berebut toilet dan tersalah ambil seluar menghiasi pagi Aidilfitriku

aku rasa mana-mana family pun terutama yang mempunyai anak cucu yang ramai, pasti berhadapan dengan masalah berebut toilet setiap kali di pagi raya

maklumlah rumah atok kat kampung tu tandasnya satu saja, untung-untung ada dua tiga bilik tandas, tapi itupun aku rasa masih belum dapat menyelesaikan masalah berebut toilet ni

apataknya, semua berebut hendak mandi dalam tempoh yang serentak, maklumlah kang terlepas sembahyang raya pula

yang bangun solat Subuh taknak pula mandi awal-awal, maklumlah kampung atok airnya sejuk…yang tak sembahyang apatah lagi

lebih memeningkan kepala, ada pula cucu-cucu yang tak reti fikir orang belakang, dia bantai mandi dekat sejam, entah apa yang digosok dan disabunkan aku pun tak tahu

dalam keadaan kelam-kabut macam nilah, dalam toilet tu akan jadi ‘pertunjukkan fesyen’, ada yang bra tergantung kat pintu, ada underwear terjatuh kat lantai, ada yang panties tersangkut kat paku, abis semuanya nak cepat, naik kelabu biji mata!

berus gigi ni jangan cakaplah, kalau dekat 20 orang anak cucu yang balik, kita pun leh terlupa berus gigi kita yang mana tu, sampai penuh atas para

yang perempuan pula, kalau sorang ada dua tiga koleksi pencuci (shampoo, facial wash, make-up cleanser, pencuci tut! tut!), korang bayangkan kalau dah 20 orang bawa bawa benda yang sama, sampai penuh toilet atuk, macam-macam brand

yang kerja eksekutif ngan manager tu aku tengok brand diaorang ala kadar je, tetapi yang kerja ‘kuli-kutif’ ni makkk oooiiii, ngalahkan mak-mak datin seh…ada Loreal, DKNY, Estee Lauder…pergh!

tetapi perkara-perkara sebeginilah yang menceriakan pagi Aidilfitri sebenarnya, sampai kekadang aku tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak buah aku ni

pagi raya semalam juga mencatat sejarah dalam hidup aku bila aku tersalah bawa seluar untuk dipakai bersama baju Melayu

ikut plannya aku nak bersampin la kononnya, jadi aku pun bawa sehelai baju Melayu berwarna kuning pinang

disebabkan kelam kabut, aku terbawa seluar yang berwarna kuning cerah, adoyyyyy gila tak matching!

last-last aku pakai baju Melayu dengan seluar slack je lah… tak kisah lah tu, yang penting raya ni bukan untuk bermegah, tetapi untuk menginsafi diri dan bergembira setelah sebulan mengharung lapar dan dahaga (ayat cover line, hehehe)

orait pada kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan yang aku tulis dalam blog marhaen ini menyinggung mana-mana pihak atau orang perseorangan

yang baik datang dari Tuhan, yang buruk datang dari aku sendiri

terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sentiasa memberi komen atau menjadi silent reader aku selama ini

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…Walillahilham

ikhlas dari,

SYAHRIL A. KADIR

About these ads

10 Comments

Filed under Uncategorized

10 Responses to berebut toilet dan tersalah ambil seluar menghiasi pagi Aidilfitriku

  1. selamat hari raya, maaf zahir batin..

  2. Mami

    Ya..saya pun mengalami perkara yang sama dengan Syahril..berebut toilet… Lebih lebih lagi kalau dapat atok yang macam ‘General’.semua mesti on time .Selalunya kaum ibu le yang paling akhir dapat gunakan toilet..Tapi tu yang syoknya.Memeriahkan pagi raya.

    Disini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Syahril dan keluarga serta pembaca pembaca setia blog Syahril A Kadir.

    Jadi ke tuan rumah nak adakan open house untuk kami di ‘KAYANGAN’?….hehehe

  3. selamat hari raya bro. post aku yg maba menyakitkan hati harap dimaafkan ya.

    Ptd pun cuti lah juga, aku raya KL je thn ni. Kalau sudi nak beraya kat kedai mamak pekena teh, bgtahu lah.

  4. sesamalah kita marina ye..

  5. jangan kata kayangan, daratan pun boleh mami!

  6. insyaallah bro, jgn lupa duit raya aku ahaks!

  7. Hafidz

    baju melayu berseluar slack takper lagi bro….,jangan sampai butang baju melayu tak sepadan sudah ler….nanti dah macam traffic light ler pulak he he he….

  8. nsm

    Selamat Hari Raya Ril….Salam kemaafan dari akak dan keluarga…. mudah2an Ril berbahagia di hari raya…. Kalau arwah masih ada pastinya dia yang akan mengucapkan selamat hari raya untuk Ril….dan tak pernah lupa bercerita tentang isu2 dalam blog Ril…. ada sahaja cerita dan komentar untuk mengingati dan memuhasabah diri…salam…

  9. mari ke dobi

    ko tak minta maaf lagi ngan aku…itu hari dgn secara tiba2 ko ilang ehh…takot jammed le katanya…hehehehe..duit raya cekkk….

  10. wah..cantik gak le baju raya tu walaupun tak matching..! kehkeh..

    selamat hari raya..!

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s