Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2011

pagi tadi aku dengan bersemangat menuju ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dekat Jalan Duta

pada mulanya majlis tu nampak macam biasa-biasa saja, tetapi bila sampai waktu sidang akhbar, tetiba ia boleh bertukar ‘panas’

ia terjadi bila para wartawan mula ‘menggasak’ Ketua Pesuruhajaya SPRM. Datuk Seri Abu Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM, Datuk Mohd Noor Abdullah mengenai isu rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak

kedua-duanya enggan mengesahkan yang tokoh tersebut disiasat sebaliknya hanya mengatakan yang tiada siapa terlepas dari tindakan jika bukti menunjukkan ada unsur rasuah dalam satu-satu kes

jawapan itu nampaknya tidak memuaskan hati wartawan yang ada, sampai satu peringkat kedua-dua pihak mula meninggikan suara

aku dah mula rimas, spoil betul rasanya mood aku pagi ni

nasib baiklah takde kerusi meja yang melayang, kalau tak confirm sidang akhbar pagi tadi catat sejarah hehehehe 

 actually, aku faham kenapa pihak wartawan boleh emosi dan pada masa yang sama aku juga faham mengapa pihak SPRM tidak begitu senang dengan soalan berbau provokatif tu

maklumlah, wartawan nak cerita panas, yang SPRM pula tak nak terheret lagi dalam kontroversi ( inikan lagi kes Beng Hock yang dah cukup memeningkan kepala!)

yang pasti, mood aku untuk bekerja pun boleh ‘kacau’ dek insiden pagi tadi…spoil, memang spoil, haiyyyyaaaaa

Read Full Post »

Baru-baru ini aku ada berborak panjang dengan seorang rakanku yang berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir

Katanya, kualiti pelajar universiti tersebut dah tak sama macam dulu

Sekarang ini tak ramai lulusan Al-Azhar yang balik Malaysia kerana nak berdakwah katanya

Ramai yang memilih untuk bekerja di luar ruang lingkup agama, meninggalkan segala ilmu yang mereka pelajari di bumi anbia itu semata-mata kerana nak kejar gaji besar dan duduk dalam ofis berhawa dingin

“ Ana terkejut sheikh, waktu TV3 siar siaran langsung kepulangan student kita dari Mesir tempoh hari, Ana nampak ada sorang student perempuan kita siap bawa balik gitar lagi, apa dah jadi ni,” katanya merungut-rungut

Wah, panas ni dalam hati aku

Aku banyak diam dalam hal ini kerana dalam banyak perkara, aku tidak begitu setuju dengan rungutannya itu

Bagi aku, Islam itu agama yang universal, yang sentiasa relevan dalam ketamadunan manusia

Dalam erti kata lain, tak semestinya belajar agama membuatkan seseorang itu hanya ‘lunyai’ di masjid atau pejabat agama saja

Bahkan aku lagi kagum kalau si pemegang ijazah usuluddin tu jadi juruterbang fighter jet, pemegang ijazah shariah jadi CEO atau pemegang ijazah bahasa Arab jadi pegawai bomba, mengapa tidak?

Bab kualiti pula bagi aku sangat subjektif, aku difahamkan walaupun syarat masuk ke Al-Azhar tak seteruk nak masuk Harvard atau Cambridge, tapi nak lulus dari sana bukannya senang

Dalam setahun aku difahamkan beratus student kita yang fail atau gagal meneruskan pengajian, maknanya di sini kualiti tetap menjadi keutamaan pentadbir university tersebut, bukan setangkap tangkap muat saja

Dan tadi aku terbaca satu artikel di Utusan Malaysia mengenai rungutan seorang bekas pelajar kolej muzik terhebat di Amerika, Berklee School Of Music

Siapa yang dalam dunia muzik semua tahu yang Berklee ni kira kolej muzik paling gempaklah dalam dunia

kata Loque iaitu gitaris, vokalis dan keyboardis kumpulan Monoloque yang juga graduan kolej itu, sudah sampai masanya para penggiat dalam bidang itu terutama graduan yang pernah mendapat pendidikan di Berklee membuat perubahan drastik dalam karya-karya mereka.

Ni kerana segelintir karyawan muzik tanah air yang pernah dilahirkan dari Berklee tidak banyak menyumbang ke arah arah perkembangan lebih progresif.

Wow, ini lebih kurang apa yang member aku cakap mengenai Al-Azhar tu nampaknya

Aku mengaku, baik Al-azhar mahupun Berklee, aku tak pernah pun menjejak kaki apatah lagi belajar di kedua-dua institusi hebat tersebut

Namun aku percaya, pasti tak banyak sikit rungutan member aku dan Loque tu mungkin ada kebenarannya

Cuma adakah university yang salah atau pelajar sendiri yang tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan ‘sepenuhnya ilmu yang mereka peroleh, itu yang menjadi persoalannya

atau ada benda lain yang kita semua terlepas pandang?

Ceciter! Ceciter! Ceciter!

Read Full Post »

apabila kerap ‘turun padang’ membuat liputan sejak akhir-akhir ini, aku perasan yang dunia kewartawanan mula dibarisi para wartawan-wartawan baru

toleh ke kiri, wartawan baru…toleh ke kanan wartawan muda…toleh ke depan wartawan yang sedang menjalani latihan praktikal, toleh ke belakang wartawan sedang berada dalam tempoh percubaan

peluang untuk aku bertemu semula rakan-rakan seangkatan atau paling tidak pun yang lebih senior dari aku hanya muncul bila ada majlis yang dihadiri Perdana Menteri atau timbalannnya

kekadang aku terfikir, nampak sangat aku makin tua walaupun rasa macam baru semalam je mendaftarkan diri sebagai wartawan

aku juga sedar, yang makin ramai rakan seangkatanku kini sudah pun menjawat jawatan yang hebat-hebat di organisasi masing-masing…ada yang dah jadi Ketua Biro Negeri, ada yang dah jadi editor dan tak kurang juga yang berhenti dan kini berkhidmat dengan organisasi korporat yang bosar-bosar

aku? ermmm…aku tetap begini, sempoi dan rock n roll heheheh

pun begitu, kekadang rasa segan pun ada…bila aku pergi satu-satu tugasan terasa macam reporter-reporter muda ni dok bercakap pasal aku je

” eh Joyah, cuba kau tengok brader tu, dah tua pun dok pergi assignment lagi..”

” eh Khamsiah, cuba kau tengok mamat tu, aku rasa dia kena turun pangkatlah, sebab tu kena pergi assignment,”

” eh Rahim, siapa mamat tu, orang baru ke, tak pernah nampak pun,”

so kekadang aku tu aku lebih selesa duduk jauh-jauh dan hanya datang ke depan bila sidang akhbar hendak bermula

bukannya aku berlagak atau nak jadi kera sumbang, but sometimes aku kecewa bila ada wartawan baru ‘agak cincai’ dalam kerja diaorang

ada yang sempat melayan FB masa menteri tengah berucap, ada yang asyik berSMS masa sidang akhbar, tak kurang juga ada yang asyik berborak dari mula majlis hinggalah majlis itu selesai

ishk! rimas aku dibuatnya…akhirnya masa sidang akhbar semua diam seribu bahasa, nampak sangat mereka ‘blur’

soalan yang ditanya sekadar melepas batuk ditangga, adakalanya mereka sendiri tak faham apa yang mereka tanya

dalam pada itu, aku perhatikan ramai juga wartawan muda yang cukup komited, ada yang siap buat ‘homework’ sebelum pergi ke satu-satu asignment, banyak kali juga berlaku keadaan di mana aku yang terpaksa banyak bertanya kepada mereka, ini baru hao liau!

dalam pada itu aku juga berterima kasih kerana ada reporter-reporter baru ni yg sudi menegur aku, entah daripada mana mereka kenal aku pun aku tak tahu….ramai yang kata kenal di blog, ermmm

yang penting, bagi aku, orang baru jangan sombong dan orang lama pula tak perlulah berlagak bagus

kerana at the end of the day, kita semua adalah WARTAWAN. Tak gitu dik non?

Read Full Post »

masa aku bersekolah dulu, aku pernah melihat seorang anggota polis masuk ke sebuah kedai permainan video

masa tu kebetulan aku pun tengah main video game, tapi setakat game motorsikal yang memerlukan kita corner ke kiri dan ke kanan saja, tak dapat duit pun bila menang

anggota tu terus ke kaunter dan meminta wang daripada taukeh tersebut

” Hari ini bisnes talak cantik, lu mau RM10 lu angkat,” kata taukeh itu sambil mengeluarkan sehelai wang berwarna merah

yang aku sedih tu, anggota polis tu BOLEH AMBIL duit RM10 tu dan terus beredar…dalam hati aku berkata, ‘murahnya’ maruah kau…

pengalaman kedua pula, aku ditahan dalam satu road block, kebetulan mamat yang membonceng aku seorang warga asing yang takde pasport, dia ni member baik aku kerana sering bagi diskaun bila aku makan roti canai di warung tempat dia bekerja

depan mata aku juga, member aku ni diminta menghulurkan semua wang yang ada dalam dompetnya, bahasa pasarnya kena ‘pau’ le dengan brader polis tu

aku hanya mampu menggelengkan kepala kerana terlalu geram dengan sikap tumbuk rusuk anggota polis tersebut

kedua-dua kes itu berlaku lebih 20 tahun dulu

tetapi pagi tadi aku menyaksikan bagaimana dua pegawai polis telah menerima anugerah khas Ketua Polis Negara kerana telah bertindak jujur menolak tawaran rasuah daripada tiga pengedar dadah yang mereka tangkap

jumlahnya bukan sedikit, RM100,000 OK!

namun mereka berdua bukan saja menolak tawaran tersebut, tetapi terus membuat laporan ke SPRM hingga ketiga-tiga penjenayah itu disumbatkan ke dalam penjara

ternyata maruah kedua-dua pegawai polis ini tidak boleh dihitung dengan wang ringgit

kejujuran dan sikap profesionalisme mereka bagi aku cukup mengkagumkan

dan aku tahu, bukan mereka berdua saja yang bersikap seperti itu dalam PDRM

cuma tindakan segelintir pegawai dan anggota yang mengamalkan amalan rasuah telah mencalar imej pasukan tersebut di mata masyarakat

apapun setinnggi-tinggi tahniah buat Inspektor Mohd. Shaifuddin Zulkifli dan Inspektor Mohana Sundram Vre-Jenan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya (gambar di atas) atas kejujuran yang mereka tunjukkan, i’m speechless lah bro
.
SAK: TABIK SPRINGGGGGG

Read Full Post »

setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, pagi tadi aku kembali semula ke sana untuk membuat liputan sambutan Hari Polis ke-204

Pulapol cukup nostalgik bagi aku kerana di sanalah aku akan ‘berkampung’ setiap kali menjelang sambutan Hari Kebangsaan masa sekolah dulu

memandangkan aku anggota Kadet Polis, setiap kali menjelang 31 Ogos, kami akan berlatih berkawad berhari-hari di sana

makan, mandi, tidur pun sekali dengan pelatih-pelatih polis yang lain, pakai baju pun sama dengan depa!

ingat lagi, disebabkan aku tersalah ‘step’ masa berkawad, aku pernah didenda berkawad sorang-sorang mengelilingi padang kawad yang maha besar itu, tengah panas wehhhhhh

so bila aku kembali semula ke Pulapol pagi tadi, segala memori itu terus mengimbau…orang lain sibuk berbaris, aku leh tersengih sorang-sorang kat pentas utama ahaks

masa tengah refreshment tadi, aku berkesempatan berjumpa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar

masa aku kerja sebagai wartawan jenayah dulu, Tan Sri Bakri ni punyalah garang nak mampus

jangan harap ler dia nak bagi statement kalau kita telefon, memang sinikal habislah

aku dan Tan Sri Mohd. Bakri Omar

tapi itu dulu, sekarang dia dah pencen dah pun, tu pun ciri ‘kegarangan’ dia masih ada…siap sound, setakat bergambor je tau, takpayah nak tulis lebih-lebih…yelah Tan Sriiiiiiii

anyway, pagi tadi juga aku bertemu kembali dengan DSP Razak, pegawai kanan dari pasukan Komando 69 yang kini bertugas dengan Pasukan Gerakan Khas (PGK) Bukit Aman

untuk pengetahuan korang, dialah pegawai polis pertama yang berjaya menyusup masuk dan bertemu dengan pengasas kumpulan Al-Maunah, Amin, sewaktu peristiwa rampasan senjata di Bukit Jenalek itu

terus terang aku katakan, dia bukanlah ‘calang-calang’ pegawai polis

DSP Razak asalnya adalah guru silat, karate dan taekwando yang mendapat pendidikan agama dari sekolah pondok di negara ini dan pesantren di Indonesia

dalam polis, dia diiktiraf pakar penembak tepat (snipper) dan antara penerjun payung terbaik (gaya bebas) yang pernah dilahirkan oleh PDRM

selain itu, DSP Razak juga terlibat dalam berpuluh-puluh operasi khas menentang penjenayah seperti kes culik, kes rompak, kes senjata api dan kes jenayah berat yang lain

apa yang aku cukup kagum dengan DSP Razak ini, di sebalik imej pegawai polis yang digeruni penjenayah itu, dia sebenarnya cukup mesra dan murah dengan senyuman, sangat merendah diri

kalau dia memakai pakaian biasa, mati hidup balik kita tak sangka yang dia tu seorang anggota komando

pagi tadi juga aku berkesempatan melihat aksi anggota komando polis kita mengadakan demonstrasi tarian perang mereka

hebat, memang hebat…dan dalam pada punya hebat aksi budak-budak komando tu, DSP Razak masih tak puas hati dengan anak-anak buahnya tu

aku dan DSP Razak

” Sepatutnya suara mereka kena kuat lagi masa sebut nama Allah tu, kita berjuang kerana Allah, Allah Maha Besar,” kata DSP Razak (walaupun bagi aku suara budak-budak dia dah cukup kuat masa tu)

satu perkara mengenai DSP Razak ni, sebelum satu-satu operasi, dia akan banyak beribadat, berzikir dan berdoa agar segala apa yang dilakukan mendapat petunjuk daripada Allah SWT

kekadang aku confused, aku ni tengah bersembang dengan pegawai polis ke atau tengah bersembang dengan seorang ustaz

yang pasti DSP Razak memang ‘lain daripada yang lain’

kalau korang nak tahu kisah sebenar macam mana DSP Razak berhadapan dan berdialog dengan si Amin Al-Maunah tu, korang klik kat SINI

SAK: Untuk rekod, DSP Razak adalah penerima pingat keberanian tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dianugerahkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung…luar biasa!

Read Full Post »

” Aku membuka vitagen, dan sempat aku menoleh ke arah en suami, aku melihat dia sudah tidak minum dan makan, dia hanya menumpu ke jalan raya…

Dengan bacaan “bismillah” aku menuang air ke mulut Embun… dan…. dengan sekelip mata, terasa brek yang mengejut, aku dengar encik suami menyebut “ALLAH”…

aku terjatuh di bawah, cermin mataku terpelanting dan tudungku tercabut,… aku meraba2 di dalam keadaan yang gelap… tiada lampu di bahu jalan raya itu,…. aku meraba2 mencari Kekwa.. Embun menangis ketakutan… aku ambil keduanya dan aku memaling ke arah encik suami……

“sayang, bangun sayang….”…, “

.

Itulah antara tulisan di dalam blog si isteri. Ia menceritakan bagaimana detik-detik terakhir sebelum berlakunya satu kemalangan yang memisahkan dia dan suami untuk selama-lamanya

Sejujurnya aku tidak mengenali siapakah empunya blog http://nafastari.blogspot.com sehinggalah aku membaca blog sahabat mayaku, NIZAM

Blogger Nafastari atau Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd adalah anak kelahiran Terengganu yang bertugas di Pakistan.

Amat menarik sekali kerana beliau banyak menulis mengenai pendiriannya, kehidupannya dan semestinya pengalaman beliau merantau dan mencari rezeki di negara berkenaan

Namun sudah takdir Ilahi, Wan Ahmad Fadzil dan keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang ke kampung halamannya baru-baru.

Ternyata Allah lebih menyayanginya, beliau meninggal dunia akibat daripada kemalangan tersebut.

Yang pasti, ‘pena’ Allahyarham tidak berhenti setakat di situ.

Perjuangan Allahyarham dalam arena ‘blogging’ kini disahut isterinya

Dan setelah menyelusuri blog ISTERINYA, tanpa aku sedar airmataku bergenang mengenangkan ketabahan dirinya, walaupun kehilangan insan tempat dia berkongsi saat suka dan dukanya selama ini.

Al-Fatihah buat Allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd (1982-2011)

Read Full Post »

aku, Zam dan penyokong Tok Him di pejabat beliau

 

Hari ini aku dan rakan setugas, Zam serta Yumni pergi ke pejabat pengasas PERKASA, Datuk Ibrahim Ali di Hotel Grand Season Kuala Lumpur

Mengapa Ibrahim atau dikenali dengan nama Tok Him?

Tok Him ini seorang ahli politik yang penuh warna-warni

Di mata musuhnya, Tok Him adalah orang yang sangat dibenci, di mata penyokongnya, dia adalah idola yang cukup dihormati

Walau apa pun gambaran yang hendak diperkatakan tentang Tok Him, kita tidak boleh menafikan sejarah yang beliau dan Anwar Ibrahim adalah tokoh pelajar paling digeruni kerajaan sekitar tahun 70-an dulu

Beliau yang ketika itu pemimpin pelajar ITM (sekarang UITM)  telah bergabung dengan Anwar (pemimpin pelajar UM)  dan Hishamudin Rais telah mengadakan pelbagai demonstrasi besar-besaran hingga terpaksa meringkuk di  penjara kerana ditahan di bawah ISA

Hanya Hishamudin Rais berjaya melepaskan diri ketika itu dan terbang ke luar negara

So, itu antara benda yang aku dengan Zam nak kongsi dengan semua pembaca

Apa yang aku boleh katakan, pertemuan kami selama sejam petang tadi sangat menarik, apatah lagi Tok Him macam semua orang tahu sangat hebat dalam berpidato dan bercakap sampai aku nak tanya soalan pun payah

Aku tanya satu, Tok Him jawab sepuluh hahahaha

Nanti dah siap semuanya, aku akan kongsi dengan korang semua, tungguuuuu….

.

SAK: Bila kenangkan kembali kehebatan pemimpin pelajar di era 70-an, memang boleh meremang bulu roma!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,194 other followers

%d bloggers like this: