Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2010

dah beberapa kali aku terlepas menonton dokumentari mengenai P. Ramlee yang disiarkan oleh History Channel saluran 555 di Astro

komen-komen oleh kengkawan dan wartawan membuatkan aku sangat teruja untuk menonton dokumentari ini

semalam Alhamdulilah akhirnya aku sempat menonton kisah seniman agung kita itu

terus-terang, inilah dokumentari arahan rakyat tempatan yang bagi aku antara yang terbaik pernah aku saksikan selama ini

walaupun agak lama kerana durasinya mengambil masa dua jam, namun hasil kerja pengarahnya, Datuk Shuhaimi Baba membuatkan aku tak berganjak daripada sofa

Shuhaimi membawa kita menelusuri kisah sedih Allahyarham yang ramai di antara kita terutama generasi muda tidak tahu selama ini

kita dihidangkan dengan cerita duka dibalik senyuman arwah, kita dibawa kisah sedih dibalik tawa ria arwah dan kita juga dihidangkan kisah bagaimana sengsaranya seniman agung itu diakhir fasa kehidupannya sehinggakan isterinya sendiri, Saloma tidak mempunyai wang untuk mengebumikan jenazah suaminya itu!

kita juga diceritakan bagaimana Norizan, permaisuri Perak yang sanggup meninggalkan istana semata-mata untuk berkahwin dengan P. Ramlee, kisah P. Ramlee ‘diboo’ sewaktu menyanyi di Dewan Bahasa dan Pustaka dan bagaimana arwah tidak disambung kontrak untuk merakamkan lagu kerana dianggap sudah ‘tak laku’ dan sebagainya

tak cukup dengan itu, dokumentari ini juga menceritakan bagaimana diwaktu kejatuhannya, P.Ramlee dilihat hanya makan nasi dengan telur goreng, terpaksa membuka kedai mahjung dan bagaimana semua bank menolak permohonan arwah untuk membuat pinjaman

bahkan pada hari dimana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, diceritakan P.Ramlee sepatutnya perlu berada di mahkamah kerana urusan hutang!

aku tidak malu untuk mengaku di sini yang airmata aku boleh jatuh berderai ketika menonton dokumentari tersebut

sedih…cukup sedih…inilah rupanya kisah sebenar seniman yang kita agung-agungkan itu

dan sehingga aku nak tidur ni pun, kesedihan aku masih belum benar-benar tamat.

Al-Fatihah Tan Sri P. Ramlee@ Ramlee bin Teuku Nyak Puteh.

Read Full Post »

baru-baru ini aku berkesempatan menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid

Alhamdulilah, ramai betul jemaahnya…ada yang datang berjubah, ada yang ala-ala korporat, pendek kata macam-macam imej dan gelagat yang dapat aku perhatikan di sini

tapi tak kisahlah, yang penting semuanya datang dengan niat yang satu iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT

tapi aku cukup terkilan, pakaian yang dipakai langsung tidak mencerminkan keperibadian segelintir daripada mereka

walaupun ada yang berjubah, ada yang bertali leher tetapi perangai yang dioarang tunjukkan cukup memalukan

adakah patut, hanya disebabkan malas hendak mencari tong sampah, bekas makanan dan minuman dicampak dan diletakkan saja di atas pintu pagar masjid!

akhirnya pintu pagar yang cantik dan kelihatan gah itu bertukar menjadi tong sampah tak rasmi masjid berkenaan

untuk pengetahuan korang, lebih memalukan, masjid yang aku maksudkan itu adalah Masjid Negara, masjid yang juga menjadi daya tarikan para pelancong terutamanya dari luar negara!

korang bayangkan apa persepsi para pelancong berkenaan terutamanya yang bukan beragama Islam bila melihat keadaan yang semacam ini, mana kita nak letak maruah kita sebagai orang Muslim???

lebih pada itu, apa kita nak jawab pada Allah bila rumahnya kita kotori dengan begitu saja, tanpa rasa malu dan rasa bersalah?

ishk, aku ni bukanlah ustaz, tapi aku rasa kita semua tak perlu menjadi ustaz untuk memahami perkara-perkara basic macam ni

kalaulah pagar rumah kita sendiri dibuat begini, apa perasaan kita agaknya?

selesai solat, aku menghidupkan enjin kereta kerana nak pergi cari kedai makan, maklumlah di sebelah paginya aku terlepas breakfast sebab asyik meeting tanpa henti

tiba-tiba sebuah stesen radio memainkan lagu cinta yang penuh syahdu dari Maher Zain, The Rest Of My Life

Subhanallah, inilah lagu cinta penuh syahdu yang pernah aku dengar setakat ini

dalam lagu itu, penyanyinya bersyukur kepada Allah mempertemukannya dengan seorang gadis yang sangat dicintainya

jarang lagu cinta berbahasa Inggeris yang mempunyai lirik sebegitu, yang ada semuanya lagu cinta si lelaki memuji aweknya setengah mati!

dengan berentak ballad dan sedikit sentuhan muzik Latin, lagu tersebut diperindahkan lagi dengan suara Maher Zain yang sungguh merdu…menjadikan lagu The Rest Of My Life cukup melankolik dan menusuk ke sanubari!

antara lirik lagu tersebut;

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

Read Full Post »

Nizal Muhammad yang cool…

siapa tak kenal Nizal Muhammad, bekas pengacara terkenal TV3

dulu kalau setiap pagi buka TV3, akan terpampanglah muka comel dia bersama otai-otai pengacara yang lain seperti Farahin Jamsari, Nomala Samsudin, Aziz Desa dan ramai lagilah

walaupun telah lama bersara dari dunia glamour, namun ‘aura’ Nizal masih lagi terserlah

dalam diam, rupanya Nizal mengendalikan banyak bengkel-bengkel kewartawanan televisyen khususnya untuk para wartawan dan pengacara muda dalam industri ini

aku sangat bertuah kerana TV Alhijrah telah melantik Nizal untuk melatih para wartawan penyiaran kami khususnya bagi mempersiapkan mereka untuk menjadi pembaca berita dan host dalam program-program yang dirancangkan

yang bestnya mengenai Nizal, dia sangat peramah, baik dan merendah diri…orangnya sentiasa ceria, tak pernah selama aku bersamanya, dia meninggikan suara ataupun masam tak tentu pasal, cool aje

pendek kata, setiap detik bersama Nizal adalah saat yang cukup menyenangkan

bertuah anak-anak buah aku kerana dapat trainer yang hebat seperti Nizal

jauh di sudut hati, aku mahu kesemua anak-anak buah aku suatu hari nanti boleh menjadi insan seperti dirinya

siapa tahukan?

.

.

SAK: Suka bersama insan-insan yang hebat…numpang tuah yeop!

Read Full Post »

aku hampir tidak percaya dengan apa yang aku lihat di Buletin Utama malam tadi

lebih 350 orang mati di atas atas sebuah jambatan sewaktu jutaan rakyat Kemboja meraikan berakhirnya Festival Air semalam

kesemuanya yang mati disebabkan sesak nafas dan terpijak sesama sendiri kerana keadaan yang terlalu sesak di jambatan berkenaan

apa lagi nak dikatakan….

Read Full Post »

aku mengenali Syed Ridzwan atau Wan kira-kira dua tahun lepas ketika kami sama-sama bertugas disebuah syarikat production house yang membekalkan rancangan berbentuk dokumentari untuk Astro

Wan bertugas sebagai editor visual manakala aku pula editor skrip/content

so boleh dikatakan kerap juga kami bekerjasama walaupun tak secara langsung

masa mula-mula bersua muka, memang aku pening ngan mamat ni

dengan bersubang, dengan rambut yang diwarnakan perang dan t-shirt yang penuh dengan imej rocknya menyerlahkan identiti Black Mentalnya yang cukup stylo

sekali imbas -GAYA GANAS GILERRRRR!!!

tapi bila berbual dengannya, Wan ni ya Allah jauh lari dari imej yang kita lihat

sering tersenyum, berbudi bahasa dan cukup hormat dengan orang

tapi yang paling mengkagumkan aku, Wan ada satu perangai yang cukup pelik dan jarang ada pada kita semua

untuk pengetahuan korang, setiap kali sebelum keluar rumah, Wan akan memastikan dia membawa sedikit makanan kucing iaitu Friskies didalam poket seluarnya

jadi setiap kali dia berjalan ke tempat kerja, Wan akan menaburkan Friskies pada setiap ekor kucing jalanan yang dia temui, menarik bukan?

terus-terang, inilah kali pertama dalam hidup, aku berjumpa dengan orang macam Wan

mungkin disebabkan berkat amalannya itu, baru-baru ini Mat Metal@ Mat Rock@ Mat Punk bernama Syed Ridzwan tiba-tiba terpilih untuk menyertai rombongan media membuat liputan haji di Mekah

ini sekaligus membolehkannya menunaikan ibadat haji di sana secara percuma, tanpa mengeluarkan satu sen pun perbelanjaan, semuanya ditanggung beres!

Wan (kanan) dan sahabatku Syirfan sewaktu di Tanah Suci

aku difahamkan, ada keluarga dan kengkawan rapatnya masing-masing ‘terkejut katak’ bila dapat tahu Wan nak pergi haji

betulla kata pepatah, jangan menilai orang secara luaran saja

Wan mungkin nampak ganas, tetapi dia mempunyai hati yang cukup mulia

Allahuakbar!

.

.

SAK: Tabik spring pada Wan, semoga dapat haji yang mabrur bro

Read Full Post »

naik muntah ngan meeting

pagi petang siang malam meeting…hari-hari kami menjadi menjadi semakin sibuk, apatah lagi menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tak lama lagi

Najib seorang yang sangat particular, everything kena put in order

beliau mahu tahu setiap sen yang dibelanjakan, beliau mahu tahu hala tuju organisasi, beliau mahu tahu visi dan misi…semua kena perfect

bab ni aku serah kat my big bos lah kan, tugas aku dan kengkawan yang lain adalah untuk memastikan PM gembira dan happy dengan kerja kami

hasrat Perdana Menteri untuk melihat kewujudan stesen televisyen yang berorientasikan Islam 100 peratus harus dijayakan dengan sebaik mungkin

tiada alasan lagi!

Read Full Post »

aku sentiasa bersyukur kerana sepanjang karier aku dalam bidang kewartawanan, aku berpeluang untuk bekerja di media cetak dan media elektronik…maknanya aku pernah bekerja sebagai wartawan akhbar, pada masa yang sama aku pernah bekerja sebagai wartawan televisyen

ramai orang bertanya, apa beza antara keduanya…basically bagi aku ia adalah benda yang lebih kurang sama tetapi masing-masing menjanjikan cabaran yang tersendiri

kalau sebagai wartawan akhbar, cabaran aku adalah bagaimana hendak menceritakan kepada kepada pembaca aku mengenai sesuatu isu dengan hanya menggunakan PERKATAAN

tetapi sebagai wartawan televisyen, cabaran aku bagaimana hendak menceritakan kepada penonton aku mengenai sesuatu isu dengan menggunakan VISUAL

sekali imbas, mungkin ada yang menyatakan menjadi wartawan televisyen lebih mudah kerana visual itu sendiri akan menceritakan segalanya namun percayalah, ia tidak semudah seperti yang disangkakan

semalam, aku terpaksa mengorbankan waktu cuti Aidil Adha aku kerana diberi tanggungjawab sebagai Penerbit Eksekutif kepada sebuah program siaran langsung untuk stesen televisyen baru, TV Alhijrah

inilah pertama kali aku memikul tanggung jawab yang cukup besar

program siaran langsung atau ‘live’ bukan satu tugas yang mudah kerana ia dipancarkan ke seluruh negara, kita tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesalahan

sebagai penerbit eksekutif, aku bertanggung jawab ke atas kelicinan program berkenaan

aku perlu memastikan tim teknikal dan jurukamera aku menjalankan tugas mereka dengan cemerlang, aku perlu memastikan pengacara aku lancar dalam perbualan mereka, aku perlu memastikan wartawan penyiaran aku menyediakan skrip yang terbaik

malah sampai ke peringkat makanan, sama ada cukup atau tidak cukup pun aku kena monitor

bajet yang berpuluh-ribu tu aku juga yang perlu bertanggungawab, ini belum masuk bab disiplin setiap staf yang terlibat

apapun Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali sepertimana yang dirancangkan

pujian harus juga diberikan kepada rakan-rakan sekerja aku seperti penerbit program live berkenaan, Fitri, penerbit teknik, Wan Zulkifli, pengarah studio, Aizat, ketua jurukamera, Arabi, para pengacara, wartawan dan jurukamera, audioman dan banyak sekali lah kalau nak disenaraikan di sini

ada lebih kurang 40 orang kesemuanya

mereka ternyata profesional dalam menjalankan tugas sehingga ia banyak mengurangkan beban dan stress aku ketika di lokasi

apapun walau tidur hanya sekitar 3-4 jam sehari, terpaksa bertugas di musim perayaan, namun segalanya berbaloi bila program ini dapat disiarkan untuk tatapan penonton di luar sana

ya syukur kepada Allah, syukur sangat-sangat!

Penerbit teknik, Wan Zul di bilik OB

Ketua jurukamera, Arabi yang turut bertindak sebagai floor manager

Fifi yang 'ayu' sedang menyolek Danial sebelum on air

memerah idea mengumpul bahan

Ady Herman (adik Ally Iskandar) dan Danial di set

bersama warga kerja depan dan dibelakang tabir

bersama pengacara lelaki TVAlhijrah

bersama pengacara wanita TVAlhijrah

Read Full Post »

Hujan Yang Menyingkir Pesona

andai bisa aku berlari dalam hujan yang lebat ini
maka akan aku bawa cangkir kenangan
untuk didalamnya aku isi sejuta rasa yang pernah memenuhi
tiap sudut dan dimensi yang mengelilinginya

didepanku sekarang adalah hujan yang turun dengan galaknya
menutup bumi dan tanah dengan lapisan amarah
lalu pasir rinduku pun berubah sifat dan semangat
menjadikan ia becah dengan memori yang telah lama terbunuh

hujan ini telah menyingkir pesona
ribut ini telah menghakis asmara
guruh ini telah menikam kasih dan cinta
kilat ini telah merobohkan tembok jiwa
dan bah yang terjadi telah menalkinkan segalanya

wahai mentari jangan cuba kau sembunyi
aku kini lemas dibawa puing kata
carilah jasad rindu ini dimana-mana
kuburkan ia di pusara yang bernisankan sejarah

kaulah hujan yang menyingkir pesona
bawalah aku kemana saja yang kau suka!

SYAHRIL A. KADIR
Taman Tasik Perdana

Read Full Post »

gambar di atas adalah ‘newsroom’ atau dipanggil Bilik Berita

ia adalah NADI sesebuah jabatan berita, di sini tempat wartawan, di sini tempat editor, di sini segalanya dirancang untuk tatapan jutaan penonton atau pembaca di luar sana

gambar di atas diambil pada hari Sabtu, jam kira-kira pukul 3 petang

lengang dan tidak berpenghuni

yang ada cuma meja, kerusi dan komputer

aku tersenyum melihat keadaan ini, keadaan dan suasana seperti ini bukanlah fitrah sesebuah bilik berita

kalau nak tahu, bilik berita umpama sebuah medan perang, kelam-kabut, manusia terkejar sana, terkejar sini…semuanya mengejar dateline yang perlu dibereskan dan disempurnakan pada waktu dan hari itu juga!

tak mengapalah, lengang pun lenganglah, semuanya masih belum bermula, semuanya masih diperingkat awal

semuanya masih diperingkat belajar, baru nak mengenal dunia, baru nak mengenal rentak

omputih kata- step by step

tapi percayalah, semuanya takkan sama lagi selepas ini

seseorang wartawan itu bukanlah wartawan yang baik kalau hanya fikir kerjanya 9 to 5, hanya fikir nak berehat di hujung minggu,  hanya fikir hendak kejar glamour dari nak kejar ilmu

prinsip aku mudah, kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

dalam konteks ini, kalau nak jadi wartawan tapi tak mahu rasa susah, percayalah, inilah bukanlah karier yang tepat

ada orang kata..dont work hard but please work smart, maaf, ini bukan tempatnya

untuk jadi wartawan, seseorang itu perlu work hard dan perlu work smart

kalau salah satu itu tiada, tempanglah ia, rosaklah lagu, pincanglah irama

SELAMAT DATANG KE BILIK BERITA!

.

.

SAK: Adrenalin aku semakin bergerak laju…

Read Full Post »

kaya oh! kaya

nasib baik ada Kaya...

ketika sedang tidur kelmarin, mulut aku tiba-tiba terasa pahit hingga menyebabkan aku terjaga dari lena

pada masa yang sama, aku terasa lapar yang amat sangat

sebenarnya memang aku terlepas dinner kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja aku

so dalam keadaan mamai atau ‘blur’, aku terus capai sekeping roti Gardenia dan menyelongkar peti sejuk untuk mencari Kaya

kebetulan aku memang suka makan roti sapu Kaya

sebaik saja keluarkan dari peti sejuk, aku pun buka botol Kaya yang ada tu

tapi aku hairan, mengapa Kaya ni warna merah sedangkan Kaya selalunya warna hijau

lepas aku belek punya belek, laaaaaaaaaaaaaa….tu bukan Kaya, tetapi itu CILI GILING rupanyerrrrrrr!

nak tergelak pun ada gak, tak dapat aku bayangkan sekiranya aku termakan roti dengan cili giling tadi, mau haru dibuatnya!

kaya oh! kaya…..

.

.

SAK: Kaya senyuman…

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 269 other followers

%d bloggers like this: