Kereta rosak? Call AAM!

Korang pernah dengar tak Automobile Association of Malaysia (AAM)? Bagi yang tak pernah dengar, AAM ni basically adalah syarikat yang memberikan perkhidmatan bantuan kerosakan kenderaan.

Ada orang tanya, perlu ke jadi ahli AAM? Buat rugi je bayar kalau kereta tak rosak. Jawapan aku memang ler rugi kalau korang bayar tapi kereta korang tak rosak, masalahnya korang boleh tahu ke BILA dan WAKTU kereta korang akan rosak?

Contoh lebih mudah lagi macam nilah, memang buat rugi je beli insurans kesihatan kalau korang tak masuk hospital, tapi korang tahu ke bila korang akan sakit?

Jangan terhantuk baru tergadah, jangan bila dah rosak baru kelam kabut nak call sana, nak call sini.

Bagi aku, memang bagus masuk AAM ni terutama bagi kaum wanita, maklumlah, kekadang nak tukar tayar masa pancit pun kita tak reti, kekadang tu masa tengah mencangkung nak ganti tayar, nampak abis g-string akak-akak kita ni, so kalau masuk AAM, takyah susah-susah, semuanya akan dihandle oleh abang-abang mekanik kita dengan percuma, just call saja!

Lagi satu andai kata kereta kita rosak kat tempat sunyi ke, tepi kubur ke, tengah ladang kelapa sawit ke, kekadang kawan-kawan nak datang tolong pun fikir dua tiga kali, hah, masa ni lah baru kita tahu betapa untungnya masuk AAM, andai kata area tu takde mekanik AAM, AAM akan pastikan mekanik dari panel workshop mereka akan datang untuk tolong korang

lagi satu katakanlah kereta korang rosak teruk dan perlu ditarik ke bengkel, seribu kali setahun nak tarik masuk bengkel pun korang tak perlu bayar towing charges, semua free of charge

ada tanya aku, kena bayar ke kalau mekanik AAM datang? Jawapannya tak payah.

Selagi dia boleh repair kat situ, dia akan repair sampai siap tapi kalau rosak teruk dan perlu penukaran spare part, hah time tu korang kena lah bayar kan, melampaulah kalau spare part pun nak free!

AAM sebenarnya ada 2 jenis membership iaitu Basic dan Ordinary

Basic merupakan jenis keahlian berasaskan kereta, bermaksud, jika kereta yg didaftarkan tu rosak, sesiapa sahaja yang memandu kenderaan tersebut pada masa itu boleh memanggil AAM untuk bantuan.

manakala Ordinary plak adalah keahlian yg berasaskan pemandu, bermaksud, jika berlaku kerosakan , maka pemandu yang berdaftar dengan AAM sahaja yang berhak untuk mendapatkan bantuan dan pemandu tersebut kena berada di lokasi kerosakan utk membership verification.

berapa bayaran? Cuma RM75 setahun jeeeeeeeee!

steadylah bro!

aku tulis pasal AAM ni sebab malam minggu lalu kereta aku tetiba boleh rosak dekat basement parking The Curve, Damansara

nasib baiklah AAM ada, tak sampai setengah jam mekanik dia pun sampai dan selesaikan masalah itu dalam tempoh 15 minit je, kalau takde AAM, matilah aku, tengah malam pulak tu…so kalau berminat korang boleh call 1800-88-0808, then tanyalah macam mana nak join

bukan apa, kalau korang nak aku tolong bila kereta korang rosak pun aku boleh tolong, tetapi setakat TOLONG TENGOK jelahkan, manalah aku expert bab2 kereta ni, setakat isi angin tayar ngan isi minyak bolehlerrrrr….chow!

SAK: Pernah dua tahun kerja AAM

About these ads

8 Comments

Filed under Uncategorized

8 Responses to Kereta rosak? Call AAM!

  1. mangchik

    Cite pasal kete rosak kat kubor nih, masa tahun 1994, mak andeh den kojo kek segamat. Almaklum den kojo kl, jadi hujung minggu eden pon balik ker antar ‘ration’ akaakakaka. Selalunyer pagi isnin pon bertulak la ke KL balik. Nak jadi cite, dalam jam 3:30 pagi kete den tetiba pancit kat jerat cina di Jementah btoi btoi depan umah terkenal ngan ‘antu’ nyer, ujan renyai renyai lak tu, masa tu la plak ayam kokok , anjing lak galak dok nyalak.. Dari ‘bertembong’ ngan ‘kengkwn’ yg tak diundang, eden dgn selamba teruskan perjalanan sampai la jerat tersebut agak ‘sayup ‘ dari pandangan mata akakakakakakakkaka supaya anda suma tidak di ‘selubungi alam misteri’ akakaakaak agak agak AAM dtg ke klu tepon?

  2. sham Trg

    N3 ari nih memang bemaklumat dan memberi panduan terutamanya kepada mereka yang alahan dan dok tahu pender langsung tentang masalah kereta

  3. azman

    bro, tak payah join AAM. Banyak syarikat insuran yang beri khidmat percuma spt AAM.

  4. amboi abg ayen… promote sakan utk AAM nmpk..
    adios..

  5. SS

    pernah sayang orang yg keje kt AAM…………………….

  6. Md Hanafi Ab kadir

    entry psl AAM bagus…apa yg di tulis blogger kita betul..benda ni mcm insurans..klu kta tau bla nk masuk hospital senang lerr..begitu gak dgn AAM..tidak semua org tau nak baiki kete..mlm2 lak tu..yuran tahunan bukannya mahal punnn…

  7. YuYuYuYu

    BRAP KOS NK BYAR EK KLU KETA ROSAK BONET BLKNG???/LNGGAR TIANG LH..

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s