Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2011

kita mungkin kenal Karam Singh Wahlia, Zakiah Anas dan Mazidul Akmal Sidek (sekadar menyebut beberapa nama)

namun tahukah korang, di sebalik nama-nama besar dalam dunia kewartawanan TV itu, masih ada beberapa nama yang tidak pernah mendapat limelight daripada media

antaranya aku mengenal dua orang daripada mereka…kedua-duanya juga adalah blogger

Syafinah Othman dan Nora Zainal

Syafinah Othman a.k.a 001beautifulcrazy.wordpress.com

Nora Zainal a.k.a noraitusaya.wordpress.com

kedua-duanya masih muda, belum pun usia mencecah 30, tapi jangan diperlekehkan pengalaman mereka

Syafinah sudah bikin dokumentari hingga ke Bosnia Herzegovina, Nora sudah meliput hingga ke Taiwan

kedua-duanya adalah ‘produk’ Mass Comm UITM

bermula sebagai wartawan penyiasatan Edisi Siasat NTV7, kini mereka melangkah sayap pula sebagai penerbit dokumentari untuk TV Alhijrah

baru-baru ini kedua-duanya secara senyap mengembara ke wilayah konflik di Selatan Filipina, merungkai permasalahan dan persengketaan antara pejuang Moro dan kerajaan di sana

ya, mereka persis budah mentah yang gerun dengan senjata di kiri dan kanan, namun mereka tak mungkin mudah mengalah dengan keadaan

bayangkan dalam usia semuda ini mereka sudah berjaya menjalankan misi-misi sebegini, bagaimana pula sepuluh tahun akan datang?

Syafinah dan Nora bukan wartawan ternama, tapi percayalah satu hari nanti mereka bisa goncang dunia!

ikuti catatan pengembaraan dua wartawan muda ini DI SINI dan DI SINI

SAK: Salut!

Read Full Post »

minggu lepas aku menulis mengenai satu kes yang agak pelik…seorang LELAKI ditemui mati, tapi dia memakai coli!

nak kata pondan, tak juga…mayat ditemui terbaring dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri

semalam sahabat blogger aku, Ondscene melaporkan ada satu lagi kes mati bercoli, kali ini mangsanya perempuan…ini boleh dikatakan masih tidak begitu pelik kerana memang fitrah perempuan sentiasa bercoli

tetapi kes ini menjadi PELIK apabila mangsa tiba-tiba muncul di sebuah jalan yang sibuk berhampiran Istana Negara dalam keadaan separuh bogel hingga seorang pemandu tak sempat nak brek lalu merempuhnya

kesiannya...

dia mati ditempat kejadian

persoalannya, kenapa dia tiba-tiba muncul dalam keadaan sebegitu rupa? adakah dia cuba lari dari dirogol? adakah dia kurang siuman? adakah dia nak bunuh diri?

kalau dia mangsa jenayah seksual, kenapa dia hanya menutup ‘yang atas’, kenapa ‘yang bawah’ dibiarkan terbuka?

mungkin dia tak sempat nak tutup semua…

yang pasti wanita ini bukan rakyat Malaysia kerana dikatakan tiada bekas suntikan BCG di lengannya

berdasarkan pengalaman aku, kalau kes kematian yang mencurigakan seperti ini, polis trafik selalunya akan menyerahkan kes itu kepada pegawai siasatan jenayah (CID) untuk siasatan lanjut

buat sementara ini semuanya masih menjadi misteri

tapi itulah lumrah jenayah, kekadang lain yang disangka, lain yang berlaku sebenarnya

kalau aku seorang pegawai polis, pening juga nak siasat kes macam ni

tak mengapalah, itu kerja diaorang…tahulah kot macam mana nak menyelesaikannya

kita yang kat luar ni nampaknya terus bertanya-tanya dan berspekulasilah jawabnya

dunia oh dunia!

Read Full Post »

aku terlalu sedih sekarang ini…tapi kesedihan itu tidaklah sampai mengalirkan airmata

macam mana nak cakap eh…rasanya perkataan lebih sesuai untuk aku ungkapkan ialah TERKILAN

kira-kira 30 tahun lalu, aku tinggal di sebuah kampung di Pulau Pinang yang bernama Tanjong Tokong

semuanya bermula apabila arwah abah tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pegawai Waran Dua dengan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpengkalan di Sandakan, Sabah

arwah abah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung emak di Tanjung Tokong, kebetulan arwah atok dan nenek hanya tinggal berdua

lalu bermulalah kehidupan kami sebagai anak kampung, maklumlah selama ini dunia kami hanya berlegar di sekitar kem tentera

Tanjung Tokong ni sejarahnya dibuka oleh oleh moyang aku yang bernama Tok Guru Haji Hassan Fussanah, masa tu luasnya hanya 72.8 square meter je

bila British datang, diaorang namakan kampung ni Tanjong Tokong sebab ada tokong Cina di hujung tanjung

aku masih ingat lagi, dulu setiap pagi arwah abah akan bawa aku ke kedai kopi di kepala simpang yang dikenali sebagai Kedai Ajid

sebenarnya ia adalah kedai kopi Cina tetapi pembancuh airnya adalah seorang pakcik Melayu bernama Ajid, so sampai kesudah orang panggil kedai kopi itu Kedai Ajid

selepas menghirup kopi, telur setengah masak dan sekeping roti bakar disapu kaya, aku akan ikut pula mak membeli ikan di pasar

masih terngiang-ngiang lagu D.J Dave dan Hail Amir yang sering berkumandang dekat pasar itu, masa tu dua penyanyi ni kira macam Faizal Tahir ngan Anuar Zain lah kan, famous gila!

kebetulan pula kampung kami ni boleh terkenal kerana melahirkan ramai artis seperti penyanyi 60-an bernama RockyDin, penyanyi 80-an Razis Ismail dan pelakon Spanar Jaya, Radhi Khalid

malah aku difahamkan isteri Hail Amir pun orang situ

walaupun kampung kami nama Tanjung Tokong, tetapi majoriti penduduknya adalah orang Melayu, orang India dan Cina pun ramai juga, maknanya kampung kami dah jadi 1Malaysia ni dah lama dah

memang indah dan meriah kalau nak diingat balik pasal Tanjung Tokong ni

malangnya itu dulu…kini Tanjung Tokong semakin hilang ditelan proses pembangunan yang menggila

rumah kampung yang tinggal boleh dibilang dengan jari saja…itupun tak lama lagi semuanya akan rebah kebumi kerana UDA (pemilik tanah) mahu membangunkan kawasan itu

yang paling sedih, semalam aku terbaca di dalam akhbar yang UDA akan menjadikan Tanjung Tokong sebagai ‘kampung warisan’

itu bahasa cantik…kalau bahasa kasarnya lebih kurang macam muzium ler, buat tatapan pelancong, aduh sedihnyaaaaa

mengikut rancangan, UDA akan mengasingkan tanah seluas 0.8 hektar di kawasan berkenaan untuk dibangunkan rumah warisan, galeri serta rumah kedai

penduduk pula akan ditawarkan untuk membeli rumah pangsa yang UDA bina

ermm…entahlah, ada seorang kawan aku di sana memuji tindakan UDA ni

” bro, inilah kisahnya kalau menumpang tanah orang tapi at least depa ‘offer’ rumah untuk dibeli, takdelah selamanya dok menumpang tanah orang macam tu saja

” lagipun bro, kampung Tanjung Tokong ni dah uzur sangat, kiri kanan dah penuh hotel dan kawasan perumahan mewah, orang Melayu pulak masih duduk kat rumah papan yang  buruk lagi, nanti bila pelancong tengok mana kita nak sorok muka…bagi aku banyak baik daripada buruk mengenai projek pembangunan semula kampung kita ni,” katanya masa kami berfacebook malam tadi

mungkin apa yang dia kata betul juga, sampai bila kita asyik nak bersentimental…

apapun mahu tak mahu kampung Tanjung Tokong tak lama lagi hanya akan tinggal kenangan sajalah jawabnya

yang pasti aku masih layan lagu D.J Dave dan Hail Amir walaupun Anuar Zain dan Faizal Tahir telah mengambil ‘peranan’ mereka ketika ini…argh kenangan…

Read Full Post »

rumahku syurgaku…ahaks

aku ni agak reserved dalam menceritakan mengenai kehidupan personal aku

bagi aku, kenal aku sebagai penulis dan pemilik blog ini pun dah buat aku bersyukur , lagipun aku bukan artis yang peminat nak tahu sangat sampai dalam kain

aku cuma wartawan marhaen yang masih belajar dan belajar…tetapi hari ni aku nak cerita sikit pasal بيتي جنتي

dalam huruf Romannya berbunyi Baiti Jannati atau rumahku syurgaku…

nilah rumah gua..

rumah aku ni terletak di pinggir Kuala Lumpur, lebih tepat lagi dah masuk di bawah jajahan Majlis Bandaraya Petaling Jaya

bukanlah mahal sangat pun, sederhana je harganya….masih dalam kategori mampu milik bagi orang kebanyakan macam kita ni

walaupun aku ramai kenalan, namun boleh kira dengan jari mereka yang pernah masuk kat dalam rumah aku ni

bukan aku tak suka, tapi aku keluar dah pepagi buta, aku balik rumah pun dah tengah malam, so apa kejadah member2 aku nak datang time-time macam tu kan

dalam rumah aku yang kecil ni, aku paling banyak menghabiskan masa dia ruang tamu…bukan sebab aku tengok TV, tapi kat sinilah aku banyak termenung memikirkan pasal diri aku, kekadang terlelap sampailah ke pagi

simple jer ruang tamu aku ni...

aku jarang sangat tengok TV kecuali Buletin Utama, National Geography dan History Channel….errr, termasuk Raja Lawak!

di ruang tamu ini jugalah aku melayari internet sehingga berjam-jam lamanya termasuk update blog aku ni

tempat kedua adalah ‘White House’ aku atau bilik study, kat sinilah aku banyak menghabiskan masa membaca buku-buku biografi, politik dan majalah-majalah…aku tak pilih topik, majalah Pengantin pun aku layan ahaks!

setakat ni dah berdozen majalah aku main sedekah je kat member2 yang datang

dan sudah semestinya antara tempat favourite aku adalah dapur (off courselah kan)

sambil masak Maggie, aku akan renung fridge magnet kat peti sejuk tu…ia akan membuatkan aku tersenyum sendiri mengenangkan memori bekerja atau melancong di tempat-tempat tersebut

dah tebiat aku, bila sampai satu-satu tempat, fridge magnet tu aku cari dulu, aku juga terima banyak  fridge magnet daripada kengkawan luar negara, semua tu buat aku semangat untuk pergi ke sana

tapi aku sedih sikit sebab kekadang magnet tu tak tahan lama, tiba2 dengar bunyi jatuh berderai jer

last but not least, sudut souvenir…kerja sebagai wartawan ni memang penuh dengan souvenir, jadi aku sumbat semua souvenir aku dalam sebuah almari

aku orang yang cukup menghargai satu-satu pemberian, kalau dapat satu-satu benda aku akan cuba menyimpannya selama mungkin

bercakap pasal rumah ni, bagi aku, tak kiralah banglo ka, setinggan ka…kitalah yang ‘mengsyurgakan’ kediaman kita

apaguna kalau rumah sebesar alam tapi dalamnya ibarat ‘neraka’…sesama anggota keluarga bergaduh, itulah, inilah

kerana dalam Islam, rumah bukan sekadar melindungi kita dari hujan dan terik mentari, ia lebih luas dari itu

dan yang paling penting, nak beli rumah ikut kemampuan dah ler

tak guna beli beratus-ribu lepas tu turun naik mahkamah, tak ke haru dik non?

fikirkanlah…

Read Full Post »

dua tiga hari lepas akhbar Berita Harian ada memuatkan artikel di muka hadapan mengenai kehebatan beberapa orang blogger yang berjaya mendapat pulangan yang tinggi dengan hanya berblogging

katanya, ada yang pendapatan mencecah berbelas ribu sebulan disebabkan iklan yang diperoleh hasil daripada menulis blog

lalu ada sahabat yang bertanya, tak teringin ke aku ‘sumbat’ iklan dalam blog ini

dengan visitors yang lebih sejuta mengunjungi blog ni, tak mustahil aku juga boleh tergolong dalam golongan berkenaan

aku hanya tersenyum, tak tau nak bagi reaksi macam mana

betul, duit sangat penting…boleh bayar hutang, boleh beli itu, beli ini…dan boleh beli cinta lagi!

terus terang, bukan tak teringin nak jana pendapatan melalui blog, tetapi aku secara peribadi tak berminat nak berbuat demikian

aku menulis kerana aku menyintai dunia penulisan, aku menulis kerana aku nak berkongsi rasa dan aku menulis kerana itulah aku

aku tidak membuat blog ini untuk menjadi kaya, menjadi terkenal atau menjadi siapa-siapa

apa yang aku tulis, itulah aku… kerana akulah penulisnya, akulah editornya

aku tak suka tulis diari kerana tulisan aku, MasyaAllah, kalah cacing kerawit

jadi melalui blog inilah aku meluahkan segalanya…justeru tak sampai hati pula nak dapat duit hasil daripada menjaja kisah dan perasaan aku itu

tapi jangan salah sangka, aku takdelah menentang sesiapa yang KAYA dari kerja memblogging ini, tak salah kot, inisiatif masing-masinglah kan

aku sendiri tak kata yang aku takkan buat begitu, tetapi tidak buat masa sekarang kot

tapi siapa tahu tetiba Petronas ke, Felda ke nak sponsor blog aku nih, confirm sekarang juga aku buat iklan hahahahaha

anyway, akhirnya kita akan sedar yang bukan wang yang kita cari sebenarnya

biarlah cinta, kasih dan persahabatan mengatasi kepentingan ringgit dan sen, biarlah keberkatan Tuhan mengatasi setiap material yang terkumpul di muka bumi ini

aku mungkin betul…dan aku mungkin salah, korang pula macam mana?

Read Full Post »

selepas seharian dari pagi ke malam berada di pejabat, aku pun mula ‘renung’ telefon bimbit aku

macam-macam mesej dan ‘missed call’ yang ada

dengan bekalan kredit yang nyawa-nyawa ikan, aku mula memegang hand phone aku dan cuba membalas sebanyak mungkin mesej @ panggilan yang masuk

tetapi aku boleh ibaratkan hari ini adalah hari ‘wish’ sedunia

yang bakal nak menikah…aku wish dia Selamat Berbahagia,

yang bakal ke luar negara, aku wish dia Selamat Bertugas etc,

yang tengah tak sihat, aku wish dia Makanlah Ubat,

yang dapat kerja baru, aku wish Tahniah,

yang baru bersalin, aku wish Alhamdulilah, Teruskan Perjuangan Untuk Dapat Baby Yang Seterusnya

yang tengah tension bekerja, aku wish Banyakkan Bersabar

kemudian aku nak hantar beberapa ‘wish’ lagi tapi kredit terus ‘solosai’

aku hanya perasan bila beberapa ‘wish’ yang aku sent tersangkut atau PENDING dalam bahasa handphone

apa yang pasti, semua ‘wish’ itu bukan sekadar ‘wish’ tetapi ia benar-benar datang dari lubuk hati aku yang paling dalam

ada satu ‘wish’ tu aku terpaksa pinjam handphone kawan sebab kredit habis…ini terpaksa dilakukan kerana aku mahu dia benar-benar tahu tentang ‘wish’ yang aku maksudkan

on top of that, aku nak semua mereka yang aku hantar ‘wish’ itu sedar dan tahu betapa pentingnya mereka dalam hidup aku

sama ada SMS aku berbalas, sama ada mereka salah menafsir SMS aku, sama ada mereka sedih atau happy menerima ‘wish’ itu bukan lagi menjadi persoalan

cuma kekadang aku tertanya, di saat aku dok ‘wish’ orang, jarang benor aku mendapat ‘wish’ daripada orang lain, hahahaha

takpelah, inilah yang dikatakan nasib badan, be cool Syahril, be cool…ahaks

.

SAK: Diam tak diam entry ‘wish’ ni pun boleh jadi berbelas perenggan, adoyyyy, memang aku gila menulis!

Read Full Post »

pulut inti

Aku tak tahu kat tempat korang apa yang orang panggil kuih ini, tapi di kampung aku kuih ini kami panggil pulut inti

Pulut inti adalah pulut yang diletakkan inti kelapa di atasnya, kemudian ia dibungkus kecil seperti nasi lemak

Sebenarnya aku ada kenangan tersendiri dengan pulut inti ini

Kira-kira 30 tahun dulu sewaktu aku bersekolah tadika di Pulau Pinang, kakak tiri aku aku akan mengayuh basikal hampir satu kilometer setiap pagi untuk menghantar bekalan makanan kat aku

Nampak tak, walaupun cuma berstatus kakak tiri, namun kasih sayang dia kat aku mengalahkan kasih sayang seorang kakak kandung

Memandangkan dia sendiri masih bersekolah ketika itu, dia hanya sempat menyediakan ‘dua jenis menu’ untuk sarapan aku pada setiap pagi

Pertama, dia akan masak mee segera perisa ayam…kalau dia tak sempat, dia akan singgah beli pulut inti kat satu makcik ni

Pendek kata dalam tempoh dua tahun aku bersekolah tadika, menu aku setiap pagi cuma mee segera atau pulut inti

Kalau hari Isnin dia hantar Maggie, hari Selasa dia akan hantar pulut inti dan begitulah pada hari-hari berikutnya

Sebab tu bila aku nampak pulut inti, aku akan terus terkenang kenangan tersebut, ia boleh membuatkan aku tersenyum

Tapi pada masa yang sama, ia juga boleh membuatkan hati aku sebak…sebak sebab mengenangkan yang ia bukan sekadar sebungkus pulut inti

Tetapi ia juga melambangkan kasih sayang seorang kakak tiri terhadap adik tirinya

semua ini tak pernah aku lupa…

Read Full Post »

kediaman siapakah ini?

 

katanya rumah ini terletak di Bukit Tunku

katanya keluasan rumah ini adalah 3,000 kaki persegi

katanya rumah ini ada sembilan bilik tidur, 21 buah tandas, dua bilik tetamu, dewan tarian, dua ruang tamu, ruang parking awam dan sebagainya

katanya pemilik rumah ini adalah orang yang sama memiliki Ritz Carlton dan JW Marriot Bukit Bintang, Pangkor Island Resort, keretapi ERL dan lagi dan lagi

katanya dia seorang duda setelah isteri kesayangannya meninggal dunia kerana kanser payu dara dua tiga tahun lepas

katanya beliau adalah seorang Tan Sri (yang pasti bukan Tan Sri Jins Shamsuddin ataupun Tan Sri P. Ramlee)

katanya beliau adalah….Tan Sri Francis Yeoh, Pengarah Urusan YTL Corporation.

SAK: Katanya…nak kata apa lagi?

Read Full Post »

Politik Ofis

aku rasa majoriti daripada kita semua ada masalah di pejabat, cuma yang bezanya sama ada ia berskala kecil atau berskala besar

bila sebut pejabat, akan ada manusia yang kaki bodek, cakap banyak kerja kurang, lebih sudu dari kuah, bagai si kudung dapat cincin, bertelur sebiji dan riuhnya sekampung dan berbagai lagilah

ada juga manusia dalam pejabat kita tu yang indah dan molek pekertinya, rajin sifatnya, amanah orangnya, sopan tutur katanya dan lain-lain lagi

baik, agak-agak aku dan korang yang tengah baca blog ni sekarang jatuh dalam kategori apa?

bagi aku, selagi kita bernama manusia, akan ada orang yang sayang kita dan akan ada orang yang sentiasa mencari peluang untuk menikam kita kow-kow dari belakang

ini hakikat yang tak boleh kita elak kerana rambut sama hitam tetapi hati lain-lain

lagipun kita sendiri  bukannya perfect, kita rasa kita bagus tetapi belum tentu di mata orang lain

kita rasa kita ni bingai tapi belum tentu orang lain juga merasa begitu

aku rasa yang menjadi punca masalah adalah bila kita mengambil pendekatan menghukum, bukan membina….membunuh, bukannya nak mengajar

kita selalu menilai seseorang berdasarkan kulit tetapi bukan isi

pepatah ada mengatakan – tak kenal maka tak cinta

kita cepat nak melatah tanpa mengambil kira sejarah

kita cepat nak bersilat sedangkan langkah kita sendiri sumbang sifatnya

aku menulis entry ini bila terkenangkan kawan lama aku di Utusan Malaysia, Hata Wahari yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ)

Hata ni memang ‘laser’ orangnya, kalau dia rasa dia betul, tak payahlah korang nak berdebat dengan dia, confirm buat sakit hati je hahahaha

nak dijadikan cerita, baru-baru ni dia dituduh menyindir pengurusan Utusan Malaysia serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar

disebabkan itu, dia katanya kena gantung kerja

korang nak tahu apa Hata buat?

sebagai tanda bantahan terhadap majikannya, dia bantai buat ‘pejabat’ sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia

bagaimanapun pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil

di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis “Wartawan Sedang Bertugas”…memang gila babi Hata ni hahahahaha

bagi aku ini adalah contoh terbaik kalau nak cakap pasal politik ofis

Hata rasa tak puas hati dengan majikan dan majikan juga tak puas hati dengan Hata

well, aku tak kata apa yang Utusan buat tu betul dan apa yang Hata buat tu salah dan begitulah sebaliknya

aku tak taulah sampai bila Hata nak buat kerja ‘gila’ macam tu, tapi itulah Hata yang aku kenal

so, kalau korang tak puas hati dengan majikan korang, sanggup tak korang buat tindakan ‘daring’ macam tu?

entahlah, susah nak cakap siapa betul siapa salah…tepuk dada tanya selera

cuma pesan aku hanya satu, selagi kita ni makan gaji, selagi tulah politik pejabat ni takkan berakhir

nak senang, buka bisnes sendiri kerana akhirnya kaulah kuli dan kaulah taukeh, amacam, ada berani?

SAK: Tak pernah ada masalah ngan ofis, tapi sikit-sikit tu adatlah…sedangkan lidah lagi tergigit, ouch!

Read Full Post »

Restoran Nasi Kandar Yassin yang terletak dekat Chow Kit adalah ‘restoran rasmi’  aku sejak akhir-akhir ini

maklumlah dah lama tak balik Penang…so bila rindukan nasi kandar, Restoran Yassin akan jadi sasaran aku

maaf, bagi aku restoran nasi kandar macam Pelita dan Kayu adalah restoran mamak, bukan restoran nasi kandar

aku actually bukan nak cerita pasal nasi kandar hari ini tetapi aku nak berkongsi satu kisah

sebenarnya dah beberapa kali aku terserempak sebuah van putih setiap kali makan di situ, selalunya van ini akan parking di tempat tersorok

dan setiap kali itu jugalah beratus orang akan berbaris panjang untuk membeli makanan dari van tersebut

amboy, sedap sangat ke makanan yang van tu jual bisik hati aku

jadi kelmarin bila nampak van tersebut, aku pun terus melintas jalan dan pergi untuk berbaris sama

nasib baik sebelum aku nak masuk barisan, aku ternampak logo PERTIWI di pintu van itu

tanpa fikir panjang aku pun surf perkataan PERTIWI di Google, Alhamdulilah, internet kat hand phone aku agak laju masa tu

laaaaaaaaaaaaaa rupanya PERTIWI adalah singkatan pada perkataan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam

mereka menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, sosial dan keagamaan yang mana semuanya adalah berteraskan pendidikan khusus untuk wanita dan kanak-kanak

bila aku tanya-tanya orang kat situ, mereka kata, dalam malam-malam tertentu, sukarelawan PERTIWI akan datang membawa makan serta minuman sebelum mengagih-agihkan kepada fakir miskin, mereka yang takde rumah (homeless), golongan penagih, pekerja seks dan kutu rayau yang berlindung di lorong-lorong gelap sekitar Chow Kit, wow!

selain diberi makanan percuma, golongan ini juga katanya diberi nasihat dan dibimbing oleh PERTIWI untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan

aduh tersentuh aku…kalau betullah ini matlamat PERTIWI, aku cukup salute dengan diaorang

bagi aku pendekatan PERTIWI ini cukup cantik dan kena pada tempatnya…makna kata mereka bukan NGO yang hanya pandai cakap, tetapi mereka telah buktikan yang mereka betul-betul mendekati golongan sasar secara ‘hands on’

aku bersyukur kerana masih ada pihak yang sayang dan mengambil berat nasib golongan ini walaupun majoriti kita memandang hina pada mereka

entahlah masing-masing ada pandangan sendiri…seperti yang aku sering sebut, jangan hanya tengok pada perbezaan, tengok juga pada persamaan…adios!

 

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: