Jalan-Jalan Afrika Selatan: Part 2

perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Joburg ke Pretoria memakan masa hampir sejam

walaupun masih penat akibat perjalanan udara hampir 13 jam, aku tak mahu melepaskan peluang melihat pemandangan di kiri dan kananku, aku tenyeh-tenyeh mata aku supaya tidak terlelap, rugi sehhhh kalau miss, bukan senang nak datang sini

terus terang aku macam jakun jadinya, lanskap bumi Afrika Selatan ini seakan-akan kuning jadinya, keadaan sekitar cukup menguning seolah-olah korang memakai kaca mata yang cerminnya kuning, aku pun tak tahu nak describe macam mana, ia seperti gambar di atas

lebih kurang sejam perjalanan, kenderaan yang aku naiki pun memasuki bandar Pretoria

untuk pengetahuan korang, walaupun Johannesburg lebih besar dan banyak bangunan tinggi, tetapi Pretoria lah ibu negara bagi Afrika Selatan

ia ibarat Putrajaya, maknanya semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Presidennya terletak di sini

Pretoria merupakan ekonomi ketiga terbesar di Afrika Selatan selepas Cape Town dan Johannesburg

oleh sebab Pretoria merupakan ibu negara Afrika Selatan, sebahagian besar rakyat di sini bekerja dalam bidang pentadbiran dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan kerajaan, dalam erti kata lain, penuh ngan orang gomen je yeop

bandar raya ini juga terkenal sebagai pusat regim aparteid, oh ye, pada yang tak tahu apa itu aparteid, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih

pegawai kedutaan tu explain kat aku, dalam dasar aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan, macam pariah senang citer

kata brader tu, dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991

kemudian driver kami yang juga orang kulit hitam tetapi Muslim menyampuk, katanya, di bawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja

kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah “negara” yang dipanggil bantustan atau “homelands”, supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain

driver tu mendakwa, masa tu, semua penduduk kulit hitam juga diwajibkan membawa “pass book” sejenis kad pengenalan yang mengandungi cap jari, foto dan maklumat lain untuk memasuki kawasan kulit putih, dahsyatkan?

lepas pusing ambil-ambil gambor, kami pun meneruskan perjalanan ke rumah pegawai kedutaan kita tu

sebelum sampai, kami singgah sekejap di pejabat Pesuruhjaya Tinggi  Malaysia yang terletak di Schoeman Street, Arcadia

aku sebenarnya waktu tu dah menggigil-gigil dah tak tahan sejuk kerana hanya pakai -t-shirt nipis sampai seorang kerani kita kat kedutaan tu siap sound: ” Hah ni mesti ingat South Africa panas ye, kat sini sejuk dik, yang panas tu belah-belah utara Afrika macam kat Ethiopia tu “.  Aku senyum sumbing je la kan.

yang peliknya bila sampai saja kat rumah pegawai kita tu, tiba-tiba keadaan bertukar menjadi suam dan tidak sesejuk macam kat luar

” Wah, nasib baik rumah abang panas sikit, kalau tak confirm saya beku,” kata aku

 (inilah heaternya)

” Memanglah, dalam rumah kita pakai heater, so taklah sejuk,” kata pegawai tu. Adoooyyyyyyyyyy malunya aku, manalah aku tahu pasal heater ni, kat Malaysia kita tahu aircond je, benda alah heater manalah kita pernah tengok kan!

lepas dihidangkan dengan cucur udang, abang tu pun minta aku bersihkan diri untuk pergi solat Jumaat

rupa-rupanya memang aku bawa jaket pun, cuma aku yang tak perasan sebab mak aku yang lipat semua baju aku dalam beg, lahhhhhhhhhh

nak cari masjid kat Pretoria ni tak susah rupanya, ramai orang Islam kat sini

tapi ada satu insiden yang betul-betul mencuit hati aku masa solat kat sini

ceritanya begini, lepas selesai saja solat, tiba-tiba ada seorang remaja lelaki menegur aku dalam bahasa Melayu

” Abang, abang ni dari Malaysia ke? Saya orang Malaysia gak, sekarang saya sedang belajar agama kat sebuah madrasah di sini,” katanya sebelum bersalam dengan aku

” Oh ye ke? Tapi abang nak tanya adik la, macam mana adik tahu abang ni orang Malaysia, bukankah kat sini banyak orang yang mukanya macam Melayu tapi macam mana adik adik boleh cam?,” kata aku yang sedikit kehairanan

” Hehehe, saya nampak abang pakai jaket BELL, actually Mat Rempit kat Malaysia je pakai jaket ni, saya pun Mat Rempit gak dulu, sekarang je dah insaf sikit hehehehe,” katanya sambil tersengih

Laaaaaaaaaa, itu macam ka?

(bersambung)

About these ads

14 Comments

Filed under Uncategorized

14 Responses to Jalan-Jalan Afrika Selatan: Part 2

  1. zakzak

    menarik.

    ada gak ye madrasah yang orang malaysia pi sana tuk belajar bab2 agama?
    ingatkan di pakistan, india, n negara2 arab jek.

    btw, tuan rumah ni dulu Mat Rempit gak ke?hehehe

  2. dania arissya putri

    salam,

    asyik sambung je bila nak habis, ni dah macam sinetron ni, berseri-seri je muka tu, ala-ala muka aaron aziz gitu loh :-) . jauh perjalanan luas pandangan kan.. ermmm… bila nak dtg ke negera jiran yg kecik molek ni??? xoxoxo….

  3. zakzak, ramai budak kita belajar agama kat sana bro, nanti aku citer

  4. aaron aziz? melampau la pulak, aziz sattar ok la hahahah, insyaallah, boleh dtg sana, nak sponsor ke kak long heheheh

  5. kihkihkih..ada jg yg cam jaket tu..encik syaril mat rempit jg ke?

  6. agak2 sampai part berape ni? kalau 15 part dah boleh conver jadi buku travel yg menarik!

  7. bro, lu macam tak suka je story gua ni, huk huk huk

  8. saya bukan Mat Rempit kak long, tapi Mat Rempah – sebab suka kari ayam hehehehe

  9. sham Trg

    wokeh….citer semakin menarik,tengah tunggu kot2 ada adegan berambat dengan rimau,singa kat sana tuh,soheh ngam

  10. kiranya mak Shahril tau la anaknya kaki rempit kot, tu yg bekalkan jeket tu….hihi…rugged la mak lu!!

  11. faerrin

    BEST dan menarik….BILE NAK SAMBUNG LAGI NI TUAN?

    otak dah lapar dengan cerita2 afrika selatan nih!

  12. kalau tak suka tak baca la… teruskan. hali2 musti mau baca lo…

  13. jamalludin helmi

    saya akan ke Johanersburg bulan depan, mohon nasihat dan bantuan tuan tentang bberapa infor, email saya no hp tuan, nanti saya call jamhelmi@tganu.uitm.edu.my Jamalludin (0199723899)

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s