Jalan-Jalan Tanzania (Part 1): Mencari Batu Permata Tanzanite Yang Bakal Pupus…

dalam pesawat 747-400 ke Tanzania, gua sorang tu...apalagi gua buat macam naik Mara Liner ler..

baru-baru ni masa demam bolasepak Piala Dunia, aku ada menulis mengenai pengalaman aku di bumi Afrika Selatan

kali ni aku nak cerita pula pengalaman aku mengembara di bumi Tanzania bersama-sama geng Petronas Adventure Team

tapi perjalanan aku dari Afrika Selatan ke Tanzania cuma berseorangan saja kerana waktu itu geng-geng yang lain sudah tiba lebih awal di negara tersebut

so setelah tiba di ibu negara Tanzania, Dar-Es-Salam, kami berkumpul kembali di sebuah hotel sebelum berkonvoi ke Pulau Zanzibar

 setelah berehat dua tiga hari di pulau berkenaan, kami pun bertolak ke sebuah daerah yang dikenali sebagai Arusya

ini kerana 100 kilometer dari Arusya iaitu di Mererani, terdapat sebuah kilang yang mengeluarkan batu permata yang jarang ditemui di dunia iaitu batu permata Tanzanite

inilah antara batu permata termahal di dunia, Tanzanite

aku sangat teruja untuk ke sana kerana untuk pengetahuan korang, batu permata Tanzanite tidak ada di mana-mana tempat dalam dunia kecuali di Tanzania, sebab itu ia dinamakan Tanzanite

dan aku difahamkan tidak lama lagi ia akan pupus sebab itu harganya cukup mahal dan menjadi buruan penggemar permata, sebiji Tanzanite sebesar hujung mancis saja harganya boleh mencecah ribuan dollar, bayangkan kalau sebesar batu cincin, pergh!

Tanzanite mempunyai varieti warna biru yang cantik dari biru aquamarine sehingga ke biru keunguan, batu ini menyerlahkan kilauan yang indah bergantung kepada bentuk potongan

walaubagaimanapun, Tanzanite amat sensitif kepada pendedahan yang berterusan atau pada masa yang lama kepada sinaran ultraungu kerana warnanya boleh menjadi pudar

batu permata ini juga tidak boleh didedahkan pada asid dan dicuci dengan gelombang ultrasonic

Tanzanite juga mempunyai warna lain seperti coklat, ungu, dan kuning

jadi, bagi tujuan pasaran, batu ini akan dipanaskan pada suhu 500 darjah celcius untuk menukarkan warnanya kepada biru. Rawatan haba diterima pakai di seluruh dunia di dalam meningkatkan kualiti batu permata

posing depan kilang Tanzanite, AFGEM

so semasa di Afgem, syarikat yang menjalankan kerja-kerja carigali permata itu, kami diberi penerangan A sampai Z bagaimana Tanzanite dihasilkan

safety first bro!

kerja bawa lori Tanzanite pun dah boleh kaya bro...

mungkin korang ingat takde rakyat Malaysia yang mampu beli Tanzanite, maaf, korang salah

boleh dikatakan 90 peratus daripada anggota kumpulan aku membeli Tanzanite, sampai Mat Salleh kat kilang tu pun hairan mana orang-orang Malaysia ni dapat duit

gila kaya puak-puak ni, aku perhati dari belakang je ler...

untuk pengetahuan korang, anggota kumpulan aku terdiri daripada ahli-ahli perniagaan yang hebat-hebat, so setakat permata berharga RM10 ribu tu depa tak hairan punya

malah ada ahli kumpulan aku borong sampai RM50,000 kat kilang tu, katanya nak jual semula triple dari harga sebenar bila balik Malaysia, pergh!

nak tahu aku beli apa kat kilang Tanzanite tu?

aku pun beli Tanzanite gak, tapi magnet yang bentuk Tanzanite je la, untuk lekat kat peti sejuk kat rumah aku

itu pun harganya dekat RM200!

takpelah, janji aku pernah sampai dan pernah tengok batu permata Tanzanite walaupun ramai kengkawan aku ingat aku tipu hahahaha

seperti biasa, aku mungkin selebet, aku mungkin selekeh…tapi sekaya-kaya orang kat Malaysia ni, aku berani kerat jari, tak sampai 20 orang yang pernah tengok Tanzanite, dan salah seorang yang pernah tengok tu  aku ler ahaks!

SAK: Tak kaya duit, tapi pengalaman ada ler sikit…

About these ads

7 Comments

Filed under Uncategorized

7 Responses to Jalan-Jalan Tanzania (Part 1): Mencari Batu Permata Tanzanite Yang Bakal Pupus…

  1. dania arissya putri

    salam….cantik sgt permata yg 1st tu, color biru pulak tu…

  2. hehehe kwn akan kan slalu x percaya kalu awak dpt buat sesuatu yg org x terfikir. mcm jmpa geng2 bandimton dulu pun sama kan..hahaha

    awak bertuah la dapat rasai pengalaman sebegitu.. jarang org dpt rasa.

    freeze magnet je dah rm200..huhuhu

  3. sham Trg

    kaya dengan pengalaman lah satu nilai yang lebih kaya dari kaya dengan duit

  4. secantik harganya dania…

  5. takpelah, kita simpan dalam hati je marinahunny

  6. cikgu, saya suka roti kaya!

  7. salam , kalau ada siapa-siapa berminat saya ada tanzanite 8.04 ct. rectangle. cantik sangat. pakai siang biru tp bila malam kena lampu jadi purple. dalam buku pun kata it has been conrfused with blue sapphire. satu biji dah juat yang 5.00 carat. shahril pun dah tengok kan permata tu. memang tak puas tengok.

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s