Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2010

baru-baru ini ketika aku sedang khusyuk memandu sambil mendengar radio Suria FM (chewah, layan suara merdu DJ Linn), tiba-tiba takde angin takde ribut satu hentaman kuat kedengaran dari arah belakang

GEDEBUMMMM!!!!

bila aku tengok ikut cermin pandang belakang, aku nampak sebuah kereta Proton Wira yang bonetnya dah macam ‘bukit’, kemek gila

sah, kereta aku dah kena langgar dari belakang, pergh!

aku punyalah hangin satu badan, aku ni punyalah berhati-hati bawa kereta, ada pula kutu yang drive macam lahanat

kemudian sepantas kilat aku mengeluarkan tangan aku dari dalam kereta dan membuat isyarat supaya dia segera ketepi

bukan apa, takut dia blah macam tu je

kemudian aku terus keluar dari dalam kereta kereta dan menuju ke arah keretanya

sambil tu aku sempat gak menjeling ke arah boot kereta aku tu, aku bajet teruklah sebab memang hentaman tu sangat kuat hingga dada aku tertekan pada stering

Alhamdulilah, ia agak minimal, tapi kemek jugalah sikit sampai boot aku nak tutup pun tak boleh

yang kelakarnya belum sempat aku nak sampai ke keretanya, budak lelaki Cina yang bawa Proton Wira tu boleh kelam-kabut keluar dari kereta sambil membuat isyarat tangan seolah-olah macam nak sembah (macam sembah tokong)

” Kawan, tolong kawan, jangan pukul saya, saya tau saya silap. Saya tengah balas SMS tapi tak sedar kereta you kat depan. Tolong, jangan pukul saya,” katanya menggigil. Dalam kelakar tu, perasaan kesian pun ada gak

memang lah aku rasa nak marah tapi takdelah sampai nak belasah mamat tu, walaupun aku nampak macam gangster Kampung Dusun, tapi dalam hati ada taman tau!

lagipun negara kita ada undang-undang, gila apa nak sesuka hati pukul orang, tak pernah aku buat kerja tu

instead of maki hamun, aku ambil jalan lembut…aku terus salam dengan dia sambil memperkenalkan nama aku

aku cuma cakap aku tak minta apa-apa, since dia yang langgar kereta aku, so aku just nak dia repair balik. Itu saja.

aku tengok mamat tu punyalah lega bila aku cakap macam tu

kalau tadi muka dia pucat macam tak cukup darah, kali ni aku tengok dia dah kembali tersenyum

” Kawan, saya ingat u memang betul-betul mau hentam saya tadi, banyak terima kasih,” katanya

” Ini macamlah kawan, accident ni normal lah, siapa yang mahu accident, tapi sebab terjadi juga so kita kena rileks, jangan panik, next time jangan balas SMS lagi masa drive,” kata aku. Actually aku pun selalu gak balas SMS masa tengah drive, fuh, memang pengajaran betul la

yang best tu mamat tu bila jadi kamceng lak ngan aku lepas kejadian tersebut

at least sehari sekali dia akan SMS tanya khabar, tapi yang aku tak tahan, setiap kali itu jugalah, kat hujung ayat SMS tu, dia mesti akan taip…” Kawan terima kasih sebab tak pukul saya,” .

Adoyyyyyyyyyyyyyyyy, nak je aku jerit, dah le tu!!!!!!!!!

Read Full Post »

aku cukup tersentak apabila melihat muka depan Utusan Malaysia hari ini…gambar warga tua dan insan malang yang terpaksa dikeluarkan daripada sebuah rumah kebajikan kerana pemilik asal rumah berkenaan berjaya dalama permohonannya di mahkamah untuk berbuat demikian

semuanya gara-gara kegagalan pentadbir rumah kebajikan itu untuk mengumpul dana bagi membeli rumah berkenaan yang hendak dijual oleh pemiliknya

yang menjadi mangsa adalah penghuni…aku tidak begitu kisah mengenai itu kerana aku tahu, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil mereka untuk diberi penempatan baru cuma aku terkilan kerana tidak ada mana-mana syarikat korporat mahu pun individu yang berkemampuan untuk menolong pentadbir rumah berkenaan untuk mengumpul dana yang diperlukan

sejak ditubuhkan kira-kira 12 tahun lalu, Rumah Titian Kasih yang mempunyai dua premis, kini dihuni kira-kira 120 penghuni dari bayi berusia dua bulan hingga warga emas berusia 82 tahun

 bukan pihak pentadbir tidak berusaha untuk membeli rumah itu yang ditawarkan oleh pemiliknya pada harga RM2.7 juta tetapi sehingga hari ini, dana yang dikumpulkan masih belum mencukupi

mereka telah berusaha mempertahankan kediaman itu sejak tahun lalu termasuklah melancarkan tabung wakaf Rumah Titian Kasih, selain membuat kraf tangan dan kuih-muih untuk dijual

Dalam tempoh itu juga, mereka cuba mendapatkan pinjaman daripada beberapa buah bank tetapi semuanya ditolak

kekadang aku terfikir, setengah pihak sanggup menaja sampai berjuta ringgit hanya untuk bawa artis luar MELALAK kat negara kita, tetapi mengapa tidak untuk tujuan murni ini

aku juga selalu tengok ada insan yang sanggup menghabiskan sehingga RM500 untuk sebatang curut, tidak kah mereka sanggup untuk membantu rumah berkenaan?

citer banyak pun tak guna, semua penghuni Rumah Titian Kasih sudah pun dihalau, noktah.

Read Full Post »

kawasan perumahan aku ni boleh dikatakan agak tenang, tanpa ada kes jenayah yang besar-besar, paling kuat pun setakat selipar kena kebas ngan mat gian adaler

lagi pun areanya bukanlah besar mana pun…kondusif lah kalau nak privacy, chewah!

jiran-jiran pun keluar pagi, balik malam

kekadang korang lebih kenal kereta jiran korang daripada pemiliknya sendiri

tapi lately ni berlaku benda pelik-pelik kat kawasan rumah aku

bulan lepas, kalau korang ingat, kereta Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor dicuri orang, rupa-rupanya pencuri tu letak kereta tersebut kat kawasan rumah aku ni, aku yang masa tu nak pergi kerja terkejut beruk bila punyalah ramai polis yang datang

pagi tadi lagi best, masa nak keluar rumah tetiba aku nampak banyak kereta peronda kat sini, aku ingat ke ada kes jenayah

rupa-rupanya orang ramai jumpa dua mayat reput kat sini, betul-betul tepi landasan komuter, laaaaaaaaaaaa 

ni mesti kes kena gilis, nampaknya kawasan rumah aku ni dah makin glamour, tapi sebab kes pelik-pelik, scarry siot

entahlah apa lagi lepas ni…

Read Full Post »

sebagai manusia, kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan

kesalahan itu pula ada dua, satu yang disengajakan, dan satu lagi yang tidak disengajakan

entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku sepanjang bertugas sebagai wartawan jenayah

walaupun penulisan berita jenayah secara dasarnya tidak banyak beza dengan penulisan berita ekonomi, politik dan lain-lain lagi, namun masih ada perkara-perkara yang perlu diberi penekanan serius bila menulis mengenai berita-berita sebegini

yang paling penting fakta, bukan aku kata berita lain tidak mementingkan fakta, tetapi dalam berita jenayah, wartawannya perlu memastikan fakta mereka betul-betul tepat, kalau boleh 200 peratus tepat tanpa ada unsur sensasi yang berlebihan atau penambahan fakta yang tidak relevan

ini kerana, setiap kes jenayah, terutama jika melibatkan penangkapan suspek, pasti akan melalui proses perundangan, dalam hal ini pasti akan melibatkan perbicaraan di mahkamah

masalah akan timbul bila fakta kes di mahkamah berbeza dengan apa yang dilaporkan dalam media massa

walaupun hakim membuat keputusan berdasarkan bukti serta keterangan di mahkamah dan bukan berdasarkan laporan akhbar, adakalanya wartawan tetap dipanggil sebagai saksi terutama apabila pihak pendakwaraya atau peguambela merasakan mereka perlu berbuat demikian  untuk menguatkan hujah masing-masing

sebab itu sejak hari pertama aku melaporkan diri sebagai wartawan, aku sentiasa mengingatkan diri aku supaya jangan tersalah lapor atau ‘terlebih goreng’, bukan apa, silap haribulan, aku kena tanggung akibatnya

namun seperti yang aku kata tadi, dah nama pun manusia, kekadang dalam kita dok berhati-hati tu pun, adakalanya ada juga insiden di mana aku tersalah lapor

aku ingat lagi waktu awal-awal aku jadi wartawan, ketika itu ada satu kebakaran besar di Kampung Baru, kebetulan pula ia berlaku di malam Hari Raya Haji sewaktu orang sedang bersiap-siap nak beraya

aku dan jurugambar berkejar ke tempat kejadian sebaik saja mendengar berita tersebut, lagi pun waktu tu baru lapor diri, jadi semangat keterujaan tu lain macam lah sikit hehehe

bila balik ke pejabat, aku pun terus menaip berita berkenaan dengan penuh semangat, lebih semangat lagi bila bos bagitahu yang kejadian itu akan dimuatkan di frontpage @ muka hadapan akhbar, yes!

esok tu dengan riaknya aku pun masuk awal ke pejabat, maklumlah baru kerja saja dah dapat frontpage, mestilah bangga

memang betul pun, bila sampai saja kengkawan pun dok memuji le…siap ada yang bagi tahniah lagi

rupanya tak bertahan lama pun, setengah jam kemudian bos besar pun panggil

” Awak tahu tak berita yang awak tulis semalam buat saya pening kepala, dah berpuluh orang call saya, awak tahu tak rumah yang terbakar tu terletak di Jalan Raja Muda Musa, yang awak tulis di Jalan Raja Alang tu kenapa??????,” jerit bos aku, adoyyyyyyyyyyyy

petang tu juga aku kena buat berita pembetulan…dalam akhbar dipanggil RALAT

esok tu apalagi, setengah bakul la aku kena kutuk dan disindir kengkawan

sejak pada tu aku cukup berhati-hati, dalam pada tu pun, masih ada juga kesalahan yang aku buat

cuma nasib baik hanya setakat ejaan di sini sana, takdelah sampai melibatkan fakta

ada juga keadaan di mana aku dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan dan sebagainya

tetapi kalau kita rasa kita di pihak yang benar, InsyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan

apapun, siapa cakap menulis itu senang?

Read Full Post »

semalam ketika aku memandu kereta menelusuri Jalan Sungai Besi, aku terpandang Pangkalan Udara TUDM yang sinonim dengan jalan tersebut

dulu masa aku kecil, sebaik saja tiba di kawasan itu, arwah abah cepat-cepat akan menyuruh kami adik beradik melihat deretan helikopter Nuri dan pesawat pengangkut seperti Caribou yang parkir di dalam lapangan tersebut dan pastinya aku cukup teruja bila dapat lihat aset-aset milik TUDM berkenaan

tetapi tak lama lagi, kawasan berkenaan juga akan menjadi ‘mangsa’ seperti mana Penjara Pudu…semuanya atas nama pembangunan sedangkan bagi aku pangkalan udara itu masih strategik dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi

selepas ini apa lagi? menurut ‘sumber’ yang aku peroleh, tempat bersejarah yang akan terkubur selepas ini adalah Stadium Negara, Stadium Merdeka dan Istana Negara

memang logik, kerana tanah di ketiga-tiga tempat itu sudah semestinya mempunyai nilai atau harga yang cukup-cukup tinggi

apatah lagi ia terletak di pusat bandar Kuala Lumpur

sekarang pun kalau kita tengok, Stadium Negara dan Stadium Merdeka macam hidup segan mati tak mahu

tiada lagi aktiviti dijalankan di kedua-dua buah stadium tersebut, palangnya mula berkarat dan kerusi-kerusinya mula tercabut

kalau lalu malam-malam, sunyi je, macam lalu kat kawasan perkuburan

Istana Negara yang baru pula akan siap tak lama lagi, sudah semestinya ada saja pihak yang akan datang dengan berbagai ‘proposal’ untuk ‘menelan’ istana yang sedia ada

terus terang aku cukup sedih dengan apa yang berlaku, aku bukan tolak pembangunan, tetapi janganlah sampai kita menafikan nilai sejarah dan warisan tempat-tempat tersebut

lagi menyakitkan hati, ada seorang Timbalan Menteri di Parlimen kelmarin, dengan bangganya memberitahu Penjara Pudu yang dirobohkan itu ‘tiada nilai warisan’, amboi hinanya….

terkilan aku…aku cukup terkilan….

Read Full Post »

cinta pertama…

semalam seorang sahabat bercerita mengenai cinta pertama, betapa indahnya cinta pertama, betapa agungnya cinta pertama, betapa cinta pertama tak mungkin kita lupa walau berkurun lamanya

lalu aku bertanya pada dia…apa itu cinta pertama? adakah cinta pertama itu saat pertama kita jatuh cinta, atau adakah cinta pertama itu saat di mana pertama kali cinta kita berbalas atau bagaimana?

bagi aku definisi cinta pertama ini perlu jelas…ambil contoh akulah senang citer

masa sekolah dulu aku pernah jatuh cinta, tetapi cinta aku tak berbalas, syok sendiri

then masa kat kolej aku jatuh cinta dengan seorang gadis, masa tu cinta aku berbalas

so cinta pertama aku ni sebenarnya yang mana satu…masa di sekolah atau masa di kolej?

tetapi di akhir perbualan, kami berdua dapat satu kesimpulan, cinta itu sememangnya indah, apatah lagi bila dua jiwa saling menyinta, saling percaya, saling mendamba

namun cinta itu akhirnya jadi rosak bila ada elemen merajuk berlebihan, kehadiran orang ketiga, cemburu buta dan berburuk sangka

dan cinta itu menjadi semakin celaru bila masing-masing ada ‘spare tyre’, maksudnya masing-masing ada pasang kekasih simpanan, kononnya kalau si A buat hal, sekurang-kurangnya masih ada si B untuk dijadikan sandaran!

lepas pulang ke rumah, aku tetiba terbayang kisah cinta pertama yang kami bualkan tadi

dan sehingga aku menulis entry ini, aku masih tertanya-tanya, mengapa selalunya cinta pertama, walau apa definisinya, jarang berakhir dengan kebahagiaan?

mungkin waktu itu kita terlalu mentah menafsir cinta, atau mungkin cinta pertama itu terlalu mulia sehinggakan tempatnya bukan di sini, tetapi ‘di sana’ 

wallahualam.

Read Full Post »

maaf ye hari ini aku super duper active sikit, entah payahlak nak lena

aku nak bercakap pasal Penjara Pudu lagi…tadi aku dengar di Parlimen ada seorang YB minta kalau boleh janganlah robohkan semua penjara tu, tinggallah sikit at least pintu gerbang buat kenangan…aku sokong gak idea tu, sekurang-kurangnya adalah kenangan untuk generasi masa depan kita…takdelah tahu Penjara Pudu dari buku sejarah je…

untuk pengetahuan korang, dulu aku pernah interview seorang banduan yang menurut rekod adalah banduan paling lama kena tahan iaitu Pak Leh

Pak Leh kena tahan lebih 30 tahun di mana separuh tu di Penjara Pudu saja

menurut Pak Leh, dalam bilik tahanan di Penjara Pudu takde tandas atau jamban

setiap banduan dibekalkan tong kecil macam baldi, so kalau diaorang nak kencing atau berak, diaorang lepaskan hajat ‘di situ’ dulu

then setiap pagi, setiap banduan akan keluar dari bilik sel dan curah ‘khazanah’ masing-masing kat toilet yang disediakan (toilet tu pun takde pintu gak)…semuanya ‘open’

aku ada gak tanya pasal kes homoseksual dalam penjara…Pak Leh kata memang ada, maklumlah bertahun takdapat ‘makan’, so apa yang ada depan mata, itulah yang depa sebat, pergh!

selalunya yang jadi mangsa adalah banduan muda atau dalam penjara depa panggil ‘jambu’, tapi Pak Leh takdelah buat kerja

so menurut pak Leh, bagi nak elak kejadian itu, pihak penjara selalunya akan menempatkan banduan dalam jumlah ‘ganjil’ seperti tiga, lima atau tujuh orang satu balik, maksudnya takde chance ler nak couple-couple

itupun tak banyak membantau…then penjara start pasang lampu kecil supaya bilik tahanan takdelah gelap sangat

menurut Pak Leh, banduan kat penjara ni bijak-bijak dan kreatif, kekadang diaorang ambil selimut dan tutup lubang pintu jadi wadar takkan perasan ‘aktiviti’ kat dalam tu hehehehe

then dalam banyak-banyak bilik dalam Penjara Pudu tu, aku ditunjukkan sebuah bilik yang ada lukisan perahu dan sampan

bila aku tanya wadar, diaorang bagitahu dulu ada seorang banduan Indonesia yang ada ilmu hitam

so setiap malam, dia akan naik ‘perahu dan sampan’ yang dia lukis tu untuk balik ke kampungnya di Indonesia

bila pagi dia ‘datang’ balik ke penjara

aku nak tergelak pun ada gak dengar cerita tu, pastu aku tanya wadar;

” Pasal apa dia datang balik, kan baik dia ‘belayar’ terus?

” Apa taknya Encik, kat sana nak makan pun susah, kat sini at least 4 kali sehari, free lak tu,” kata wadar tu. Aku nak gelak setengah mati hahaha

well kalau aku masih jadi wartawan, nak aja aku interview bekas-bekas banduan yang pernah ditahan di Penjara Pudu, pasti banyak kisah-kisah menarik yang boleh dikongsi bersama

tetapi nampaknya setakat ini belum ada mana-mana akhbar yang buat liputan tentang itu

ni rindu nak jadi wartawan balik ni hehehehehe

Read Full Post »

aku cuma mendaftar sebagai pengguna laman sosial di Facebook kira-kira dua tahun lepas

tetapi aku tidaklah sampai ke peringkat ketagih seperti ada dua tiga orang rakan aku yang macam kucing nak beranak kalau sehari tak buka Facebook

pertama, aku tak jadikan Facebook sebagai tempat nak cari teman baru, kedua aku tak main games seperti poker (sampai nak menangis bila cip habis), Mafia Wars, Farmville dll

dan yang ketiga, aku tak jadikan amalan berborak atau chat di dalam Facebook sebagai amalan

tetapi aku akui, sekali aku log in dalam Facebook, aku akan cuba sebanyak mungkin untuk pergi ke page kawan-kawan aku di dalamnya

at least walaupun lama tak bertemu, aku dapatlah ‘update’ perkembangan mereka, jadi takdelah aku macam ketinggalan bas je sampai TAK TAHU yang si polan tu dah beranak, si polan tu dah kerja tempat baru dan sebagainya

tetapi sepanjang aku berFacebook ini, ada perkara yang aku suka dan sedih sebenarnya

yang membuatkan aku gembira bila aku dapat tahu kawan-kawan aku yang dah berjaya dalam karier atau kehidupan mereka

kalau dulu kat sekolah dialah yang paling bengap ya amat, sekarang ni rupa-rupanya dah pun jadi tokoh korporat berjaya

tak kurang juga kat sekolah dulu dialah awek paling ‘selebet’, sekarang ni dah macam Rozita Che Wan lagi you, mak sukerrrrr

cuma yang membuatkan aku sedih bila dalam Facebook jugalah aku dapat tahu yang rakan aku ni rupanya dah bercerai, rakan aku ni sakit dan ada rakan aku ni rupanya dah meninggal dunia

kekadang rasa biar takde Facebook pun takpe, tak sanggup rasanya bila benda-benda sampai di telinga aku

tetapi itulah yang dikatakan teknologi, tak bolehlah ketinggalan sangat kan..cuma aku masih lagi belum cuba untuk Twitter, rasanya cukuplah setakat Facebook je, yang ni pun dah buat hidup aku kekadang nak terbalik dibuatnya

entah apa pula yang akan muncul di masa akan datang, cuma kekadang aku teringin sangat nak hidup tanpa handphone, Facebook dan emel…entah apa rasanya kan

dan untuk pengetahuan korang, handphone aku pernah tertinggal dalam teksi sebelum drivernya memulangkan pada aku kira-kira 3 hari kemudian

nak tahu apa jadi bila aku on kan handphone aku tu?

ada 220 SMS dan 111 MISSED CALL, owh tidak tidak tidak…

Read Full Post »

malam tadi merupakan hari bersejarah apabila Penjara Pudu akhirnya dirobohkan setelah ‘tersergam’ sejak tahun 1895 lagi di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur

aku taknak cerita pasal sejarah Penjara Pudu ni kerana aku rasa korang boleh baca dalam internet, akhbar dan lain-lain cuma aku nak kongsi pengalaman aku pasal penjara ini

ketika aku di sekolah menengah dulu, aku ni menyertai pasukan Kadet Polis…so boleh dikatakan kami kerap ada aktiviti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang terletak betul-betul depan Penjara Pudu

so bila aku naik bas Tong Fong (sekarang dah takde dah), aku akan berhenti di satu stesen bas yang terletak di tepi Penjara Pudu

adakalanya siang, adakalanya malam

rupa-rupanya bila aku masuk membuat liputan sebagai wartawan di dalam Penjara Pudu 10 tahun kemudian, baru aku tahu yang stesen bas itu terletak betul-betul di belakang BILIK GANTUNG, pergh! (dalam bulatan merah tu blok akhir yg menempatkan bilik gantung, stesen bas tu depan menara kawalan blok berkenaan)

aku rasa kalaulah dari dulu aku tahu stesen bas tu belakang bilik gantung, mati hidup balik aku takkan tunggu bas kat situ, confirm!

masa jadi Kadet Polis dulu juga selalu ada insiden kelakar bila kami ke ibu pejabat polis tu, memandangkan dewan tempat kami berkumpul adalah di tingkat 9 (kalau tak silaplah), jadi kami boleh melihat dengan jelas aktiviti di dalam kawasan penjara berkenaan

untuk pengetahuan korang, di tengah-tengah Penjara Pudu, terdapat satu kolah besar di mana banduan-banduan akan mandi beramai-ramai

inilah kolah besar tempat banduan mandi

kolah tu takde bumbung, dalam erti kata lain, ‘open air’ ler

inilah masanya kami akan mengenakan anggota Kadet Polis wanita heheheh

selalunya dalam ramai-ramai banduan yang mandi tu, pasti ada empat lima orang selamba kodok je mandi bogel, ye lah, diaorang peduli apa , lagipun semuanya ‘satu spesis’ je 

so ada satu ketika ni, kami nampak seorang banduan tengah mandi bogel, lalu kami pun jerit kat anggota-anggota Kadet Polis wanita ni;

” Woi, korang nak tengok tak banduan kena sebat?,”

apalagi, berkerumun le anggota Kadet Polis wanita ni kat tingkap, maklumlah, bukan senang nak tengok hukuman sebat secara ‘live’

rupa-rupanya bukan hukuman sebat, tapi banduan lelaki bogel baeeeekkkknya tengah mandi, apalagi menjerit-jeritlah diaorang

” Woi suweiii 44 hari, kurang ajar, sial, baBI!,” semua perkataan keluar dari mulut diaorang hahahahah

semasa aku bertugas sebagai wartawan jugalah, aku berpeluang untuk masuk ke dalam Penjara Pudu, semua tempat aku masuk, bilik sebat, bilik pengasingan, bilik mahkamah, bilik di mana berlakunya insiden tebusan dulu, bilik akhir dan tentulah yang paling thrill adalah bilik gantunglah, yang itu pun aku sempat masuk

dalam Bilik Gantung

nanti senang-senang aku akan postkan gambar aku sewaktu masuk ke tempat-tempat yang aku maksudkan tadi

sayang, semuanya kini tinggal kenangan, anak cucu kita nanti mungkin hanya akan dengar namanya saja, bukan lagi bangunanannya…inilah harga sebuah kemajuan

selamat tinggal Penjara Pudu!

Read Full Post »

Abd. Jalil Ahmad @ abang Jay

sebelum ini aku ada menulis mengenai betapa risaunya aku mengenai keadaan suami kakakku, abang Jay yang terpaksa menjalani pembedahan pintasan jantung atau bypass surgery setelah beberapa arteri koronarinya tersumbat

abang Jay tidak pernah mengalami sebarang komplikasi penyakit sebelum ini kecuali demam dan selsema biasa, bahkan abang Jay juga tidak merokok

namun dua minggu lalu dia tiba-tiba mengalami kesakitan di bahagian dada dan sukar untuk bernafas hingga terpaksa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN)

akhirnya keputusan segera terpaksa dibuat, abang Jay akhirnya terpaksa dibedah oleh sekumpulan pakar bedah jantung yang diketuai Dr. Alwi Mohd. Yunus

pembedahan pintasan jantung dilakukan untuk pesakit-pesakit yang diserang sakit kerana urat menyalurkan darah ke jantung tersumbat

kita bolehlah samakannya seumpama usaha canggih menggantikan satu saluran paip air tersumbat dengan paip lain

apabila urat yang menyalurkan bekalan darah ke jantung (urat koronari) tersumbat akibat plak (timbunan lemak, kolesterol dan bahan lain) pengaliran darah akan tersekat

ini akan memperlahan atau menghentikan pengaliran darah melaluinya ke jantung hingga membawa kepada sakit pada dada dan serangan jantung

cara mengatasinya adalah dengan menentukan darah dapat disalurkan ke jantung bagi membolehkan pesakit hidup lebih lama.

so apa yang dilakukan oleh Dr. Alwi adalah mengeluarkan seutas urat dari peha/kaki abang Jay lalu menggunakannya sebagai saluran baru untuk memintas urat koronari yang tersumbat itu

beginilah urat kaki abang Jay diambil

dengan ini urat dari kaki/paha dijahit melintasi urat yang tersumbat itu

urat diambil daripada kaki pesakit akan bertindak seumpama sebatang jalan baru melintasi jalan yang sibuk dan sesak.

proses memotong urat dari paha abang Jay atau usaha mengeluarkan urat itu memerlukan bahagian belakang kaki dibelah agak panjang bagi mendapatkan urat berkenaan

kesan jahitan selepas urat peha itu diambil

aku difahamkan sewaktu pembedahan, jantung abang Jay itu telah diberhentikan buat sementara dengan larutan khas yang tinggi kandungan kaliumnya (potassium) dan mesin jantung – paru-paru telah mengambil alih tugas jantung dan paru-paru abang Jay

apapun Alhamdulilah abang Jay telah pun selamat dibedah dan dah pun dikeluarkan dari ICU semalam

dada abang Jay selepas pembedahan

terima kasih di atas doa pembaca blog ini semua, semoga abang Jay akan terus sihat seperti sediakala

bukan apa, lagipun aku pun dah tak larat nak ulang alik IJN ni sebenarnya hehehehehe

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 269 other followers

%d bloggers like this: