Full Post »

minggu ni memang hari sibuk sedunia aku kerana terpaksa menghadiri pelbagai function dan keraian

jika semalam di Carcosa, hari ni aku di Hotel Concorde kerana menghadiri majlis pelancaran akhbar Mingguan Mstar oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

majlis ini memang luar biasa meriahnya kerana dihadiri beratus tetamu ‘rich n famous’ dan selebriti terkenal tanah air

naik segan pun ada  tetapi bila dah diundang tu, kenalah tunjuk muka…lagipun memandangkan aku juga salah seorang penulis tamu @ kolumnis di Mstar, so tak pergi pun tak kena juga

bagi yang belum tahu, mulai minggu depan setiap hari Ahad, akhbar Inggeris The Star (Sunday Star) akan diselitkan akhbar Mingguan Mstar secara percuma

pendek kata, pembaca The Star bukan saja boleh membaca bahasa Inggeris malah boleh juga membaca akhbar Melayu yang turut diselitkan bersama tanpa perlu membayar harga tambahan 

permulaan ia akan diberikan kepada pembaca di Lembah Klang

namun akhbar online www.mstar.com.my tetap boleh dibaca di mana-mana saja

majlis tadi juga seolah-olah majlis reunion kerana ramai rakan-rakan aku dari pelbagai organisasi media hadir, terutama rakan sejawat di Utusan Malaysia dulu

malah beberapa orang kuat Mstar juga adalah bekas wartawan Utusan Malaysia seperti Pengarang Bersekutunya, Rozaid Rahman (bekas Ketua Wartawan Utusan),  Pengarang Berita, Hairul Azim Mahmud (bekas Ketua Biro Kosmo! Selangor) dan Timbalan Pengarang, Faridah Hitam (bekas Pengarang Mingguan Malaysia)

ini menunjukkan rezeki Allah ada di mana-mana, yang penting sentiasa kena berusaha dan sanggup menanggung risiko walau apapun pandangan orang sekeliling

aku juga gembira kerana beberapa staf aku sewaktu di Sinar Harian juga kini bertugas di Mstar

dan yang paling best, dah tentu bila aku bertemu sifu aku dalam bidang kewartawanan, Pyanhabib

aku dan Pyanhabib walaupun bukan staf Mstar, namun kami berdua mendapat penghormatan untuk menyumbang artikel dalam akhbar ini

anyway, aku berharap penerbitan akhbar The Star berbahasa Melayu ini dilihat dengan lebih positif iaitu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pembaca di negara ini, semoga ia akan memberi saingan yang sihat kepada industri media tanah air

selamat berjaya!

Ketua Pengarang The Star, Datuk Wong Chun Wai

Pengarang Berita Mstar, Hairul Azim Mahmud

ex-Utusan..Faridah Hitam, Azam Shairi (Astro Awani) Hairul Azim dan aku

sifu, Pyanhabib

Zed Zaidi dan Farhin Ahmad (Linda Onn lari lak time ni)

hah ada pun kau Linda!

tolong jangan gossipkan gua ngan Dania Danielle (walaupun dia ex tunang aku hahahaha, naper, tak caya? hahaha)

ni lah anak-anak didik aku masa kat Sinar Harian dulu, dua-dua solo lagi..nak borang? jumpa gua dulu hahah

Read Full Post »

Pauline (FM), Zainal Alam serta Teong Hin di majlis pelancaran

semalam aku dijemput oleh pihak ASTRO untuk menghadiri majlis pelancaran serta sidang akhbar mengenai drama serta dokumentari penjenayah terkenal Botak Chin di Carcosa Seri Negara

mulai 3 Mac ini, satu drama bersiri arahan Saw Teong Hin (pengarah filem Puteri Gunung Ledang) berjudul Tangkal Besi akan ditayangkan di saluran Astro Citra (channel 131) diikuti dokumentari Sepandai-Pandai Tupai Melompat di Astro Prima (channel 104)

terus-terang aku katakan, inilah peluang kepada kita semua rakyat Malaysia untuk mengetahui maklumat sebenar mengenai Botak Chin yang sebelum ini digembar-gemburkan sebagai ‘Robin Hood Malaysia’ suatu ketika dulu

dalam drama tersebut, pelakon terkenal, Aaron Aziz akan memegang watak pegawai polis manakala pendatang baru yang juga anak Menteri Besar Perlis, Munif Datuk Mohd. Isa akan memegang watak Botak Chin

cuma dalam versi drama, nama Botak Chin ditukar kepada Huat

aku dan Aaron

aku dan Munif Datuk Isa

menariknya, Munif sendiri sangat fasih dalam bahasa Mandarin dan Hokkien

manakala dalam segmen dokumentari pula, korang dapat menyaksikan bagaimana wadar yang pernah ditikam oleh Botak Chin, Tuan Turrady serta pakar psikologi yang ditugaskan untuk memeriksa penjenayah berkenaan, Tan Sri Mahadevan, berkongsi pengalaman mereka mengenai Botak Chin

Turrady, Mahadevan dan aku

turut ditemuramah adalah pegawai kanan polis yang terlibat menangkap Botak Chin seperti Insp. Gilbert Ang, Insp. Kenny Woodworth dan Insp. Bhawandi Hiralal

aku sendiri turut ditemuramah dalam dokumentari itu, ini kerana aku pernah menemubual pegawai polis, mendiang S. Kulasingam yang dulunya cedera parah setelah ditembak Botak Chin dalam satu insiden balas dendam

dalam sidang akhbar tersebut, Turrady serta Mahadevan turut hadir memeriahkan majlis

gimik pergelutan Botak Chin dengan pasukan polis juga ditontonkan pada majlis itu

bagi aku inilah peluang terbaik untuk kita semua melihat satu drama bersiri serta dokumentari terbaik yang aku rasa pernah diterbitkan di Astro

dari kiri Pengurus Astro Prima (Nizam), Pengarah Astro (Zainir Aminullah) Maha, Turrady dan Pengurus Astro Citra

syabas Redcom (penerbit drama), FM Prod (dokumentari) serta semua yang terlibat!

Read Full Post »

sidang akhbar teater muzikal Jejak Pahlawan. Heronya Khir Rahman (berdiri kanan sekali)

sebenarnya tak ramai yang tahu aku ni dulu adalah bekas pelakon teater….walaupun tak sehebat Eman Manan, tapi kalau setakat watak gangster Kampung Dusun tu aku rasa celah gigi je aku bawa hahahahaha

masa tu aku student lagi kat satu IPT ni, kebetulan masa tu cuti semester, apalagi panjang langkah le kata orang

dipendekkan cerita sewaktu Sukan Komanwel 98 berlangsung di Kuala Lumpur, penggiat teater terkenal, Khalid Salleh atau Wak Khalid diberi peluang untuk mengarahkan sebuah teater muzikal berjudul Jejak Pahlawan selama seminggu di MATIC Jalan Ampang (sebelah Disko Zouk sekarang ni). Masa tu manalah ada lagi Istana Budaya

kau tahu je lah Wak Khalid ni, cerewet betul kalau nak ambil pelakon…walaupun aku pelakon teater, itu bukan bermakna aku terpilih secara automatik berlakon dengan dia

barisan pelakon Jejak Pahlawan (yang aku rogol tu heroinnya, barisan depan, dua dari kanan)

untuk pengetahuan korang, cara dia audition kami yang pernah berlakon teater ni lagi teruk daripada mereka yang tak pernah berlakon

aku sendiri tak sangka dalam beratus-ratus pelakon yang menghadiri ujibakat, aku boleh terpilih, ingatke dah kena reject

dalam teater Jejak Pahlawan tu, Wak Khalid telah memberikan watak orang kampung bernama Jamak kepada aku

Jamak merupakan seorang samseng yang suka merogol anak dara orang,  hah masak!

dalam pada masa yang sama, aku juga mengenali seorang gadis bernama B  yang juga turut menyimpan minat  yang sama dalam dunia teater

aku mengenali B melalui seorang kawan, cantik sheikhhhhhhhh awek ni!!!!

so dipendekkan cerita kami pun berkawanlah, adakalanya lepas habis latihan, kami keluar makan roti canai (masa tu roti canai je lah yang aku mampu, nama pun student kan)

kemudian awek ni kata dia teringin nak tengok lakonan aku dalam teater tu, aku dah gelabah

bukan apa, confirm aku kekok kalau dia ada…maklumlah baru dalam proses nak kenal hati budi kata orang kah kah kah

lagi dua hari show nak habis (teater ni berlangsung selama seminggu), B kata dia dah beli tiket kerana nak bawa mak dan bapanya sekali tengok teater tu

inilah barisan pelakon watak antagonis atau watak jahat hehehe

tiba-tiba aku jadi bersemangat, dalam hati berkata, ni lah masanya aku nak tunjuk kat ‘bakal mertua’ yang ‘bakal menantu’ diaorang ni mempunyai bakat besar chewah!

so malam tu aku nekad nak all out dalam show tu, awal-awal lagi aku dah bagitahu kat heroin teater tu yang aku nak buat the best malam ni

” Ain, malam ni aku nak rogol kau betul-betul tau, kau jangan marah pulak kalau aku rentap baju kau kuat-kuat, awek aku adalah, kena tunjuk hebat sikit heheheh,” kata aku kat Ain agar dia ‘standby’

” Amboi kau, bila awek kau datang je kau nak buat all out, suka hatilah, jangan kau rogol aku betul-betul dah, mati aku!,” kata Ain

so dipendekkan cerita show pun bermulalah, sambil berlakon kat atas stage, mata aku liar je cari B dan mak bapaknya

seperti yang dirancang, tibalah adegan rogol yang diperkatakan tu

apalagi, aku pun all outlah dalam adegan tu, aku maki hamun Ain, aku sepak terajang dia then aku tarik baju dia kuat-kuat, pendek kata kalau ada pertandingan, confirm aku dapat hadiah Pelakon Terbaik malam tu

bila habis show, Wak Khalid pun datang slow-slow kat aku,

“Wah bukan main kau malam ni, macam ni lah yang aku nak,” kata Wak Khalid. Aku hanya senyum je.

Tapi yang aku pelik, bila abis show, puas aku cari B ngan mak bapa dia, manalak diaorang ni?

Korang nak tahu apa jadi? Esok tu aku dapat SMS, bunyinya lebih kurang macam ni;

BANG, MEMANG B TAHU SEMALAM TU CUMA LAKONAN, TAPI MAK NGAN ABAH MINTA KITA CLASH SEBAB DIAORANG TAKUT TENGOK CARA ABANG ROGOL BUDAK TU MALAM TADI, DIAORANG KATA TAK MUSTAHIL ANAK DIAORANG PUN NANTI KENA MACAM TU

la pulak dah! aku ni punyalah sungguh-sunguh dengan harapan dapat impress mak bapa dia last-last aku lak yang kena reject, adooooyyyyyyyyyy

dan untuk pengetahuan korang , itulah aku terakhir aku terima SMS dari B, dengar kata dia dah pun migrate ke Kanada, entah apa yg dia buat kat sana pun aku tak tahu

bila ingat balik memang kelakar siot, agaknya malam tu kalau aku berlakon watak budak baik macam Aidil dalam drama Nur Kasih tu, confirm aku dah jadi menantu depa agaknya

alahai dunia, dunia…..

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,206 other followers

%d bloggers like this: