abang bukan kera sumbang dik…

apabila kerap ‘turun padang’ membuat liputan sejak akhir-akhir ini, aku perasan yang dunia kewartawanan mula dibarisi para wartawan-wartawan baru

toleh ke kiri, wartawan baru…toleh ke kanan wartawan muda…toleh ke depan wartawan yang sedang menjalani latihan praktikal, toleh ke belakang wartawan sedang berada dalam tempoh percubaan

peluang untuk aku bertemu semula rakan-rakan seangkatan atau paling tidak pun yang lebih senior dari aku hanya muncul bila ada majlis yang dihadiri Perdana Menteri atau timbalannnya

kekadang aku terfikir, nampak sangat aku makin tua walaupun rasa macam baru semalam je mendaftarkan diri sebagai wartawan

aku juga sedar, yang makin ramai rakan seangkatanku kini sudah pun menjawat jawatan yang hebat-hebat di organisasi masing-masing…ada yang dah jadi Ketua Biro Negeri, ada yang dah jadi editor dan tak kurang juga yang berhenti dan kini berkhidmat dengan organisasi korporat yang bosar-bosar

aku? ermmm…aku tetap begini, sempoi dan rock n roll heheheh

pun begitu, kekadang rasa segan pun ada…bila aku pergi satu-satu tugasan terasa macam reporter-reporter muda ni dok bercakap pasal aku je

” eh Joyah, cuba kau tengok brader tu, dah tua pun dok pergi assignment lagi..”

” eh Khamsiah, cuba kau tengok mamat tu, aku rasa dia kena turun pangkatlah, sebab tu kena pergi assignment,”

” eh Rahim, siapa mamat tu, orang baru ke, tak pernah nampak pun,”

so kekadang aku tu aku lebih selesa duduk jauh-jauh dan hanya datang ke depan bila sidang akhbar hendak bermula

bukannya aku berlagak atau nak jadi kera sumbang, but sometimes aku kecewa bila ada wartawan baru ‘agak cincai’ dalam kerja diaorang

ada yang sempat melayan FB masa menteri tengah berucap, ada yang asyik berSMS masa sidang akhbar, tak kurang juga ada yang asyik berborak dari mula majlis hinggalah majlis itu selesai

ishk! rimas aku dibuatnya…akhirnya masa sidang akhbar semua diam seribu bahasa, nampak sangat mereka ‘blur’

soalan yang ditanya sekadar melepas batuk ditangga, adakalanya mereka sendiri tak faham apa yang mereka tanya

dalam pada itu, aku perhatikan ramai juga wartawan muda yang cukup komited, ada yang siap buat ‘homework’ sebelum pergi ke satu-satu asignment, banyak kali juga berlaku keadaan di mana aku yang terpaksa banyak bertanya kepada mereka, ini baru hao liau!

dalam pada itu aku juga berterima kasih kerana ada reporter-reporter baru ni yg sudi menegur aku, entah daripada mana mereka kenal aku pun aku tak tahu….ramai yang kata kenal di blog, ermmm

yang penting, bagi aku, orang baru jangan sombong dan orang lama pula tak perlulah berlagak bagus

kerana at the end of the day, kita semua adalah WARTAWAN. Tak gitu dik non?

About these ads

7 Comments

Filed under Uncategorized

7 Responses to abang bukan kera sumbang dik…

  1. mia

    sy setuju… y mude dsayangi.. y senior d hormati:)

  2. sudah2 lah tuh bro,masa dengan kawan pun takdak,col pun tak angkat,org dh mms tiket pun buat derk,kita tak tua,cuma nya zaman kita dah berlalu.kita skrg dah tahap dewa dah muahahahahhaahaa.merapu dlm blog jer lah.klu sekali sekali trn padang takpa lah ini sampai memba dah tak berapa nak kenai.

  3. Muda atau senior (x mo ckp tua) yg penting kita menyumbang kepada agama, nusa & bangsa

  4. Habib Ahmad

    TURATH ULAMA’, yang akan disiarkan di TV1, bermula hari ini (Selasa), jam 6.30 petang. Berikut adalah perinciannya:
    Setiap hari Selasa (6.30 – 7.00 Petang)
    Kitab :
    Kitab Faridatul Fara’id
    (Kitab berkaitan Tauhid), karya Syeikh Ahmad al-Fathani.
    Pengajar :
    Ustaz Azhar Hasyim
    Setiap hari Rabu (6.30 – 7.00 Petang)
    Kitab :
    Kitab Munyatul Mushalli
    (Kitab berkaitab sembahyang), karya Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani.
    Pengajar :
    Ustaz Abdul Halim Saad

    LAIN2 MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

    Dapatkan Koleksi Kuliah Agama : http://www.facebook.com/pages/KOLEKSI-KULIAH-AGAMA/200225980001658

  5. sedih pulak baca tulisan bro kali ni ..

    bluesssss ..

  6. der you still jadi wartawan ker ?

  7. teen_yali

    salam saudara….hari tu ada lecturer mass comm bg tahu saya, apa sudah jadi dengan reporting skrg ni? dgn merujuk kpd sebuah akhbar tempatan, dia menunjukkan kpd saya bbp kesalahan tatabahasa yg sgt teruk dlm laporan akhbar itu…sehinggakan kami terpaksa membaca byk kali utk faham maksudnya (mcm baca jwpn kertas final student saya aje gayanya)….memang teruk! Bila baca entry saudara kali ni, baru la saya faham..sebab tulah laporan teruk, pasal masa kt pc tk bg konsentrasi…….kalau nk tau begitulah perangai student2 IPT skrg, masa lecturer tengah mengajar kt depan, dia kt belakang bersms dn berfb….sakit hati betul la….
    p.s: teringin nk buat reporting balik…

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s