Monthly Archives: September 2010

Gaji DJ Radio Swasta Di Malaysia Mengalahkan CEO?

sejujurnya aku tidak pernah tahu berapakah gaji atau pendapatan sebulan seorang Deejay (DJ) di syarikat radio swasta tanah air

sudah pasti, ianya berbeza dari seorang DJ dengan seorang DJ yang lain

biasalah, kalau ramai penggemar dan pengikutnya, sudah tentu lagi besarlah jumlah gajinya, ini teori ekonomi yang mudahlah kan

semalam aku mengikuti laporan perbicaraan kes mahkamah melibatkan DJ terkenal HitsFM, Lil’ Kev atau nama sebenarnya Kevin Arokiasmy yang menyaman bekas majikannya, AMP

dalam samannya itu, Kevin berkata beliau bersetuju menjadi salah seorang pengacara radio untuk saluran radio syarikat itu selama dua tahun mulai 16 Julai 2002 sehingga 15 Julai 2004

ikut perjanjian, beliau kena bekerja pada pukul 6 pagi sehingga 10 pagi setiap hari

selain daripada gaji bulanan, AMP juga berjanji pada Kevin untuk membayar insentif kepadanya berdasarkan kepada kajian penilaian jumlah pendengar radio untuk rancangan itu yang dikelolakan oleh syarikat penilaian A.C.Nielsen

tetapi melalui surat AMP bertarikh 28 Ogos 2003, AMP telah mengarahkan Kevin bertukar waktu kerja atau siaran radionya ke waktu siaran 4 petang hingga 7 petang.

ini bagi Kevin, telah memungkiri terma-terma perjanjian itu, yang memperuntukkan bahawa Kevin telah berkontrak untuk bekerja pada waktu 6 pagi sehingga 10 pagi dan bayaran insentifnya juga tertakluk kepada waktu itu secara mutlak

rancangan popular itu dikendalikan oleh Kevin bersama deejay Saufian Mokhtar yang dikenali sebagai Fly Guy yang ke udara pada pukul 6 pagi sehingga 10 pagi setiap hari pada ketika itu.

bicara punya bicara, semalam Kevin menang kes itu, mengenai ganti rugi mahkamah akan tentukan nilainya kelak

yang aku nak highlite kan di sini, dalam perbicaraan itu, mahkamah diberitahu yang gaji sebulan Kevin sebagai DJ HitsFM adalah RM24,000 sebulan pada tahun pertama dari Julai 2002 hingga Julai 2003 dan RM26,000 sebulan pada tahun kedua dari Julai 2003 hingga Julai 2004, wow!

macam ni punya gaji dah boleh masuk kelab CEO bro!

amik kau, tak payah fikir pasal keuntungan syarikat, tak payah fikir pasal masalah staf, tak payah fikir setengah mati nak cari untung, Kevin hanya perlu buka mulut, bercakap dan cari lagu yang best tetapi dapat gaji – DA BOMB!

agaknya kalau Kevin boleh dapat gaji banyak tu sebulan, berapa pula gaji Halim Othman, Linda Onn, Aznil, Salleh Yaacob dan DJ lain yang terkenal tu ek?

SAK: Masih teringin nak cuba nasib jadi DJ, kat Giant pun takpelah!

30 Comments

Filed under Uncategorized

aku dikesan menghidap radang tonsil…

aku sekarang berada dalam keadaan yang cukup ‘tidak selesa dan menyenangkan’

actually benda ni dah macam satu rutin terutama kalau aku nak pergi luar negara

masa aku nak pergi Jakarta dulu pun macam ni gak

tubuh aku macam tahu je kalau aku nak pergi oversea, pasti dia akan buat perangai

kat Jakarta hari tu sampai dua hari aku tak bangun, memerap dalam hotel sebab pening dan demam

ni lagi dua tiga hari aku akan berangkat ke luar negara, kali ni lagi jauh, mahu 10 jam lebih aku dalam flight

dan seperti yang dijangka, tubuh aku buat perangai lagi

aku tetiba boleh rasa seram sejuk dan tidak boleh menelan, sakitnya anak tekak aku ni Tuhan saja yang tahu

so tengah malam tadi lepas balik dari futsal, aku terus bergegas ke klinik

rupa-rupanya aku diserang tonsilis atau radang tonsil

tonsil ini ada pada semua orang, ia merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi macam ‘filter’ kuman semasa pernafasan

pendek kata, tonsil ni berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh

Tonsillitis ni pula merujuk kepada radang tonsil

biasanya, pengidap tonsillitis mengalami demam dan sakit tekak

doktor bagitahu aku yang tonsil aku dah besar, merah dan terdapat tompok – tompok putih di atasnya

yang aku pelik tu, doktor tu tak bagi langsung aku makan atau minum benda berais dan sejuk sedangkan ramai member-member aku kata cara nak ubati tonsilitis adalah dengan makan ais krim

bila aku check kat internet, memang ada dua versi, ada yang kata cara nak ubat tonsil ambil makanan panas dan ada yang kata ambil makanan sejuk, aku dah konpiusssss!!!!

kalau korang ada petua atau nasihat tolonglah komen

tu pun kalau korang sayang kat akulah huk huk huk huk huk

SAK: Jumpa aku dalam program K.E.S di TV3 pukul 9 malam ini (Rabu  29/9)

55 Comments

Filed under Uncategorized

Restoran Istana Bambu Yang Memang Kelasssss!!!

Gambar Azmanshah.com

Lokasi : Jalan Hulu Kelang (MRR2) berhampiran flyover/ exit ke AU Keramat

PERTAMA kali memandang ke arah Restoran Istana Bambu di Jalan Hulu Klang, hati terus terpaut dengan keunikan dekorasinya yang diperbuat daripada buluh.

Sesuai dengan namanya Restoran Istana Bambu, setiap sudut dan ruang diperbuat daripada buluh. Bukan hanya dinding dan lantai saja, tetapi juga meja dan kerusi serta barangan perhiasan turut menggunakan buluh.

Sebaik tiba di restoran itu, hati sudah teruja untuk melangkah di atas laluan pejalan kaki buluh yang dibuat seakan titi yang menghubung ke ruang utamanya.

Menariknya, sepanjang melangkah ke ruang utama, pengunjung dapat melihat bendang mini yang ditanam dengan pokok padi, sekali gus menggamit nostalgia kehidupan tradisional di zaman silam buat pengunjung.

Desir air mengalir dari air terjun buatan dan kedudukannya di lereng bukit yang masih lagi hijau membuatkan pengunjung terlupa seketika bahawa mereka sebenarnya berada di ibu kota, bukannya di kawasan peranginan di luar bandar.

Restoran itu menggunakan hampir 90 peratus buluh tempatan, sementara bendang mini dibuat bagi mengembali ingatan ketika di desa dan memperkenalkan pokok padi kepada generasi muda yang sebahagian besarnya tidak mengetahui bagaimana bentuk pokok yang menjadi sumber makanan utama negara.

Pelanggan yang berkunjung ke restoran ini boleh memilih sama ada untuk makan di meja makan di ruang utama atau makan secara bersila dan bersantai di gazebo.

Seperti indahnya dekorasi dan uniknya restoran ini, begitu juga cita rasa masakan yang disediakan sememangnya enak.

Restoran Istana Bambu menggabungkan sajian tradisional Melayu, makanan laut, masakan cina dan Thai. Antara sajian yang menjadi pilihan pengunjung adalah asam pedas, masak lemak daging salai, ayam kampung goreng, tom yam, ketam pedas berempah, sup tulang dan banyak lagi – BH

Aku memang teruja bila first time masuk restoran ni, memang kelassssss especially rekabentuknya, aku boleh bagi 5 star!

OK, dari segi makanan, tak kurang hebat, jarang restoran cantik makanannya sedap, tapi Istana Bambu berjaya membuktikannya

Harga agak mahal la, nasi goreng dan kuetiow lebih kurang RM11 sepinggan manakala ikan siakap/kerapu lebih kurang RM45 seekor. Pendek kata tak banyak menu yang bawah RM10, tapi berbaloi  kalau dikira dari segi keselesaan, kemewahan dan keindahan.

Kesimpulannya, hati senang, perut kenyang. Bon Apetit!

SAK: Memang ‘meletop’ brooo…..

26 Comments

Filed under Uncategorized

Suspek kes Sosilawati kata kena belasah dengan getah paip: Antara dakwaan dan penganiayaan

 aku terbaca rintihan seorang pegawai polis yang ditahan kenaikan pangkatnya kerana disyaki memukul suspek kes bunuh dalam blognya di http://bigrace-cbazmi.blogspot.com/

Pada tahun 1993 saya terlibat dalam membantu siasatan kes pembunuhan seorang perempuan Melayu

Mayat perempuan Melayu yang dibunuh kejam itu ditinggalkan kawasan hentian sebelah lebuhraya Seremban-Air Keruh. Team serbuan yang diketuai oleh saya berjaya menangkap 3 Orang Saspek di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga saspek akhirnya mengaku terlibat dalam pembunuhan wanita tersebut.

Apabila dituduh di Mahkamah dibawah Sek 302 KK dengan bantuan peguam saspek membuat lapuran Polis mengatakan mereka dipukul semasa ditangkap menyebabkan saya dan anggota pasukan saya disiasat dibawah Sek 323 KK .

Siasatan terhadap saya mengambil masa selama dua setengah tahun sebelum kes di selesaikan dan di NFA oleh Timbalan Pendakwaraya pada 13 Sept . 1995.

Kerana siasatan tersebut kemajuan pangkat saya ke Cif Inspektor yang sepatutnya berkuat kuasa pada 16 Nov 1993 hanya diluluskan selepas selesai siasatan . Saya hilang hak dan kekanan selama 2 1/2 tahun.

Sedihkan, disebabkan tomahan yang dicadangkan oleh peguam untuk menyelamatkan anak guamnya telah menganiaya saya yang hanya melaksanakan tanggung jawab untuk menangkap penjenayah.

Ketiga-tiga penjenayah dihukum , perancangnya dipenjara 10 tahun , yang dua lagi dipenjara 5 tahun setiap seorang selepas pendakwaraya bersetuju meminda tuduhan kepada Sek 304 KK

Saya hanya nak kata ” Saya jadikan iktibar ini untuk mempastikan bahawa saya tidak sekali ingin melihat anggota-anggota saya teraniaya sepertimana saya dianiaya. Kerana saya percaya dan yakin Allah mendengar dan melihat apa yang kita buat”

hari ini juga aku membaca laporan akhbar mengenai ‘rintihan’ suspek pembunuhan Datuk Sosilawati yang membuat laporan polis kerana mendakwa dipukul sewaktu dalam tahanan

Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu.

Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

“Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang,” kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya.

Vijandran berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok.

“Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah.

“Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama,” kata Vijandran.

SAK: Ermmm…

11 Comments

Filed under Uncategorized

impian, harapan…cita-cita

 

7 Comments

Filed under Uncategorized

di sini berakhirnya perjalanan seorang insan…

Masjid Telok Mas

Kampung Telok Mas, Melaka sering dikaitkan dengan beberapa peristiwa pahlawan Melayu zaman silam seperti Pendekar Raja Haji

beliau bukan sahaja seorang pahlawan tetapi juga seorang yang mahir dalam hal ehwal agama.

Raja Haji dikatakan pernah berjuang menentang penjajahan Inggeris bersama pendekar Melayu yang lain seperti Datuk Naning di Negeri Sembilan

pada satu ketika, ada pendapat yang mengatakan tentera Inggeris telah memburu Raja Haji

bagi menyelamatkan diri, Raja Haji dan pengikutnya telah berkubu di dalam Masjid Telok Mas

menara masjid itu telah digunakan oleh beliau untuk menyerang balas tentera Inggeris

mengenang jasa dan pengorbanan beliau kepada tanah air, sebatang jalan berhampiran Masjid Telok Mas dinamakan Jalan Raja Haji dan masjid itu wujud hingga kini

itu cerita dulu, semalam Masjid Telok Mas juga menyaksikan bersemadinya Hj. Othman Akip, seorang anak Melayu yang pernah pada zaman mudanya merantau hingga ke Australia bagi mencari nafkah buat isteri dan anak-anak tercintanya

kisahnya mungkin tidak sehebat Raja Haji, namun di mata anak-anaknya, dia tetap seorang wira buat mereka

Hj. Othman akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam usia 70 tahun akibat penyakit angin ahmar dan beberapa komplikasi penyakit lain, di depan puteri bongsu kesayangannya, Syafinah

Syafinah yang juga blogger http://www.001beautifulcrazy.wordpress.com adalah rakan seperjuangan aku sewaktu kami bertugas di sebuah syarikat penerbitan dokumentari dulu

semoga Allah mencucuri rahmat ke atah roh Allahyarham, Al-Fatihah.

SAK: Sempat menyaksikan wajah tenang arwah sejurus sebelum dikebumikan sebelum solat Jumaat semalam

8 Comments

Filed under Uncategorized

Siapa kata Majlis Peguam tiada kuasa campur tangan?

ramai orang marah dengan Majlis Peguam berikutan berlakunya peningkatan kes salah laku dan jenayah di kalangan ahlinya terutama bila berlakunya pembunuhan melibatkan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain

aku juga begitu, dan aku rasa korang pun sama

mana tidaknya, kita boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ramai peguam yang tipu pelanggan mereka tetapi macam dia orang ini kebal je daripada tindakan undang-undang

baru-baru ini Majlis Peguam kata badan itu tidak boleh bertindak ke atas kehidupan peribadi peguam yang di bawah naungannya

sebenarnya aku rasa kita semua tak dapat nak terima statement tu, tapi siapalah kita kan

tapi nampaknya peguam hebat macam Karpal Singh pun TAK DAPAT TERIMA statement tersebut, hah kali ini baru Majlis Peguam kena buku dengan ruas!

Sambil mengingatkan bahawa kerjaya seseorang peguam sepatutnya memberi keyakinan tinggi kepada orang awam, Karpal yang juga pengerusi DAP berkata adalah menjadi tanggung-jawab Majlis Peguam menapis mereka yang berperangai buruk.

“Mana-mana peguam yang mendatangkan keburukan kepada profesion undang-undang, harus tidak disenaraikan. Majlis Peguam sepatutnya bertindak apabila ada bukti bahawa kehidupan peribadi seseorang peguam itu telah menjadikan kerjaya peguam itu sesuatu yang jijik dan buruk.

“Majlis Peguam tidak boleh dan tidak sepatutnya mengabaikan tindakan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Karpal berkata Seksyen 94(3) Akta Profesion Peguam memperuntukkan tindakan berhubung salah-laku terhadap kehidupan peribadi peguam.

Peguam yang mempunyai 41 tahun pengalaman itu juga membidas Majlis Peguam kerana gagal bertindak meskipun ada bukti terhadap salah-laku ahlinya.

“Adalah jelas ada seorang peguam di senarai itu, yang mana kehidupan peribadinya diragukan – Mahkamah Rayuan juga mendapati beliau adalah pelakon lelaki yang dipaparkan di sebuah pita lucah.

“Namun, Majlis Peguam hanya membisu dan terlupa untuk membersihkan pencemaran di senarai itu,” kata Karpal yang jelas merujuk kepada bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Dewan Rakyat, DP Vijandran.

Vijandran, adalah bekas setiausaha agung MIC dan seorang peguam yang terus berkhidmat sehingga hari ini.

Menurut Karpal, peguam yang didapati bersalah dan telah dipenjarakan hanya boleh diterima oleh Majlis Peguam dalam keadaan luar biasa bagi “mengekalkan imej murni badan itu yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.”

Katanya lagi, majlis itu tidak sepatutnya mengecualikan kehidupan peribadi peguam daripada tindakan meskipun mempunyai bukti terhadap salah-laku mereka/ MALAYSIAKINI.COM

Apalagi Majlis Peguam, jawablah!

7 Comments

Filed under Uncategorized

bila si ibu masih tetap menyayangi pembunuh anaknya…oh dunia!

suspek

semalam seorang pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dihukum gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari pada Februari lalu

Mohd Fazli Azri merupakan teman lelaki ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25, seorang bekas pelayan kelab malam

kalau mengikut fakta kes, tertuduh telah menendang dan memijak perut Syafiah Humaira dengan menggunakan kasut bola sehingga menyebabkan mangsa mati, Astagfirullahazim kejamnya…

sewaktu dalam perbicaraan, tertuduh mengaku dia tidak mengingati kejadian itu kerana khayal dan lalok akibat ganja dan dua botol minuman keras Guiness Stout, pergh!

OK, habislah cerita itu

tetapi yang membuatkan aku mengucap panjang ialah reaksi ibu kanak-kanak tersebut yang juga teman wanita tertuduh, si Nurhanim itu

aku ingat dialah orang paling gembira di dunia kerana pembunuh anaknya itu akhirnya mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejam tersebut

rupa-rupanya sangkaan aku itu meleset

mari kita lihat apa reaksi Hanim kepada wartawan Mstar selepas hukuman tersebut dijatuhkan oleh hakim;

Nurhanim

sementara itu, Siti Nurhanim ketika ditemui berkata, dia tidak pernah marah kepada tertuduh yang disifatkan sebagai seorang yang sangat penyayang.

“Saya tidak pernah marah kerana dia tidak berniat untuk bunuh Syafiah Humaira.”

Ditanya sekiranya dia masih sayang kepada tertuduh, Siti Nurhanim berkata: “Sebab dia terlampau sayang pada anak saya, maka saya sayang padanya.”

Astagaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!

aku tak tahulah sayang dan cinta tahap apa minah ni pada boyfriendnya itu, anak sendiri kena bunuh sebegitu teruk pun tapi dia masih boleh sayang dan boleh kata tak marah dengan perbuatan suspek

aku dah tak tahu nak cakap apalah, sebelum aku sumpah seranah minah tu, baik aku stop saja entry ini!

46 Comments

Filed under Uncategorized

kisah JI dan rompakan Bank CIMB di Medan

visual penjenayah yang merompak Bank CIMB Medan, Indonesia

aku masih ingat, antara tugasan terawal aku dalam Meja Jenayah adalah membuat liputan mengenai gerakan besar-besaran PDRM menangkap dan melumpuhkan pergerakan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) di negara ini

masa tu boleh dikatakan masa seharian aku hanya dihabiskan untuk berkerja saja, baru nak balik, ada tangkapan baru, baru nak rehat, ada tangkapan baru, baru nak makan nasi, ada tangkapan baru

kekadang tu seminggu sampai dua tiga kali kena panjat Bukit Aman kerana Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai sering mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan perkembangan siasatan dan tangkapan terhadap anggota-anggota JI berkenaan di seluruh negara

masa tu kena kutuk dengan masyarakat ni jangan ceritalah, maklumlah, yang kena tangkap ni kebanyakannya mereka yang berlatar belakangkan pendidikan agama

ada yang belajar di Mesir, ada yang belajar di Pakistan dan paling ramai, yang belajar di Afghanistan

ada yang menganggap operasi ini bermotifkan politik sedangkan untuk pengetahuan korang, ada suspek yang diberkas orang UMNO dan ada juga orang Pas

dalam erti kata lain, ia tidak ada kena mengena dengan parti politik, lagipun JI percaya yang pendekatan ekstrem adalah cara terbaik untuk menubuhkan negara Islam, mereka dah tanamkan dalam sanubari pengikut mereka yang politik ni buang masa saja, kalau nak berjuang, kena angkat senjata!

masalahnya JI ni takde fund atau duit yang banyak untuk membeli senjata, jadi mereka menjadikan bank sebagai sasaran untuk mengumpul dana

sebab tu mereka sanggup merompak, kononnya ia dibolehkan dalam perjuangan Islam kerana bank yang mereka rompak mengamalkan riba

disebabkan itu juga, anggota-anggota JI ini mengambil keputusan nekad merompak Southern Bank kat Petaling Jaya pada tahun 2000

masalah kami para wartawan pada masa tu ialah bagaimana untuk menyakinkan orang ramai bahawa tindakan polis adalah betul, maklumlah, ada ahli politik telah menggunakan isu ini untuk menaikkan kemarahan orang ramai

Alhamdulilah, akhirnya makin hari masyarakat dah boleh terima kewajaran usaha PDRM tersebut

terus terang, kalau tidak kerana kemampuan PDRM, silap haribulan KLCC tu dah lama meletup dek perbuatan pengganas-pengganas agama ini

aku menulis mengenai perkara ini apabila terbaca berita di mana 15 orang lelaki bersenjata telah bertindak merompak bank CIMB di Medan, Indonesia baru-baru ini

setelah disiasat, polis Indonesia mengesahkan kesemua mereka adalah ahli JI yang mahu menggunakan hasil rompakan itu untuk membeli senjata api, bom tangan dan senjata lain untuk melancarkan serangan di Indonesia, terutamanya Sumatera Utara

Alhamdulilah, kita dah tahu benda ni dah dekat 10 tahun lalu

kalaulah selama ini PDRM ‘terlena’, silap haribulan negara kita ni dah tinggal abu dan asap je lah….

12 Comments

Filed under Uncategorized

Sekumpulan peguam hebat dah bersedia membela suspek kes Sosilawati

peguam, Ravi Nekoo

aku sebelum ini dah menulis betapa kita semua terutama media perlu berhati-hati bila menulis mengenai kes pembunuhan yang melibatkan Sosilawati dan tiga yang lain itu

ini kerana, suspek-suspek yang ditahan telah dijamin hak mereka untuk mendapatkan pembelaan seperti mana yang tertakhluk dalam undang-undang

mereka tidak akan dianggap bersalah dan dikenakan hukuman selagi mahkamah belum membuat apa-apa keputusan mengenainya

aku memperkatakan hal ini kerana aku cukup risau mengikuti perkembangan kes tersebut seperti mana yang dilaporkan oleh media

kekadang ia dilihat terlalu ‘terperinci’ seolah-olah wartawan itu ada di lokasi berkenaan sewaktu semua mangsa dibunuh, aku bercakap ini melalui pengalaman kerana aku juga pernah bertugas sebagai wartawan jenayah, pening bro kalau kena mengadap peguam atau polis ni bro

mungkin mereka menulis berdasarkan sumber polis, tetapi polis sendiri pun bukan mudah untuk mengiyakan semua maklumat yang diberikan suspek, ini kerana ‘at the end of the day’, polis memerlukan bukti untuk menguatkan pertuduhan di mahkamah kelak

sebagai contoh, A mungkin mengaku menikam mangsa, tetapi mana pisaunya? mana darahnya? mana laporan post-mortemnya? mana mayatnya?, setakat memperoleh pengakuan saja tidak mencukupi, ia masih boleh dicabar oleh peguambela tertuduh…mungkin peguam akan kata anak guamnya dipaksa, dipukul, diugut dan sebagainya oleh polis

dan kerisauan aku memang berasas

semalam aku difahamkan seorang peguam yang tidak kurang hebatnya, Ravi Nekoo  mengesahkan bahawa beliau telah dilantik mewakili dua beradik yang kini berada dalam tahanan reman berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik

untuk pengetahuan korang, Ravi (seperti mana dalam laporan akhbar), adalah dari firma guaman, Tetuan Hakem Arabi & Associates yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perundangan dan sering mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil

beliau merupakan salah seorang peguam pemerhati kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu prosiding Suruhanjaya Diraja Siasatan berhubung klip video perbualan peguam Datuk V.K. Lingam yang dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim di negara ini, dua tahun lalu

beliau turut terlibat dalam kes perebutan hak penjagaan anak antara S. Shamala dan Dr. Muhammad Ridzwan Mogarajah serta peguam pemerhati bagi pihak Daphne Iking dalam kes seorang ahli perniagaan yang didakwa cuba memikat pengacara terbabit ketika masih isteri orang

ini latarbelakangnya sepertimana yang aku peroleh dalam laman web firma tersebut;

Qualifications : 1. Bachelor of Law (Honours) University of London
2. Certificate of Legal Practice from Legal Qualifying Board
3. Masters in Laws, University Malaya
4. Masters in Criminal Justice, University Malaya
Legal Experience : Ravi Nekoo graduated from the University of London in 1994 with an Honours degree and completed the Certificate of Legal Practice in 1995. He furthered his legal acquisition with Masters in Laws and Masters in Criminal Justice in 2002. He was further admitted to the Supreme Court of New South Wales, Supreme Court of South Australia and the High Court of Australia as a Barrister and Solicitor. Having gained sufficient legal knowledge and experience and run his own practice, he joined Messrs Hakem Arabi & Associates as a partner in 2009.
RAVI NEKOO (Partner)

dan untuk pengetahuan korang, bukan sekadar Ravi, ada satu pasukan peguambela lagi telah dibentuk untuk mewakili kedua-dua mereka dalam kes berkenaan

ermmmm…

yang pasti, setiap laporan akhbar, termasuk dalam blog, kemungkinan akan dijadikan rujukan para peguam ini dalam usaha untuk membebaskan anak guam mereka kelak

maknanya di sini, andai kata kita awal-awal lagi dah mendahului polis dalam siasatan kes berkenaan, kita haruslah bersedia ‘bersilat’ dengan mereka kalau dipanggil ke mahkamah nanti!

SAK: Teringat kisah seorang saksi yang terkencing dalam seluar bila disergah peguam kat mahkamah masa kerja dulu

16 Comments

Filed under Uncategorized