Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2010

di zaman internet sekarang ini, tiada yang lebih menjengkelkan dan menyakitkan hati melainkan terpaksa berhadapan dengan masalah broadband connection yang cukup lembap

baik Maxis, baik Celcom, baik Digi…semuanya hampeh, Streamyx mungkin OK sikit

kekadang nak buka satu website tu, dah habis sebatang rokok pun lum tentu korang dapat tengok

kalau setakat nak buka Facebook, mungkin boleh dimaafkan lagi…tapi kalau ia bersangkut ngan kerja, mau sebakul sumpah seranah akan keluar daripada mulut korang

orang kata u pay peanuts, u get monkey….tapi dalam hal broadband ni, kita bukan bayar harga peanuts, kita bayar harga durian lagi, tapi still kita dapat monkey!!!

akhirnya selidik punya selidik, aku terbaca satu artikel penjelasan pak menteri yang bertanggung jawab terhadap perkara tersebut

 katanya, ia adalah DISEBABKAN TINDAKAN LEBIH 20 PERATUS GOLONGAN PENIAGA DI NEGARA INI YANG MENJALANKAN KEGIATAN MUAT TURUN BAHAN LUCAH DARI INTERNET

menurut Kementerian Kebudayaan, Penerangan dan Komunikasi dalam web mereka, tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya

ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum…ermmm

kalau betul, patutlah broadband aku lembap nak mampos

persoalannya, mereka yang duduk di kementerian itu, termasuk pak menterinya, takkan tak nak buat apa-apa?

bila dah tahu punca, depa kenalah selesaikannya

apa tindakan terhadap golongan ini, apa solusi jangka pendek, apa rancangan jangka panjang, apa mekanisma penyelesaiannya?

takkan nak peluk tubuh je, takkan nak tunding jari je, rakyat mahu result

jangan nanti orang kata pak menteri pun sama gak lembapnya, hah, saper nak jawab?

 

SAK: Suka download lagu Amr Diab (lagu Arab daaa…)

Read Full Post »

negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang

mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang

sebelum ini, negara juga dikejutkan dengan penemuan mayat adik Nurin Jazlin Jazimin, 8, di dalam sebuah beg

suspek juga dipercayai orang yang sama menculik adik  Sharlinie Mohd. Nashar (yang sehingga kini masih belum ditemui) dan Nur Fatiha Zaidi, 6, kedua-duanya dari Taman Medan, Petaling Jaya

masa aku bertugas sebagai wartawan dulu, aku ingat lagi bagaimana polis mengesyaki semua kes ini dilakukan seorang lelaki yang digelar ‘lelaki kucing’

mengapa pula suspek digelar ‘lelaki kuching’ ?

(suspek ini pernah ditahan tetapi dibebaskan setelah tiada bukti mengaitkan pembabitannya)

ini kerana modus operandi yang digunakan suspek sama, iaitu mendekati kanak-kanak lalu berpura-pura kehilangan seekor kucing sambil menanyakan kepada mangsa sama ada mereka pernah melihat kucingnya yang hilang itu atau tidak

aku difahamkan, ika dilihat daripada sudut psikologi, individu secara seksualnya cenderung dan menyimpang dari norma-norma dalam hubungan seksual mengalami suatu keadaan tekanan jiwa yang disebut sebagai Parafilia

Parafilia berasal dari bahasa Yunani: ‘para’, yang bermaksud di luar kebiasaan, dan ‘filia’ yang bermaksud cinta. Umumnya penderita Parafilia disebabkan oleh pengalaman hidup yang tidak menggembirakan serta mengalami kehidupan kanak-kanak yang tidak sempurna, sentiasa berasa tertekan dan menyakitkan hingga memberikan tekanan jiwa kepada penderita.

penderita Parafilia pada kebiasaannya mempunyai khayalan dan perilaku seksual berulang dan kuat melibatkan objek tertentu serta gemar menimbulkan penderitaan kepada mangsa atau pasangannya melalui kekerasan tidak kira kanak-kanak atau wanita dewasa.

apapun, adakah penemuan mayat di Ukay Perdana ini  juga dilakukan oleh ‘lelaki kucing’ itu?

biarpun terlalu awal untuk mengaitkannya, tetapi kita tidak boleh menolak  andaian itu sama-sekali

SAK: Apa sudah jadi???

Read Full Post »

semalam aku ke Pusat Islam, tempat yang banyak menyimpan nostalgia sewaktu aku masih di bangku sekolah

dulu di sini cukup meriah dengan pelbagai aktiviti dan pameran bercorak keislaman, memanjang penuh dengan lawatan dan rombongan

tetapi sejak semua aktiviti tersebut berpindah ke Muzium Kesenian Islam yang terletak berhampiran, Pusat Islam kini tinggal bangunan adminstratif, tempat orang nine-to-five

dan semalam juga, selepas hampir 20 tahun, aku kembali semula ke sini

kembali melihat sekumpulan anak muda dan warga kerja berpengalaman, berusaha keras untuk merealisasikan penubuhan stesen TV Islam pertama di negara ini, TV Al Hijrah

aku bertuah, kerana aku turut diminta menyumbang sedikit sebanyak pengalaman aku dibidang kewartawanan, untuk membantu ke arah proses tersebut

di satu sudut, aku melihat sekumpulan pentadbir sibuk dengan kontrak dan strategi pemasaran mereka;

di satu sudut sekumpulan jurutera tempatan dan luar negara sedang sibuk memasang alat elektronik canggih dan menguji gelombang siaran;

di satu sudut sekumpulan bakal pembaca berita dan wartawan penyiaran sedang sibuk membuat latihan ‘stand upper’ dan ‘newsreader’ di bawah bantuan ‘otai’ Nizal Muhammad (ex TV3)

di satu sudut lain pula, para pembikin program dan dokumentari sedang sibuk menyiapkan skrip, editing dan sebagainya – semuanya untuk kita, semuanya percuma!

masa semakin suntuk

pada 1 Disember ini,  TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak

sebelum itu, ia akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan TV-Al Hijrah pada 7 Disember nanti.

sebagai latar belakang, saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM

aku difahamkan, sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda.

sejumlah 30 peratus lagi daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV-Al Hijrah

percayalah…segalanya bermula disini!

Read Full Post »

Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Semasa Kejohanan Piala Dunia lalu, Paul berjaya meramal tepat pemenang bagi lapan perlawanan, termasuk perlawanan akhir apabila Sepanyol menewaskan Belanda dengan jaringan 1-0.

Semasa ramalan dilakukan, dua kotak yang tertera bendera pasukan bertanding, diletakkan di dasar akuarium.

Sambil disaksikan pemberita-pemberita, Paul akan berenang ke arah satu kotak, mengembangkan tentakelnya dan melekap pada kotak tertera bendera pasukan yang diramal akan memenangi satu-satu perlawanan.

Pusat Hidupan Laut Oberhausen berkata, Paul kini ditempatkan di dalam peti sejuk, sementara pihaknya menentukan upacara terbaik bagi mengenangnya.

Porwoll bagaimanapun berkata, peminat-peminat sotong kurita itu tidak perlu bersedih dengan kematian Paul kerana pihaknya sedang melatih seekor sotong kurita lain yang akan diberi nama ‘Paul’.

“Kami mungkin akan menanam Paul di kawasan pusat hidupan laut ini dan membina satu tapak peringatan kecil untuknya.

“Walaupun ini satu tindakan pelik yang dilakukan untuk seekor hidupan laut, Paul mencipta populariti semasa hidup yang boleh dianggap sebagai wajar dilakukan,” kata Porwoll. – AFP

SAK: Suka makan sambal stong

Read Full Post »

Merapi mengganas lagi…

akhbar hari ini melaporkan yang gunung berapi, Merapi di Yogyakarta dijangka akan meletus tidak lama

pada tahun 2006, Gunung Merapi meletup mengorbankan dua mangsa dan letupan yang sama berlaku pada tahun 1994 mengakibatkan 60 orang terbunuh dan pada tahun 1930 pula ledakan gunung itu menyebabkan 1,300 terbunuh

mengikut data yang direkodkan semalam, sehingga pukul 12 tengah hari, aktiviti seismik Gunung Merapi menunjukkan berlakunya 90 kali guguran bahan volkanik, gempa pelbagai fasa (MP) 290 kali, gempa volkanik dalam sebanyak tiga kali dan gempa volkanik singkat sebanyak 36 kali

aku pernah menulis beberapa kali dalam blog ini mengenai pengalaman aku dengan Merapi

pada yang belum pernah membacanya, ada satu cerita menarik yang aku ingin kongsi bersama, korang boleh klik DI SINI

Read Full Post »

baru-baru ini ketika aku pulang ke kampung arwah abah aku di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, aku ternampak sebuah jamban usang yang telah lama tidak digunakan

jamban di luar rumah ini orang panggil jamban angkut

korang tahu tak kenapa ianya dipanggil jamban angkut?

kalau aku cerita ni jangan korang nak muntah pulak ye, tapi aku nak cerita gak bab jamban angkut ini kerana aku tahu ramai anak muda khususnya yang lahir di era 80-an tak tahu sejarahnya

begini, di bawah jamban angkut ini ada sebuah tong atau baldi

masa zaman dulu mana ada saluran paip najis ke tangki septik macam yang ada sekarang, semuanya ‘manual’

maksudnya, bila menjelang tengah malam, akan ada pekerja majlis perbandaran yang datang dan mengangkut tong berisi najis itu untuk dicurahkan ke dalam lori, sebelum ianya dihantar ke suatu tempat khas dan ditanam

tukang angkut najis ini dikenali sebagai ‘pencacai’, selalunya apek tua yang buat kerja ni, maklumlah dulu mana ada Indon ke, Bangla ke macam sekarang

sebenarnya aku bertuah gak kerana pernah melalui era ini, so bolehlah aku bercerita pasal benda ni kat anak cucu aku nanti

aku masih ingat, disebabkan tidak mahu menganggu ‘ketenangan’ orang kampung, pencacai ini hanya buat kerja dia bila orang tengah nyenyak tidur

dan dia juga buat kerja dengan begitu cepat dan pantas sekali

selalunya dia akan berlari-lari anak, mungkin dia sendiri pun tak sanggup nak jalan berlenggang, maklumlah kat kiri dan kanan tangannya penuh dengan ‘khazanah’

kini semuanya tinggal sejarah saja

mungkin disebabkan pekerjaan ini dianggap kotor dan hina, aku tak nampak usaha untuk mendokumentasikan sejarah pekerjaan sebagai pencacai itu sedangkan bagi aku peranan mereka sangat penting dalam pembangunan dan kemakmuran negara

SAK: Masih ingat betapa kanak-kanak waktu itu akan lari lintang pukang kalau terserempak dengan apek pencacai ni, argh kenangan…

Read Full Post »

berjaya tanpa universiti?

aku cukup tertarik dengan artikel yang ditulis rakan kampusku dulu, Hafizahril Hamid

dia ni dulu masa kat kolej, perangai lebih kurang aku, suka mengelamun dan tidak begitu gemar melibatkan siri dalam kegiatan kolej

kami lebih suka bercampur gaul dengan orang luar, kami di kampus hanya untuk belajar dan tidur, then kami ‘lesap’ hehehe

Hafizahril kini bertugas sebagai wartawan di Mingguan Malaysia, hari ini dia menulis satu artikel yang bagi aku cukup menarik dan boleh memberikan semangat terutama mereka yang rendah diri kerana gagal atau tercicir ke universiti

berikut adalah sedutan daripada artikel itu;

Lihat saja barisan manusia terkaya dunia ramai di antara mereka sebenarnya tidak menamatkan pengajian atau persekolahan seperti mana yang dilalui oleh Bill Gates, Steve Jobs, Richard Branson. Keadaan ini juga berlaku kepada mereka yang lebih senior seperti Walt Disney, Henry Ford, Ingvar Kamprad atau generasi muda sekarang seperti Mark Zuckerberg, dan beberapa nama lagi.

Melihat kepada barisan generasi yang menempa nama dalam dunia perniagaan sehingga ada yang bergelar bilionair, pastinya kisah bagaimana mereka bermula adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.

Apatah lagi mereka ini bermula tanpa sebarang sijil ditangan malah “hanyut” ketika disekolah lagi.

Generasi terawal ini seperti Walt Disney, Henry Ford mahupun taikun perjudian Malaysia, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong semuanya memiliki satu persamaan tidak menamatkan persekolahan atas faktor kemiskinan.

Melihat kepada apa yang berlaku kepada Henry Ford yang menawan dunia dengan penciptaan kereta murah Model T, beliau sememangnya mencipta kejayaan dari bawah.

Tidak menamatkan persekolahan apabila mencecah usia 16 tahun, lelaki yang dilahirkan pada 30 Julai 1863, kemudian bekerja sebagai jurumesin dan sebelum berhijrah menjadi mekanik yang pakar dalam enjin stim.

Beliau membuktikan tanpa pelajaran yang tinggi namun berjaya menjadi jurutera di Edison Illuminating Company yang dimiliki oleh pencipta terkenal, Thomas Edison.

Dengan sokongan kewangan dari beberapa jutawan seperti Alexander Y. Malcomson, John dan Horace E. Dodge Ford mula membina model kereta Ford 999

Meneruskan legasi jutawan yang tidak menamatkan pendidikan, antara yang paling paling menonjol dalam generasi seterusnya adalah pengasas syarikat IKEA, Ingvar Kamprad.

Beliau yang kini berusia 84 tahun memulakan perniagaan pada usia muda dengan menjual pelbagai barangan yang dibeli pada harga yang murah kepada kenalan dan ahli keluarga.

Selepas berhenti sekolah pada usia 17 tahun, beliau telah membuka IKEA dengan pemberian wang oleh bapanya berikutan keputusan cemerlang dalam peperiksaan

Begitu juga beberapa nama dari Asia seperti Li Ka-shing yang kini menduduki tempat ke 14 terkaya dunia.

Merantau pada usia yang muda ke Hong Kong walaupun dilahirkan di Guangdong, China, kemudian kematian bapa ketika berusia 15 tahun telah memaksa beliau berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kilang plastik.

Hasil dari kepayahan hidup telah memberi beliau pengalaman luas dan kemudian memulakan perniagaan pertama, Cheung Kong Industri pada 1950 dalam bidang barangan plastik sebelum berkembang dalam pelbagai industri lain seperti hartanah, tenaga, telekomunikasi dan pelbagai lagi.

Bagi generasi seterusnya nama-nama mereka yang tercicir ketika pengajian tidak lagi perlu diperkenalkan. Antaranya Bill Gates dan rakannya Paul Allen yang berhenti belajar di Harvard untuk menumpukan perhatian dalam pembangunan perisian komputer pada 1975.

Begitu juga yang berlaku kepada seorang lagi tokoh industri teknologi maklumat Steve Jobs. Pada penghujung 1970-an, Jobs, dengan pengasas bersama Apple Steve Wozniak dan Mike Markkula telah mereka bentuk, membina dan memasarkan komputer peribadi pertama di dunia.

Setelah keluar dari Apple pada 1985 akibat perebutan kuasa dan masuk kembali pada 1996, beliau kini membuktikan tindakan meninggalkan pengajiannya satu ketika dahulu telah berjaya membuahkan hasil yang sangat lumayan.

Begitu juga yang berlaku kepada pengasas Virgin Records, Richard Branson. Walaupun bapa dan datuknya merupakan hakim-hakim terkenal dan berpengaruh di England namun jejak itu tidak terdapat pada Branson.

Beliau menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun dan kemudian menerbitkan majalah Student sebelum membuka syarikat rakaman Virgin Records pada 1982.

Jenama Virgin semakin mengembang pada 1980-an dengan tertubuhnya Virgin Atlantic Air dan kini sudah mula terlibat dalam pelancongan ke angkasa lepas untuk masa depan.

Bagi generasi yang lebih muda mungkin mereka mengagumi pemuda seperti Mark Zuckerberg yang kini menakluk dunia melalui facebook.

Beliau yang hanya berusia 26 tahun juga tidak menamatkan pengajian di Harvard kerana mahu mengembangkan potensi Facebook.

Hafizahril bagaimanapun menamatkan artikelnya dengan satu kesimpulan yang cukup menarik

” Tapi jika hanya sekadar mahu berhenti sebab malas dan kemudian berangan-angan untuk menjadi kaya pasti itu satu tindakan paling bodoh yang seseorang lakukan dalam hidupnya,”

kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai artikel tersebut, korang boleh klik DI SINI

SAK: Yang penting kalau dah bodoh, jangan berlagak pandai…kalau dah pandai, jangan hina yang bodoh. Ingatlah, di mataTuhan, kita semua sama saja.

Read Full Post »

baru-baru ini aku terbaca flyers/ iklan mengenai skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh artis terkenal kita yang kini katanya kaya raya, AC Mizal, eh, maaf, Datuk AC Mizal

bab ni aku confused sikit, yang kaya tu satu hal, yang ex-bininya tuntut nafkah pulak apa citer?

kalau dah kaya tu Datuk, baik bagi jelah apa yang ex ko mintak tu, aku rasa takdelah ratus ribu pun, kalau banding dengan kekayaan kau tu, aku rasa celah gigi je kot..tak payah naik turun court, ye tak?

tapi malaslah aku nak komen lebih-lebih, biar mahkamah je lah decide, lagipun kita tak tahu apa kisah sebenarnya yang berlaku dalam kelambu diaorang ni so tak fair gak nak jatuh hukum

OK berbalik pada skim pinjaman peribadi tu, aku difahamkan AC Mizal sanggup bagi pinjam sampai RM150,000 tu beb, makk ooi dah macam Bank Rakyat pun ader nih hehehe

tapi untuk orang gomen je ler, standardlah…kurang sikit risiko

sejujurnya, aku nak tau jugalah apa yang membuatkan AC Mizal boleh kaya gila-gila dalam tempoh sekejap ni, apa rahsianya, apa petuanya, apa kaedahnya

ada orang kata dia cuma guna nama saja, taukehnya orang lain…ada yang kata dia wat bisness ala-ala MLM….ada yang kata itu dan ada yang kata ini

tapi aku taknak lah pandang negatif sangat, at one point aku banggalah kerana anak muda Melayu boleh berjaya sampai macam ni

cuma harapnya janganlah melalui jalan yang salah, negara kita ada undang-undang, patuhilah garis panduan yang telah ditetapkan, InsyaAllah kalau niat baik, cara baik, kaedah baik…Tuhan akan bagi lebih lagi daripada apa yang dia peroleh sekarang

 

SAK: Nak minta kerja kat AC, jadi Chif Khadam pun OK gak


Read Full Post »

rupanya gadis itu…

selepas minum di Hotel Corus berhampiran KLCC malam tadi, aku menghantar kembali teman-teman ke Hotel Seri Pacific dekat PWTC

kemudian bila menghampiri Jalan Raja Laut, tiba-tiba mata aku terpandang seorang anak gadis berpakaian serba hitam sedang duduk di penjuru sebuah lorong

” Bro, cuba kau perhati budak tu, beraninya dia duduk seorang gelap-gelap macam ni, tak takut ke,” kata aku kepada teman yang duduk di sebelah kerusi pemandu

” Eh budak lagi tu rasanya, silap-silap baru Tingkatan 3,” kata member aku

bila lampu isyarat bertukar merah, kereta yang aku pandu berhenti betul-betul dekat dia

mungkin kerana menyedari yang kami sedang memerhati kelibatnya, gadis itu terus tersenyum

serentak dengan itu juga dia melambaikan tangan ke arah kami

” Bro, dia suruh berhenti lah, dia macam nak cakap sesuatu tu,” kata member aku

kemudian dia terus berlari-lari anak ke arah kereta aku

bila dia makin hampir, memang sah, gadis ni memang muda lagi, kalau korang tengok, macam budak baru lepas PMR je

aku yang malas nak keluar kemudiannya hanya menurunkan sedikit tingkap kereta

” hah dik, apasal ni, ada masalah ke?,” tanya aku dengan suara keletihan, aku tgh ngantuk sebenarnya

“ermmm….bang, RM80 sekali servis, sewa bilik abang bayar RM10 kat taukeh, nak tak ?,”

laaaaaaaaaaaaaa! kami bertiga dalam kereta terus tergamam, aku macam tak percaya dengan apa yang budak tu cakap

terus terbayang kena sebat kow-kow dalam penjara, maklumlah bawah umur tu bro, kat neraka jangan citerlah kan

” macam ni lah dik, jap lagi kami datang, nak cari parking dulu,” kata aku

dia kelihatan tersenyum

kami bertiga hanya terdiam…dan kereta aku pun terus memecut meninggalkan gadis itu, meninggalkannya dengan sejuta tandatanya….

SAK: Tak dapat bayangkan sekiranya gadis itu adalah adik aku sendiri

Read Full Post »

tadi aku lepak minum bersama sekumpulan blogger di PWTC sempena Persidangan Agung UMNO

ramailah yang ada, blogger politik ada, blogger sosial ada, blogger sukan ada, blogger hiburan pun ada!

yang bestnya, ramai juga blogger pro-pembangkang yang ada di situ, aku rasa bila diaorang balik kat rumah kang, berjela-jelalah entry diaorang, apataknya,  ‘bahan’ ada depan mata, confirm depa belasah apa yang diaorang rasa tak kena di mata diaorang masa tu

apapun kami semua cukup profesional, kerajaan ka, pembangkang ka, kawan tetap kawan, kat belakang lantak koranglah nak tulis apa pun, kalau kena saman sendiri mau ingatlah, as simple as that

tiba-tiba ada sorang blogger ni terkeluar cerita bagaimana ada seorang awek ni sudah jatuh cinta kow-kow padanya hanya disebabkan tulisannya, uiks!

aku pun tanya dia balik…dia jatuh cinta pada tulisan ke pada penulisnya?

” Mula-mula pada tulisan aku bro, lepas tu dia feeling kat aku pulak,” katanya beria-ria

yang aku hairan tu, blogger ni bukannya terkenal dengan blog cintan-cintun, tapi dia terkenal sebab sering menulis mengenai politik

lepas tu sorang blogger wanita turut ‘pecah rahsia’

” Errr…saya pun macam tu, emel saya penuh dengan lelaki yang nak berkenalan,” katanya yang terkenal dengan blog shoppingnya

mereka ni aku akui mempunyai pembaca yang ramai, ada yang dah cecah dua juta visitors pun

bagi aku mudahlah, cinta ini satu perasaan yang cukup agung sifatnya, tak perlulah jatuh cinta pada penulisnya hanya kerana tulisannya

dia mungkin macam ‘wali’ kalau kita baca tulisannya, namun ia belum tentu menggambarkan keperibadiannya yang sebenar

dia mungkin macam ‘hantu’ kalau kita baca karangannya, namun dia belum tentu seteruk seperti yang disangkakan

kalau ia pun dah ‘terpukau’ dengan penulisnya, kenalilah dulu hati budinya…penulis pun insan biasa, mereka ada sisi gelap dan terang mereka sendiri, macam aku, kau dan korang semualah

yang aku tak tahan, ada seorang blogger yang terkenal dengan ayat-ayat ‘berapinya’  tiba-tiba memandang aku

” Hah kau macam mana, ada tak yang jatuh cinta bila baca blog kau?,” tanyanya bersungguh-sungguh

” Aku ni tulis pasal jenayah, saperlah nak kat aku,” kata aku sambil menghirup teh tarik yang jarang sangat aku order

” Aku rasa blogger jenayah ler yang paling ramai peminat, ramai awek-awek sekarang ni suka lelaki yang BERANI dan GANASSSSSS,” katanya selamba

macam nak tersembur air teh tarik aku masa dia cakap macam tu, BERANI dan GANASSSSSS lah konon

dia tak tahu aku pernah lari lintang pukang masa kena kejar bapak ayam waktu operasi pelacur kat Chow Kit dulu

takkan aku nak tulis yang aku kecut nak mampus  dalam blog aku ni, jatuhlah saham hahahahha

so dengan pengakuan ikhlas aku ni, aku nak tanya….ADA MANA-MANA AWEK YANG MASIH NAK JATUH CINTA NGAN AKU SEKARANG?

SAK: Kenal seorang blogger, dalam blog bukan main ‘suci’ tapi realitinya dialah ‘champion’! Nak tahu siapa…sila layari http://www.poyolahlumamat.com.my ahaks!

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 269 other followers

%d bloggers like this: