Apa ertinya Merdeka lagi…

 

mayat Tok Janggut

 

dulu ketika Tunku Abdul Rahman berusaha mendapatkan kemerdekaan daripada British, ada suara-suara sumbang yang memperkecilkan usahanya, kata mereka, ” Buat apa nak merdeka, kita ni nak buat jarum pun tak reti, apatah lagi nak mentadbir “

lama sebelum Tuanku Abdul Rahman, pahlawan-pahlawan kita seperti Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Hj Abd. Rahman Limbung (sekadar menyebut beberapa nama), bermati-matian mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta hingga ada di antara bermandi darah dan gugur menyembah bumi

selepas merdeka, nama-nama seperti Mejar Zainal Rashid, Kanang Anak Langkau, ASP Zabri Abd Hamid, DSP Sia Boon Chee (juga sekadar menyebut beberapa nama) berhabis-habisan menentang pengganas komunis hingga ada yang terburai perutnya demi Malaysia negara mereka yang dikasihi

tetapi kita sekarang seolah-olah memandang enteng setiap keringat dan titisan darah mereka yang jatuh itu

kita rasa kemerdekaan itu satu perkataan yang ‘biasa-biasa’ saja, tidak lebih dari sekadar perayaan tahunan dan masa untuk kita bercuti

kita rasa Jalur Gemilang itu hanya sejenis kain yang dilukis dan dicat, tempatnya hanya di tiang-tiang sekolah dan bangunan kerajaan

kita malu nak nyanyi lagu Negaraku walaupun selama 11 tahun di sekolah rendah dan menengah, itulah lagu yg kita dok nyanyi hari-hari

bila bendera kita dibakar dan dibaling najis, kita hanya melihatnya sekali lalu, dan itu sajalah, kita langsung tidak ada perasaan nak menunjukkan rasa marah dan kesal kita pada pihak yang melakukan onar itu

kalau pasal politik, kita sanggup kena kejar dengan FRU, sanggup berarak beramai-ramai, berpidato dan berbagai lagi, tapi bila negara kita dihina sehina-hinanya, kita hanya berdiam diri

kita sangat bacul!

mana UMNO, mana Pas, mana DAP, mana PKR? Mana parti yang bukan main lagi nak kita menyokong mereka, tetapi mana pemimpin parti-parti ini sekarang? Mana Ketua Pemuda mereka yang bukan main berapi bila berucap?

Mana Khairy? Mana Guan Eng? Mana Mat Sabu? Mana Chegu Bard? Mana?

.

selamat menyambut hari kemerdekaan, di mana jua, anda berada.

12 Komen

Filed under Uncategorized

12 Responses to Apa ertinya Merdeka lagi…

  1. takde kepentingan… lagi pun UMNO pun tak kesah takan pembakang nak amik kesah… kang tak pasal2 kerajaan Indon gado ngan Kerajaan Mesia…

    berdiam diri tak bermakna kita sudah ngaku kalah… kadang2 kalau kita lawan orang bodo bermakna kite 3kali bodo.. anyway Indon memang bodo… buat perkara sia-sia…

    apa kata kite tanya orang mesia yang kawin indon dan menetap di sana.. apa kata mereka.. contoh.. artis..

  2. Cg Zaki

    MERDEKA…….sebahagian besar dapat dibaca dalam buku 25 tahun merdeka, akan dijumpai nama-nama besar yang tak pernahpun kita dengar, itulah perjuangan mereka. Apatah lagi perjuangan ulama-ulama terdahulu….apakah kita pernah mengenang mereka, bakhil sangat kah kita untuk menghadiahkan al-Fatihah kepada mereka….al-Fatihah…..

  3. roy

    saya tau kesakitan tuan..

    sayu nya hati tuan sekarang,lebih sayu dari tuan melihat gelimpangan mayat di bumi Aceh.
    panas nya hati tuan sekarang , lebih panas dari tuan berbumbung kan langit berlantai kan bumi di Pilau Nias.
    bergetar nya jiwa tuan sekarang,lebih bergetar dari gempa bumi di Yokjakarta dahulu..

    apabika madu di balas tuba,apabila budi tiada nilai dan harga ..
    dan
    orang2 diatas sana hanya memandang tanpa kata tanpa suara..
    ini kerana,
    perjuangan mereka perjuangan beragenda
    pidato mereka pidato untuk meraih laba

    dan apalah erti nya merdeka lagi, kerana ‘aku’ sudah selesa di tempat duduk ku…
    (kerana keringat yang tuan tumpah kan!!)

    maaf sy menulis mengikut rasa,abaikan jika tidak sempurna..

  4. thanks for the comment tuan baginda

  5. yup, Al-Fatihah…merekalah the unsung heroes cikgu

  6. dalam maknanya, terima kasih Roy

  7. simpati pun ada dengan rakyat indonesia. sosio ekonomi, budaya dan agama Islam mereka teruk diserang menyebabkan mereka menjadi keliru dan emosional. kita yg ada di malaysia ambillah iktibar. jangan sampai gunung berapi meletup baru mahu menyesal

  8. cg marang

    apabila madu di balas tuba,apabila budi tiada nilai dan harga ..
    dan
    orang2 diatas sana hanya memandang tanpa kata tanpa suara..
    ini kerana,
    perjuangan mereka perjuangan beragenda
    pidato mereka pidato untuk meraih laba

    dan apalah erti nya merdeka lagi, kerana ‘aku’ sudah selesa di tempat duduk ku…
    (kerana keringat yang tuan tumpah kan

    ROY…
    betul ayat dia atas tu…inilah yang ada dalam diri kebanyakan dari kita sekarang ini…asal kan tak menyusahkan aku sudahlah…

  9. perlu diketahui org,rkyat,pemimpin malaysia sumanya baik2.suka tolong negara n org susah.bila org lain dah ganyang kita ramai2 tolong tengok je.gempa bumi kita tolong,tsunami kita tolong,tanah runtuh kita tolong,kerja kita tolong bagi,transport kita tolong siapan,depo n penjara kita tolong adakan.suma utk sapa?bangsa agung di asean iaitu indon. wahai rakyat suma siapkan duit,sebelum raya kita nak tolong mangsa gunung berapi.berapi2 kita nak tolong ni mcm berapinya jalur gemilang di bakar.

  10. bagus cadangan tu.nak tanya gak pada pemimpin indon sapa nak tolong balu2,anak yatim n mangsa2 yg dirompak n dibunuh oleh rakyat indon kat nalaysia ni?da bg elaun ke?

  11. Kadang-kadang orang bodoh jangan dilayan. Nanti kita dicop bodoh.

  12. norrafi

    Kalau nak orang dewasa nyanyi lagu NegaraKu, wajibkan sebelum bermulanya Cerita di panggung Wayang, seperti di Thailand. (mesti suara bebudak yang kuat)

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s